12 February 2014

Selamat Hari Lahir Siti Nurjannah

Assalamualaikum

Hari ini 12 Februari 2014. Alhamdulillah, genap setahun umur Jannah. Cepat je masa berlalu. Kejap je dah setahun permata hati umi dan abah ni. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan taat perintah Allah dan Rasulullah. Amin.

Siti Nurjannah 5 jam selepas dilahirkan.





Jannah umur sebulan.


Gambar terbaru pagi tadi. Umur setahun. hihi.


Biasa la orang akan tanya 'dah pandai apa?', 'dah pandai apa?'. Kadang-kadang aku malas nak jawab sebab aku terasa yang bertanya tu macam nak banding-bandingkan dengan anak dia atau anak orang lain walaupun cuma dalam hati. Hahahahaa jahatnya aku sangka buruk pulak kan. Sebab, aku jenis yang tak bertanya anak orang lain dah pandai apa, dah pandai apa, so aku ada sedikit tak suka la orang tanya aku macam tu. Kakaka.

Sebelum orang tanya lebih lanjut, baik aku bagitau siap-siap kat sini apa yang Jannah dah pandai. Muahahaha. Yang pasti, Jannah masih belum boleh jalan lagi dan masih belum tumbuh gigi langsung. Hari-hari aku belek gusi Jannah kalau-kalau ada putih-putih atau keras-keras gigi nak keluar tetapi hampa. Haha. Tapi bagus jugak belum ada gigi, aku takut kena gigit time bf. Ngehehehe.

Makin hari makin seronok layan keletah Jannah. Makin hari makin bijak. Dah pandai ikut atau ajuk orang cakap atau buat. Contoh kalau kita jegilkan mata, dia pun buat jugak. Kengkonon nak marah dia atau takutkan dia, last-last gelak tengok dia ikut.

Dah pandai nak mintak dukung kalau abah dia baru balik kerja atau dari surau. Manja ni. Kalau tengok kita siap-siap nak keluar kan, dia mula lah resah gelisah nak ikut, mulut bising sambil tangan terkapai-kapai suruh ambil dia. Kalau bab mintak makanan, memang dah pandai sejak umur 9, 10 bulan dulu. Mulut bising, kuat membebel.

Suka tengok azan kat tv3. Paling suka tengok iklan Whoopee. Kemain gelak. Hahaha. Paling kelakar bila tengok drama ada scene marah-marah dan tinggi suara, tiba-tiba Jannah nanges. Alolo. Perasaan macam orang dalam tv tu marah kat dia. Hahaha, emosi lebih Jannah ni. 

Alhamdulillah juga, Jannah masih menyusu susu ibu hingga saat ini, ketika umurnya dah masuk setahun. Mudah-mudahan dapat bertahan hingga umur dua tahun. Jannah masih tak minum susu formula tau, susu ibu sepenuhnya. Aku harus berbangga dengan pencapaian ini. Haha. Tahniah untuk diri sendiri. 

Banyak lagi nak membebel tapi Jannah asyik kacau. Ini pun berhenti setiap perenggan layan si Jannah. Hahaha. Ok lah. Kita sambung lain kali ye. Daa...

30 January 2014

Anak CNY and random story

Assalamualaikum.

Dah lama nak menulis, daripada akhir bulan 12 hari tu, sampai masuk tahun baru, sampai Januari pun nak tiba ke penghujungnya tak sempat juga nak buat entri. Fuh. Oleh kerana esok Tahun Baru Cina tahun kuda, aku nak post entri lah. Haha, takde kaitan pun dengan tahun kuda. Poyo lebih.

Tahun lepas, Jannah lahir hari kedua tahun baru Cina, 12 Februari 2013. Awal 3 minggu daripada EDD. Tahun ini tahun baru cina lebih awal, jatuh 30 Januari pulak. Habis cerita pasal CNY, nak cerita pasal lain pulak walaupun dah agak 'basi' sebab asyik tangguh je nak menaip haha.


Kena Halau dari Pentas kerana BERTUDUNG

Aku terpandang post ni kat FB entah siapa share. Pastu baca tajuk kecil, 'Penyanyi Wanita Dihalau dari Pentas kerana Bertudung. Dan aku tak kenal pula siapa 'artis' ni? Euwww..

Kau tahu apa komen pertama aku?

PADAN MUKA

Komen seterusnya...

Yang kau menggedik nak menyanyi di khalayak ramai ni kenapa? Apa dah tak ada kerjaya lain ke untuk diceburi selain menyanyi? Ok sebenarnya aku memang tak berkenan dengan wanita berhijab yang bergelar penyanyi. Berbalik pada cerita 'penyanyi wanita' yang langsung tak terkenal tadi tu, aku tak faham kenapa nak kecoh sangat ke media, siap buat report polis. Amboi. Serius kelakar. Aku hanya mampu gelak sinis. Eii, gedik sangat lah kau ni,menyampah plak aku rasa.

Ahad lepas keluar kat Melodi. Aku dah lama gila tak tonton Melodi sebenarnya. Saje la hari tu nak dengar gossip, auww haha. Penyanyi tak terkenal yang dihalau tu ditemuramah. Siap cakap 'penyanyi bertudung sebenarnya dah lama diterima di Malaysia dan seluruh dunia macam Yuna, Shila Amzah'. Hmm..okaylah tu kau sebut nama artis popular tapi kau tu pulak siapa? Tak popular pun, haha.

Isunya bukan lah popular atau tidak. Tapi pada aku la, tak payah kecoh sangat dan buat repot polis. Macam...memalukan imej wanita bertudung. Suara tu kan aurat. Tak payah lah jadi penyanyi. Aku tak tau le mungkin ramai yang sokong dia tapi aku langsung tak sokong. Hentikanlah semua ni, geli la. Cerita habis. Lagi satu cerita pasal...


Didenda Makan Rumput kerana Tidak Siap Kerja Sekolah

First komen aku. Okay cikgu tu pun tak patut, tapi yang murid tu dah kenapa tak siapkan kerja sekolah? Aku pun tak baca sangat berita tu, tengok kat tv pun sepintas lalu je. Tapi aku tetap nak salahkan budak/ murid tu. Kenapa tak buat kerja sekolah?

Hari tu keluar berita la dah beberapa hari lepas kes tu tersebar luas. Kononnya dua murid tu trauma gitu nak ke sekolah. Mak-maknya hantar ke sekolah pagi-pagi, dtemuramah juga. Eh aku rasa macam nak marah plak si penjaga, apsal kau tak cek atau at least tanya anak kau, 'ada kerja sekolah tak? '. 'Kalau ada buat'. Kan ke itu tanggungjawab ibu bapa pulak kat rumah. Haiyo. Kadang aku geram jugak dengan berita-berita macam ni. Nak tunjuk atau nak kata cikgu tu teruk sangat atau kejam sangat bagi denda yang bukan-bukan tapi puncanya salah siapa? Dah tentu salah anak murid. Yang kau MALAS nak buat homework tu kenapa woi? Itu dah tanggungjawab murid la buat homework yang cikgu bagi. Aduii.

