06 March 2010

Zaman Semakin Maju dan Moden

Assalamualaikum.....

(Aku menaip entri ni seawal jam 5.37 pagi, azan subuh makin awal sekarang, jam 4.48 pagi. Weeee)

Pagi-pagi dah blogwalking muahahaha. Aku singgah di blog ini dan tertarik pula dengan gambar dalam entri mengenai 'e-jari' dan juga komen salah seorang blogger apa itu e-jari.

Aku mahu tanya kalian yang sudah bekerja, sistem punch card office kalian masih guna kad kah? Atau sudah guna imbasan cap jari? 

Aku mahu cerita pengalaman masa aku bekerja di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dahulu. Aku mula bekerja di sana pada September 2007. Pada masa itu Maij masih guna sistem punch card yang old school iaitu masukkan kad dalam mesin punch heheh.

Kemudian pada 2009 ( tak ingat bulan berapa tah ) telah 'dibina' satu mesin khas untuk imbasan cap jari bagi menggantikan mesin punch card. Sebelum beroperasi, kami semua staff dikehendaki 'mendaftar' dengan meletak ibu jari tangan kanan dan kiri untuk direkod. Setelah itu, try letak lagi sekali ibu jari pada cermin mesin imbasan tersebut hingga mengeluarkan bunyi yang mengesahkan kita adalah pemilik cap jari tersebut. 

Aku pun dah tak ingat mesin tu akan cakap apa tapi andai kita salah letak ibu jari, ( contoh senget ke atau tak lekat sangat), mesin itu akan keluarkan bunyi yang memalukan menandakan cap jari salah. Ohh sungguh malu. Ngeeeee~

Kelebihan mesin imbasan cap jari ini? Hoho sudah tentulah tidak akan ada yang menipu dengan tolong punch kan kad orang lain. Biasalah, member datang lambat maka dia pesan, " Eh tolong punch kan kad aku ". So member yang baik hati tolong punch kan kad kawan tadi. Ataupun member nak cabut awal. Belum pukul 5 petang dah keluar balik ke rumah atau ke mana-mana sahaja lah. Jenayah ini walaupun boleh dirakam guna CCTV tapi kadang-kadang masih tak dapat kesan siapa orang sebenar yang menyuruh. Yang dapat kesan cuma orang yang disuruh.

Ada juga kadang-kadang staff lupa punch card. Agaga. Lebih-lebih lagi kalau terburu-buru nak balik untuk elak kesesakan lalu lintas. Maka dengan sistem imbasan cap jari ini amat-amat membantu kerana ia mudah, praktikal dan menjimatkan masa. Staff juga tidak boleh menipu. 

Tapi mujurlah mesin punch card tu hanya untuk waktu masuk kerja sebelum jam 8 pagi dan balik kerja jam 5 petang. Aku tak dapat bayangkan kalau waktu keluar rehat jam 1 petang dan masuk office semula jam 2 petang pun perlu sistem imbasan cap jari ini. Leceh dan susah juga tu. Isk isk isk...

Tapi ada juga yang lebih canggih iaitu guna imbasan mata ( tiba-tiba teringat filem Mission Impossible ). Tak tahu lah jabatan mana yang lebih canggih dan advance itu haha. 

Soalan : Habis kalau ibu jari luka macam mana lak?
Jawapan : Itu la, mak pesan jangan main pisau, mercun tapi degil kan?

9 comments:

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

aku nak suruh mila dgn jenab mula guna sistem imbasan bibir! huhuhuh


advance kan aku !! aku tau HAHAHAH
bapak genius!

Moon BlooDy Spell said...

aku suka buat dajal kat mesin yang guna sesentuh huuhuhuh...
memang e-jari best...
tapi kalau tak dek jari macam mana..kita buleh guna jari kaki atau jari jemari ..

uhuhuh.. dunia semakin moden

seimura said...

[ boneka ]

banyak la ko punya advance dan genius.

sebenarnya diri ko sendiri yang nak jadi mesin sistem imbasan bibir tu kan? so ko boleh la cium mila dan jenab free2 je. ciss sungguh keji niatmu itu boneka. agagaggagaga!!!

seimura said...

[ moon ]

wah ko buat dajal macam mana tu? calarkan ke? agaga...
ohh kalau semua jari dah tak ada susah la. kalau satu je jari tak ada masih ok lagi.

ya kita pun turut sama memodenkan diri. weeee~

hisham said...

salam...putri..lame x terjah blog u ni..tenet i ade problem skit...sori

::[si putihpurple]:: said...

ohh~
sgguh comel jwapan yg last tu..haha:D

comel la blog ko..lame xdtg..tp aku bace kt gugel reader tau..
huhu~

Jard The Great said...

laptop kawan aku.. kalo nk bukan mmg kena imbas muka dulu. hhoho.. canggih!

Tawel Sensei said...

Aku sukakan punch card kerana ia lebih ganas bunyinya kalau diterjemah ke dalam BM.

Contoh:

Don't forget to punch your card everytime you go out for lunch.

Menjadi:

Jangan lupa tumbuk kad anda setiap kali keluar makan tengahari.

seimura said...

[ bro sham ]

ohh tak pe bro. saya faham. :D



[ si putihpurple ]

agagaga comel ke? hak hak. ok2 tak pe aku tak kisah pun.



[ jard ]

pehhh itu memang canggih betul. dahsyat laa..



[ tawel sensei ]

ohhhh memang ganas bunyinya tuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...