31 March 2010

Denda Yang Relevan bahagian 1

Assalamualaikum....

Peh dua entri dalam satu hari. Gila update apa? Ah lantak lah. Aku tetap mahu post juga di hari terakhir di bulan Mac ini. Hohoho.

Mari mengimbau kisah silam. Lebih kurang sepuluh atau sebelas tahun yang lalu di SMAKJ, warden aspuri pada waktu itu mengenakan denda yang amat kejam bagi sesiapa yang lambat pergi prep petang iaitu ketuk ketampi sebanyak 100 kali. Prep petang bermula pada jam 3 petang. Jadi kena kosongkan asrama sebelum jam 3 la. Seperti biasa ada pengawas jaga di gate aspuri.
Hari pertama denda itu dijalankan, ramai pelajar perempuan yang 'terkandas' tidak dapat melepasi pagar sebelum jam 3 petang. Aku termasuk dalam golongan malang itu. Sudah tentu kami didenda ketuk ketampi sebanyak 100 kali. Selagi tak habis 100 kali, selagi itu tidak boleh pergi prep. Damn! Mahu tidak mahu kami terpaksa melaksanakan juga denda tersebut baru boleh pergi prep. Sakit gila wo otot-otot kaki, hanya Allah yang tahu. Paling seksa ketika mahu turun tangga. Sudahlah sekolah aku tu banyak anak tangga!

Denda itu hanya sempat berjalan sehari sahaja. Hari-hari selepas itu tiada lagi denda kejam lagi dahsyat seperti itu kerana dilarang oleh pengetua. Itu pun setelah sebahagian daripada pelajar perempuan terpaksa di bawa ke klinik, hospital dan rumah urut kerana kaki amat sakit dan tidak boleh berjalan normal. Alhamdulillah aku tak la sampai perlu ke hospital. Tapi sakit kaki tu dekat seminggu juga baru hilang dan sembuh sepenuhnya.

Relevankah denda seperti itu? Hingga memudaratkan pelajar? Tidak mengapa denda untuk memberi pengajaran tetapi jika sampai budak sakit dan ke hospital, itu adalah denda yang melampau. Bila kaki sudah sakit sudah tentu tidak dapat pergi kelas (merujuk kepada pelajar yang dapat MC dari hospital atau klinik). Bila tak dapat ke kelas sudah tentu banyak pelajaran tertinggal. Banyak lagi kesan buruk lain selain daripada sakit kaki. Malah sistem peranakan juga boleh terjejas. Sungguh tiada otak sesiapa yang mencadangkan denda ketuk ketampi 100 kali itu.

Cerita sekolah dan asrama aku ni memang macam-macam. Denda kalau lambat pergi prep juga macam-macam. Cuci tandas sekolah dan asrama, kemas bilik sakit, kemas bilik tv adalah di antaranya. Tapi denda itu dilakukan pada waktu lain, bukan pada waktu itu juga. Tapi dalam banyak-banyak denda aku paling suka satu denda ni (alamak! kantoi aku selalu lambat keluar pagar aspuri dan selalu kena denda! agagaga).

Denda itu sangat senang. Hanya membaca selawat Fatih sebanyak 10 kali di situ juga, pada masa itu juga. Sudahlah mudah, tak buang masa, dapat pahala lagi. Sekejap je pun bukan lama, selepas itu terus pergi prep. Berbanding ketuk ketampi yang ambil masa yang sangat lama untuk disudahkan. Ciss! Aku tidak mahu kenang lagi kisah pahit itu! (cewah.. macam dialog drama la pula). Aku rasa itu di zaman tingkatan dua yang aku kerap terlambat. Cehh..

Di entri lain kali akan kuceritakan denda yang lain di asrama aku dahulu. Weeeeeee~

9 comments:

Nadiene said...

hohoho...

sikit sangat pengalaman tue,,,\

aku paling best fly tak kantoi, tido wktu prep x kantoi, mcm2 la, hahah

Seimura said...

[ fiD ]

hohoho.

aku pun pernah juga fly tak kantoi. perlukah aku ceritakan pengalaman fly tersebut di blog aku ini?

muahahahah!!

singkong panggang said...

ak penah fly terang2 depan warden.

hahahaha..;DD

amirah said...

xpernah fly waktu sekolah...baik x aku?ngeh2

Seimura said...

[ miNt ]

wahhh kau lagi selamba nih. isk isk..

kental la kau nih!



[ amirah ]

ohhh kau memang budak baik. huahahah..

fara said...

zaman skg, jentik stdnt pon cikgu bole kene saman.
hohoho~

Seimura said...

[ Ms.Independant ]

itu la pasal aku pun pelik ape kejadah yang berlaku di zaman ini. Dush!

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

syok baca story ni

Seimura said...

[ crazybeautiful88 ]

hik hik hik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...