Lantak la orang nak marah atau tak setuju dengan pendapat aku ni, haha. Masing-masing bebas mengeluarkan idea atau pendapat masing-masing kan? Hihi. Ok cerita habis.


Ok la nanti sambung lagi. Adios. Hahah.


19 December 2013

Aku dan Komik Part 1

Assalamualaikum.

Since blog ni dah jadi ala-ala blog mak-mak or blog makcik-makcik, dah jarang ada entri mengimbau kenangan silam gitu. Dan entri merapu dan lawak. Dan entri ala-ala selfie (auch). Penulisan berubah mengikut arus peningkatan usia. Amboi-amboi. 

Bagi yang mengenali diriku samada alam realiti atau alam maya, pasti tahu yang aku ni penggemar komik. Suka tengok kartun dan anime. Suka baca komik dan manga. Suka melukis. Otaku. Dan sebagainya. Tapi tahukah anda sejarah awal yang menyebabkan aku terjebak dalam kancah kekomikan dan kekartunan ini? Jeng jeng jeng. Mari kita imbas kembali naik mesin masa ke tahun 1992. Yahooo...

Tahun 1992 majalah komik paling popular adalah GILA-GILA. Majalah komik NO 1 la kat Malaysia. Ujang masih belum mendapat tempat di hati peminat ketika itu. Gila-gila dah wujud sejak tahun 1980-an lagi you alls. Abah tiap-tiap bulan mesti beli Gila-Gila dan aku lah pembaca setia. 

Profesor Serba Tau. Siapa yang masih ingat? PST ni kira maskot Gila-gila lah. Macam Din Beramboi maskot Ujang. Aku suka betul baca kolum PST ni, lawak tak hingat,  hahaha. Komik panel paling aku suka ialah Manjalong karya Cik Li. Pasal seorang kanak-kanak bernama Along dengan pakciknya nama Cik Li, heheh. Lepas tu, Tiga Dara Pingitan karya Cabai. Ini antara yang aku ingat la. Banyak lagi antaranya Lagak A. Mamud, From Taiping With Love dan lain-lain.

bersambung....

15 December 2013

Si Penghuni Syurga

Assalamualaikum.

Amboi-amboi, sejak-sejak akhir tahun nak masuk tahun baru ni makin rajin pula update blog ye. Yang sebenarnya aku dah kebosanan handset aku tak ada dua hari ni, kuang asam. Semalam la, tertinggal kat madrasah. Pastu zauji kata tunggu hari Isnin la pergi kerja baru ambil balik beg yang tertinggal. Peh, mati kutu jugak aku handset takde. Tak dapat nak what's app, haha. 

Kadang-kadang aku masih teringat kat arwah Sofea Insyirah, anak En Azwan (C.Wan) dan Pn Siti Nor Saodah (C.Nor) yang merupakan bekas jiran kami kat rumah Maokil. Sofea mak yang jaga masa ibu ayah dia pergi kerja. Pengasuh la senang cerita. Tapi itu dulu lah, tahun 2012 sebelum C.Wan dan C.Nor pindah Felda Pemanis.

Ramadhan tahun lepas (2012) aku duduk seminggu kat Maokil. Jadi sempat la jumpa Sofea yang masa tu baru empat bulan. Semangat badan dia. Masa newborn kecil je, 2.4kg tak silap aku. Itulah last jumpa sebab aku pun duduk JB kan. Lepas tu, akhir tahun 2012 pulak Sofea sekeluarga pindah rumah. Memang tak pernah jumpa lagi sampai lah 2013 ni dah akhir tahun pun. Tapi aku selalu la tengok gambar dan video Sofea kat handset abah. C.Nor rajin hantar gambar Sofea terbaru.

Jumaat lepas, mak call khabarkan berita buruk. Sofea dalam keadaan kritikal. Tersentap aku dengar. Mak cerita, ada darah beku kat kepala Sofea, baru lepas operate. Asal ceritanya Sofea asyik menangis je tak henti-henti (Khamis). C.Wan dan C.Nor pun bawa pergi Hospital Segamat untuk cek. Sampai hospital je Sofea terus pengsan dan koma. Lepas x-ray rupanya ada darah beku kat kepala. YA ALLAH. Sepantas kilat Sofea dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. Dalam pukul  1.00 pagi (Jumaat) pembedahan buang darah beku pun dilakukan. Mak kata tempurung kepala Sofea dah tak ada. Lepas operate, Sofea masih koma. T_T. YA ALLAH, kesiannya anak kecil ini. Mengalir airmataku.

Lepas itu masih belum ada update terbaru pasal Sofea. Weekend lepas aku balik Maokil. Kemungkinan besar Sofea jatuh kat rumah bs (babysitter) tapi bs tak bagitau. Adui kesiannya. Hari Isnin baru lah mak call bagitau Sofea dah meninggal dunia. Inna Lillah wa Inna IlaiHi Roji'un. Syurga buatmu wahai Sofea. Umur baru setahun lapan bulan.

Adik aku cerita dia baca status FB C.Wan masa Sofea masih koma hari tu, C.Wan dah bersedia dengan segala kemungkinan. Andai nyawa Sofea tak panjang, dia suami isteri redha. Tabahnya. Sedih betul. Sofea anak sulung. C.Nor sekarang tengah mengandung anak kedua. Mak kata C.Wan tak sampai hati nak buat laporan polis pasal kes Sofea. Jadi, doktor yang cek Sofea yang buat report. Dan update seterusnya aku tak tahu. Hehe.

Memang ibu bapanya sangat tabah. Yelah, Allah tak kan beri ujian yang tak mampu hambaNya pikul/ lalui. Kalau aku, haii tak tau lah macam mana nak hadapi. Mungkin aku tak setabah mereka. Hanya Allah yang tahu kemampuan hamba-Nya. Sentiasa lah bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.


Gambar Sofea paling latest kat PD November lalu.




Sofea umur setahun.



Sofea 9 bulan.



Sofea 5 bulan ++.



Sofea 10 bulan ++.


Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Sofea Insyirah.




14 December 2013

MTaF

Assalamualaikum

Siang tadi sekolah aku (Maahad Tahfiz al-Firdaous MTaF) ada buat program sikit. Aku pun tak berapa tau dan clear sangat tentatifnya. Cuma dua hari lepas, Us Mohd Jais (owner/ pengasas MTaF) ada bagitau aku, METRO (akhbar) nak datang buat liputan ke apa tah dan aku kena berucap sikit lah as a Mudirah. Gulp. Tapi dah bincang-bincang balik, wakilkan kepada zauji berucap sebab takut Jannah tak stabil pulak hahah.

