22 November 2011

Menuju Tahun Baru


Menuju Tahun Baru

Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak masuk tahun baru 1433 Hijrah. Lima hari lagi. Bermakna semakin dekat dengan tarikh lahirku dalam bulan Islam dan umur bakal bertambah lagi. Soalan lazim; apa azam tahun baru?
Target aku, aku dah mula kerja sebelum masuk tahun baru 2012. Hahahah. Bunyi macam loser je sebab masih menganggur. Persoalan; sudah bersediakah aku untuk memasuki alam pekerjaan dan meninggalkan hidup ‘berehat-rehat’ ini? Lalalalala.

Peribahasa menyebut; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,  bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Hujungnya macam pantun atau seloka pun ada. Heheh. 

Kalaulah dulu aku tak sambung belajar, terus bekerja sebagai pembantu tadbir atau kerani sampai sekarang, tentu aku dah pakai kereta sekarang. Ceh. Adakah aku mengambil keputusan yang tepat dengan meninggalkan pekerjaan lantas menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? Adakah aku salah buat keputusan? Adakah merugikan?

Setelah beberapa bulan aku di Mesir, aku dapat surat temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Kalau aku tak sambung belajar di Mesir dan masih kerja kerani, dah tentu aku akan pergi temuduga itu. Kalau ada rezeki, mungkin dah menyandang jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Dalam tempoh tiga tahun jadi Penolong Pegawai, mungkin duit dah banyak disimpan, dah pakai kereta dan mungkin juga aku dah berumahtangga?

Kalau, kalau dan kalau. Itu semua kalau. Tetapi perjalanan yang telah Allah atur adalah lebih baik untuk kita. Jangan menyesal. Itu bukan salah buat keputusan. Itu adalah yang telah tertulis dan ditakdirkan.  Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.

Berbalik kepada peribahasa tadi. Apa kau ingat tak susah ke belajar? Mana ada benda yang mudah dan senang di dunia ini? Semua kena usaha, kena buat kerja. Sini bukan syurga. Kau baru bayangkan kau nak apa, benda yang kau nak itu terus muncul depan mata. Nak masuk syurga pun kena buat kerja dan usaha. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan beramal. Betul?

Kita semua pasti ada matlamat, misi dan visi tersendiri dalam hidup. Kita mesti ada target. Matlamat setiap individu adalah berbeza. Perjalanan dan usaha untuk mencapai matlamat, misi dan visi juga bergantung kepada ketekunan dan ketabahan masing-masing. Seperti juga aku dan kamu, akan terus berusaha demi mencapai matlamat dan cita-cita. Kalau sebahagian sudah dicapai, AlhamduLillah.

Tiba-tiba aku teringat akan biodata aku pada September 2007 yang pernah aku berikan kepada beberapa rakan baru. Hohoho. Pada biodata tersebut aku ada tulis; ‘Azam lima tahun akan datang’. Kira macam target la gitoo. Waktu itu aku dah kerja. Azam lima tahun lagi berbunyi ‘menggenggam segulung ijazah’. Bermakna tahun 2012 mesti dah ada Ijazah Sarjana Muda. Wow! Hahaha.

Sebab apa aku letakkan target lima tahun? Kerana waktu itu aku dah bekerja. Jadi aku rancang nak ambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda mestilah makan masa empat hingga lima tahun sebab bukan fulltime study untuk buat Ijazah. Tapi perancangan Allah itu lebih baik dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Akhirnya, belum 2012 aku dah mencapai azam dan cita-cita aku empat tahun yang lalu. AlhamduLillah.

‘Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran. Pahit getir yang telah dilalui, guruku sejati.’ Lirik lagu ‘Sejujur Manakah Kata-kata’ nyanyian kumpulan Spring ini bukan sekadar untuk lagu cinta. Kalau kau amati lirik di atas ini, mendalam sungguh maksudnya, tak semestinya untuk bercinta. Pengalaman amatlah berharga. Usia hanyalah angka.. (eh, ada kaitan ke?). Mestilah ada. Kau ingat umur aku dah berapa? Dah buat Diploma, pernah bekerja, then sambung Ijazah pulak. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad!

Akhir kalam, semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah masih belum selesai. Mudah-mudahan kita semua mati dalam iman dan Islam dan termasuk dalam golongan soleh. Ameen.

Selamat menyambut tahun baru buat semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...