05 March 2010

Berikan Aku Kekuatan dan Ketabahan

Assalamualaikum....

Entah kenapa, mood aku pada petang ini sangat-sangat merudum. Down dan terus down. Apa yang membuat mood aku begitu down? Apa dan siapa??

Aku pernah berazam sebelum ini untuk mengurangkan atau menghentikan terus entri yang penuh emosi. Tapi kali ini aku tewas. Aku tak boleh tahan diri aku daripada menaip entri ini. Aku masih cuba tahan diri dari terus memaki. 

Sedih, down, marah, geram dan rasa mahu menyumpah dan memaki. Sabar, sabar. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati. Bukankah aku sebenarnya seorang yang sangat cekal dan tabah? Bukan mudah tewas dengan ujian dan dugaan yang hanya sedikit mengetuk dinding perasaan.

Aku kadang-kadang cuba untuk jadi seorang pendendam tapi tak pernah berjaya pun. Mesti akhirnya aku memaafkan dan tak sampai hati pula nak balas dendam. Dan akhirnya aku melupakan sahaja hajat untuk membalas dendam. Adakah hati aku terlalu lembut? Ohh ini bukan puji diri, cuma pertanyaan.

Kadang-kadang, orang yang nampak baik itu bukan benar-benar baik pun. Pasti ada kekurangan pada dia. Bukan setakat 'kekurangan' tapi perkataan paling sesuai adalah 'kejahatan' yang orang tidak akan sangka. Dan kejahatan itu hanya 'seorang' sahaja yang tahu dan orang itu pula pandai menjaga rahsia dan tidak pernah menceritakan kepada sesiapa akan 'aib' dan 'kejahatan' 'orang baik' tadi. Dan 'si penjaga rahsia' tadi yang sangat-sangat malang tidak dipedulikan langsung oleh 'orang baik'. Seperti kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang. Hmm... adakah 'si penjaga rahsia' hanya sekadar 'satu persinggahan?' * terus pasang lagu tersebut.

Maka pembaca pun tertanya-tanya siapakah 'si orang nampak baik' dan 'si penjaga rahsia' itu? Jeng jeng jeng....


















bersambung....... 


huahahahaha saje nak buat saspen. sape marah sila angkat kaki. weeeee~






9 comments:

Monkey D Luffy said...

main saspen2 plak

Jard The Great said...

tak saspen pon.. ehehe

seimura said...

[ luffy ]

hik hik saje je. :p



[ jard ]

oh nasib baik. kalau suspen, kena angkat kaki. hihi.

Moon BlooDy Spell said...

lepas ni sambungan dia tu kompirm aku tak bace uhuhuh
aku baru je nak buat ayat pujuk.. nak bagi kau up semula.. aku nak buat kau happy semula

wwaawawwawaawwawawa aku tertipu....
tipah tertipu bangg

Dak Wan® said...

Erk? Teman tertipu kah ini? Huhuhu sadisnya.....

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

suspen owwhh nak angkat kaki pakai kain pelikat! huhuhu..

seimura said...

[ moon ]

ahahaha aku pun tak pasti nak sambung ke tak. ahaks.
oh bulan, sungguh mulia hatimu mahu memujuk aku dan buat aku happy. aku sangat hargainya. terima kasih...

wawawawawa aku tidak menipu kamu!!





[ dak wan ]

oh aku tidak berniat mahu menipu. percayalah...



[ boneka ]

wo tahniah anda berjaya angkat kaki. ngeh ngeh..

Tawel Sensei said...

Ok, aku sudah pun tertanya-tanya siapakah 'si orang nampak baik' dan 'si penjaga rahsia'.

Dan aku sedang saspen, namun tidak pula aku marah. Maka, apakah yang patut aku angkat sekarang? Hoho.

seimura said...

[ tawel sensei ]

jeng jeng jeng... biarlah rahsia. muahahaha..

oh kalau tak marah hanya perlu angkat kening. weeeee haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...