12 August 2010

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..

Fuhh... lamanya tak update blog. Sibuk mengatasi segala-galanya. Cewahh. Bayangkan lah baru hari ini aku dapat rehat daripada segala macam aktiviti dan program yang memenatkan. Dan sepanjang Ramadhan ini aku dah tak mahu ke mana-mana. Mahu stay Mansurah, kampung halaman yang disayangi dan dirindui. Ekeke..

Beberapa minggu kebelakangan ini sungguh sibuk. 2 minggu lebih. Malam tadi baru sampai Mansurah, tu  pun tidur rumah kawan. Pagi tadi baru lah sampai rumah. Percaya atau tidak, bila dicampur tolak, aku tidur lebih kurang 10 jam siang tadi. Bukan la tidur straight 10 jam tapi bila dah di total. Puasa 15 jam dan tidur 10 jam. Makruh dan jangan ikut perangai ini. Aku sangat-sangat letih dan penat, dah tu demam la pulak. Ni baru ok sikit walaupun tak berapa sihat lagi. Mudah-mudahan puasa pada hari esok dan seterusnya aku lebih cergas dan bertenaga. Ameeennn...

Rindu Malaysia? Biasa-biasa je, hhahahah. Sebenarnya dah lama tak call Malaysia, tak sempat-sempat. Nak call malam ni, semua dah tidur. Oh ye, sekarang dah tukar jam lagi. Bermakna beza waktu Mesir dan Malaysia adalah enam jam. Malaysia cepat 6 jam daripada waktu Mesir.

Sekarang tinggal berdua je dengan Alang, yang lain semua di Malaysia. Ok je tak kisah pun. Hihi. Teringat masa tahun satu dulu pun puasa di Mansurah. Sebulan. Tahun lepas puasa di Malaysia. Tahun ini kembali pada tahun 2008, puasa dan raya di sini. Tahun depan (tahun akhir), 2011 juga bakal puasa dan raya di Mesir juga kot. Tak mahu pulang awal. Abah pun suruh konvo tahun depan. Tak kisah la mana-mana. Pulang awal boleh, pulang lewat pun boleh. Tapi hati aku macam lebih berat kepada pulang lewat, dalam September atau Oktober 2011. Hohoho.

Ceh tiba-tiba dah cakap pasal tahun 2011 pula. Jauh lagi tu. Hehehe. Teringat pula semalam di ACC waktu pengisytiharan puasa oleh mufti Mesir. Wow, sungguh bertuah kami dapat jemputan ke sana. Weeeee. Semua mufti, menteri, sheikh Azhar republik Mesir ini turut ada dalam dewan ACC sewaktu pengisytiharan puasa semalam. Kami masuk ke dalam ACC lalu karpet merah lagi. Bangga jap hahaha.

Ok gua mahu rehat. Baru lepas makan ubat. Banyak kerja nak buat ni. Basuh baju dan lain-lain (housework). Masih belu terlambat rasanya nak wish selamat menunaikan ibadah puasa buat semua. Selamat berterawikh, selamat bersahur dan selamat berbuka. Sama-sama kita meningkatkan amalan di bulan yang pebuh barakah ini dan harapannya berterusan hingga ke bulan-bulan yang lain juga. Ameenn. Salam ramadhan buat semua.

P/s : Target khatam Quran 30 juzuk (baca dengan tengok Quran) Ramadhan tahun ini. Paling kurang sekali, average tiga kali, kalau mampu enam atau tujuh kali. Ganbatte!!!

7 comments:

Solehah said...

Subahnallah..semoga Allah memenuhi cita-citamu.Amin.

Selamat berpuasa ya..dah sihat ke skg?

ber_u_wang said...

selamat menunaikan ibadah puasa..

armouris said...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

Faarihin said...

selamat menjalani ibadah puasa cik seimura.. good luck dgn azam itu.. (^__^)

seimura said...

To Solehah : Ameen. Selamat berpuasa juga. Alhamdulillah sihat dah. Hehe.

To uncle ber_u_wang : Selamat menunaikan ibadah puasa juga buat uncle. :)

To Armouris : Thanks.

To Faarihin : Ye selamat menunaikan ibadah puasa juga cik Faarihin. Thanks. ;)

Nurul Lailati Mahat said...

mesti masyi nanti:)

seimura said...

Huhu baru berazam je Laila. Mudah-mudahan tercapai. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...