26 January 2010

Malas update bg gambar je hahahah.

Bangunan kuliah banin. Sebelah je ngn bangunan rumah aku. Kadang2 sekodeng mase tgh sidai kain atau angkat kain hahahaha.





Ko ingat Mesir xde graffiti kat dinding2 n tembok2 ke? Ade wei, tulisan khat lg.




Masih lg amik gambar jalanraya sebelah kawasan kuliah banin. Sunyi cket jalan ni kenderaan jarang lalu.




Lorong nak ke rumah aku kalau ikut jalan belakang (jalanraya sebelah kuliah banin td).


p/s:- hari ni mcm xsejuk sgt plak hihih.



25 January 2010

Sila Gelakkan Aku

Tgh hari td ntah nape cm xbersemangat nk gi sekolah (aku rendah diri aku bkn mahasiswi tp bdk sekolah). Lemau betul. Tapi aku gagahkan diri jugak. Cehh. Td aku keluar rumah dah lmbt gak. Kul satu lebih padahal kelas start kul satu. Sebab td aku sakit perut tiba2 so melabur dulu.

Maka dgn cuaca kt luar yg agak sejuk n mencucuk2 ke tulang aku gagahkan diri melangkah. Tiba2 handphone aku bunyi lagu Perfect World (Simple Plan). Aku angkat...

Along : Helo Assalamualaikum..

Achik : Waalaikumussalam... Along! (dgn nada cemas).

Along : Hah Achik. Ada apa? (aku pun turut cemas)

Achik : Along kat mana ni?? (nada lebih cemas drpd td. apehal pulak ni?)

Along : Along kat jalan lah. Dlm perjalanan. Knp chik? (aku terfikir dia tertinggal barang ke ape nk mintak tlg aku bawakkan tp aku dh keluar rumah).

Achik : Maahad cuti la hari ni!

Along : Hah?? Betul ke ni Chik?

Achik : Yela cuti, xde org. Pak guard kate cuti hari ni.

Along : Lah. Nsb bek xnaek taxi lg. Dah tu xde org lgsg?

Achik : Yelah xde. Achik pun nk balik dah ni.

Along : Ok2 yelah selamat pulang.

Achik : Ok ye Long. Assalamualaikum.

Along : Waalaikumussalam.

Lerr kenapa aku xtau cuti hari ni? Mujur aku xsampai Maahad lg. Kalau x mesti aku rase nk mengamuk. Adeshh!!

Ok aku agak malu sebab begitu bersemangat dgn beg galas semua melangkah dgn segaknya nk gi sekolah. So nak cover bengang aku pergi kedai topup dan beli topup. Mmg kredit aku dh hbs pun. Jadi aku keluar rumah td tidaklah sia2 ade tujuan n hasil jugak walaupun xsampai ke Maahad. Cehh..

p/s:- td baru lepas call Malaysia, ckp ngn mak. bestnye....weeeeee~



Macam2 Ada Dalam Entri Merapu nih!

TOLONG! TOLONG! TOLONG AKU KENGKAWAN!!!





















Boleh x bg idea mcm mana nak kurangkan kesejukan yg melanda ni??? (skrg suhu 10 darjah celcius). Memang ada satu alat untuk kurangkan sejuk dlm bahasa arab dipanggil 'defaya'. Lbh kuarang mcm air cond bentuknya tp defaya lbh fleksibel boleh diletak di mana2, bkn lekat kt dinding. Hahaha. Mungkin korang pernah tgk kot benda alah tu, dia pakai tenaga elektrik.







Contoh defaya. Tp ni mcm klasik cket sbb kayu. (gmbr dari google).

Tp sebenarnya xdigalakkan utk menggunakan alat ini kerana ia boleh menyerap air daripada badan kita maka kesannya badan kita akan kekurangan air. Bila kurang air, faham2 je lah, mudah letih, cepat jatuh sakit n mcm2 lg lah kesan buruk pd kesihatan. Tp bg mereka yg betul2 xtahan sejuk alat ni mmg keperluan kot? Syukurlah Mesir xde la sejuk sgt sampai cecah negatif. Kira masih boleh tahan lg lah.