Pagi tadi pukul 9.00 lebih kami sampai. Pagi tu gotong-royong dulu. Ikutkan start 9.30 tapi lambat jugak mula. Dalam pukul 11.00 baru mula. Haha. Aku pun bawak Jannah jalan-jalan kat kawasan luar. Tak lama tu ada van TV3 masuk. Wah. Jauh tu dari KL datang haha. Aku pun tak tau yang TV3 datang. Kiranya Metro dan TV3 kolabrasi la kot, aku agak je ngeheheh.

Aku masuk dalam rumah semula. Zauji plak pergi sembang la dengan orang Metro dan TV3 sambil bawak pusing kawasan rumah. Aku duduk kat tepi meja komputer. Tak lama tu ada salah sorang krew datang kat aku. Ehen, ehem... Perempuan muda. Dia tanya, "Ini adik awak ke? (sambil tengok Jannah). Amboi, nampak muda sangat ke aku ni dia tanya gitu kan, haha. Aku pun jawab, "Tak lah. Ini anak saya." Pastu kan, muka dia terkejut. Duh, tak payah la kaget sangat, haha. Then dia tanya lagi. "Ooo.. awak pun belajar sini sekali kan?" Baca... BELAJAR. 

Entah kenapa aku macam terkedu jap sambil kerut kening. Belum sempat aku jawab member dia dah panggil dan dia pun pergi. Sebenarnya aku lambat jawab tu tengah fikirkan jawapan paling best, hahaha. Aku nak jawab, "Tak lah. Saya tenaga pengajar di sini." Skema kau, haha. Nak cakap aku guru besar, mesti dia lagi tak percaya kan, haha. Nak cakap ustazah, macam baik-baik benor, kiki. Tenaga pengajar bunyi macam formal dan terhormat gitu. Poyo. Aku terfikir-fikir, aku rasa krew tu jauh lagi muda dari aku kot, kalau tak awal 20-an, mesti dalam 18, 19 tahun gitu. Gaya aku belum cukup nampak macam guru ke atau aku yang awet muda? Cececehhh..

Ok lupakan cerita yang 'aku nampak muda sangat' tu, sampai esok tak habis kang. Jadinya, wartawan-wartawan yang datang tu tolong gotong-royong sekali. Aku pun tak pasti mana satu orang TV3, mana satu orang Metro. Dalam pukul 12.00 aku kena balik Taman Impian Emas coz zauji jadi imam Zuhur. Masa nak keluar tu nampak la barang-barang sumbangan berupa beras berkampit-kampit, beg-beg sekolah, telekung-telekung, kipas elektrik, sos, kicap, susu tin pekat, biskut dan macam-macam lagi. Dah macam program bersamamu TV3 dah aku rasa, hihi.

Pukul 2.00 petang kami sampai semula di madrasah. Rupa-rupanya nama program tu "Titipan Kasih". Katanya nanti masuk TV3 siaran 22hb. (tapi muka aku tak masuk tv pun, hihi). Us Jais kata kira macam program realiti tv la diorang ni tapi yang mencari pengacara. Ada empat orang finalis. Entah yang mana satu aku pun tak tau. Masa aku datang semula pukul 2.00 tu diorang semua dah gerak balik KL. 

AlhamduLillah banyak sumbangan pelajar-pelajar MTaF dapat. Syukur. Us Jais memang terbaik lah dari segi 'marketing'. Hiks. Aku pun dapat jugak beg dan telekung. Dapat kipas sebijik dan payung. Kata Us Jais esok orang TNB pulak nak datang. Tak pasti la nak beri sumbangan jugak ke apa. 

Tapi memang betul la, kalau kita betul-betul ikhlas nak memartabatkan agama, pasti Allah akan bantu dan permudahkan jalannya. Macam Us Jais ini lah. Bersungguh-sungguh mengasaskan dan mewujudkan sekolah tahfiz sendiri. Kalau nak cerita dari awal macam mana perjalanan penubuhan madrasah ini memang berliku-liku jua. Panjang ceritanya. Mungkin aku boleh buat entri khas yang lain akan datang.

Oh ye, MTaF ada masuk Metro semalam mukasurat 42 kalau tak silap. Tapi main story bukan pasal tahfiz pun, sabar je lah wartawan ni. Masa wartawan tu datang aku ada. Us Jais kenalkan.

Oi, dah pukul 11.00 lebih rupanya. Mujur esok Ahad. Ok nitezz alll.. Babai.


06 December 2013

Random Story

Assalamualaikum.

Dah lama tak emosi-emosi dalam blog macam dulu-dulu. Haha. Untuk entri random ni ada yang berbaur emosi, ada berbentuk pendapat dan lain-lain. Layankan je lah.


Bukan Aku yang Kerek

Ok ini semalam punya cerita lah. Semalam hari ketiga aku tak dapat datang kerja sebab Jannah demam. Aku dah sms students cakap aku tak dapat datang. Dalam pukul 9.00 pagi, makcik yang biasa datang madrasah mengaji dengan aku call, tanya ada kelas tak. Aku pun cakap tak ada sebab Jannah masih demam. Lepas tu dia cakap dia ada kenal seorang nurse ni maybe boleh membantu. Tak sangka lah pulak aku nurse tu ada kat sebelah dia! Lepas tu terus bagi telefon pada nurse untuk bercakap dengan aku.

Aku masa tu dah mula rasa tak suka. Haha. Normal lah baby demam kan. Then.. she is speaking yaww. Eh kau ni bajet sangat nak cakap omputeh pehal? Cakap je la dalam BM. Aku mula naik menyampah. Ok i guess she is an Indian lady. Sebab macam ada bunyi-bunyi India bila dia speaking tu, haha. Dia cakap omputeh aku balas cakap Melayu. Hahaha lantak la kan.

Aku cakap lebih kurang gini, "Saya rasa normal je demam macam ni. InsyaAllah akan baik sendiri nanti. Lagipun panas badan dia dah berkurangan."

Lepas tu dia cakap apa tah. Agaknya kengkonon tak faham la aku cakap apa kan sebab dalam BM. Puiii! Lepas tu aku macam dengar dia berbual dengan makcik yang mengaji dengan aku tuh. Aku tanpa buang masa terus matikan telefon sambil mengomel, ishh sebokkk je lah kau ni. Dah la speaking konon. Aku balas cakap Arab kang ternganga kau tak faham.

