12 March 2010

Ohhh.... Baru Ku tahu....

Assalamualaikum...

Maaf ye kawan-kawan, sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk dengan macam-macam program. Aku tak blogwalking dan hanya post lirik lagu. Cehh jiwang berkarat-karat gua. Adeshh.

Dewam Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) adakan hari keluarga bermula Isnin lalu dan baru berakhir petang semalam. Tapi acara hanya diadakan pada waktu pagi ( 7.30 - 9.30 ) dan petang ( 3.30 - 5.30 ) sahaja, tak ganggu waktu kuliah. Sangat-sangat seronok dan enjoy. Weeee~

Petang semalam kelas Maahad habis awal. Maka aku dengan seorang teman menapak jalan kaki menuju ke Markaz. Adik-adik kuliah perubatan adakan sesi medical check up di Markaz maka aku agak teruja untuk buat medical check up muahahaha!!

Apa itu medical check up? Oh tak perlu kot terangkan. Rasanya semua dah tahu. Sepanjang hidup ini memang la dah banyak kali sangat buat medical check up setiap kali nak masuk sekolah asrama, kolej, kerja, ke luar negara tapi tak pernah sekali pun aku kena cek darah (dengan kata lain kena inject kat jari hahah). Biasanya hanya BMI, tekanan darah tinggi atau rendah, x-ray, urine test.

Maka semalam agak berlainan. First aku ukur tinggi dan berat untuk tahu BMI. Aku dah tahu aku underweight hak hak. Kemudian, cek kumpulan darah. Adik tu menggunakan tiga jenis cecair untuk tahu tindak balas terhadap darah aku. Wow. Entah apa dia la cecair tu. Anti-A, anti-B, anti-O? Bergumpal tak bergumpal? Tapi aku faham je la penerangan doktor-doktor muda itu cuma tak tahu nak terangkan di sini. Haha.

Setelah itu...ohhh... Baru ku tahu rupanya kumpulan darah aku O+(positif). Setelah hampir suku abad hidup ni baru ku tahu apa kumpulan darah aku. Kesiannya! Aku sangka aku A sebab mak darah O, abah darah AB. (teringat subjek sains tingkatan tiga dan carta pecahan AB kahwin dengan O so hasilnya anak sulung darah A).

Tapi menurut kawan aku yang juga doktor (heheh sambil kenyit mata pada beliau), rasanya darah abah bukan AB, mesti O jugak. Sebenarnya aku pun tak pasti apa jenis darah abah, mak yang kata darah abah AB. Aku tak tanya abah pun. Kui3.

Walaupun aku penderma universal tapi aku tak cukup berat untuk menderma darah. Agagaga.


p/s :- adoii tetiba pening kepala dan macam nak demam. Akan ku cuba blogwalking setakat yang termampu. Maafkanku...

15 comments:

nursarah said...

takkan abah darah O. aku darah B. ermm..siap pernah derma darah lg, takkan depa cek silap kot. abah darah B kot. hoho

seimura said...

[ nursarah ]

hah? ko darah B? confirm? maknanya betul ke abah darah AB atau B? alamak aku dah pening. aku masih confuse betul ke aku O ni? hohoho.

ber_u_wang said...

o tak pe jangan zero....

seimura said...

[ ber_u_wang ]

ye betul la!! jgn zero atau loser. cehh.

ada said...

aku pon tak tau darah aku jenis ape.. panggil jap doktor2 tu datang sini cek darah aku weh.. hahahahahah

amirah said...

lau nak dema darah kasi up skit berat 2..hehe

tingin gak nak derma darah, nak tau cmna rasa sakit bila jerum besar 2 menusuk ke lengan

Ms.Independant said...

ko & nursarah adek-badek ke?

bukan senang nak jmpe org drh O!

:)

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

komen tu entry ini adalah

oooo... ;P

miNt said...

gilak ah.

sama lagi.

serius sama.

kita mg byk persamaan.

hahahaha..;DD

Jard The Great said...

=)

Tawel Sensei said...

Oooooo kau O positive rupanya. Samalah kita dan juga lebih kurang 40% penduduk bumi yang lain. Hoho.

hisham said...

salam...elok u derma drh ni..hutang darah dibyr dgn darah...hehe

Luffy said...

aku darah O... mungkin sebab ko darah O aku darah ko... ko makcik aku

seimura said...

[ ada ]

agagaga jauh sangat tu nak suruh doktor-doktor tu datang Malaysia hahah.



[ amirah ]

apakan daya dah tak mampu nak up lagi berat ni haha.



[ ms.independant ]

lorr ko baru tau ke cik indie yg kami ni adik beradik?

haha ye ke? hbs tu ko darah apa ye?




[ boneka ]

komen aku pula...

aaaaaaaaaaa???????




[ mint ]

wahh ye ke mint?

yelah banyak betul persamaan kita ni.

memang benarlah kita sudah serasi sejak di alam roh lagi ( sebelum lahir ke dunia ).



[ jard ]

:D



[ tawel sensei ]

wah sama rupanya. lalalalala~



[ bro sham ]

ganti darah ayam boleh tak? :p



[ luffy ]

lah apsal pulak aku makcik ko? ko bukan atok sedara aku ke ah fatt? hak hak hak..

Solehah said...

hepi besday blog...tahniah kepada tuan empunya blog...fokus kat study dlu takpa..once dah aktif nanti roger2 la..k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...