p/s: Ini bukan entri patriotic atau politik.
Assalamualaikum.
Wow. Dah masuk bulan April. Blog ini dibuka semula tapi hanya untuk sementara. Minggu hadapan akan diprivatekan. Weee.
Sesiapa di sini pasti pernah mengikuti kursus. Tak kisah lah kursus apa pun. Pasal kerja ke, pelajaran ke atau apa-apa sahaja lah. Ok. Kursus yang memakan masa beberapa hari pasti ada banyak slot. Slot ceramah, GKB (gerak kerja berkumpulan), pembentangan, kuiz dan lain-lain. Pasti anda pernah melalui satu slot begini; urusetia beri sehelai kertas yang penuh dengan pelbagai jenis soalan dan perlu dijawab dengan pantas dalam masa beberapa minit. Tapi sebenarnya tak perlu jawab pun. Faham ke apa yang aku cakap ni? Haha.
Contoh;- Sehelai kertas diberi. Arahan dalam kertas; ‘Sila jawab semua soalan di bawah dalam masa 10 minit sahaja. Sila baca keseluruhan soalan, kemudian baru jawab’. Kebiasaan kita tak akan baca arahan dengan teliti. Bila tengok soalan banyak gila sampai 20 soalan dan kena jawab dalam masa 10 minit, kita mula panic dan kelam kabut. Soalan pula dari pelbagai jenis termasuk matematik, sains, sejarah, pengetahuan am dan sebagainya. Rupa-rupanya tak perlu jawab semua pun. Tiba-tiba pada soalan nombor 17 (contoh), ‘Abaikan semua soalan, jangan jawab. Hanya perlu tulis nama di belakang kertas dan hantar’. OMG. Kenapa aku baru nampak? Penat aku perah otak jawab semua soalan. Damn! Ini kerana kau tak baca arahan dengan teliti. Noktah.
Pertama kali aku ‘terkena’ trick begini adalah pada April 2005, ketika kursus Belia Rokanwaja anjuran FELDA bertempat di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Memang terkena. Semua peserta kursus terkena beb. Muahaha. kelakar bila ingatkan balik. Kali kedua diberi soalan trick begini pada tahun 2007, ketika kursus guru KAFA di Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Tapi aku tak akan terpedaya dengan trick yang sama buat kali kedua. Gagaga. So aku tak jawab satu pun soalan dan bertindak mengikit arahan. Cewah. Haha.
Kali ketiga pula pada Ogos 2008, ketika Kursus Biro Tatanegara (BTN) di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Dan of course la aku tak akan terkena lagi. Ngahahaha. Bayangkan dah tiga kali. Bagi aku trick begini dah basi dan lapuk. Hohoho.
Mari mengimbau kisah silam. Hihihi. Bukan nak cerita time kursus tahun 2005 atau 2007, tetapi 2008, kursus BTN. Kursus wajib bagi mahasiswa yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengarnya kalau tak sertai atau tak lulus ujian dalam kursus tu (ada ujian beb, jangan main-main, haha) tak boleh pergi luar negara melanjutkan pelajaran. Entah betul ke tidak. Tak ada dapat pun resultnya. Ceh.
Salah satu kisah menarik masa kursus ni ialah pasal soalan trick macam yang aku cakap kat atas tadi. Ok, ini memang sangat lawak. Memandangkan kesemua peserta BTN adalah muda-muda belaka, mungkin mereka kurang pengalaman atau tak ada pengalaman langsung berkursus yang under kerajaan dan kerajaan tanggung ni. Hahahah.
Salah satu slot, kami semua diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan soalan. Hehe. Aku masa dapat je kertas tu, terus senyum-senyum. Dah tak ada benda lain ke nak isi dalam slot. Boring la asyik dapat soalan macam ni. Kena tunggu pula peserta lain yang bendul tak baca arahan jawab semua soalan. Aku terus baca semua soalan tanpa jawab satu pun, hingga lah jumpa arahan yang ku cari-cari. Nombor 13 ke 14 entah. ‘Abaikan semua soalan, tulis nama anda di bahagian atas sebelah kanan kertas ini.’ Kalau tak silap aku la, aku pun tak berapa ingat, hahah. dah settle tulis nama, aku pun duduk rilek je la goyang kaki sambil perhatikan peserta lain yang khusuk betul jawab soalan macam soalan exam pula. Ngeh ngeh.
Salah satu soalan-soalan dalam kertas tu berbunyi arahan begini,
‘Sila bangun dan berdiri di tempat duduk anda, kemudian laungkan slogan ‘Saya Sayang Malaysia !’ sekuat-kuatnya sambil mengangkat tangan kanan anda’. Kalau tak silap aku soalan/ arahan nombor lapan kot, hahahah.
Maka sampai ketikanya bermula lah seorang demi seorang melaungkan ayat itu dengan penuh semangat. Aku macam nak gelak sampai hentak-hentak meja tapi control myself beb. Gagaga. Yang paling lawak sampai aku rasa nak gelak guling-guling atas lantai dan menitiskan airmata ialah apabila salah seorang peserta melaungkan slogan ini;
‘Saya Sayang Merdeka!’
Dengan konfiden nya beliau. Sebenarnya dia sudah salah sebut. Sepatutnya ‘saya sayang Malaysia ’.
Fasilitator pun lantas berkata, “Sayang sangat kat Malaysia ni sampai salah sebut.”
Satu dewan gelak besar dengan kekhilafan peserta tadi melaung slogan. Dan ramai lagi lah yang bangun dan melaung slogan ‘Saya sayang Malaysia ’ dengan jeritan yang kuat lagi lantang. Syabas anak Malaysia . Sesungguhnya ramai juga yang terkena dengan trick begini. Ahaks.
Bak kata Saiful Apek dalam filem apa tah, “Bertindak mengikut arahan!”
Got it?
Adios.
No comments:
Post a Comment