02 April 2016

Mak Mak Sangat

Assalamualaikum...

   Haaa.. tengoklah betapa rajin update entri baru. Dah tiga hari berturut-turut uolls. Hahahah. Di hujung jari katanya. Anytime anywhere. Evolusi teknologi.

   Baru kejap ni tadi aku terbaca status facebook kawan aku. Baru dua jam berpisah dengan anak sulungnya (sebaya Jannah) dah kerinduan. Kawan aku tu sama seperti aku, surirumah sepenuh masa, sentiasa dengan anak 24 jam. Jaga sendiri, asuh sendiri, tak pernah bagi orang lain jaga. So aku faham sangat perasaan dia tu. Anak happy je tak ada apa-apa, mak yang risau lebih dan rindu padahal bukan lama sangat sampai setengah hari ke. Hahah. Mak-mak sangat tau.

Mak mana lah yang tak sayang anak kan. Orang tak waras atau gila je yang tak ada perasaan sayang kat anak sendiri. Mengandung, melahirkan. Ingat senang ke. Macam-macam ujian.

   Teringat juga semalam masa nak solat dalam surau kat Jusco. Seperti biasa aku dan zauji bergilir pegang Naim. Jannah main permainan. So after zauji solat, turn aku pulak. Time aku bentang sejadah aku nampak seorang ibu kat sebelah aku tengah solat sambil ada baby baring tepi sejadah. Aku terus teringat Naim. Tetiba rasa sebak dan rindu. Kah. Mak mak sangat. Aku terfikir jugak. Camne dia ambil wudhuk tadi ye dengan baby. Tak lama tu ada dua orang budak perempuan datang bawa telekung dan sejadah. Ohh.. kakak-kakak nya ada tolong jaga la tadi ni. Hihi. After habis solat, dia susukan anaknya. Rilex dan santai je. Aku yang terkejar-kejar kot Naim nak susu kat abahnya. Haha.
  
   Biasa lah bila dah ada anak, keutamaan mesti anak dulu. Hehe. Pergi mana-mana pun mesti berangkut semua. Mana boleh tinggal kat atok ke nenek ke. Istilah dating berdua je suami isteri hampir mustahil dan memang mustahil selagi anak-anak masih kecil. Bagi yang tak ada pengasuh la macam aku ni, surirumah. Kalau yang bekerja kan ke hantar pengasuh. Ada can la dating berdua je. Gitu. Kalau pun boleh tinggal kejap kat atok nenek jaga, tak tergamak la nak tinggal. Itu aku lah. Haha.

    Sejak ada anak ni perasaan agak sensitif kalau berkaitan baby dan anak kecil. Lebih-lebih lagi bila baca cerita pasal kematian baby, atau ibu. Contoh ibu yang meninggal dunia setelah beberapa jam selepas bersalin. Peh... sedih gila bila tengok muka baby nya. Mak dah tak ada. Tak sempat nak merasa pelukan ibu, menyusu badan. Adoi sedihnya lah boleh mengalir airmata. Sayu sangat hati mengenangkan nasib si anak.

  Kalau cerita kematian baby pun sedih gila. Ada yang sempat beberapa hari je,  sebulan, empat bulan, setahun, dan sampai ajal baby tu. Memang tabah betul ibunya. Hanya orang terpilih je Allah beri ujian tu. Cuba bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mampu ke menghadapi. Cuba menyelami perasaan berada dalam kasut ibu itu. Uii sedih.

   Insaf. Insaf dan sedar yang semuanya hanya pinjaman. Bila-bila Allah nak tarik, Dia akan ambil semula. Bukan hak kita. Semua milik Allah.
  
   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...