18 October 2012

Buang Karang Gigi

Assalamualaikum.

Lagi seminggu kita akan menyambut Aidil Adha. Aku tak ada buat qurban. Family aku pun tak. Jadi kita beraya sekadarnya sahaja. Ah, aku bukan makan daging pun ada aku kesah? Hohoho.

Selasa lepas aku pergi Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah yang jaraknya amatlah dekat dari rumah aku. Semuanya gara-gara gigi. Yes, karang gigi atau perkataan lainnya plak/ karies. Seminggu sebelum itu time aku buat checkup di KKIA, kena jumpa doktor gigi kejap. Dia just periksa je then bagitahu gigi awak dah banyak karang ni, tak elok dibiarkan.

Doc: Bila kali terakhir buat pemeriksaan gigi?
Aku: Emm... aaa (sambil berfikir bila eh? Belum sempat jawab doc mencelah)
Doc: Masa sekolah?
Aku: Err..err..

Betul la tu kot last masa form 5 dulu kat sekolah. Gila lama patutlah dah berkarang-karang gitu kat gigi. Adess. Dah 10 tahun kot. Doc pesan lagi suruh buang karang, pergi la mana-mana klinik kerajaan atau private. Bahaya kalau dibiarkan, gigi boleh reput atau tanggal. Ngee tak kan lah aku nak jadi rongak dalam usia sekarang ini?

Maka atas kesedaran itulah aku nekad untuk buang semua karang pada gigi aku ini kat klinik. Karang yang tak berapa nak teruk biasanya terlekat pada celah gusi dan gigi di bahagian dalam dan warna kekuningan. Kalau tahap teruk akan bertukar warna hijau dan hitam dan merebak ke bahagian hadapan gigi pula. Lazimnya karang banyak terkumpul di gigi hadapan bahagian bawah (dalam).

Mula-mula datang awal pagi, peh ramai gila umat, parking pun tak ada. Then, balik rumah dululah. Petang dalam jam 3.00 petang baru pergi semula. Orang still ramai tapi tak seramai pagi. Lepas daftar dan ambil nombor giliran, duduk menunggu. Semua yang dipanggil masuk macam kejap-kejap je. Setau aku dulu kalau cabut ke tampal ke cuci ke nak tunggu seorang tu siap bukan main lama. Peralatan dah semakin canggih agaknya dan doc serta nurse buat kerja pantas dan cekap, itu yang kejap je dah siap.

Dah tiba nombor giliran aku dipanggil, peh cuak lak rasa haha. Aku dengan laki aku dapat bilik yang sama tapi beliau masuk dulu. Aku duk tunggu kat luar pintu bilik ada sediakan kerusi. Ngee memang canggih alat dia. Scaller tak silap aku nama dia.

Tiba pulak giliran aku. Dah siap baring atas kerusinya. Tangan kiri kena pegang ada satu tiup ke paip entah. Doktor pun memulakan tugasnya. Doc mula 'tembak' sasaran karang gigi aku yang bawah. Mula-mula tak sakit sangat, ngilu sikit-sikit je tapi bila dah terkena bahagian gusi yang sensitif, agak menahan kesakitan jugak aku. Sampai terhenjut-henjut jugak la sikit-sikit badan aku tahan sakit. Terpejam-pejam mata aku menahan sakit hahah. Dalam hati bilalah nak siap lambat lagi ke. Ngee..

Doc pun tenangkan aku cakap,
"Sabar ye, tahan sikit. Dah lama tak buang kan?"

Ye doc, bukan dah lama tak buang tapi memang tak pernah buang pun sepanjang aku hidup ni. Sakit rupanya 'cuci gigi' nih.

Bila doc dah habis tembak pakai scaller tu, dia suruh kumur kat sinki sebelah. Wo, banyak darah keluar dan karang-karang yang tanggal pun keluar time kumur. Rasa batu dan pasir dalam mulut (itulah karang gigi yang telah dibersihkan). Dah setel kumur-kumur sampai dah tak ada darah lagi baru aku keluar dari bilik tu.

Dan bayaran hanyalah semurah RM2 untuk cuci gigi atau buang karang/ plak gigi. Teramat murah kan kerajaan? Terbaik lah.

Lepas buang karang, gigi (gigi bawah biasanya) akan terasa kesat dan tak licin. Tapi itu biasa. Bukan sebab gigi terhakis, tapi sebab karang dah tak ada. Memang rasa tak selesa dan lidah aku kerjanya asyik tolak-tolak dan main-main kat gigi bawah tu kengkonon nak bersihkan kekesatan yang seakan pasir.

Bila dah buang karang, perlulah menjaga gigi sebaik mungkin. Rajin gosok gigi dan amalkan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Aku target lepas setahun atau enam bulan aku nak cuci gigi lagi (kalau karang muncul lagi). Pemeriksaan gigi enam bulan sekali atau setahun sekali memang penting tau kawan-kawan. Jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan sekarang dan buanglah karang yang melekat pada gigi dan gusi.