Moralnya, tak payah nak speaking sangat lah wei. Nyampah tau tak? Ok takpe lah niat makcik tu baik nak tolong aku tapi boleh tak dengar dulu penjelasan aku sebelum memandai pergi pass handset pada nurse tu? Maybe dalam hal ni nampak macam aku berlagak atau kerek, orang nak tolong tapi aku menyombong. Terima kasih sudi mahu membantu tapi nurse tu jauh lebih kerek sebab cakap omputeh. Hangguk kau.


Rumah Masih Belum Settle

Ini pun kategori entri emosi jugak ni hahaha. Seperti yang aku cerita kat entri sebelum ni, pemilik rumah sebelum ini masih belum habis angkat semua barang-barang dia. Sebab rumah dia masih belum siap. Masih dalam renovation. Katanya lagi dua minggu baru siap (anggaran). Seminggu sudah berlalu. Hari ini atau esok perabot yang kami order akan dihantar ke rumah. Serabut tol. Mana nak letak tak tau sebab bilik depan masih belum clear lagi. Aiyyaa..

So kami decide kemaskan/ bungkuskan/ kumpulkan barang-barang dia kat bilik depan tu pindah ke bilik belakang. Tapi barang-barang kami yang kat bilik belakang tu kena keluarkan dulu lah. Banyak kerja sebenarnya tapi apa boleh buat, hadap je la woi. Apa pun tak boleh. Huhuh.



03 December 2013

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Dah masuk Disember 2013. Entri ke-16 untuk tahun ini. Tahun 2012 cuma ada 16 entri je. 2013? Adakah ini post terakhir untuk tahun ini? Kita tungguuu..

Kali ni takde gambar nak publish, tak sempat. Entri akan datang. Ni Jannah tengah tido maka aku sempatkan diri update blog sambil makan megi kari. Heheheh. Sekarang ni aku dah duduk kat rumah baru. I mean bukanlah rumah baru pun, cuma baru berpindah rumah je. Heheh.

Khamis lepas (28/11) lori sudah angkat barang yang besar-besar iaitu TV, kabinet tv, mesin basuh, peti ais, sofa, katil, tilam. Hari Jumaat baru kami pindah dan tidur sana. Oleh kerana pemilik sebelum ni masih belum habis angkut keluar barang-barang dia, kami pun masih belum berkemas sangat. Barang dari kuaters pun belum habis angkat sebab rumah sekarang ni masih belum kosong sepenuhnya. Sabar menunggu.

AlhamduLillah akhirnya hasrat kami nak mendiami rumah bawah dah tercapai. Walaupun bukan untuk selamanya tapi bersyukur sangat dah ni. Ok aku belum cerita asal-usul cerita pindah rumah ni ye. Hiks.

Syawal yang lepas zauji ada dapat tawaran untuk jadi Imam kat satu surau. Imam solat lima waktu. Imbuhan/ elaun tu adalah tapi yang paling best ada rumah disediakan. Tak perlu bayar. Setelah seminggu dua berfikir dan menimbang pelbagai perkara akhirnya zauji menerima tawaran tersebut. Walaupun jauh sikit dengan tempat kerja tapi masih boleh di adjust dari segi masa.

Asalnya pihak AJK surau mintak mula bertugas awal November tapi oleh kera na imam yang lama masih belum boleh nak kosongkan rumah jadinya ditangguh pulak awal Disember. Itulah ceritanya. Kiranya zauji ni imam 1. Ada tiga orang yang jadi imam kat surau ni. Bertugas mengikut giliran. Surau Al-Fateh, Taman Impian Emas.

Sempena pindah rumah ni jugak kami ada beli perabot baru. Tilam queen saiz, almari baju jenis sliding macam Jepun tu, kabinet dapur, rak pinggan mangkuk, meja kopi dan err.. mesin parut kelapa. Tapi semua tu belum sampai lagi la. 

Ok stop dulu lain kali sambung haha. Babai.

01 November 2013

Jannah 1 - 8 bulan

Assalamualaikum.

Dah lama tak buat entri baru, asyik tak sempat je. Ni Jannah dah tido boleh la aku update cerita apa yang patut. Cewah. 

AlhamduLillah Jannah dah berusia 8 bulan 20 hari. Lagi 10 hari nak masuk 9 bulan. Perkembangan Jannah? Mengesot je pandai. Merangkak belum, duduk sendiri belum, memanjat belum. Tak apa lah lambat sikit janji sihat ye tak? Lagi pun Jannah lahir awal 3 minggu, hampir premature. Kata orang baby lahir awal ni perkembangan dia memang lambat sikit. So aku positif je.. Haha.

Yelah, aku tak pernah cerita perkembangan Jannah dari bulan ke bulan. Maksudnya sebulan dah pandai apa, dua bulan dah pandai apa. So rasanya dalam entri ni aku nak cerita ringkas-ringkas je lah perkembangan Jannah dari bulan ke bulan. Lain anak, lain perkembangan tau, usahlah dibanding-bandingkan.

Jannah umur sebulan: Masih tak pandai apa pun lagi. Haha biasa lah kan, masih dalam fasa newborn. Menangis je la yang dia tau. Mata pun belum nampak dengan jelas lagi. Suka menggeliat.

Sebulan




Jannah umur 2 bulan: Pun masih baring je lagi kan haha. Dan masih suka menggeliat. Comel sangat.



Jannah umur 3 bulan: Dah mula mengiring. Suka ngiringkan badan sambil kaki tendang-tendang ke depan. Mulut dah mula riuh. Tapi tak mudah senyum dan ketawa bila diagah. Kalau baby lain umur dua bulan dah ketawa mengekek dah, tapi Jannah tak. Pemalu atau sombong? Hahaha. Tapi dia tau la kalau orang panggil nama dia, mata dia akan mencari dan toleh kepala. hihi.

3 bulan




Jannah umur 4 bulan: Masih tak meniarap lagi. Mengiring je selalu. Mulut lagi bising. Entah apa-apa dia bebel. Masa ni dah pandai senyum dan gelak bila orang agah. Lega makk. Haha. Tangan dia dah pandai nak mencapai bila kita hulur sesuatu. Yang pasti dia dah kenal orang. Kalau dengan orang yang tak biasa jumpa pegang dia, muka cebik nak nangis. Dan kalau orang tu pegang lagi lama tanpa pulangkan pada umminya, memang menangis melalak la sampai tersedu-sedu. Sobs.

4 bulan



Jannah umur 5 bulan: Dah mula pusing badan meniarap tapi statik dan tak boleh angkat kepala sangat. Melepek je. Leher dia masih tak berapa kuat. Kalau dukung pun masih kena ampu leher dan kepala dia. Percubaan meniarap pun beberapa kali je. Tapi aku tak paksa, biarlah dia pnadai sendiri. Tapi mulut bising dan bercakap memang tak henti-henti la haha. Suka senyum dan ketawa. Dah boleh pegang barang kalau kita bagi. Masih takut orang haha.

