11 December 2010

Pengalaman Fly?

Lokasi : Belakang Dewan Lukmanul Hakim
Tahun : 2002
Waktu : 12 malam

Sherry : Wei aku pernah dengar budak laki pernah nampak hantu masa lalu sini.
Alex : Err ye ke? Ah jangan takut. Jom cepat panjat pagar ni.
Jessy : Aku tak la takut hantu tapi lebih takut kalau ada binatang berbisa kat dalam semak-semak ni. Lipan ke, kala jengking ke. Ngeee~
Sherry & Alex : Gulp..
Sherry : Kalau macam tu jom cepat kita terjun.


Lokasi seterusnya : Jalan ‘dalam’ sebelum menuju jalan tar.

Alex : Fuh dah lepas pagar dan semak-semak tadi dah agak lega lah.
Jessy : Yup betul. Tapi malam ni tak la gelap sangat kan?
Sherry : Haii… jauh juga nak sampai ke railway station ni rupanya.
Jessy : Ceh kau macam la tak biasa. Tiap kali outing pun mesti jalan kaki menapak baru la sampai Bandar.
Alex : So mana port kita ni? Nak makan kat mana?
Sherry : Ahaa.. aku ada port makan yang sedap. Memang tak tutup sampai pagi tau.
Jessy : Yelah, orang dah ada pengalaman buat kerja macam ni. Hahahah.
Alex : Ahahaha haah la kan? Untung juga duduk blok sains kan? Tak ada guard. Haha. Aspuri kitorang susah la.
Sherry : Ala aku pun baru berapa kali je.


Lokasi : Salah satu kedai mamak di Bandar Kluang, Johor.

Alex : Wah memang sedap la roti canai kat kedai tadi. Lain kali boleh pergi lagi. Haha.
Jessy : Haah betul tu. Lain kali kita pergi studio jamming pula.
Alex : Studio jamming yang kat BCB ke? Bukan ke budak-budak paranoid selalu main kat situ?
Sherry : Memang bukak sampai pagi ke? BCB bukan ke tutup pukul 10 malam?
Jessy : Tapi yang tingkat atas sekali tak tutup rasanya.
Alex : Apa-apa hal kita mesti cepat sampai asrama. Esok dah la aku bertugas, kena sampai kelas awal. Uhuk.


Lokasi : Kelas 5 Ibnu Arabi

Cikgu Ixora : Alia dan Jasmin! Study sampai jam 4 pagi ke sampai tertidur dalam kelas saya? Berdiri di luar kelas sekarang!

Nama karektor telah diubah. Namun nama kelas dan semua lokasi yang tersebut adalah yang sebenar. :p. cuba teka watak aku ialah nama apa? (eh alamak kantoi plak aku turut terlibat dalam babak ini hahah).

Info tambahan : Nama-nama kelas di Smakj ; Ibnu Arabi, Ibnu Rusydi, Ibnu Qayyim, Ibnu Sina, Ibnu Taimiyyah.

8 comments:

mike said...

hahaha...ak mcm tau je watak2 hot ni..hahaha

Seimura said...

Errr? Hot?? mana ada hot. siapa pula mike ni ye? tak dapat bukak blog nya. adus.

Seimura said...

Eh tiba-tiba aku rasa macam tau siapa mike ini. nanti kau.

Faarihin said...

hahaha... slalu fly yer?..

mesti seimura ni alex.. tak pun dua2 watak pun boleh.. hahaha..

aleen aiden said...

ha3,teringat taim duk asrama.salu jugak maen curik2 keluar nih.tp xpnah try blah malam.pompuan kan..hu3

Seimura said...

tak de la selalu cik faarihin.
uiks pandainya dia teka. mana tau nih? hahahah.

yup malam mmg bahaya cket bg pompuan. tapi tak cuba tak tahu. kui3.

mike said...

weyyy...ni suria la...pehal ntah google ni...da bape kali ak tkr nme..nk jgak kuar mike ni...adoiii...hahahaha...

Seimura said...

muahahaha. ape hal ko guna nama mike ni? aku ingatkan si anak encik sazali tu. hahahhah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...