Xkira musim panas ke musim sejuk je kita mmg kena banyak minum air masak. Kiranya mmg setiap hari kena banyak minum air masak betul x? Sehari 8 gelas sekurang2nya. Aku ni mmg jenis kurang minum air masak sejak dari kecil lg. Xreti utk minum saje2. Melainkan kalau haus sgt atau disertakan dgn makanan huahahah.

Masalah utama bile time musim sejuk ni ialah... errr.... asyik rasa nak kencing je. Lg banyak minum air lg tinggi kekerapan ke tandas utk membuang air kecil. Serius wei sejuk2 ni mmg malas nak g tandas byk kali main air. Walaupun ade air panas tp aku xlarat la asyik g tandas je sbb nak kencing! Adehh!!

Ok aku tetiba nak mengarut..ngeeee... Kata org kalau duk negara 4 musim ni kulit leh jadi putih. Betul ke?? Ngahahah. Tp aku rase ade btulnye kot sbb dh tgk byk bukti. Cikgu2 sekolah aku dulu yg fresh graduate dr Mesir dan Jordan semua kulit putih melepak xkira lelaki n perempuan. Pakcik aku yg baru balik dr Mesir (15tahun yg lalu) pun putih gile kulit dia mase baru2 sampai Malaysia.

Walaupun mak dan abah spesis kulit cerah namun kulitku xlah secerah mana (ceh..tetiba je). Cakap pasal kulit putih aku tetiba teringat perbualan aku ngn adik aku mase aku kt Malaysia hari tu. Perbualan ni ade unsur2 pujian hahaha.

Hajar : aku rase lebih baik ko duduk Korea la. mst best dpt jumpe artis.

Aku : hah? APe kaitan plak?

Hajar : sebab kulit ko putih cm kulit org Korea...

Aku : ahahahahahahahahah!!! ape la ko ckp ni Hajar?

Serius aku ade rase bangga jap. Muahahaha bangangnya ayat aku!! Aku bukan nak promote kulit aku putih tp sbnrnye kata2 adik tu sgt2 lawak dan aku rase cm kena perli pun ade. agagaga...

So aku rase ade potensi jd hero drama Korea mahupun Jepun sbb aku bukan sahaja kacak dan comel tetapi juga cool, macho dan berbakat!

Watak hero pilihan aku yg diadaptasi drpd manga Jepun ialah.... jeng jeng jeng....

Shinda Seimura (Kyo Samurai Deeper)
Alviss (Marchen Awaken Romance)
Edward Elric (Fullmetal Alchemist)<------- paling sesuai sbb fizikalnya comel je xtinggi
Hitsaguya Toshirou (Bleach).<--------paling2 sesuai sbb fizikal yg comel juga dan karektor lbh kurang aku.
Uchiha Sasuke (Naruto)<------aku rase ramai xpuas hati aku amik watak ni.

Ok itu adalah berangan kalau aku berlakon membawa watak2 tersebut hahahah. Semua cerita di atas adalah genre aksi dan pertarungan. Kalau manga cerita budak2 sekolah atau genre agak ringan n santai pulak.. Watak yg sesuai utk aku lakonkan ialah....

Kyo (Fruit Baskets)
Kurimi Yuna (Pretty Face)

Eh?? Kenapa lak semua watak lelaki ye? Huhuhu. Sbb aku gay! So suka hati aku lah! Achik pernah cakap cmni kat aku; "Along ni smartnye. Time makan, dalam rumah pun nak smart2." Sebabnye aku pakai sweater siap zip sampai atas (sejuk woo). Aku pun jawab;
" Hahahaha. Along mmg smart. Jom Along ajar cmne nak kelihatan smart walau di mana jua anda berada."


p/s :- sejuk gilerr....



KALI NI AKU INTERFRAME (mcm salah eja)



Hari ni drpd pagi sampai petang aku kat Markaz je ade diskusi kitab seperti slide di atas.  Letih la jugak kan pg sampai ptg. Tp ade la gak berenti rehat utk makan dan solat. Aku sgt2 suka dgn diskusi kitab kali ini yg amat menarik dan aku xmengantuk pulak hahaha.




Cuba cari perbezaan antara dua kitab ini? Haha.