5 bulan




Jannah umur 6 bulan: Baru lah dia rajin pusing nak meniarap. Kepala dan leher dia pun dah tegap. Bila meniarap boleh golekkan badan la (meniarap terlentang istilahnya) tapi tak laju. Nak masuk 7 bulan barulah bergolek dengan laju. Pantang baringkan je terus pusing meniarap. Nak salinkan pampers pun susah payah. Dah boleh sebut mamamamam. Perangai baru suka geleng-geleng kepala. Kalau tengok orang makan mulutnya pun nak kunyah-kunyah sama. Pandai pegang biskut baby bites sendiri, makan sendiri. Botol susu pun pandai pegang.

6 bulan




Jannah umur 7 bulan: Memang asyik meniarap je kerjanya. Kadang menyusu pun meniarap. Layankan aje. Dah boleh berpusing 360 darjah bila meniarap tu. Tak pandai mengesot lagi. Masih suka geleng-geleng kepala haha. Kalau membebel sebut 'mamamamam' ' bababababab' 'papapapapap' 'vavavavavava'. Emm bila nak sebut ummi ni? Asyik abah je. Jeles. Suka sangat menjerit tapi bukan nanges tau. Menjerit excited gitu, nak cakap tak pandai. Bila pegang mainan yang ada bunyi suka goncang kuat-kuat untuk keluarkan bunyi haha. Suka sangat tengok azan. Masa meniarap suka ketuk-ketuk lantai pakai tapak tangan bila tengah geram atau teruja.






Jannah umur 8 bulan (sekarang): Ok dah boleh mengesot tapi belum jauh sangat setakat ni. Itu pun kalau dia nak capai sesuatu, dia pun bergerak la ke depan. Aku selalu dengki jauhkan benda yang dia nak capai tu supaya dia bergerak lebih lagi. Kadang-kadang pandai marah tu, jerit-jerit. Paling sweet dah pandai cari susu dia kat mana hahaha. Perangai suka geleng-geleng masih diteruskan hihi. Tangan dia cepat je nak capai barang. Kalau orang tengah makan nanti dia mengesot datang dekat nak menyibuk.




Ok lah cukup setakat ni dulu. lain kali sambung. haha.

07 October 2013

Please Vote for My Baby

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin. Hari ni entri pendek je. Minta jasa baik my followers dan my blog readers tolong vote untuk Jannah. Saje suka-suka join contest ni. Baby/ kanak-kanak yang paling banyak dapat like, akan dapat hadiah.

Senang je nak vote. Just klik pada link di bawah ni dan vote for Jannah!


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=476089475822112&set=pb.363061183791609.-2207520000.1380922863.&type=3&theater


Ok terima kasih banyak atas sokongan anda. 

24 September 2013

Baby and Foods

Assalamualaikum.

Tak ada kesempatan sangat nak menulis blog. Idea ada, cerita ada, tapi masa pulak tak berapa nak ada. Ceh bajet busy macam pak menteri la konon.

Alhamdulillah, Jannah dah genap 7 bulan pada 12 September 2013. Hari tu nak update masa umur 6 bulan tapi tak sempat sebab sibuk beraya kan. Akhirnya berjaya juga exclusive bf sampai umur Jannah 6 bulan. Yeay! Tahniah untuk diri sendiri. Dah boleh dapat diploma ni wei dalan bidang PSI secara eksklusif. Ehemm.






Bila dah umur 6 bulan, dah boleh start solid food. Ada jugak yang start solid food seawal usia 4 bulan atau 5 bulan. Terpulang pada ibu masing-masing. Aku memang tunggu 6 bulan baru berani bagi makan selain susu. Ye lah, baby kan usus dan buah pinggang dia tak kuat lagi nak terima selain susu. Air masak pun aku tak bagi minum. Bila dah start makan baru bagi air masak. 

Ceritanya makanan pertama Jannah ialah Baby Guide dan Baby Bites. Biskut beras orang panggil. Kat kotak pun siap tulis untuk 6 bulan ke atas. Mula-mula sikit je dia makan. Suku je daripada biskut (setiap paket ada dua keping). Setelah beberapa hari dah boleh habis sekeping dan dua keping. Cara makan samada makan gitu je coz biskut tu cair dalam mulut atau bancuh dengan air masak buat macam nestum then bagi makan guna sudu. Tapi Jannah tak mau sangat. Cara aku pulak aku patahkan sikit-sikit then celup air masak bagi lembut, baru suap ke mulut Jannah. Memang laju dia makan. Lepas makan bagi minum air masak guna botol. Once baby dah mula makan, dah kena bagi air masak dah.








Masa umur 6 bulan hari tu aku dah buat bubur kosong, kali pertama nak cuba. Jannah tak mau makan sangat. Maybe sebab kosong je tak letak sayur ke ikan bilis ke hehe. Makanan puree Jannah yang pertama ialah buah pear. Wah laju dia makan. Manis kan, sedap. hehe. Puri pear tu aku buat sekali banyak dan bekukan dalam freezer. Time nak makan baru keluarkan satu, satu. aku guna baby bullet punya set bekas tu so senang lah, sekali ambil satu bekas kecil je, mesti habis makan punya.

Ini dia. Comel kan? hehe.



Tapi jujurnya aku jarang sangat bagi puri. Biskut pun tak hari-hari aku bagi. Aku pernah baca, selagi baby belum tumbuh gigi, jangan bagi makanan selain susu sebab buah pinggang dia belum cukup matang lagi. Bila dah tumbuh gigi, bermakna buah pinggang dia dah cukup matang dan boleh lah bagi solid food. Oleh kerana Jannah pun belum tumbuh gigi, aku pun macam takut-takut nak bagi makan. Kan ke ada kes baby umur 4 bulan usus pecah dan meninggal dunia sebab awal sangat bagi makan selain susu. Lebih baik kita beringat sebelum terkena betul tak? 





Sebenarnya sebelum umur Jannah 6 bulan lagi aku dah berniat dah exclusive bf sampai umur 8 bulan atau ganjak ke setahun. Maknanya hanya susu ibu semata-mata tanpa makanan/ solid food. Tapi oleh kerana berat Jannah tak berapa naik, naik sikit-sikit je sampai dah masuk graf kuning, aku terpaksa lupakan hasrat nak lanjutkan exclusive bf. Maka aku pun start lah bagi makan. Kenapa aku tak bagi nestum? Entahlah aku sebenarnya tak berapa suka nak bagi nestum kat baby umur bawah setahun ni. 






