14 November 2009

muka aku ada iras2 ueto aya??

kuing3...amende la aku merepek ni? ahaa.... ade satu citer best nk kongsi..

smlm nurul tumpang guna laptop aku utk ym ngn kwn dia. ade hal pntg la 2. aku mmg xon ym kt laptop, gune hp je. n mase 2 mmg aku xsurf internet. tp laptop aku sntiasa on je. kt laptop aku ni, aku letak pic ueto aya (artis jepun) yg sgt comel..(comel sgt smpai rase mcm nk cium je..muahahah...tp aku bkn less ok?). pic 2 ueto aya rmbut pendek, pkai bju putih. mmg cute sgt2 (pemberitahuan, dia sebaya aku. heheh..)

then bile nurul tgk background desktop aku, spontan dia kata.."ehh ingatkn akak td. mcm muka akak laa..". waahhh...terasa kembang kuncup aku. bangga betul. wahaha. aku mmg minat awek comel nih. mana2 artis jepun n korea yg cute2 sume aku minat (aku ni songsang ke? poyo btl). tp ueto aya ni plg aku minat sbb dia sempoi n xseksi sgt cm artis jepun lain. n kecomelan wajahku (hah???) mmg ade iras2 wajah dia cket. wahh perasan betul la aku ni. mmg poyo yg kesangatan. aduhai. (layankan je otak aku yg biol ni).

hehe. smbg cte pasal td. mula2 aku xdgr sgt pe nurul ckp (ceh, xdgr ke buat2 xdgr? lempang kang). xde la. mse dia ckp 2 aku tgh bercakap jgk so dgr xdgr gitu (hek eleh, ko mmg poyo). so aku tanye blik "ape ko ckp td? muka aku sama cm muka dia?" (aku dh bangga tahap gaban mase 2). dia jwb, "haah sama. rambut pendek sama". (ehh terbagitau org lak aku rmbt pendek..appa raa..). aku smbg.."huhu, part mana plak yg sama 2?".act aku msh xpuas hati akan kesamaan (mcm add math plak kesamaan) manakah yg dimaksudkn oleh nurul. then dia jwb "part bibir ade cket, mata, bentuk muka, tp hidung lain cket la.. mls je nk ckp kang akak lg bangga plak". mksd dia 2 hidung aku lg mancung drpd hidung ueto aya 2. ya ampun aku mmg perasan xhbs2..(peh.. ni yg wt aku terus rasa bangga tahap maksimas).


kuing3. aku msh rase bangga berbunga2 mcm terbang di kayangan bile dipuji seiras artis ( ni adalah sbb aku yg biol lg poyo). huahahah. tp klu korg nk tau korang seiras selebriti mana, layari www.myheritage.com. upload pic korg kt c2 n diorg(diorg ke mesin ke software) akan proses time 2 jgk n terus dpt result. setakat ni yg pnah aku cuba kt pic2 aku yg comel (pic candid wk2 hodoh jgn upload plak), resultnye kebanyakan artis mata sepet. err... cam ayumi hamasaki, song hye kyo n sape tah lg (ceh..nk artis muka serupa semua yg lawa2 n comel2, mmg perasan). hahaha..suka hati aku lah, ni blog aku..(merujuk ayat sarah). lalalalala...


p/s :- selamat mencuba di laman web www.myheritage.com

tangan kiri aku lg kuat drpd tangan kanan??

Aku bkn la seorg yg kidal tp cuma kdg2 aku rase tgn kiri aku lg kuat drpd tgn kanan. Sbg contoh, klu nk bukak air botol plastik...aku akan guna tgn kiri. Tgn kanan xkuat, percaya x? Begitu jgk botol2 lain cm botol sos ke n ape2 yg baru beli n msh ketat nk bukak. Mmg aku guna tgn kiri utk membukak nye. Knp ye mcm 2? Aku pn xfhm...

Itu pasal kekuatan n daya upaya tgn aku. Tp yg lg best campur pelik (bg sesetgh org kot) aku main handset ngn tgn kiri n jari2 tgn kiri. Xkisah la main msg ke, game ke, godeh2 handset ke...aku lbh biasa guna tgn kiri tp kekok ble guna tgn kanan. Hoh cmne 2. Klu jwb call mmg aku guna tgn kiri n guna telinga kiri (telinga kiri aku lbh peka drpd telinga kanan). Tp aku menulis n melukis mmg guna tgn kanan la...hahah.