Bagi perokok. karang gigi dia lagi teruk dan bahaya. Begitu juga bagi peminum tegar kopi dan minuman berkaffein. Jadi, berhati-hatilah. Kalau kuat minum kopi, pastikan 'bilas' balik dengan minum air masak banyak-banyak dan berkumur sekerap mungkin.

Akhir kata, jagalah kesihatan gigi anda.


27 comments:

Nora Karim said...

takutnya baca... dalam ramai2 doktor... doktor gigi la paling ditakuti... huhuh

kasi-pecah said...

erkkk.. terus tertelan air liur jap.. sama kes mcm awk.. last cek doktor gigi time form 5.. :(

Seimura said...

Nora Karim: Hehehe, jangan la takut. Just enjoy the moment. cewah haha.

Mohd Zaid: Haha, biasa lah. Ramai lagi kot macam tu, tak pernah cek gigi melainkan kat sekolah hihi.

My lovely blog said...

saya ada buat hari tu..tp taklah teruk sangat.macam biase je.lagipun tak sakit pun cuma ada rasa sengal sikit..Yang saya teruk jugak tp tak kuar darah pun..

Seimura said...

yus.

apa maksud teruk tu? huhu.

Unknown said...

saya pun tu hari lama juga tak cuci gigi last time darjah 6 , naik sekolah menengah tak de lah doktor gigi dah ,masa buang karang tu ada merah2 kt gusi dan tak habis pun karang2 tu tanggal pada pertama kali cuci gigi doktor suruh balik rumah kumur dulu guna ubat kumur dan datang semula pada hari yg lain untuk buang jkarang yg selebihnya

Seimura said...

chun fung sekarang umur berapa dah?

ganbate123 said...

Maaf mencelah...karies merujuk kepada gigi yg berlubang..ia bukan karang gigi..karang gigi merujuk kepada plak gigi yg telah mengeras...gigi yg berkaries yg masih boleh diselamatkan perlu ditampal...rawatan cuci gigi /scaling untuk yang ada masalah karang gigi

Seimura said...

terima kasih ganbate123 atas penerangannya. :)

Anonymous said...

Serm nihh klau doktor skolah mnengah buat buang karang tu skit ke x?? Please reply

Seimura said...

Maaf lambat.maaf, tak faham soalan. Kalau doktor sekolah menengah?

Unknown said...

Maksud dia, doktor yang pergi buat rawatan gigi untuk pelajar sekolah tu laa. Btw, for me lebih kurang sama jugak rasanya. huhu

Unknown said...

Sis...sy pn nk cuci gigi..tp rsau gigi goyang n trcabut nnti..huhu..skit sgt tak?

Seimura said...

Jangan risau. Tak kan goyang gigi tu. Tak sakit tapi ngilu yang teramat.

Unknown said...

aku paling takut bila cuci celah2 gigi..wow ngilu sangat..rasa mcm nk tampar jer doktor yg tengah cuci gigi aku tu..alhamdulillah jika selalu ambil berat pasal gigi.. umur dah lebih 40 pun gigi masih elok dah putih berseri stakat ni dah 5 kali cuci gigi..2017 tak tau bila nk pegi

i am sabirah said...

Hai sis..sy baru p buag karang gigi..bertahun tahun tiggal skolah memag xnk jmpa doktor gigi la..hahah.. 3 bulan asyik SAKit je kat gigi..last2 tak tahan sgt amek kputusan p jmpa jugak doktor gigi..ingtkan belubang sbb asyik sakit je..bila doktor check tgok2 xde lubang pun cuma karang je...waktu tu memag hppy la rasa nk cau terus dari klinik tu. Tapi doktor tahan jugak..katenye nk scailing. Kalau x buat memag akan rosak smua gigi..cuma sakit sikit..soalan sama doktor tnye..last cuci gigi bila.. Waktu skolah..huhu.
Sakit gak scaling nih.. Tobat la lpas ni memag jaga gigi sungguh2 la..huhu

Seimura said...

Alhamdulillah. Umur 40 lebih gigi masih elok dan putih memang satu pencapaian yang agak cemerlang. Hehe.

Seimura said...

Alhamdulillah. Saya dulu kalau tak kerana hamil dan Dr suruh pergi buang karang, memang tak pernah terfikir pun nak buang. Ingat cukup sekadar gosok gigi setiap hari rupanya tidak. Hehe.

Aizat z said...

Kalau swasta agak2 berapa ye kos dia?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

aizat zakaria: saya buat pagi tdi kena rm150 😅..

Unknown said...

Lepas buang karang tu, mmg rasa ngilu ka? Ke sbb saya buang sendiri?

Seimura said...

Lepas habis proses tu takde rasa ngilu pun.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam sis....nnti ade ruang2 kat gigi yg dh xde karang tu kan...gusi akan tumbuh semula x...or kite trrus rase kesat jerk

Seimura said...

Rasa kesat tu akan hilang sendiri. Gusi tetap macam tu je takde perubahan.

Unknown said...

Sy pn tkut lar nk g cuci gigi..mmg last msa sekolah dlu cek..hahah..tp gigi bwh rasa dh lain mcm goyang2 sikit..tkut gigi trcabut klau dh cuci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...