Assalamualaikum...
Hari ini, 2 April macam ada birthday seseorang la, siapa tah aku pun kurang pasti. Teman sekolah kot? Rasanya lah. Hohoho.
Mari mengimbau kisah silam lagi. Kui kui kui. Sebagai sekolah menengah agama, solat berjemaah amat dititik-beratkan dan wajib solat jemaah di musolla. Solat dalam dorm adalah dilarang. Pernah suatu ketika denda bagi mereka yang gagal bersolat di jemaah pertama, akan didenda Solat Sunat Tasbih. Bukan tak solat jemaah tau, tapi gagal mendapatkan jemaah yang pertama. Jemaah yang kedua, ketiga dan seterusnya akan didenda melakukan solat sunat tasbih! Phew...
Apa itu solat sunat tasbih? Solat ini dilakukan sebanyak empat rakaat, dua salam. Dan bertasbih sebanyak 15 kali setiap kali bediri (selepas baca surah Fatihah dan surah pendek), bertasbih sebanyak 10 kali ketika ruku', bertasbih sebanyak 10 kali ketika i'tidal, bertasbih sebanyak 10 kali ketika sujud pertama, bertasbih sebanyak 10 kali ketika duduk antara dua sujud, bertasbih sebanyak 10 kali ketika sujud kedua. Tiap-tiap rakaat begitu hinggalah habis empat rakaat. Tidak lupa juga bertasbih sebanyak 10 kali ketika tahiyat akhir dan ketika duduk sebentar sebelum berdiri untuk rakaat kedua serta keempat. Dan tasbih yang perlu dibaca ialah....
"Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillah Wallahu Akbar, Wa la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyil 'azim"
Denda ini wajib dilaksanakan selepas balik daripada prep malam. Pernah sekali aku didenda melakukan solat tasbih ini sebanyak 12 rakaat! Hai macam mana boleh sampai 12 rakaat? Kerana aku terlewat turun ke musolla hingga telah mencapai jemaah yang keempat! Maka empat rakaat darab tiga, 12 rakaat. Fuhhh..
Jadi sifirnya begini :-
Jemaah kedua = denda solat tasbih empat rakaat.
Jemaah ketiga = denda solat tasbih lapan rakaat.
Jemaah keempat = denda solat tasbih 12 rakaat.
Jemaah kelima = denda solat tasbih 15 rakaat.
Dan seterusnya....
Tapi setakat yang ku tahu, tiada lah sampai jemaah kelima. Hihihi. Empat rakaat mengambil masa selama lebih kurang setengah jam. Tasbih 10 kali ketika ruku' adalah paling mencabar dan melenguhkan. Pastikan tiada penyakit 'angin rehan' bagi mengekalkan wudhuk.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini;
' Lakukanlah solat sunat tasbih ini setiap malam. Kalau tidak mampu, seminggu sekali di malam Jumaat. Kalau tidak mampu, sebulan sekali. Kalau tidak mampu, setahun sekali. Atau jika tidak mampu juga, seumur hidup sekali pun sudah mencukupi. '
Serius aku memang sudah sangat lama tidak melakukan solat sunat tasbih ini. Entah bila mahu melakukannya lagi. Kita ini kerap disibukkan dengan dunia termasuk la berblog ini. Dush!!! Sebijik di muka aku.
p/s : aku bukan budak nakal (tak mengaku). :p
6 comments:
-- entri ni mengingatkan ana sewaktu di sek dl jugak.. nice entri
-- solat sunat tasbih ni klu ikut turutan buat setiap hr, atau setiap minggu atau bulan atau tahun atau sekali seumur hidup :-) Alhamdulillah bg mrka yg biasa lakukan dan pernah lakukan.
-- kalau tgk solat ni, setiap part2 zikir tu..Allah ampunkn dosa2 kita yg tertentu.. Moga Allah mengampuni setiap dosa yg kita lakukan.
-- Jom solat tasbih... rasa mcm nk bt je lps bc entri ni.. (sbnrnya malas sgt nak bt hehe)..
[ Ustaz Amirul a.k.a Pengerusi DPMM ]
hihihi. kadang-kadang seronok juga zaman sekolah dulu.
Ye betul tu ustaz. Mungkin solat ini agak berat untuk dilakukan bagi yang tak biasa buat.
Aminnn... :)
Itu lah saya pun dah lama sangat tak buat. Malas menguasai diri. Haha.
p/s : Kenapa blog ustaz saya tak boleh buka ye? Hanya untuk invite reader sahaja. Isk isk isk...
Alhamdulillah kau bukan budak nakal. Agaknya ni gara-gara kau didenda solat sunat tasbih 12 rakaat tu agaknya.
Tetiba teringat member aku yang pernah tertidur masa sujud waktu buat solat ni dulu. Haha.
[ Tawel Sensei ]
Sebelum didenda lagi aku memang bukan budak nakal (poyo~). Kui kui kui...
Aduhh kesiannya member kau tu. Kau tak tanya dia sempat mimpi ke tak? Heheheh.. :D
haah la weh,. dulu kalo dekat asmara, eh silap asrama, eehehhe, siap tunggu azan lagi,.
sekarang???? dah nak masuk azan lagi satu baru terhegeh nak semayang,.
kenapa la aku berubah eh..?
[ ada ]
itu la masa kat asrama dulu bukan main baik lagi. cehh, tak la baik sangat. agagaga..
itulah kita yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia. sama-sama insafi diri. isk isk..
jawapan kenapa kita berubah ada pada diri kita sendiri. huhuhu.
Post a Comment