Ape pun...'yamin aula' dlm apa jua kerja pun. Dahulukn kanan lbh baik n lbh byk pahala. Pd yg kidal 2 lain kes la. Tp aku mmg suka tgk org2 kidal menulis. Cam nampak comel je (hoh??).




13 November 2009

hey org arab nih, tumbuk kang baru tau...

Kisah ni berlaku beberapa hari yg lalu. Ade beberapa kisah yg berlaku dalam satu hari...

Kisah 1 :-
Waktu pg dlm kul 8 aku mula kuar dr umah nk g jawazat (imigresen). Jalan kaki dr umh aku nk ke jalan besar. Aku lalu kwsn sekolah. Time 2 mmg tgh agak sesak ngn budak2 yg bru nk masuk sekolah, (sekolah rendah n menengah dlm 1 kwsn). Aku mmg tgh nk cepat. Sbb takut jawazat ramai org plak kang klu lmbt2.
Aku lalu melintasi beberapa minah arab ni (student sekolah menengah). Dgn xsemena2 aku dilanggar (xtau sengaja langgar or xsengaja) 2,3 org minah arab ni smpai aku terdorong ke belakang iaitu di jln raya (nsb baek xde kenderaan lalu time 2). Tp aku dpt imbangkn bdn aku la dr terjatuh. Boleh bygkn x diri aku yg saiz S ni dilanggar oleh pompuan2 saiz L ke atas?
Aku mula pandang muka diorg satu persatu dgn pandangan membunuh... Pas 2 diorg mcm salahkn ade kwn lain yg tolak2 mereka smpai terlanggar aku. Cehh. N diorg minta maaf. Aku yg tgh dlm mood happy hanya mengangguk n angkat tgn sbg isyarat aku xmarah. Aku teruskn perjalananku. Tapi dlm hati aku kuat mengatakn yg diorg SENGAJA langgar aku. Ci**i. Org arab mmg suka buli org Asia terutama Malaysian sbb saiz yg comel dr mereka. huhuh...

Kisah 2 :-
Ni kisah tgh hr plak. Nk g maahad. Aku mcm dh lewat cket so kejar masa gk la. Tunggu taxi punya la lama. Xde yg berenti bile aku tahan. Berlagak betul. Kan ke aku bayar tmbg bkn xbyr. Xnk duit ke?? Dh le panas terik ni. Last2 dpt gak AlhamduLillah. Tp ade sorg penumpang pompuan la kt blakang (aku terpaksa duk seat depan sblh pemandu coz pompaun arab 2 xnk berganjak..ciss). Pas2 driver ngn pompuan ni leh lak bertekak kuat2. Pompuan 2 nk g mana tah tp driver marah2 sbb td ckp nk g tmpat lain, ni nk g tmpat lain plak. Yg pompuan pertahankn diri yg dia dh ckp awal2 nk g tmpat 2 mgkn driver xdgr. N si driver membantah yg pompuan 2 asalnya mmg ckp nk g tmpt lain. Aku dh pening n serabut. Sampai satu tahap 2 si driver nk turunkn je pompuan 2 kt tepi jalan (mgkn geram sgt kot?) Tapi aku lg geram sbb bingit n bising diorg bertekak. Sabar je. Ni negara diorg.. aku kena redha n bertahan, cewahhh..haha..

Kisah 3 :-
Ni kisah balik dr kelas maahad. Pun sama nk tunggu tremco depan suq yg ramai org di waktu yg agak panas. Yg aku geram dgn org2 arab yg lalu lalang kt tmpt aku berdiri. Selambe je langgar2 aku. Dah 2 xmintak maaf pulak. Selambe je..(mentang2 ni negara dia..ciss..). Sabar..sabar...

Hoh mmg kalu ikut hati mcm nk tumbuk je muka diorang ni. Tp sabar menguasai diriku..(cehh) n plg2 pn maki dlm hati ja. Huahahah...

Selamat Malam - Faizal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

12 November 2009

aku dan cita-cita...

Aku ingat lagi dulu-dulu waktu sekolah rendah ada isi satu kad. Ada tiga ruangan cita-cita kena isi. Masa kecil macam-macam nak jadi. Cikgu, polis, jururawat, doktor dan macam-macam lagi lah. Aku pun tak ingat cita-cita apakah yang paling kerap dipilih olehku untuk diisi pada ruangn cita-cita itu. Eheks.

