02 March 2010

Si Pembunuh Hati


Mimpi indah tak bermakna lagi
Remuk hati bagai dihempap besi
Kenapa mudah mengukir janji
Namun dengan kejamnya memungkiri

Rasa benci membelenggu hati
Prejudis mula muncul dalam diri
Andai tipis iman di waktu ini
Mahu saja ku doa kau mati!

Sakitnya perasaan ini
Tidak akan dapat kau fahami
Kau si pembunuh hati!
Aku benar-benar mahu lihat kau mati!

Rasa belas ku tolak ke tepi
Rasa marah yang menguasai
Rasa sedih lagi tidak terperi
Rasa kecewa lebih-lebih lagi

Egomu dan egoku sama tinggi
Mungkin benar egoku lebih lagi
Tapi ingat  wahai si pembunuh hati!
Jangan kau jilat muntahmu sendiri!

Kata-kata manis memujuk hati
Konon sukar dicari ganti
Malah  melebih-lebih memuji
Apakah makna semua ini?

Ada yang hilang, ada yang pergi
Menghilang dan menjauhkan diri
Menghilang dan terus menyepi
Kau juga si pembunuh hati

Mulut manis memahat janji
Konon akhirnya sudah ditemui
Apa yang selama ini di cari-cari
Namun janji hanya tinggal janji

Kalian sungguh kejam dan keji
Usah marah andai dimaki
Untung hanya dalam diari
Pergi matilah wahai si pembunuh hati!!

Mujur rasional masih mendominasi
Walaupun berat untuk memaafi
Berlapang dada perisai diri
Sebelum dendam semakin meninggi





12 comments:

Nadiene said...

apehal ko emo ni nur?

Solehah said...

pembunuh hati memang kejam..

singkong panggang said...

ni pestime ak baca puisi ko.
hekhek..;DD

jangan marah2.
memaafkan tu lebih melegakan.

Seimura said...

[ fid ]

mana ada emo. saje je wat ayat gempak. hahah.



[ solehah ]

ye betul tu. durjana sungguh!



[ mint ]

ahahaha jgn percaya sgt dgn emosi dlm puisi tu. muahahaha...

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

huuhuh

kau nak msuk pertandingan puisi ke..
bleh tak aku kasi puisi ni kat ex-bf aku.. sebab dia sial..

Boneka Tak Sakit said...

ko tulis ke tak nie? hmmm sedap susunan dia! kalau buat lgu okay ke agak2 yer..

lama aku xkomen ko!
aku tersentap 2,3 kali pk pasal perengaan ego tu!

aku xkomen ko pasal aku ego ke?!
walaupown puisi nie bukan tuk aku dan mungkin bukan tu sapa2

aku nak juga terasa boleh? :P

Tawel Sensei said...

Macam pantun la. Hehe ada bakat :P

Seimura said...

[ moon ]

hahah mana ada pertandingan. saje je ni.
oh ok bulan, boleh2 aku benarkan. :D



[ boneka ]

aku la yg tulis wei.

haah ko sibuk kot, aku fhm haha. apsal plak ko nk tersentap?

apa ko ckp ni boneka? puisi ni xda kaitan pun dgn ko. ko xperlu terasa. huhu.



[ tawel sensei ]

haah mcm pantun, ujung semua sama. hak hak.

Kamsiah yusoff said...

biarkan ja...jgn 'tewas' oleh musuh kita...lagi kita membenci,hingga memberi kesan pd kehidupan kita,pihak sebelah sana makin seronok kerana telah berjaya
memporak perandakan hidup kita,hati dan jiwa kita...

Kamsiah yusoff said...

biarkan ja...jgn 'tewas' oleh musuh kita...lagi kita membenci,hingga memberi kesan pd kehidupan kita,pihak sebelah sana makin seronok kerana telah berjaya
memporak perandakan hidup kita,hati dan jiwa kita...

fara said...

wah! boneka dh tonjolkan dri!

best puisi ni.
khas utk farah ke?

:)

Seimura said...

[ kak kamsiah ]

betul2. saya masih kuat dan tabah. tp puisi ni hanya suka2 je. nasib la kalau ada sesiapa terasa. hik hik.



[ ms.independant ]

hohoho..

best ke? macam hampeh je. hahah.
boleh je kalau cik farah mahu copy paste puisi tersebut. ngeh ngeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...