07 June 2010

Aku Redha Tapi......

Assalamualaikum...

Ini kisah sedih. Kalau baca tak rasa sedih, buat-buat sedih pun jadi la..

Petang tadi, lebih kurang jam 6 petang aku keluar rumah, teman kawan aku pergi klinik. Kami berjiran je  pun, depan rumah, satu imarah (bangunan). Biasanya aku bawa beg galas, tapi kali ini aku tak bawa.

Kami menaiki tremco ke bandar Tir'ah dan turun di 'hujung jalan'. Maksudnya selepas 'jalan' ini, tremco akan berpatah balik ke kawasan Dirasat, lalu tempat aku tadi, bandar Salam. Klinik itu agak jauh, kami perlu menapak lagi. Dah banyak kali pergi situ tapi kawan aku ni ada banyak sangat appointment (macam salah eja kot) dengan doktor (dentist) sebab dia pasang besi pada gigi dia. Oh aku bukan nak cerita pasal beliau ok?

Sampai di klinik, aku terperasan sesuatu. Eh, mana handset aku ye? Tadi aku pegang. Aku raba poket. Tak ada. Sah, tercicir di mana-mana ni. Aku terduduk di kerusi termenung sekejap. Aku bagitahu kawan aku. Aku masih mengimbas-imbas sepanjang aku keluar rumah tadi handset aku di mana ye? Seingat aku aku pegang je, tak masuk dalam poket. Errr...

Aku ingat-ingat semula, dalam tremco tadi aku pegang tingkap dan kerusi sahaja, aku tak pegang handset aku pun. Adakah aku letak atas riba? (Aku pegang handset guna tangan kiri). Mungkin terjatuh masa nak bangun dan turun dari tremco tadi? Kalau jatuh mesti la bunyi dan aku sedar. Aduii. Aku masih buntu. Kawan aku bagi cadangan jangan misscall dulu mana tauy terselit kat kusyen tempat duduk ke tadi. Dia cadangkan cari tremco tadi dan naik semula, cari. Kalau ada rezeki, ada la, kalau tak ada, redha je.

Actually aku tak kisah kehilangan handset tersebut tapi aku risau gambar-gambar aku dalam tu yang belum aku transfer. Aduss. Ada gambar tak pakai tudung lagi. Biasanya aku delete tapi aku dah tak sempat. Adeii. Aku mula bayangkan yang bukan-bukan. Andainya yang jumpa handset aku tu buat jahat. transfer gambar aku ke komputer, upload di internet dan sebarkan. Ahh tidakkk!!! Na'uzubillahh...

Doktor masih belum datang. Aku keluar kejap dari klinik. Aku menyusuri semula jalan yang kami lalu tadi kot2 la tercicir ke. Mulut aku tak henti-henti berselawat atas nabi. Sambil mengingat semula sejak bila aku mula tak pegang handset aku. Sejak naik tremco ke, atau dah separuh jalan ke.

Akhirnya sampai tempat tremco berhenti tadi. Aku menunggu termco yang kami naik tadi. Aku ingat dan cam konduktor tremco tadi. Dia pakai kemeja corak bunga-bunga kecil campur lambang love. Agak 'girlie' atau 'gay' kot corak macam tu.

Tremco yang ditunggu pun tiba setelah menunggu dalam 10 minit kot. Ye aku memang sangat cam konduktor ini kerana aku cam  corak kemejanya. Ngeh ngeh. Aku naik dan duduk. Ohh.. 'lantai' tremco ini ada alas, jadi kalau handset aku jatuh tadi pun memang tak dengar punya. Maka aku bercadang naik sampai Dirasat dan Mauqaf then patah balik ke Tir'ah. Dala perjalanan yang agak lama itu aku tak henti-henti berdoa mudah-mudahan jumpa la.

Sambil-sambil tu aku mula mengenang apalah dosa-dosa aku hingga diuji begini. Ye aku memang banyak buat salah dan dosa. Aku juga mohon keampunan pada Allah moga diampunkan segala dosa-dosaku samada aku sedari atau tidak.

Aku juga bernazar aku mahu puasa tujuh hari berturut-turut jika handset aku dijumpai. Dan aku tetap akan tunaikan nazar tersebut walaupun handset aku gagal ditemui. Bukankah nazar itu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah? Habis kalau tak dapat apa yang kita nak, kita tidak menunaikan nazar tersebut?

Sampai di hujung mauqaf, semua penumpang turun. Aku mula cek semua bawah kerusi, celah-celah dan semua aku teroka. Malangnya... tiada menemukannya. Aku agak kecewa tapi aku redha je la. Tremco patah balik menuju Tir'ah dan aku langsung tak turun dari tremco ini sejak tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Tir'ah aku masih tak putus-putus berselawat (di mulut) dan berdoa (dalam hati). Sesungguhnya aku memang redha dengan kehilangan handset aku itu tetapi....

Tetapi aku berdoa semoga handset itu tercampak di mana-mana lalu hancur dilanggar kenderaan. Aku tak mahu sesiapa menjumpai handset aku itu. Aku mahu ia musnah. Aku tak redha sesiapa yang guna handset aku itu dan aku tak redha sesiapa buka folder gambar. Sebab itu kalau boleh aku mahu handset itu musnah dan tidak dijumpai sesiapa. Ya Allah, kabulkan permintaanku ini, aku redha dengan kehilangannya tapui aku mahu ia musnah! Aminn...

Aku pergi semula ke klinik tadi. Rupa-rupanya kawan aku dah balik. Alamak kesiannya dia. Aku tinggalkan dia lama sangat kot tadi, dia pun cek sekejap je agaknya. Aduh, maafkanku teman.

Lalu aku keluar dari klinik, sempat singgah kedai buah beli anggur. Aku tak tahu pukul berap sekarang ini tapi langit masih cerah. Aku tahan taxi dan turun di Salam.

Sesungguhnya aku memang redha dan sangat-sangat redha. Dan aku tetap akan tunaikan nazarku. Moga Allah berikanku kekuatan dalam menempuh ujian dan dugaan yang Dia bagi. Aku masih muhasabah diri. Memang banyak salah dan silap aku, dosa aku. Sungguh aku katakan aku tak kisah langsung handset yang canggih dan mahal (tak la mahal dan canggih sangat pun) milik aku hilang tapi aku sangat kisah perihal gambar-gambar dalam handset aku tu!

Tak pe la. Ada hikmah di sebalik semua ini. Aku nak balik. Dah nak Isyak ni (lagi setengah jam kot). Mesti adik-adik aku kat rumah tu risau aku pergi mana la. Ok lah teman, doakan aku terus tabah. Assalamualaikum.


p\s : Aku baru pakai handset aku tu dalam lapan bulan. Sungguh kasihan.




2 comments:

ada said...

weh, sian kat ko,. sabar k?? tak pe,. redha je la,.

Seimura said...

hehe thanks ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...