Itu adalah cita-cita rasmi atau istilah lain, cita-cita budak pandai..(ehh? ada ke?). Kalau cita-cita yang bukan-bukan atau mengarut dan macam poyo ialah... heheh. Aku kadang-kadang (masa kecil) aku ada cita-cita nak jadi penyanyi. Wah macam best je kalau betol jadi. Bila masuk sekolah menengah pun masih ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi bukan solo. Ada band sendiri. Wahaha. Dan jadi pemuzik juga (aku memang poyo). Pendek kata jadi artis la. hahah. Dan dalam masa yang sama aku jadi kartunis dan pelukis. Hoho...murnikah cita-cita sebegitu? Toink..

Bila masuk sekolah menengah, aku bercita-cita nak jadi saintis. Best juga kerja dalam makmal. Kaji sesuatu, selidik sesuatu. Kalau bukan saintis, yang seangkatan dengannya macam penyelidik, ahli astronomi dan apa-apa la yang berkaitan dengan sains. Aku memang minat sangat subjek sains.

Tapi bila naik tingkatan empat aku terpaksa melupakan cita-cita jadi saintis sebab aku tak masuk kelas sains, just masuk kelas akaun. Walaupun result PMR aku Sains dan Math A, tetapi masih tak layak untuk masuk kelas Sains Tulen yang hanya 7A ke atas boleh masuk. Abah tak bagi aku pindah sekolah untuk ambil sains tulen sbb nanti dah tak belajar bahasa Arab di sekolah biasa atau sekolah teknik. Tak apa lah aku ikut cakap abah (anak yang baik lagi taat..).

So mulai saat itu aku mula rasa samar-samar aku nak jadi apa bila dewasa (sekarang dah dewasa sikit la. hahah). Aku betul-betul tak tahu mana arah tuju aku. Minat aku cenderung ke lain, tapi aku belajar benda lain. Macam mana ni? Dulu-dulu waktu kecil aku pernah juga ada cita-cita nak jadi pereka fesyen, arkitek dan apa-apa la yang lukis-lukis nih. Sebab aku memang suka melukis. Tak kira la lukis orang ke, pemandangan ke, pelan bangunan dan rumah ke.. Apa saja. Lepas SPM aku pernah temuduga untuk kos yang aku pilih nak masuk U tempatan, seni bina landskap. Tapi waktu itu aku sudah salah lukis. Tak ikut arahan. Bodoh juga masa itu. Tapi itu ialah ketentuan Allah. Sebenarnya Allah tak bagi aku teruskan dalam bidang itu.(nanti aku akan cerita di entri lain kali).

Aku juga ada cita-cita nak jadi...err.. malu pula nak cakap. Aku minat juga kerja yang ada pakaian seragam nih. Seperti polis, kastam, jururawat. Macam best. Segak je bila pakai uniform polis. kihkihkih... Selain itu dulu-dulu ada juga cita-cita nak jad penulis. Tak kisah la penulis novel ke cerpen ke atau pengarang akhbar ke (wahh...besar punya cita-cita..).

Right now... cita-cita ku yang besar lagi murni ialah nak jadi Pegawai Hal Ehwal Islam. Wah bunyi macam bagus-bagus je. heheh. Actually, aku nak 'melarikan diri' dari jadi cikgu. (jahatkah aku?). No, aku rasa aku tak ada bakat untuk jadi cikgu, boleh? Guru tasmik Quran tak apa, atau guru ajar tajwid dan Quran. Itu aku tak kisah. Tapi kalau yang lain... errr....tak pasti.

Abah asyik cakap lepas habis belaja di sini, ambil  Diploma Pendidikan setahun dan terus jadi cikgu. Tolonglah...aku tak pernah setuju(protes dalam hati je tak berani nak bangkang abah.kui3). Setahun itu buang masa lagi. Aku nak terus kerja. Alasan abah, cikgu ada ijazah terus gred DG41, gaji besar dan apa-apa lagi tah abah bebel aku tak ingat. Hmm...gred jawatan memang dipandang orang sekarang.

Memang pening dengan cita-cita sendiri. Nak jadi itu lah, ini lah. Cita-cita memang penting. Daripada cita-cita dan angan-angan lah kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk capai cita-cita tersebut (usaha tangga kejayaan). Tapi jangan sekadar impian dan angan-angan kosong tanpa ada usaha untuk gapai impian itu. Itu angan-angan mat jenin namanya...heheh...

p/s : susah-susah jadi surirumah sepenuhmasa ja tapi kena kawen dengan lelaki kaya. hihi..

