16 April 2017

Semakin Tua


  • Assalamualaikum.


    Sebenarnya kan, aku ada empat entries yang masih menjadi draft dan tidak dipublish. Biasa nya bila tengah syok menaip tu tiba-tiba ada hal dan terpaksa pause gitu. Konon-konon nak sambung taip dan habiskan bila ada masa free tapi hampeh. Ideanya sudah tak kembali mencurah dan topik pun macam dah basi. Maka kekal lah ia menjadi draft.

     Macam hari ni aku terus je klik new post. Hahahah. Tengok lah nanti kalau rajin aku habiskan menulis yang masih terbengkalai tu. Kalau tak rajin, aku delete je senang cerita. Hohohoh.

     Di usia aku yang dah masuk 30-an ni, ada sesuatu yang merunsingkan aku.  Cuba teka apa dia?
Kulit berkedut? Bukan.
Stamina makin berkurangan atau kurang fit? Bukan.
Berat badan bertambah? Bukan.

   Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Gigi. Hahaha. Yup gigi (teeth). Aku risau gigi aku semakin mereput atau berlubang sampai kena cabut. Oh no. Sensitif kalau pasal gigi ni.

    Beberapa minggu lepas aku perasan gigi atas aku ni bahagian hadapan ada macam terhakis sikit. Sekali pandang orang tak akan perasan pun tapi bila look closer (amboi speaking) akan nampak. Oleh kerana kedudukan gigi aku rapat-rapat (tak jarang) jadi bagi aku agak nampak tak lawa lah macam ada lubang. Aku dah risau gila sebenarnya. Siap cakap dengan zauji aku nak 'buat gigi' yang macam dia pernah buat dulu.

       Pernah dengar tak 'gigi pecah'? Dia macam struktur atau bentuk gigi tu terpecah atau crack. Macam batu bata tu kalau pecah bahagian bucunya. Gitu lah lebih kurang. Gigi yang terpecah sedikit itu boleh dibuat semula. Adalah kaedah nya dan bahan khas yang dentist guna untuk baiki gigi tu. Selepas treatment tu gigi akan terbentuk seperti asal. Biasanya untuk gigi kapak lah yang lapan batang tu. Gigi taring pun boleh. Yelah bila kita sengih mesti nampak semua gigi depan. Mesti mau cantik maa.

      Sebenarnya semua gigi aku yang 32 batang ni memang masih elok dan kuat. Alhamdulillah masih penuh. Biasa juga aku dengar belia yang sebaya aku atau akhir 20-an sudah kehilangan beberapa batang gigi geraham. Yang asalnya berlubang tapi dah tak boleh ditampal lagi dah. Senang kata dah rosak dan perlu dicabut. Ada sesetengah kes lain pulak susunan gigi geraham tak rata dan bertindih, perlu juga dicabut sebatang dua untuk bagi lebih ruang kat gigi ngam dengan gusi. Dan paling biasa bila wanita hamil yang kekurangan kalsium pun gigi boleh reput dan rapuh. Tak kuat. Maka terpaksa juga dicabut gigi yang yang rosak akibat kekurangan kalsium (dah disedut oleh janin).

    Jadi aku tak nak lah umur belum masuk 40-50 tahun gigi dah mula rongak. Itu bukan isunya sekarang. Yang sekarang ni aku nak bikin gigi aku yang dah tersopak sikit ni jadi kembali seperti asal. Gigi tak putih tak apa tapi asalkan tak ada sopak. Hah gitu. Tapi entah bila masa yang sesuai nak pergi buat tu tak tahu lah. Dengan anak dah dua orang ni aku tengah bayangkan macam mana zauji handle sepanjang aku dalam bilik doktor untuk buat gigi. Hahaha. Kalut tak kalut lah.

      Baru-baru ni masa scroll wall fb aku, ternampak satu video pasal buat gigi ni lah. Dalam video tu gigi orang tu lagi teruk pecahnya. Hampir separuh daripada sebatang gigi tu hilang. Gigi kapak paling depan tu bahagian atas. Tapi durasi sebenar aku tak tahu berapa lama masa diambil sebab video tu dicepatkan fast forward. Rumit juga nak membuatnya. Step by step. Tapi hasilnya memang superb. Sebiji serupa dengan gigi asal. Terbaik.

      Kalau kalian kenal penyanyi tu. Azmi vokalis Caliph Buskers. Masa awal kemunculan dia pertama kali keluar TV masa AJL 29 nyanyi lagu Roman Cinta. Gigi dia macam rongak. Sebenarnya tak rongak terus tapi cuma pecah yang agak besar sampai kelihatan seperti rongak. Beberapa bulan lepas tu dia pergi buat gigi dan gigi beliau kembali 'penuh'. Point nya aku nak cakap, kalau pecah yang besar pun boleh dibuat apatah lagi yang sikit je macam gigi aku ni mesti lagi boleh. Hahaha. Hmmm tapi bila lah boleh buat tu. Murung kejap bila fikir.

      Sebenarnya dulu aku tak tahu pun yang gigi terpecah atau tersopak atau tersompek boleh di repair. Maksudnya tak ada lah sampai kena cabut gigi asal dan bikin gigi palsu. Hanya bila zauji buat beberapa tahun lepas tu lah baru aku tahu. Dah hampir lima tahun aku tengok gigi zauji yang dia buat dulu tu masih kuat. Kecanggihan teknologi. Thumbs up.

    Ini aku rasa karang gigi dah muncul semula. Last buang karang tu tahun 2012. Jadi sekarang ni persoalannya aku nak kena buang karang gigi dulu atau nak terus repair gigi aku yang terpecah sikit ni? Adoi. Dilema sungguh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...