Semalam pergi klinik check up Jannah. Berat cuma naik 200g je. Berat Jannah umur 7 bulan 11 hari baru 5.6kg. Rasa macam berat dan mok tapi berat naik sikit je. Tak tau lah maybe sebab dah aktif bergerak, meniarap dan guling-guling golek-golek kot sebab tu berat tak naik banyak. Nurse pun macam risau. Nurse pesan bagi makan bubur blend letak ayam atau ikan sikit, sayur sikit biar cukup zat. Kalau bubur kosong cuma dapat karbohidrat je. Ye baiklah. 







Masalahnya kenapakah aku tak berapa rajin nak buat semua tu? Haha. Macam aku cakap awal tadi, aku macam takut-takut nak bagi makan selagi Jannah masih belum tumbuh gigi uolls. Aku bi degil ke tak tau lah. Mungkin Jannah kurang berat tapi dia sihat dan aktif dan tak pernah demam. Itu dah cukup bagus bagi aku. 





Tak apa lah nak. Slow-slow je. Tunggu Jannah tumbuh gigi ye hihi. Susu ibu pun dah cukup apa untuk baby? Janji mak nye makan makanan berkhasiat. Heheh.




Ok lah babai.

16 August 2013

Aidilfitri 1434










Assalamualaikum.

Sepanjang Ramadhan hari tu tak sempat update walau satu entri pun. Haiyaa. AlhamduLillah Ramadhan tahun ini aku berjaya puasa penuh lagi macam tahun lepas. Yeay! Tahniah untuk diri sendiri. *lambai tangan pada peminat*

Yup sejak habis nifas 12 April hari tu, aku belum pernah datang haid lagi. Biasanya fully bf atau exclusive bf memang melambatkan kedatangan haid tapi tak semua wanita begitu. Mak aku dulu setahun lebih lepas bersalin baru datang haid semula. Ada seorang nurse KKIA cerita dia 11 bulan tak datang bulan. Ada seorang lagi kawan aku, ngam-ngam setahun lepas bersalin baru datang bulan. Setiap wanita adalah berbeza.

AlhamduLillah puasa dengan menyusukan anak Allah permudahkan. Tak ada lah sampai rasa nak pitam ke pengsan ke keletihan teramat sangat ke. Semuanya seperti biasa, puasa ke tak puasa sama je rasanya. Production susu pun macam biasa tak berkurang pun. Sentiasa cukup for my little princess.

Satu Syawal hari tu giliran beraya rumah my parents. Hiks. Rabu 7 Ogos baru bertolak balik ke Maokil. Adik beradik aku semua ada kecuali Fitri yang terpaksa bekerja malam raya dan pagi raya. Buka puasa 29 Ramadhan di Maokil. Hihi. Sebelum balik Maokil siap buat ketupat sikit then sambung plak kat rumah mak hoho.

 Ketupat yang aku dan hubby anyam kat JB.

Bersedia untuk direbus.


Bersedia untuk dimakan. 

Pagi 1 Syawal lepas solat raya dan makan-makan dalam pukul 9.00 lebih kami bertolak ke Sri Ledang, rumah atok belah abah. Both atok lelaki dan atok perempuan dah takde (sobs..). Tak ada orang pun. Abah buat tahlil ringkas. Then lepa zuhur ziarah kubur atok lak. 


Jannah yang ketiduran kat rumah atok.

Lepas ziarah kubur barulah gerak ke Kampung Tiong Bharu plak, rumah atok belah mak. Ramai juga pakcik makcik kat rumah atok tengah rehat-rehat. So inilah peluang Jannah jumpa tok-tok sedara dia sambil kumpul duit raya kikiki. Dalam pukul 5.00 petang gerak balik Maokil semula. Malamnya baru le my only bro sampai rumah siap bawak kawan dia orang Kelantan yang tak dapat balik beraya coz kehabisan tiket (so sad) jadinya beraya di Maokil la beliau.


Pagi 2 Syawal barulah kami anak-beranak bertolak ke Kampung Parit Yusof rumah atok hubby. Gerak pagi jalan tak jem. Ok la, sampai rumah atok dalam pukul 11 gitu. Sebelum tu siap singgah kat pekan beli tudung raya aku hihi. Pastu petang dalam pukul 3.00 petang kami (termasuk keluarga SIL, PIL) ziarah rumah mak long kat Batu Pahat.



Malam rehat sambung raya esok plak. 3 Syawal, famili besar Pak Mustaffa (my FIL hehe) adik beradik dia semua sama bergerak ke Melaka beraya di rumah mertua Busu (adik bongsu FIL, pok su kami le heheh).

Jannah pakai baju baru yang nenek beli dari nek su. weee~


Lepas tu adik beradik FIL pergi open house ayah mertua Busu kat Linggi. Jadi famili Pak Mus ni beraya sendiri beraya rumah sepupu abah laks. Sampai rumah je Jannah mengamuk nanges last2 nenek sana suruh mandikan. Lepas solat semua, kami bergerak ke Bandar Hilir. Nak jenjalan bandar Melaka kahate nyer.. Layan je lah woii..


 Cuba teka Jannah tengah buat apa tu? Haha.





Masa ni jem teruk kat Little India sebelum sampai Taming Sari tu. Jannah tido bangun tido bangun banyak kali pon masih tak sampai lagi.


Maghrib lepak jap kat surau warisan ke apa tah nama dia hehe. 


Lepas maghrib baru la nak bertolak balik semula ke kampung. Sempat gak beli baju Jannah, t-shirt aku dan beg sebagai souvenir heheh. Malam baru le sampai rumah atok dan terus tido sampai pagi. Esok paginya siap-siap balik Maokil semula. PIL dan young SIL ikut sekali merangkap beraya sebelum mereka balik Tenggaroh. Kami plak petang lepas Zuhur bertolak balik JB. See? Sekejap je kan kami beraya kat kampung? Khamis sampai Ahad je, Ahad dah balik JB walaupun cuti masih panjang sampai Ahad lagi satu.


Adoi panjang plak entri ni ye. Ok stop dulu sambung lain kali. Daa..



16 July 2013

Test

Assalamualaikum.

Percubaan update blog guna mobile. Agak susah juga. Ok tu je bai.

09 July 2013

Like A Stalker

Assalamualaikum.

Wah esok mula puasa. Yeay. Nak sahur apa esok ye. emm.. emm.. Sardin ok gak. Buka puasa? Amboi-amboi kemain lagi. Mulai esok kelasku bertempat di masjid-masjid terpilih. Ececeh. :p

Emm.. pernah tak anda rasa macam... ada peminat misteri? Jeng jeng. Ataupun haters tapi nak ambil tahu jugak kisah hidup korang. Contoh lah kengkonon aku ni selebriti blogger (olok-oloknya) then ramai peminat dan juga ramai haters. Si haters ni walaupun suka mengutuk dan mengeji tapi still jugak baca blog aku dan komen-komen kat blog aku. 