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?



Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?



Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...tragis bukan?


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.


Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.

hanakimi

11 November 2009

gelaran baru??

Pagi yg agak sejuk. Mulai semalam aku n ahli bet aku dh mula panggil gelaran msg2. Asalnya adalah cdgn adik2 umh aku ni ler. Aku ni layankn n ikutkn je. N panggilan baru 2 adalah seperti berikut :-

Aku (24) = Along
Mila (23) = Angah
Akmal (21) = Adik
Umi (21) = Alang
Fika (21) = Achik

HAdui mcm2 la diorg ni. Mula2 janggal btol nk bahasakn diri Along (tuanya diriku...). Coz aku biasa bahasakn diri bila berbual 'aku kau'. Aku kn rock. Mana bhasakn diri 'akak' dgn adik2. Ahaks. Tp bile bhsakn diri ngn gelaran cmni laen mcm je rase. hubungn jd lbh mesra n akrab gitu. Cewahh.. hahaha.

Kalau kt kmpg, gelaran utk aku pn byk n mcm2 selain namaku sendiri. 'kakak', 'kak long', 'along'. Mane2 salah satu disebut atau dipanggil aku akn sahut sbb pnggilan 2 utk aku. Kui3. (nsb baek xpnggil 'abg long'. hahah..). Aku pulak bhasakn diri aku dgn nama bile bercakap ngn mak n abah. Ngn pakcik2 n makcik2 sedara kdg2 bhsakn nama atau 'kite'.(org jhr mmg glamer dgn 'kite'). Tapi yg bahasakn diri nama sendiri ngn mak n abah cuma aku n sarah. Adik2 yg lain semua guna 'kite'. Ape2 saje lah.

Ok aku nk g jawazat wt iqamah. Chow..

10 November 2009

uchiha itachi (naruto)

aku krew al-fityan???

Semalam mmg best. walupun bengkel 2 xlama sgt tp kira okey lah. sbl bengkel ade perjumpaan unit Al-Fityan. Xpasal2 aku n Faridah kena join skali coz xde org. ( ade org tp xramai yg dtg utk meeting nih). Yang jadi persoalan di mindaku n Faridah, btol ke kami ni dh jd warga kerja komik al-fityan? kartun kitorg pn msh lum kuar lg...(alfityan edisi 3 msh lom terbit. lama dah.. sabo je..).

So smlm bru le ku kenal siapa gerangan encik Lagendaseni(LS) yg popular tu (kartunis komik2 terbitan PMRAM di bumi Mesir ini..). Meeting 2 lantik jawatnkuasa baru n ape2 lg tah. (err.. aku xcatat sgt..hahah). cm kelakar pn ade. Kartunis2 bru cm aku n Faridah ni pn blh join. xkisah la 2. Yg lg lucu, LS yg merupakan bos besar krew fityan ni kenal rapat (dlm ym) ngn aku n Faridah yg baru nk menapak dlm dunia lukis2 kartun ni. kwang3.

Aku xtau la klu kartun aku dh kuar nnt. Apa agaknya reaksi mahasiswa/wi cni? Huhuh. N mcm biasalah. Aku guna nama Seimura utk nama pena aku..(wahh.. mcm penulis n novelis plak nama pena..kui3). hmmm... aku dulu2 rajin gak tulis cerpen..(zaman sekolah menengah) tp sejak hbs sekolah aku dh xrajin nk tulis cerpen. (tulis diari rajin la.. huwa3). Sbb cerpen aku guna ayat2 n bahasa2 yg poyo, selamba n nakal (ehh..nakal??). ?Mksd aku bahasa yg gila2 n penuh keremajaan n lucu. (pening nk fhm?). So xsesuai utk aku publish kt khalayak.

Xpe la. Ckup je la Aku terjemahkn melalui lukisan..(cehh..). Yela... mcm komik al-fityan sendiri, ade garis panduan sendiri utk hasilkn karya. Mst berbentuk islamic, lucu tp penuh pengajaran. Kira cm sindiran berbentuk kartun pn blh. So aku xle bebas atau suka2 hati je nk anto karya yg xde unsur dakwah kt fityan. Hmm...nampaknya agak terbatas utk berkarya??

