31 March 2010

APRIL FOOL ATAU APRIL BODOH?!

Assalamualaikum...
Ini adalah repost entry. Tapi telah di edit dengan membetulkan tatabahasa supaya senang dibaca. Heheh.


Hola... April Fool ye? Pernah dengar bukan? Sejak sekolah rendah dulu...kalau tiba 1 April, 'kita' sibuk kenakan orang, kenakan kawan-kawan. Sengaja gurau-gurau dan tak kurang dengki-dengki gitu. Tapi tahap sekolah rendah punya gurau...alahai..biasa-biasa sahaja.... Contoh :-

A: "Eh, tali kasut kau terbukak!"
B: "Hah yeke?!" (terperanjat campur cuak sambil tengok kasut)
A: "April fool! hahaha"
B: (dalam hati:'hdjkk%%$*##!!!'..menyumpah la tu...haha)

atau contoh dialog lain...
A: "Eh tudung ko kenapa koyak kat belakang ni?"
B: "Haa??? Ala...camne ni..." (smbil tgk tudung)
A: "April fool! kahkahkah!"
B: "Kau ni......" (sabau je la..)

Tahap sekolah menengah pula lebih ekstrem. Letak katak dalam meja sekolah, lipas, tikus, cicak dan apa-apa sahaja binatang menggelikan samada dalam beg sekolah, pensil box dan sebagainya. Tak kurang juga cikgu-cikgu pun turut dikenakan. Dijadikan mangsa gurauan April Fool. Aduyai... dahsyat budak-budak zaman sekarang.

Tahap universiti atau kolej? Ooo aku tak tahu la pula. Sebab sejak aku bergelar mahasiswi di MARSAH (hihi), sudah tiada lagi dari kalangan rakan-rakanku yang juga mahasiswi/wa yang 'meraikannya'. Sebab apa? Heh. Alasan dan sabab musababnya adalah lebih kurang sama dengan 'valentine day'. Tak tahu? Lu pikir la sendiri... heheh..

Oh aku tidaklah begitu kejam membuat kamu tertanya-tanya. Mungkin sebahagian daripada kamu telah mengetahuinya. Tetapi aku sekadar ingin berkongsi. Boleh baca artikel di bawah.


"April’s Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H...."

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. 

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. 

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool's Day'.

Inilah kisah di sebalik 'April Fool' yang 'kita' semua sibuk 'meraikannya'. Heh..dulu-dulu masih jahil. Apa orang buat, kita pun nak buat juga. Biasalah..manusia.. Renung-renungkanlah kisah ini dan ambil iktibar. Aku bercakap untuk peringatan diriku jua. Sekian...

7 comments:

Meowwwww said...

Meowwwww

jane said...

org yg sambut ni pon bodoh






haahhahhaahahah













sbb dia yg bodh g sambut sndri














keh3x

Tawel Sensei said...

Gua pinjam topik. Nanti gua pulangkan balik selepas 1 April. Hoho.

seimura said...

[ Meowwwww ]

Meowwwwww



[ jane ]

ahahahaha agak bodoh juga la.




[ tawel sensei ]

Lu ni memamng sengaja je nak kenakan gua kan? ciss!

Ms.Independant said...

klo prasan,
kbykan perayaan camni mmg motip nk tindas islam je kan...

:)

Kapten said...

aku lg baik
x pernah sambut pon
haha

seimura said...

[ Ms.Independant ]

haah betul tu aku setuju.

isk isk..




[ Kapten ]

AlhamduLillah kau memang baik kapten.
keh keh keh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...