Kitab di atas lah yg didiskusikan. Sgt2 menarik isinya. Dalam Surah An-Nur ( dlm Quran juzuk 18 mukasurat 350) mmg terdapat banyak sgt hukum hakam agama Islam. Ade hukum hudud bg penzina, org yg tuduh berzina, hukum bersumpah, aurat, beri salam dan mcm2 lg lah.

Maaf kali ni xbanyak gambar aku upload sbb aku agak sibuk n xsempat nk snap pic bangunan2, suasana kat luar. Lg satu aku malu la kan asyik amik gmbr je cam org jakun je gayanya huhuh.

Tapi ade gak satu gmbr spesel utk tatapan korang nih nak tunjuk aku ni seorang perempuan ahahahaha.
























 
Konon2 xpandang kamera la ala2 merenung jauh. Tp yg tukang snap ni amik mase lame sgt pd hal aku dh kesejukan dek kerana angin sejuk waktu petang. Aku nampak sgt comel bukan? Mcm umur 15 tahun ahahahaha. 

Ok cukup la aku inteprem diri kali ni. Ahaks. Sbnrnye sblm gmbr ni ditangkap aku baru je lepas angkat kain kat ampaian tu hahah. So aku dgn gaya smartnye bergambar kat balkoni. Kacak kan aku?



p/s : aku semakin berani menonjolkan diriku yg sebenar. weeeeeee....






23 January 2010

Kenali rumahku di Mansurah, Mesir. (part 2)


Pintu masuk rumah aku.



Sebelah kiri tu pintu dapur.



Ruang dapur rumahku yg comel dan kecil. Limit leh masuk 3 orang je dlm satu2 masa. Kalau terlebih akan berlaga bontot bile nak lalu huhuh.



Ruang tengah rumah aku. Kami berlima makan kat sini la. Beralaskan saprah n duduk bersimpuh ala2 gadis melayu terakhir. Auww!



Sebelah kiri adalah pintu bilik air, sebelah kanan pintu dapur, tgh2 tu mesin basuh. Dapur n bilik air kecil je xla besar. Kami bersyukur seadanya..



Sebelah kanan adalah pintu bilik aku. Bilik aku plg dekat ngn bilik air.



Aku berdiri kat pintu dapur mase snap gambar ni. Tiga2 tu adalah pintu bilik kami.



Pintu bilik Along (aku) dan Alang.



Pintu bilik Achik dan Adik. (sebelah bilik Along dan Alang)



Bilik Angah. Angah duk sorang sbb bilik ni paling kecil.



Jadual memasak chef2 Al-Mawardy.



Carta organisasi (cehh).



Pehhh sejuk gilos skrg ni aku menggigil2 menaip. Weeee. Pd td time sidai kain berasap2 idung n mulut bile bernafas n bercakap. Dalam umah pun berasap2 bile bercakap (bkn asap rokok ok). Bile sejuk2 ni mata mmg cepat mengantuk dan asyik nak tido je. Kalau dpt tido 18jam sehari alangkah indahnya...hahah. Melampaunye.. kalah baby baru lahir.

Smlm adik aku tetiba wat entri pasal aku kat blog dia n aku serius terharu giler wei. Yg lg best beliau telah memecahkan rahsia aku yg suka menulis n mengarut2 dlm tulisan muahahaha. Memang benarlah ape yg beliau ceritakan pasal aku tu bukan bohong.

Tapi Sarah memang blogger fames la kan aku cuma blogger amatur sekadar memeriahkan dunia blog kuing3..
Tapi mungkin masih ramai confuse sape kakak sape adik ni? Aku adalah kakak sulung yg lahir tahun 1985 dan Sarah lahir tahun 1987. Dah clear skrg? Huhuhu.

Kali ni aku cuma amik gmbr keadaan dlm rumah shj n kedudukan bilik2. Xsangka lak ramai teruja ngn pic2 sbl ni n mintak aku upload lbh byk gmbr lg. Asalnya mmg nk tunjuk pd Sarah n suruh dia save tp dh namanya pun blogger mst la semua org tgk. Hoho.

Di entri lain kali aku akan upload pic2 lain plak. Kat mana dan apa dia? Biarlah rahsia..hua2.

p/s: serius aku ngantuk gile ni mcm nak tido tp ptg ni giliran aku masak lak. Adehh..