Tapi... ape blh aku kata. Melukis mmg senang.. tp nk cari idea n tema 2 yg susah. Lg2 yg berkaitan ngn kehidupan mahasiswa/wi Islam. Lucu tp penuh pengajaran. Bkn sekadar utk gelak2. So... plzz... sape ade idea tlg bgtau.. aku kekeringan idea...

07 November 2009

hari pertama di maahad....

wahh.. diam xdiam dh msuk seminggu aku kt mansurah, bumi anbiyak ni. hmm... tp hr khamis lepas bru aku g kuliah, menjejakkn kaki ke maahad. walau kelas mula kul 1ptg, kul 12 aku dh kuar rumah. wah semangat baru gitu. maka aku dgn ceria n bersemangat mula mengorak langkah...

tgh hr mmg wk2 sibuk. semua tremco yg menghala ke dirasat penuh n padat cm sardin. last2 aku nek taxi. wlupn girl xdigalakkn nek taxi sorg2 kt mesir ni tp aku xde pilihan laen. (actually dr thn lpas aku slalu wt cm2, kui3.) smp depan suq n kuliah banat, aku turun n jalan kaki g maahad. rupa2nya kelas thn 2 n 3 dh tukar, jauh cket. bkn mcm yg lepas. thn 2 lum ada yg dtg. thn 3 bru sorg, yati. thn 1 dh penuh (biasa la.. mse aku dlu pn sama). so borak2 ngn yati.

xlama 2 mkn bertambah la yg dtg. xramai pun. so aku masuk kelas. semua yg bru smpai salam ngn aku. yela, bru blik dr malaysia. ceh. faridah dtg agk lmbt cket. mse ustzh mannan dh masuk, kelas msh lum ramai yg dtg. xsangka ustzh msh ingt kt aku. (wahhh...terharu nya....) dia tye khabar n tye bila smpai mesir. (dia tau aku blik malaysia). borak2 g2 ja. nsb bek dia xtanya yg susah2. klu x png kpl gk nk jwb cmne. bkn pndai sgt ckp arab. faham org ckp blh la tp nk membalas xreti. huhu. aku ingt lg mse thn 1 dlu. klu aku xdtg kelas, mst dia tye kt bdk2 len aku g mana. wahh.. org penting gk aku ni. perasan ke??

hari 2 blaja qiraat farsh huruf surah Al-An'am. tp dh bait yg belas2 la. aku dh le xbwk kitab hadi ngn matan. cz kt jadual jamak qiraat (amali). adui. so aku tumpang faridah ler. Alhamdulillah aku dpt tangkap la pelajaran hari 2 n xla blurr je. pd hal 5bln lbh cuti aku xbukak kitab lgsg, xbukak matan lgsg. smp rumuz imam pn aku dh lupa. hr 2 bru ler aku memorize smula rumuz2 imam time tg blaja 2. Alhamdulillah msh kuat n xilang. huu... kena study byk2 ni...

pas2 subjek rasm tp aku xde kitab so dgr je n catat ape yg patut. xramai pun yg dtg. ramai msh kt malaysia lum blik cni. dh masuk asar bru la kelas hbs. aku blik sorg. yg bestnya aku jln kaki balik umh aku yg kt salam ni. jauh x jauh siot. aku lalu utubis jadid. biasanya klu jln kaki secara lmbt n santai dlm stgh jam lbh cket. klu jln laju 20mnt lbh krg. tp klu xbiasa jln kaki jauh2 mcm 2, mmg lepak n xlarat. ahaks.

so far best gak hari pertama aku blaja hari 2. sbnrnya xsusah sgt. senang je. senang faham. sbb bhsa arab 2 yg mudah2 je. so xde alasan xfhm bhs arab, xleh blaja la pe la. cuma...kawan2 yg msh ada kt malaysia agak rugi la sbb tertinggal. hmmm....

how do i know this??

actually malas nk taip cerita yg xbrape menarik.. cuma aku kurang mengerti tentang.. hmmm... nak tanya.....takut disalah erti, xtanya... aku pulak yg xkeruan asyik terfikir2. kesudahannya? apa perlu aku buat?


aku cuba ingat2 apa yg berlaku sebelum ni. yakni dlm beberapa bulan kebelakangan ni. apa salah aku n kesilapan aku pd dia. (ops..sape pulak 'dia' tu? huhu). bingung jugak. tp xpe lah. aku bersabar dulu smpai akhir thn ni... kalau xda perubahan, maka aku akan memberanikan diri bertanya. err.. akhir thn hijri ke masihi? heheh. klu nk cpat, hijri ler. eheks.


ok la. 2 saja post utk kali ni. (???). heheh...

