05 April 2016

Perempuan dan Barang Branded?

Assalamualaikum...

   Yuhuu! Rajin kan mak update blog? Sesambil la kata orang. Apa saja topik terlintas di fikiran, ada masa kita tulis. Tak ada masa simpan je dulu. Aha.. gitu..

   Tajuk best tak kali ni? Sebenarnya bukan nak fokus cerita pasal barang branded tapi asalnya pasal barang mahal tak kisah la makanan ke, toileteries ke, pakaian ke whatever la yang harga agak mahal dan berfikir banyak kali sebelum beli.

   Sambil mengimbau kenangan silam juga sikit-sikit. Aku bukanlah dari keluarga senang. Biasa-biasa je. Dulu sekolah rendah tak pernah makan kfc pun. Itu isu lain. Isu abah was-was akan kehalalannya. Hahah. Bila masuk asrama, baru ada peluang makan kfc bila time outing. Rasanya setahun sekali je kot. Ahahah. Itu pun kawan order kan kat kaunter, aku tunggu belakang. Hahah. Ye la aku kan budak kampung, mana reti benda ni semua. Lepas tu bila dah masuk alam IPT, baru pandai order sendiri, kakaka. Dulu masa budak mana lah ada duit sangat, rasa sayang gila duit nak makan kfc. Bila dah masuk alam pekerjaan, seiring dengan zaman fast food bersepah, senang nak jumpa kat mana-mana pun francais, boleh kata selalu la makan. Dulu zaman aku sekolah francais tak banyak macam sekarang.

    Habis cerita kfc, cerita pasal coklat cadbury pula. Dulu time duduk asrama bila tengok anak orang kaya makan coklat cadbury yang bar besar tu, wahh.. untungnya. Aku kalau teringin beli yang kecil je lah, mahal kan. Lepas tu kinder bueno, ferrero rocher, fikir banyak kali kalau nak beli. Haha. Banyak lagi la kalau pasal makanan dan makan tempat mahal ni, pizza hut la, kenny rodgers la dan macam-macam lagi. Aku  standart makan kat warung-warung je.

   Kalau pasal mekap dan alat mandian, sampai sekarang pun aku guna yang biasa je. Dulu duduk asrama aku guna sabun mandi jenis buku je. Takde lah guna jenis gel. Mahal kot. Kali pertama beli Shokobutsu masa kat kolej. Kelas kau. Orang kampung macam aku ni mana pernah guna shower gel. Hahah. Syampu pun biasa-biasa je sunsilk. Bila zaman dah kerja, bedak ke lipstik ke guna silky girl (sampai sekarang setia dengan silky girl). Bila time hantaran kawen, maybelline uolls, hahaha. Tapi tak lah semahal Mac ke apa tah jenama lain yang ratus-ratus tu. I bukan perempuan mentenen tinggi.

    Bila dah ada duit sendiri, selera aku masih biasa lagi, tak ada lah ghairah nak pakai barang mahal. Handset biasa je tak de sampai ipong. Beg tangan dan kasut? Tak pernah harga ratus-ratus, ribu jauh sekali. Hatta pakaian dalam pun, paling mahal triumph. Hey, bra dan spender pun ada harga sampai ratus-ratus tau. Tapi mak ni ukur baju di badan sendiri. Hahaha. Tak mampu mak nak beli yang mahal gilos ni.

   Aku tak kecam tau perempuan yang mentenen tinggi barang semua nak branded. Hak masing-masing. Kata orang tu, beli yang mahal tu sebagai reward untuk diri yang susah payah cari duit. Why not? Hasil titik peluh sendiri. Tak minta duit orang pun kan. Walaupun mahal tapi kualiti terbaik. Berbaloi.

   Bab tudung pula. Ahaa... tengah viral sekarang pasal Fareeda yang video pelanggan berasak-asak dan tolak menolak rempuh merempuh. Aku tak klik untuk tengok video tu sebab nak jimat data, haha. No komen. Nak beli tudung mahal nak mampos macam tu memang tidak lah. Hahaha. Tak apa, minat orang kan lain-lain. Kau mampu beli, beli je tak salah pun, hihi. Begitu juga telekung Siti Khadijah yang beratus harganya. Kalau yang ini, aku teringin juga. Hahaha, bab solat tak apa mahal pun. Kata orang kainnya lembut gila, sedap sangat pakai. Yelah, mahal mesti la material terbaik.

    Asalkan kau mampu, tak ada hal nak pakai barang semua yang branded. Tapi jangan sampai biar papa asal bergaya. Salah konsep tu. Utamakan yang lebih penting dalam hidup. Makan minum terutamanya. Sampai ikat perut demi nak beli barang mahal, silap tu. Bersederhana lagi bagus lah. Hehe.
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...