22 January 2010

Hari Jumaat Yang Indah


Balkoni rumah aku...

Cinabeng!! Aku mula nak maki!! Hari ni Jumaat, skrg kul 12.06 tgh hari dah masuk waktu Zuhur. Tp lum start khutbah Jumaat lg.

Ape yg aku nak maki ialah line internet aku yg tibe2 cam bangsat!! LEMBAP gile bile upload pic n sgt2 buat aku hangin satu badan! Pd hal pg td ok je aku siap blogwalking lg. Skrg ni amat mustahil nk blogwalking sbb line lembap nak mampus!!

Kdg2 line umah aku ni mmg cam cibai. Kdg2 dia akan jd lembap sgt2 dlm 5minit ke gitu la bergantung. Pastu tibe2 laju balik.





Masih di balkoni. Ampaian tempat kami sidai kain.


Kan aku dah kata line umah aku ni bengong! Jap elok jap xelok. Aduyai.. Skrg ni line laju la pulak, cantik semacam. Ah lupakan pasal line tenet umah aku ni. Jom enjoy tgk gmbr2. Weeee..




Pemandangan dari hujung balkoni rumah aku. Bangunan sebelah sana (sblh tembok) ialah kuliah banin (kuliah pelajar lelaki).




Ok aku zoom cket kat bangunan kuliah banin ni hahaha.


Sori xbyk sgt gmbr aku tunjuk. Tunggu entri lepas ni ye. Hari ni Jumaat, cuti so aku duk umah je xgi mana2. Surirumah time la...ngahahahah.


p/s:- suhu tgh hari ni cuma 8 darjah celcius je percaya tak? percayalah..betul ni cuma 8 darjah celcius je wei! sejuk woo..




21 January 2010

Kenali rumahku di Mansurah, Mesir. (part 1)


 Lorong rumah aku...



Lorong rumah aku.



Pintu grill rumah aku. Sebelah kanan tu garaj keta baba (tuan umah).





Rumah aku tingkat dua seperti gmbr di atas.


Kat tingkat bawah tu aku xtau tempat ape tah.



Tingkat 3 adalah rumah mama (tuan umah). Tingkat 4 umah anak2 dia.



Kat sblh kanan tu ade suis loceng n butang interkom.



Tangga nak naik ke tingkat atas.



Tangga lg satu utk sampai ke rumah aku.



Tadaa... pintu rumah aku. Nama rumah aku; Bait Al-Mawardy.



Pintu rumah sebelah (berhadapan dgn pintu rumah aku).



Tangga nak naik ke rumah mama.


Teruja ke tgk gambar2 ni? Hahaha...biase je kot? Khas utk tatapan Sarah (ko blh copy paste pic2 ni tunjuk kat famili hahah). Dan juga utk tatapan rakan2 blogger yg disayangi. Heheh.

Sedikit info mengenai rumahku...

Alamat : No 21, Syari' Mutafarri' off Syari' Mustasyfa Dauli, Madinat Salam, Mansurah, Mesir ( No 21, Jalan Mutafarri' off Jalan Hospital Besar Negeri, Bandar Salam, Mansurah, Mesir).

Ahli rumah : 5 orang

Sewa sebulan : LE350 @ RM270

Keluasan rumah (eh??) : 2 bilik tidur yg besar (siap balkoni), 1 bilik tidur sederhana, 1 bilik air, satu dapur, 1 ruang tengah.

Kelengkapan sedia ada : Peti ais, kelengkapan dapur, sakhonah (air panas), katil, almari n mcm2 lg lah.

Suhu sekarang : 11 darjah celcius <--------- ini mcm xde kaitan, abaikan.

Sekian dahulu untuk kali ini (skema gile). Gambar2 menarik akan aku upload lain kali. Chow!!
            

20 January 2010

Sentap Sekejap. Adakah Ini Cuma Kebetulan Atau.....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Renungkan..
27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,

18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,

25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,

01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,

26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,

02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,

28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,

05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,

10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,

01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,

15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;

Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama..