05 November 2009

hitsaguya toushiro taicho (bleach)


Asal Usul ' racunsakti '

Wah kesejukan mula melanda... pagi lagi sejuk.. trrrr....

racunsakti adalah salah satu daripada emel aku. (hmm byk sgt emel. Aku ada 5 emel kat akaun yahoo yang masih aktif). aku ingt lg emel pertama aku masa form 3 dulu... { snt_alextrunks_85@yahoo.com}. Aku dah pakai yahoo dah masa tu tahun 2000, tak pernah pakai hotmail. Emel pertama tu pun dah expired lama dah. Dah 6 tahun. Huhuuu... panjang tak panjang dan susah juga nak ingat.

Maka aku ambil inisiatif buka akaun baru. Dulu-dulu kan glamor chat guna mirc. Chanel kampung la mamak la... macam-macam lagi la. Zaman tu belum ada ym (yahoomessenger), skype, facebook dan twitter. Kalau dah wujud pum belum ada khidmat chat online. Sebab apa aku suka buat banyak emel? Sebab aku suka kenakan orang. Kui kui kui (gelak sopan).

Nama racun aku dapat ilham daripada seorang budak yang aku chat kat mirc channel kampung. Nickname dia 'poison', perempuan. Aku tak berapa ingat nickname aku waktu itu tapi yang penting melambangkan aku ini lelaki. Hahah. Nickname poison macam menarik dan best je. Aku pulak tengah cari-cari nickname yang senang ingat dan unik untuk emel baru aku.

Tapi aku tak nak guna English. Jadi aku guna 'racun'. Dan masa tu memang aku tengah minat giler kat Sheila On 7 terutama pemain gitar kedua/ gitar irama band tu, Sakti. So aku gabungkan racun dengan sakti. Maka jadilah racunsakti. Id yang unik dan senang ingat. Bila oramg minta emel aku akan bagi emel tu. Rata-rata orang mesti terkejut campur pelik bila dengar id aku tu. Bila orang tanya kenapa guna id macam tu. Jawapan aku biar senang ingat, tak mudah lupa. Bila tanya mana dapat idea guna id tu? Jawapan aku.. adalah...rahsia.. haha.

Tapi... baru-baru ini aku terjumpa ada orang guna id yang sama dengan aku. Aku terjumpa kat Friendster. Cis. Ciplak ke hape? Tapi lain sikit.. 'racun_sakti'. Aku ingat aku seorang je dalam dunia ni yg guna id tu rupa-rupanya ada juga orang lain guna. Hati aku kuat mengatakan yang orang tu (perempuan) menciplak id aku. Aku mula rasa jengkel. Kenapa mesti orang sibuk nak tiru aku??? waaaaa......

Semua nama-nama emel aku membayangkan ownernya lelaki kecuali satu je... emel 'puteri'. Hoho. Tapi emel racunsakti aku letak nickname aku avril lavigne. Kuang3... yang pasti aku tak pernah letak nama sebenar untuk semua laman web sosial yang aku pernah sign up. Lalalalala....

L ( death note)


setabah n secekal diriku....

tanggal 3 nov yg lepas mgkn antara episod plg sedih n memilukn dlm hidup aku....

genma..(skrg aku gelar arwah..)..

arwah ni mmg jahat n busuk hati. (wahh..aku dh start..) hari 2 bkn main lg nk smbg blik ngn aku. suka2 dia je. lpas dh boring, buang mcm 2 je. manusia jenis apa ni? aku xla patah hati sgt, xla frust sgt. cume bila bersendirian n teringat2... tu yg aku rasa very2 down...

actually...aku tak percaya msh wujud lelaki yg benar2 ikhlas bile berkawan atau berkasihan. pengalaman yg pahit ni buat aku prejudis terhadap kaum adam. lbh2 lg org mcm arwah. nmpk bkn main warak n zuhud tapi.... heh. hanya aku yg tau buruk dia 2.

ape yg blh aku kata... jgn terpedaya dgn luaran seseorg 2. nmpak baik tp sbnrnya??? macam setan. huh. bencinya aku!!! smlm gk aku luahkn perasaanku pd kemak. just for melegakn hati. pas 2 aku kembali ceria mcm biasa.

