01 October 2012

Bajet

Assalamualaikum

Wah gitu. Lama tak update blog, tiba-tiba nak cakap pasal bajet ye? Kui kui. Walaupun macam dah basi agaknya kalau nak cerita pasal bajet 2013 tapi aku bukanlah nak ulas pasal bajet pun. Saja nak mengimbau kisah silam sikit. Cewah.

Aku mula ambil tahu apa itu 'pembentangan bajet' pada tahun 2006 yang mana pembentangan sudah tentu untuk 2007. Tak lah ambil tahu sangat, cuma kebetulan abah yang begitu bersemangat nak tahu apa dia Bajet 2007 sampai buka volume televisyen kuat-kuat. Aku tak tengok cuma dengar dari bilik je. Selama ini tidak ku tahu pula abah memang tiap-tiap tahun tengok pembentangan bajet di tv. Di usia mentah baru 21 tahun bukanlah anak-anak muda nak ambil tahu sangat pasal pembentangan bajet. Betul tak?

Time tu Tun Abdullah masih jadi PM jadi dia lah yang bentang. Yang paling aku ingat pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan. Fuh, untung gila adik-adik aku abah tak payah bayar yuran. Sebenarnya yang paling aku ingat ialah kenaikan gaji sehingga 30% bagi kakitangan awam. abah kemain suka dan seronok sebab tu aku hengat. Aku pun tak pasal-pasal tumpang seronok jugak. Ceh.

Yang aku dapat faham, bagi pegawai gred C kenaikan 30%, gred B 20% dan gred A 10%. Kalau silap tolong betulkan lah heheh. Dah tentu bagi abah yang gred C paling banyak kenaikan. Gred C antara gred 17 hingga 26. Aku yang pada masa itu tak berapa faham apakah itu gred jawatan apatah lagi tangga gaji (contoh; P1T1, P1T2) tetapi turut gumbira dengan pengumuman itu padahal aku bukan kakitangan awam pun. Baru je grad kot tahun itu (diploma). Yelah, gembira dan bersyukurlah abah dapat naik gaji, dapat bonus lagi. Untung kerja gomen yek.

Kemudian tahun depannya pada September 2007 aku dapat kerja pembantu tadbir di MAINJ yang mana gaji dibayar ikut skim perkhidmatan awam lah walaupun MAINJ tu badan berkanun kot. Gaji pokok aku starting at 826.13 kot (ceh, ingat lagi kau) berbanding sebelum kenaikan 30% RM600 lebih. Campur elaun sara hidup, elaun rumah, elaun kesusahan dapatlah RM1,200.00 lepas tolak KWSP. Tapi setahun je la aku kerja coz aku dah sambung belajar di Mesir.

Maka sejak itu aku dah tak ikuti atau ambil tahulah pasal pembentangan bajet. Bila dah habis belajar dan balik Malaysia tahun lepas, baru lah aku tonton pembentangan bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib. Ngeh ngeh. Gaji naik lagi 13% tapi kali ini sama rata untuk semua gred jawatan. Selain kakitangan awam naik gaji,diumumkan pula bantuan RM500 untuk pendapatan isi rumah bawah RM3000.00, bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan baucer buku RM200.00 untuk penuntut IPT. Zaman aku dulu tak ada pun. Sob..sob..

Bajet 2013 aku tak nak ulas sangat lah dah ramai kot yang bercerita atau mengulas. Pasal gula naik 20sen aku tak ambil peduli. Bak kata Pak Najib, orang Malaysia ramai kena diabetis so pandai-pandailah sendiri jaga kesihatan. Telefon pintar ada rebat? Macam tak berapa setuju tapi tak kisah lah. Mungkin sebab aku bukan penggemar gajet so aku tak teruja langsung.

Apa pun, bersyukurlah seadanya dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita miliki. Allah kata kalau kamu bersyukur, nikmat akan ditambah, kalau kufur, azab amat pedih.

Ok chowww..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...