Dulu aku pernah jugak ala-ala diburu stalker (ceh perasan popular). Dia baca blog aku, jadi kawan kat FB, add YM aku dan selalu jugak sembang-sembang tapi lama-lama aku tak layan. Sampai tahap aku blok dia dan aku siap deactivate FB dan buka akaun lain sebab dia selalu kacau. Dan paling tak best masa sebelum tu beliau siap doakan sesuatu yang tak baik buat aku sebab aku 'tolak' dia. 

Memang perkara ini yang paling aku takut dalam alam maya; stalker. Sebab tu lah tak berani letak gambar sendiri kat laman maya ni ngeee..

Stalker ni antara lain sikap dia selalu memprovok kita dan menakut-nakutkan kita dengan ugutan atau doakan yang buruk untuk kehidupan kita. Dalam kata lain, oleh kerana dia terlalu 'obses' dengan seseorang tu sampai sanggup lakukan apa saja tetapi dalam senyap dan dalam diam. Dan paling hebat apa saja tentang kita dia tahu beb. Sebab dia selidik dalam-dalam dan ambil tahu semuanya. Kalau lebih berani dia akan korek rahsia kita daripada kawan-kawan yang rapat dengan kita (contoh kawan FB).

Wui ngeri dan seram woi. Macam ni lah yang pernah jadi kat aku dulu. Stalker ni add kawan baik aku kat FB jadi kawan dia dan tanya perihal aku. Naseb baek kawan aku ni tak cerita apa-apa sebab dia rasa something tak kena je dengan orang ni. Benda ni jadi masa aku masih kat Mesir dulu la. Bila balik Malaysia kawan aku cerita balik, wah berderau darah aku. Tapi masa tu memang aku dah remove semua friend dan bukak akaun baru so aku dah tak risau. 

Aku diganggu stalker ni sekitar tahun 2010 kalau tak silap aku. Ketika zaman kegemilangan (ceh gemilang la sangat) blog aku dulu-dulu meriah dengan komen-komen setiap kali update blog haha. Zaman rajin blogwalking dan tambah kawan melalui blog. 

Seiring dengan pertambahan usia dan status yang berubah, blog aku kalau pengikut blog aku (followers or silent readers) sejak zaman 2009, 2010 dulu perasan, dah jadi ala-ala blog mak-mak dah sekarang. Pasal anak. Dah makcik-makcik dah saya ni yaww. Kalau baca balik entri masa 'muda-muda' dulu boleh gelak sorang2 dan macam nak delete. Sebab cam haroommm gak tulisan aku dulu-dulu benci I (sekarang pun masih ceharommm sikit-sikit kadang-kadang).

Tak kisah lah. Janji readers boleh 'baca' kejujuran dalam setiap penulisan aku. Cewahh. Ni aku nak kongsi la sikit tentang sesuatu..



Kau nampak tak? Kau nampak tak? Aku rasa macam nak bangga jugak la aku punya blog dah ke tampat yang ke 6 juta. Kau ada? *loser*. Bukan apa. Dulu-dulu kalau aku punya blog tempat yang ke 25 juta lebih. Tak sangka sekarang dah makin meningkat naik ke tangga 6 juta. Satu pencapaian yang agak baik la bagi blog picisan lagi tak glamer macam blog aku nih. Sobs *kesat air mata*

Jadi aku berterima kasih juga kepada yang baca blog aku walaupun yang silent reader termasuk stalkers (kau tengok ada huruf 's' belakang mungkin banyak stalker hahah) dan termasuk jugak haters (kalau ada. ada lah kot agaknya haw haw).

Kadang-kadang, kat mulut kita cakap benci dan tak suka orang tu tapi selalu jugak ambil tahu pasal dia, contoh rajin baca blog dia dan baca status dia kat FB atau Twitter. Ini stalker atau secret admirer? Bincangkan.



03 July 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum.

Kita sudah masuk setengah tahun kedua 2013. Kengkonon nak buat entri 30 Jun hari tu tapi tak sempat daa.  Saje nak naikkan statistik yang view blog aku ni. Haha.

Minggu lepas aku dah beli baju raya dua pasang. Ngeh-ngeh. Tahun ini tema kebaya untuk aku kih kih kih. Bukan sekadar untuk bergaya semata-mata tapi lebih kepada memudahkan aku untuk bf. Sebabnya susah nak cari nursing wear berbentuk jubah atau baju kurung kat kedai-kedai atau butik biasa. Biasanya orang jual online. Hubby pulak tak berapa suka beli online coz tak dapat tengok sendiri material nya dan tak boleh pilih depan mata live. Lagi satu takut rosak la, takut kena tipu lah (alasan my hubby).

Untuk Jannah awal-awal dah beli hari tu. Beli dengan kawan dua pasang, kat Jakel dua pasang. Semua kurung moden gitu. Tapi hari tu masa test kat badan dia, labuh gila bajunya dah macam jubah. Masa tu Jannah baru tiga bulan lebih. So aku bajet raya nanti umur dia enam bulan dah boleh fit la kot. Agaknya aje. Kalau masih besar, pakaikan baju baby la yang cantik-cantik di pasaran samada gaun atau pun jenis baju dan seluar sepasang (kain t-shirt) yang girlish punya heheh.

Ramadhan tahun ni aku macam boleh bayangkan bersahur macam mana. Si kecik tu suka bangun jam 2.00 pagi, 4.00 pagi, 5.00 pagi nak susu. Mesti dia nak join sahur sekali punya haha. Aku memang kena bangun super awal supaya sempat masak dan sediakan sahur dan sempat makan. Target aku nak minum air masak sebotol besar tu time sahur (1.5 liter). Aku ni memang pemalas sikit nak minum air masak. Air manis suka pulak. Musyquwais.

Hehe Ramadhan tahun lepas aku langsung tak memasak mabuk punya pasal. Juadah berbuka memang hubby le yang masak atau beli kat bazaar. Waktu sahur pulak aku tinggal panaskan lauk je biasanya haha.

Teringat pulak Ramadhan kat Mesir. Rindu beb. Seronok je sahur dan buka puasa dengan kawan-kawan serumah. Kadang-kadang ada jemputan berbuka ke rumah orang Arab. Aku ada cerita kat entri dulu-dulu. Lagi pulak sekarang ni musim panas, musim anggur tengah murah gila. Musim panas je la ada buah anggur. Hari-hari beli sekilo. Bestnya. rindunya bumi Mansurah.

Target Ramadhan tahun ni dapat khatamkan 30 juzuk al-Quran, dapat sekali pun jadi la. Insya-Allah. Amin.


