15 December 2013

Si Penghuni Syurga

Assalamualaikum.

Amboi-amboi, sejak-sejak akhir tahun nak masuk tahun baru ni makin rajin pula update blog ye. Yang sebenarnya aku dah kebosanan handset aku tak ada dua hari ni, kuang asam. Semalam la, tertinggal kat madrasah. Pastu zauji kata tunggu hari Isnin la pergi kerja baru ambil balik beg yang tertinggal. Peh, mati kutu jugak aku handset takde. Tak dapat nak what's app, haha. 

Kadang-kadang aku masih teringat kat arwah Sofea Insyirah, anak En Azwan (C.Wan) dan Pn Siti Nor Saodah (C.Nor) yang merupakan bekas jiran kami kat rumah Maokil. Sofea mak yang jaga masa ibu ayah dia pergi kerja. Pengasuh la senang cerita. Tapi itu dulu lah, tahun 2012 sebelum C.Wan dan C.Nor pindah Felda Pemanis.

Ramadhan tahun lepas (2012) aku duduk seminggu kat Maokil. Jadi sempat la jumpa Sofea yang masa tu baru empat bulan. Semangat badan dia. Masa newborn kecil je, 2.4kg tak silap aku. Itulah last jumpa sebab aku pun duduk JB kan. Lepas tu, akhir tahun 2012 pulak Sofea sekeluarga pindah rumah. Memang tak pernah jumpa lagi sampai lah 2013 ni dah akhir tahun pun. Tapi aku selalu la tengok gambar dan video Sofea kat handset abah. C.Nor rajin hantar gambar Sofea terbaru.

Jumaat lepas, mak call khabarkan berita buruk. Sofea dalam keadaan kritikal. Tersentap aku dengar. Mak cerita, ada darah beku kat kepala Sofea, baru lepas operate. Asal ceritanya Sofea asyik menangis je tak henti-henti (Khamis). C.Wan dan C.Nor pun bawa pergi Hospital Segamat untuk cek. Sampai hospital je Sofea terus pengsan dan koma. Lepas x-ray rupanya ada darah beku kat kepala. YA ALLAH. Sepantas kilat Sofea dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. Dalam pukul  1.00 pagi (Jumaat) pembedahan buang darah beku pun dilakukan. Mak kata tempurung kepala Sofea dah tak ada. Lepas operate, Sofea masih koma. T_T. YA ALLAH, kesiannya anak kecil ini. Mengalir airmataku.

Lepas itu masih belum ada update terbaru pasal Sofea. Weekend lepas aku balik Maokil. Kemungkinan besar Sofea jatuh kat rumah bs (babysitter) tapi bs tak bagitau. Adui kesiannya. Hari Isnin baru lah mak call bagitau Sofea dah meninggal dunia. Inna Lillah wa Inna IlaiHi Roji'un. Syurga buatmu wahai Sofea. Umur baru setahun lapan bulan.

Adik aku cerita dia baca status FB C.Wan masa Sofea masih koma hari tu, C.Wan dah bersedia dengan segala kemungkinan. Andai nyawa Sofea tak panjang, dia suami isteri redha. Tabahnya. Sedih betul. Sofea anak sulung. C.Nor sekarang tengah mengandung anak kedua. Mak kata C.Wan tak sampai hati nak buat laporan polis pasal kes Sofea. Jadi, doktor yang cek Sofea yang buat report. Dan update seterusnya aku tak tahu. Hehe.

Memang ibu bapanya sangat tabah. Yelah, Allah tak kan beri ujian yang tak mampu hambaNya pikul/ lalui. Kalau aku, haii tak tau lah macam mana nak hadapi. Mungkin aku tak setabah mereka. Hanya Allah yang tahu kemampuan hamba-Nya. Sentiasa lah bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.


Gambar Sofea paling latest kat PD November lalu.




Sofea umur setahun.



Sofea 9 bulan.



Sofea 5 bulan ++.



Sofea 10 bulan ++.


Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Sofea Insyirah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...