03 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Mesir (sambungan)

Assalamualaikum.

Glosari:-
Imarah = bangunan

1 February 2011 – Tuesday
Sudah masuk bulan baru. Khabarnya, pelajar Indonesia dan Thailand yang berada di Mesir akan dihantar pulang pada hari ini. Bagaimana pula dengan nasib kami pelajar Malaysia?
Sejak beberapa hari lalu, semua mesin ATM di Mesir tidak boleh keluarkan duit. Alang dan Angah selamat sampai rumah jam 2.30 petang. Hari ini tiada apa-apa berita terbaru. Keadaan tenang dan aman. Hehe, tak keluar rumah, tak tau lah keadaan di tempat lain. Kui3. :p

2 February 2011 – Wednesday
Khabar terbaru dari Al-Jazeera. PM kata akan bawa balik semua pelajar Malaysia. Dengarnya kerajaan Malaysia peruntukan RM13 juta bagi mengangkut semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir pulang ke tanah air. Sehari, kapal akan membawa 500 orang. Harap-harap bukan sekadar omong kosong. Auchh.

Berita lain yang ku dengar, khabarnya Institusi Al-Azhar akan ditutup selama setahun? Hampir terkeluar biji mata aku bila dengar. Betulkah? Aku mula mencongak umur berapakah aku akan kembali sambung pengajian. Aku hanya tinggal empat bulan sahaja sebenarnya akan habis belajar, lepas itu terus final exam. Ye, aku dah berada di tahun akhir. Pertengahan bulan ini akan start semester akhir.

12.00 PM: Line internet kembali ada. AlhamduLillah
Tanpa membuang masa aku terus call mak di Malaysia. Buka blog, facebook dan ym. Terima kasih kepada rakan-rakan di Malaysia yang concern dengan keadaan aku di sini. Terima kasih juga atas doa kalian. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amen.

Setakat petang tadi, sudah ada ratusan pelajar perempuan yang dibawa pulang. Aku dan rakan-rakan yang berada di Mansurah hanya menunggu giliran. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pelajar perempuan dan yang berkeluarga akan diberi keutamaan, akan dipindahkan dahulu. Yang terakhir akan dipindahkan ialah lelaki-lelaki bujang yang sihat wal ‘afiat.

Bagi kami yang berada di Mansurah, kami akan berkumpul di New Mansoura Hotel, Mansurah jam 10 pagi pada Sabtu ini, 5 Februari. Dari situ, akan bertolak ke Alexandria (Iskandariah). Dari Alex, akan terbang ke Jeddah. Dari Jeddah, akan belayar hingga ke Pelabuhan Klang atau Penang. Abang-abang tentera (errr??) yang akan membawa kami, kekeke. TUDM dan TLDM bergabung. *sambil teringat Son Goku + Bezita dan Son Goten + Trunks. Okay, tak ada kaitan.

8.00 PM: Kami naik tingkat atas, rumah mama dan baba (tuan rumah).
Kami jumpa mama, beritahu kami akan dibawa pulang ke Malaysia Sabtu ini. Berbincang soal sewa rumah dan barang-barang yang kami akan tinggalkan untuk tempoh setahun mungkin (atau kurang) bergantung kepada keadaan Mesir nanti. Sudah tentu bukan balik Malaysia untuk selama-lamanya, pasti akan ke sini lagi menyambung pengajian yang tertangguh.

Tuan rumah kami (orang Arab) sangat baik dengan kami. Sayangkan kami seperti anak sendiri. Terdapat dua buah rumah di imarah ini yang disewakan untuk pelajar Malaysia perempuan. Rumah aku ada lima orang, rumah sebelah ada enam orang. Sedih sebenarnya nak tinggalkan bumi Mesir ini walaupun akan kembali lagi. Entah, rasa lain. Seronok nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama, sedih nak tinggalkan Mesir.

p/s: masih belum siap mengemas barang.

8 comments:

fya zainal said...

harap2 keadaan sana cepat reda..
lepas tu bolehlah seimura sambung studi..

take care~

Jard The Great said...

syukurlah kamu selamat... risau gak blog ini tak berhapdet.

aku rasa tak smpi setahun kot die tutup. insyaAllah selepas ada kerajaan baru.. da boleh buka da universiti itu. =)

Seimura said...

fya zainal: Terima kasih banyak Fya. Ameen, mudah-mudahan cepat reda.
Thanks dear. :)

Seimura said...

Jard The Great: AlhamduLillah.
Ye, mungkin tak sampai setahun, harapnya begitulah. Terus doakan kami ya? Terima kasih. :)

amirah said...

org pertama yg aku ingat bila dgr berita ni ialah seimura. kan study sana so aku hrp ko baik2 hendaknya.alhamdulilah.

Seimura said...

amirah: Terima kasih atas ingatanmu terhadapku. Ye, AlhamduLillah, selamat je.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

salam ustazah,semoga semua selamat2 sahaja hendaknya,dan selamat berangkat ke tanah air..naik la kapal mas..kami maintain baik punya utk anda..mh8010..

Seimura said...

Iffat: Terima kasih banyak bro atas doanya.
Insya-Allah ada rezeki dan panjang umur, sampai lah ke tanah air. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...