Aku dpt msg forward ym drpd sorang kawan. (mungkin korang pun ade dpt kot?). Aku agak tersentak dan terfikir2. Aku pun bkn rajin tgk kalendar apatah lg duk Mesir ni mana ade kalendar Malaysia yg highliht setiap cuti n hari2 kebesaran atau perayaan. Mmg aku xtau lgsg la.

Tp aku perasan la raye haji 2009, awal Muharam 1431, tahun baru 2010 semua tu hari Jumaat. Gerhana lak aku xperasan. Kita mmg xtahu bila akan berlakunya hari kiamat tp kita memang perlu selalu perbaiki diri, bertaubat n mohon keampunan drpd ALLAH.

Mungkin mesej di atas agak menggerunkan tp InsyaAllah, selagi masih ada 'alim 'ulama di dunia ni... kita masih ada peluang perbaiki diri.

Antara2 tanda2 kiamat ialah matinya semua 'alim 'ulama (org2 yg berilmu) dan paling hampir ialah apabila nama ALLAH tidak lg disebut oleh manusia di dunia ini.

Kita patut bersyukur kerana azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia selama 24 jam sehari semalam dan setiap saat. Ini kerana umat Islam berada di seluruh benua n negara dan time zone kita berbeza2 bg setiap mukim, daerah, negeri, negara dan benua. Di mana ada umat Islam, di situ akan berkumandang azan menandakan masuk waktu solat yg lima waktu.

Ini sangat menakjubkan di mana azan sentiasa berkumandang setiap saat. Subhanallah. Percayalah fakta ini. AlhamduLillah kuasa Islam sbnrnya masih besar di dunia ini. Sama2 lah kita berdoa demi kesejahteraan umat Islam seluruhnya dan mudah-mudahan kita mati dalam iman InsyaAllah... amiinn...(mudah-mudahan jugak mati sblm berlaku kiamat...ngeee...).

Entri ini adalah untuk peringatan diriku jua.



19 January 2010

AKU BLOGGER PALING.....

SIMPLE, SEMPOI DAN MALAS!!!

Sebab apa aku ckp mcm tu? Sebab aku xtukar2 lg template aku ni. Masih pakai classic punya. Pd hal usia blog ni dh dekat setahun kot (akhir Mac ini) dan aku aktif post entri n 'hidupkan' blog aku ni sejak bulan November tahun lepas.

Ok biarlah aku berterus terang yg aku memang TAK RETI tukar template. Gahahahahaha!! (gelak lah kuat2 n guling2 aku xkisah pon!). Keja tukar template sgt2 rumit, kena salin code la, download itu la ini la, xml n ape kejadahnye tu aku tak faham langsung!!

Ia sgt2 leceh n aku MALAS nak buat sbb amik masa yg lama (sbb aku xreti). So kpd sesape yg berhati mulia mahu ajar aku dgn sabar sila tawarkan diri. Heheh. Atau lg mudah, buatkan terus utk aku, aku bg password...(bunyi2 mcm bahaya tawaran ni).

Adehh aku mmg malas la nk tukar template. Buruk sgt ke template classic ni wei? Xceria ke? Aku peduli apa pasal template yg penting aku suka menulis n layout bg aku xpenting langsung.

Hbs tu knp tibe2 aku peduli pasal template n layout ni? Kerana...
1- Ade reader cdgkan tukar layout yg posting dia luas. (bro sham)
2 - Ade org komen blog aku kurang ceria n xceria walaupun entri aku kdg2 best n menarik.
3 - Aku ade pembaca setia (followers n silent reader) *walaupun xramai. So mgkn dlm hati mereka pun berkata aku patut tukar template tp xbgtau aku terus terang takut aku kecik hati. Haha.

Jadi di sini ade beberapa soalan untuk kamu wahai pembaca blog 'putericahayapermata.blogspot.com' @ 'aku dulu dan kini'.

1) Perlukah aku tukar template / layout?  jwpn:- perlu / tak perlu
2) Kalau perlu, template mcm mana yg sesuai ngn blog aku ni?
3) Korang sbnrnye suka bace entri aku atau suka tgk layout blog aku? hahahaha...

