09 November 2012

Salam Tahun Baru 1434 H

Assalamualaikum.

Ewah, macam awal sikit kot nak wish kekeke. Khamis depan (15/11/2012) bermulalah tahun baru Hijri 1434. Cuti! Yeay! Sebelum tu 13hb (Selasa) pun cuti gak Deepavali. Ceh macam lah aku bekerja nak suka sangat bila cuti padahal dok rumah je. Haha.

Cakap pasal Awal Muharam, biasa lah kita baca doa akhir tahun dan akhir tahun. Aku tak pasti la tahun lepas ke dua tahun lepas, kecoh pulak kononnya amalam baca doa akhir tahun dan awal tahun ni bid'ah? Nabi dan sahabat tak buat pun dulu. Kiranya, doa-doa itu disusun oleh ulama' mutaakhirin je untuk amalan umat Islam selepas zaman Rasulullah dan sahabat.

Sebenarnya kalau pun Rasulullah dan sahabat tak buat, tak semestinya amalan yang kita selalu buat itu salah. Kan ke berdoa itu bagus dan digalakkan untuk menunjukkan kita ni hamba Allah yang lemah dan memerlukan pertolongan-Nya? Berdoa juga menunjukkan rasa syukur kita. Jadi jangan ragu-ragu nak baca ke tak doa akhir tahun ke awal tahun ke, bukan berdosa pun kalau dibuat. Jangan terlalu disempitkan pemikiran. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh.

Lepas awal Muharam, akan menyusul pula 9 dan 10 Muharam yang disunatkan berpuasa. Hari Asyura' lah senang kata (10 Muharam). Amalan 10 Muharam juga banyak seperti yang telah disebut dalam buku-buku agama. Contohnya bercelak, usap kepala anak yatim, baca Yasin tiga kali lepas maghrib mengikut niat tertentu untuk setiap Yasin dan lain-lain. Yang tang baca Yasin pun orang kata bid'ah, Rasulullah tak buat pun. Tak ada salahnya nak buat pun, bukan berdosa pun wei.

Nak buat, buat, tak nak buat sudah. Yang tak mahu buat jangan pula mengecam orang lain yang buat. Eh, boleh faham ke ayat aku nih? Senang kata ginilah, kalau kau tak nak baca doa awal tahun akhir tahun, tak nak baca Yasin tiga kali, terserah lah, itu suka hati kau. Tapi jangan pulak kau mempertikaikan orang lain yang buat amalan itu. Jangan kau kata salah. Orang lain tu buat dapat jugak pahala, kau dapat apa? Zero kan?

Apa pun amalan yang mendatangkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah, tak perlu dipertikai atau dibahas sangat membandingkan itu dan ini. Yang penting ikhlas dan bukan menunjuk-nunjuk. Allah lebih tahu apa yang berada dalam minda dan hati hamba-Nya.

Akhir kalam, selamat menyambut tahun baru, mudah-mudahan tahun yang akan datang ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Maksud lebih baik adalah dari segi amalan kita dan kehidupan kita. InsyaAllah. Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...