29 June 2013

Scan 2D Jannah

Assalamualaikum.


Hik hik saje nak imbas kenangan tahun lepas heheheh. Tapi aku post dua dulu lah pic scan ultrasound Si Kenit Jannah ni haha. Tak banyak sangat pun. Dan aku tak pernah buat scan 3D/ 4D walaupun teringin sangat. sobs sedih tau I. Hubby tak memberi sokongan huwaaa...




Kali pertama buat ultrasound kat klinik private. Baru 7 minggu. Kecil je kantung. Masa nih dah yakin benar le dah pregnat coz dah dengar degupan jantungnya. alamak epiknya. Rindu pulak nak mengandung lagi. Ehh??









Yang ini pulak ultrasound kat KKIA. Baru nak bukak buku pink. Dah 14 minggu pregnant baru bukak buku pink? Sebab? Aku nak tunggu lepas raya baru buat buku. Aku bimbang masa puasa kena minum air gula, dah tak boleh puasa padahal kan aku nak puasa penuh. winkwink.




Ada lagi gambar-gambar ultrasound yg lain sampai 7 bulan. Nanti-nanti lah aku letak kat entri lain haha. Ok bai.





p/s: anak kedua nanti aku nak buat jugak scan 3D/4D. Kali ni pakai duit aku sendiri. Huhuh.



2 comments:

babybugmumshop said...

memang best 3D/4D..xpe next baby leh buat..buat 6 mths ke atas je tau..selalunya kalo checkup kat private kebanyakan durang dah guna 3D/4D..charge sama jerk... :) ..

Seimura said...

Itulah cemburu tengok kengkawan buat ultrasound 3D/4D siap ada video lagi. Tak kira, anak seterusnya nanti I nak buat jugak. *sambil hentak kaki*

Huhu teringat masa preggy hari tu masa balik rumah MIL hubby kata nak buat scan 3D/4D ni lah. Then MIL kata tak payah, membazir je, baik duit tu ko buat beli baju anak ko.

Sentap I.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...