Ok sila jawab dgn jujur dan ikhlas pd ruangan komen. Segala cadangan amatlah dialu2kan. Sekian terima kasih.

p/s:- ucap padan muka kpd anonymous sbb dh xleh komen kt blog aku ni. huahahahahahaa!!!

18 January 2010

Jepun dan pengaruhnya.




 

 

 

 

 

 


Aku xde keja upload pic kimono byk2. Tahukah anda bahawa kimono ambil masa berjam2 utk dipakai? Lebih lama drpd menyarung baju pengantin. Aku teringin jugak nk pakai n harap2 satu hari nnt aku dpt pakai kimono ni n bergambar puas2 ngahahahah.

Pengaruh cerita, komik n anime Jepun begitu kuat dlm diri aku hingga nak pakai pakaian tradisional bangsa Jepun! Hihih.

Pakaian tradisional Jepun bg lelaki n perempuan lbh kurang sama shj iaitu ala2 baju silat tp lbh labuh.

Antara anime n manga yg masih kekalkan pakaian tradisi ini ialah :-
Kyo Samurai Deeper ( paling banyak. semua watak).
Samurai X (hampir semua watak).
Kekkaishi (bila dlm pertarungan ).
Bleach (bila dlm pertarungan).

Tapi pakaian tersebut juga bukanlah fesyen yg sama shj. Ade jugak kelainan mungkin ade yg seksi n singkat (kalau watak perempuan) dsb.

Ok pd yg bukan peminat manga n anime mst boring ngn entri aku ni hahahah. Xpe lah kan. Kepada sesiapa yg nak tambah contoh2 anime yg masih pakai pakaian tradisi Jepun adalah dialu2kan.

p/s :- selalu berangan pakai baju tu n main pedang. weeeeee....



Aku Bukan Budak Nerd




 

 

 

 













Assalamualaikum....

Ok kali ni just nak upload2 pic shj xde cerita sgt. Gambar2 ni diambil ketika aku nak cari 'mushaf maudhi'ee' (Quran dgn muka surat berwarna warni mengikut tajuk n cerita dlm setiap Surah). Quran jenis tu mmg xde jual kt Malaysia setakat ini. Sape nak tgk isi kandungan Quran tu mcm mana sila angkat kaki. Aku blh upload lain kali.

Ok kt tempat aku ni, Madinat Salam mmg terkenal ngn gedung kitab2 gitu. Ade byk kedai kitab sbnrnye tp kedai yg plg femes n plg besar Maktabah Al-Fayyad namanya. Korang kalau masuk dlm maktabah ni mmg rasa kagum n teruja sgt2 la wa ckp lu. Baaaaanyak sgt kitab2 mcm2 jenis n kategori, mcm2 saiz..(tp semua dlh bahasa arab la). *lg satu owner n tokey sumer kacak2 belaka muahahahah (xde kaitan). Tapi gambar2 ni bkn kt maktabah Fayyad, maktabah lain.

Aku xla byk beli kitab pun kt kedai2 ni dikhuatiri hanya jadi hiasan di rak tp xbaca pun..(kebanyakan org mcm tu). So aku hanya beli yg mana aku perlukan sahaja. Heheh. Lagi satu aku bkn faham sgt bahasa kitab hahaha. Lg2 kalau penuh sastera gitu. Hihih.

Eh td aku kata mcm xde cerita sgt tp panjang lak aku menaip. Hohoh. Tak kisah la tu. Dan yg paling poyo entri xde kaitan lgsg dgn tajuk. Bangangnya... adehh.

p/s :- sbnrnye tajuk tu aku letak last sekali lepas hbs menaip cerita. Dush!

17 January 2010

AKU NGADA2 JE KOT? POYO BETUL!


Assalamualaikum...
Ok aku xdelete blog. Thanks kpd kwn2 yg support aku. Tq so much. I love all of you very much. Aku sibuk cket skrg nih. Ade mase nanti aku akan masukkan entri n cerita baru. Ok happy Sunday buat kalian. Hari Ahad aku tetap ade kelas cm biasa... (maklum ler, cuti hari Jumaat je). N ade mase nnt aku akn wt blogwalking juga.

p/s:- line tenet umah aku dah cantik n laju betul skrg. boleh lah blogging n blogwalking sampai lebam (malam). muahahahah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...