Last but not least. My little princess yang manja.




29 June 2013

Scan 2D Jannah

Assalamualaikum.


Hik hik saje nak imbas kenangan tahun lepas heheheh. Tapi aku post dua dulu lah pic scan ultrasound Si Kenit Jannah ni haha. Tak banyak sangat pun. Dan aku tak pernah buat scan 3D/ 4D walaupun teringin sangat. sobs sedih tau I. Hubby tak memberi sokongan huwaaa...




Kali pertama buat ultrasound kat klinik private. Baru 7 minggu. Kecil je kantung. Masa nih dah yakin benar le dah pregnat coz dah dengar degupan jantungnya. alamak epiknya. Rindu pulak nak mengandung lagi. Ehh??









Yang ini pulak ultrasound kat KKIA. Baru nak bukak buku pink. Dah 14 minggu pregnant baru bukak buku pink? Sebab? Aku nak tunggu lepas raya baru buat buku. Aku bimbang masa puasa kena minum air gula, dah tak boleh puasa padahal kan aku nak puasa penuh. winkwink.




Ada lagi gambar-gambar ultrasound yg lain sampai 7 bulan. Nanti-nanti lah aku letak kat entri lain haha. Ok bai.





p/s: anak kedua nanti aku nak buat jugak scan 3D/4D. Kali ni pakai duit aku sendiri. Huhuh.



27 June 2013

Tidur

Assalamualaikum.

Aku baru perasan bulan Jun ni aku belum post apa-apa entri baru. Bajet busy sangat la kah kah. Kali ni aku letak gambar-gambar Jannah tidur wiwiwi. 












Tidur atas pangku lepas menyusu. Masa ni kat rumah MIL. Umur Jannah masa ni 3 bulan 5 hari. :)



Ok ini antara gambar terawal lepas aku beli handset baru hahaha. Bulan lepas jugak, Mei.



Ehem-ehem, tengok stokin dia, ada kumbang. kikiki.




Ni pun atas pangku. Hiks.




Senyum time tido dalam buai.




Baju kot tidur drypers.




Dalam kereta on the way nak balik JB dari Tenggaroh. Atok dan nenek belikan gaun ni. 




Ni masa balik rumah tok dia kat Maokil awal bulan 6 hari tu.



Balik dari klinik ni kalau tak silap aku. Masa check up 4 bulan.



Masa ni rambut masih tak tumbuh banyak. Kat Maokil jugak ni. Umur 3 bulan.




Wah ini lagi klasik. Masa umur empat hari. 





Ok dah sudah. Bersambung. hihi.

26 May 2013

Ini Adalah Perangai Gadis-gadis

Assalamualaikum

Aku cuti seminggu bermula Jumaat. Yep, sekolah lain cuti dua minggu, sekolah aku cuti seminggu je. Jadi lah daripada tak ada cuti langsung. Hihi. Dapat rehat sikit kat rumah. Masak-masak. Ececeh.. Dah lama jugak aku tak memasak sebenarnya. Dah Jannah asyik melekap je kerjanya. Apa pun tak boleh. :p

Khamis malam Jumaat yang lepas jenjalan kat Angsana. Makan kat KFC oder Spicy Korean Burger. Sedap hihi. Ok ceritanya gaji pertama aku kena belanja hubby makan. KFC pilihan kami. Lepas melantak KFC singgah Watson kejap nak cari BB Cream Stick Maybelline. Mula-mula cari tak jumpa, aku pun ambil BB Cream Silky Girl sambil nak grab jugak compact powder baru Silky Girl yang 2 way foundation with SPF 15 ke apa tah yang macam kat iklan Emma Maembong pakai tu. Harga dia RM33.90 amboi mahal aihh tak pernah beli bedak kompak semahal tu. Tak pe lah beli je huhu. Bila toleh belakang rupanya rak barang Maybelline kat tengah-tengah daa.. bukan kat dinding. Patut la aku cari tak jumpa. So aku letak balik BB Cream Silky Girl, aku capai BB Cream Stick Maybelline. Settle.

Maklumlah dah lama tak singgah Watson, tu yang blur2 sikit hihi. Teringat dulu-dulu zaman anak dara tengah studi kat IPT keh3. Asal jalan kat mall je mesti nak singgah Watson atau Guardian. Bukan nak beli barang sangat pun, just nak pakai semua tester yang ada dalam tu muahaha. Nak beli tak mampu so kita pakai tester je la haha. Sebelum masuk Watson/ Guardian muka biasa-biasa je. Keluar je terus jadi cantik. Ceh. Pasaipa? Sebab calit segala mekap tester yang ada dalam Watson/ Guardian tu le..

Biasa aku suka pakai celak dan maskara. Kalau rajin calit la lipstik, eyeshadow, blusher bagai. Maskara nak warna biru atau ungu tu beb haha. Dah namanya tester kan, free je, ko guna lah sampai lebam. Hiks. Dah lepas bersolek ala artis bagai, pergi tempat minyak wangi pulak. Pilih tester yang wangi macam natural gitu sembur la kat tudung dan baju. Hihi. Cuba cakap dengan aku, gadis mana yang tak pernah buat perangai gini? Lalalala~

Dulu-dulu masa tak ada duit sangat (maklum masih belajar, belum kerja), masuk Watson paling-paling pun beli pantyliner je heheh. Ataupun bedak kompak Silky White dan Lipice. Alat mekap basic standart student la konon2. Tapi gadis-gadis sunti sekarang advance, dah pandai pakai foundation dan BB Cream sebelum tepek bedak. Aku dulu mana reti. Dah bertunang baru reti pakai bila sepupu aku mekapkan aku hoho. Aku dulu kan brutal, mana layan mekap2 ni ececehh..

Bila dah kawen, asal masuk Watson/ Guardian, pergi rak UPT dulu haha. Itu dah perangai wife-wife orang pulak, bukan gadis-gadis lagi. Kalau bukan UPT, OPK. Tapi aku tak pernah beli OPK la. OPK untuk kesan waktu tepat ovulasi. Ehh.. ini blog orang dah kawen hihihi.

Bila dah ada anak? Singgah kat barang baby le kan hehe. Tak kisah la kat UO ke Mydin ke mesti nak singgah tau beli baju baby. Obses gitu haha. Tak lama lagi ada Mom & Baby Expo kat Danga City Mall. Dalam hujung bulan Jun depan. Nak angkut diapers banyak-banyak coz biasanya time expo harga jatuh murah. Beli aneka saiz la M dan L. Buat masa ni Jannah masih pakai saiz S, berat dia pun baru 5 kg.

Ok la aku nak gi makan jap sementara anak aku tido ni hehe. Daaa...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...