30 May 2017

Perlu ke makan supplement?

Assalamualaikum.

    Ahlan Ya Ramadhan. Dah masuk malam kelima Ramadhan. Dah berlalu empat hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.

      Era 2000-belasan ini dah semakin banyak supplement atau makanan tambahan dijual. Pelbagai jenama produk telah berada di pasaran samada online atau offline. Sejauh mana keberkesanan sesuatu produk itu tak dapat dipastikan. Hanya bergantung pada testimonial pengguna. Kalau yang serasi dengan badan, Alhamdulillah. Persoalannya, perlu ke supplement dalam pemakanan harian kita?

    Supplement yang dimaksudkan adalah samada dalam bentuk kapsul, tablet, pil, cecair (contohnya jus), serbuk yang perlu dibancuh untuk diminum, sachet. Yang asal usulnya dari bahan tertentu yang dikatakan sumber vitamin, zat besi, kalsiumvdan sebagainya diadun atau diproses supaya senang dimakan.  Itu yang jadi dalam bentuk tablet, sachet, serbuk atau jus.
Adalah benar-benar selamat untuk di consume?

   Sejujurnya aku tak ada consume apa jua jenis supplement 'moden' yang melambak di pasaran. Pertama sekali sebab aku jenis tak konsisten dan malas nak makan ikut time. Jadi memang kurang atau tak akan berkesan kot, hahaha. Sebab lain ialah aku tak berapa percaya. Mungkin agak prejudis. Tapi tidak bermakna aku tak suka orang lain yang suka ambil supplement atau aku kecam. Dan aku pun tak hasut orang lain supaya jangan percaya produk sekian-sekian. Pilihan masing-masing, terserah anda. Hehe.

    Beberapa bulan lepas ada keluar berita seorang artis tu masuk hospital. Tak ada penyakit kronik pun. Then doktor kata puncanya akibat terlalu banyak makan supplement dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras. Entah aku pun tak tahu sangat lah dari segi perubatan. Mungkin dia ambil lebih dari dua tiga jenis supplement. Terlalu banyak. Orang kata makan supplement untuk badan lebih sihat dan bertenaga tapi ini malah bertambah sakit pula. Boleh nak makan supplement tapi berpada-pada. Kadang-kadang orang terlalu obses nak cantik, nak fit, nak putih, nak sihat bertenaga. Padahal sistem dalam badan ada yang tak mampu nak memproses atau meresap 'kebaikan' sesuatu supplement itu. Teeettt.

     Biasalah teknik pemasaran, semua pun akan cakap 1001 kebaikan produk masing-masing.

   Baru-baru ini tersebar pula pasal satu thread (macam twitter kalau tengok) pesanan beberapa orang doktor yang melarang makan supplement kalau tak ada keperluan. Nampak tak? Doktor sendiri tak galakkan. Doktor tersebut dah berhadapan dengan banyak kes pesakit yang masuk hospital sebab sakit angkara supplement. Supplement sintetik yang diproses telah mengakibatkan kerosakan pada organ hati dan buah pinggang. Kes paling banyak kerosakan organ hati. Tak mampu nak urai atau proses supplement tersebut.

    Sebenarnya hanya perlu kembali kepada makanan yang asli tanpa proses (real food). Contoh terbaik adalah madu (pastikan yang betul asli). Selain itu kurma. Makanan begini mudah didapati, banyak dijual. Contoh lain macam oren, delima, badam, habbatussauda dan lain-lain. Buah-buahan tempatan kita pun tak kurang hebatnya dan amat bagus dijadikan amalan pemakanan harian seperti guava (jambu), tembikai, limau madu, nenas dan lain-lain. Makan je yang betul asli dan real. Asalkan bersih dan halal. InsyaAllah sihat sentiasa. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...