13 April 2012

FELDA Dulu dan Kini



Assalamualaikum.

Wah, tajuk entri serupa dengan tagline blog aku lah -> Dulu dan Kini. Hik hik hik. 

FELDA atau dalam bahasa Melayu/ Malaysia bermaksud Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1956. Federal Land Development Authority (FELDA).

Aku bukanlah nak cerita latar belakang FELDA atau sejarahnya. Cuma mahu berbicara kemajuan FELDA dari tahun ke tahun gitu tapi itu pun bukanlah isi pentingnya. Hak, hak.

Sejak lahir aku dah duduk di FELDA bermula dari Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang hingga berumur empat tahun (1989). Kemudian berpindah ke Felda Tenang, Labis, Johor hingga 1998 dan seterusnya berpindah ke Felda Maokil hingga kini. Abah bukan peneroka tetapi Penyelia atau Pegawai Felda, jadi sebab itulah berpindah-randah. Namun abah adalah anak peneroka Felda Sri Ledang, Ledang (dulu Jementah), Johor.

Oleh kerana aku sekolah asrama maka aku jarang balik kampung (maksud aku balik Felda Maokil la). Setiap kali aku balik, pasti ada perubahan pada sebahagian rumah peneroka di Felda aku. Keadaan ini berlanjutan hingga lah aku menyambung pengajian di Mesir. Hingga kini (2012), kalau kau masuk Felda Maokil dan round-round satu Maokil melihat rumah peneroka, kau akan rasa kagum gila. Semua rumah batu dan macam banglo. Cantik-cantik semuanya, bermacam design dan warna.

Aku kadang-kadang pergi kedai ke atau mana-mana ke memang suka sangat tengok rumah-rumah peneroka kat Maokil yang sangat cantik dan besar pula. Nanti aku akan upload la gambar-gambar sebahagian rumah peneroka di Maokil ini.

Beruntunglah peneroka-peneroka FELDA yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan. Setiap peneroka memang diberi peruntukan untuk membaikpulih rumah menjadi lebih selesa. Itu sebabnya masing-masing pun buat renovation pada rumah masing-masing. Bukan setakat rupa bentuk rumah je yang jadi baru dan cantik malah halaman rumah pun turut dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik serta tanaman sayur 'edible garden'.

Tapi kalau rumah besar pun kalau cuma duduk berdua je tak best jugak. Anak-anak yang dah bekerja di luar (bandar) dan menetap di luar mesti lah jarang balik. Whatever. Bila raya seronoklah berkumpul sesama anak cucu. Rumah besar dan selesa. Ye dak? Hehe.

Ok lah aku mahu chow dulu. Bai.



2 comments:

Amirul Verdasco Nadzri said...

betul2.kampung aku kat Felda Lembah Klau (ceh nk mention gak..).. tp, kalau bukan kerana kat keliling kampung ada pokok sawit ngan hutan, mesti dah tak nampak macam kampung.. rumah batu besar macam2 design.. rumah felda skang mengalahkan kawasan perumahan..huhu

Seimura said...

Wah anak Felda jugak gitu (atau cucu?).
Yup setuju. Dah mengalahkan rumah kat bandar dan taman. Terbaik lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...