its ok. buat apa nk frust menonggeng hny krn sampah mcm arwah 2? xde gunanya. msh ramai sayangkn aku. Allah sayangkn aku. mak abah famili n kwn2 semua sayang aku. so ape aku peduli dgn jantan sampah tu? arwah ingt dia 2 bgs sgt? sempurna sgt? hahaha. tgk la aku skrg. msh kuat n ceria. xda la smpai xlalu makan, berkurung dlm bilik, menangis meratapi nasib... ye. rakan2ku melihat akan kekuatanku n ketabahanku...

kata org... mereka yg sentiasa ceria n mcm xda mslh tu... sbnrnye dia sembunyikn akn kesedihan atau kelukaan hatinya di sebalik senyuman, gelak tawa n senda guraunya. jauh di lubuk hati, dia pendam sesuatu mslh yg berat n dugaan perasaan yg amat berat n hny Allah shj yg tau.... xsiapa tahu... aku prnah jumpa org mcm ni...(mgkn aku salah seorg daripadanya?).

dugaan yg Allah bg utk hamba-Nya berbeza2. aku cuma harap...aku tidak dikecewakn lg. manalah ada yg btl2 sempurna kt dunia ni? semua ada kekurangan. aku cuma kesal dgn sikap arwah yg terlalu merendah2kn aku n rasa diri dia 2 hebat sgt, sempurna sgt, bagos sgt. byk kali ckp aku xlayak utk dia. hey! what the hell?? hanya si bodoh n tolol yg berlagak je yg suka ckp mcm 2. mcm bgos sgt. brengset!

tp aku tetap doakn yg baik2 utk arwah. xda gunanya berdendam. cuma klu blh aku harap Allah bg pengajaran cket utk dia supaya sedar diri. jgn berlagak dgn kelebihan yg Allah bg. semua 2 pinjaman je dik. kena syukur. klu kufur, tunggu la azab Allah yg terperi pedihnya.

yang pasti... aku tau aku kuat. Allah yg beri aku kekuatan. aku slalu mohon... Ya Allah... give me a strength... adakah insan lain yg setabah n secekal diriku?

edward elric ( fullmetal alchemist)


Munajat Cinta - Dewa

Malam ini,
ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

[Chorus]
[Interlude]
[Chorus] (x2)

02 November 2009

huwaaaa.....

selamat kembali ke mansurah... ahaks....

wuiii... byk keje nk kena buat ni.. paranoid paranoid. 1 mslh dh setel iaitu beli simkad bru n pakai no bru. no lama dh xleh guna. expired kot? huhu....

mslh kedua ialah iqamah @ visa. hmm.. td dh amik borang. tinggal kena amik tasdiq ori drpd k.tie. mgkn sok bru aku jumpa dia kot. esok aku dh bersedia utk ke kuliah. cewah. hahaha. then lusa pg bru aku akan ke jawazat (imigresen) semula n setelkn visa aku. mudah2an semua berjalan lancar insyaAllah.

perkara yg lain ialah... hmm pasal nk kemas barang. kui3. aku kena kuarkn kotak2 dr bwh katil utk kuarkn pakaian2 yg kusimpan lbh 5 bln yg lalu. heheh. kuarkn lihaf, baju2 sejuk n apa2 yg patut. smlm aku dh kosongkn bagasi aku n dh kemas n susun sumer brg2 dlm bagasi 2 kt almari n rak, kire setel la 2. tinggal kotak2 isi makanan lm kemas lg. tgu mila blik bru aku bukak n kemas. sng je 2, hari ni dh leh setel.

hmm.. jap lg blik umh aku akn call faridah n borak2. mintak jadual maahad skali. td aku cuma mintak jadual kelas sheikh je kt kak tie. apa la...so esok aku dh bersedia utk ke kelas. jeng3...

perkara lain... aku dh mula makan ubat-ubatanku ikut time. n dh start pkai krim yg doktor bg. so harap2 penyakitku akn beransur sembuh. amin..

perkara lain ialah.... hihihi. esok adalah hari lahirku yg ke.... (rahsia). kwang3. aku x harap apa2 wish or hadiah or kejutan istimewa utk aku. xkisah lgsg klu org xingat. cuma aku nk setelkn mcm2 perkara ni secepat mungkin. so aku leh mengaji n menghafal dgn tenang, blh g kelas ngn tenang n fikiran xberserabut. azam sempena hari lahir? jeng3.... rahsia. ahaks...

xde pe nk bebel... chow...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...