07 April 2011

Perihal Visa

Assalamualaikum.

Lebih kurang dua minggu sebelum aku terbang pulang ke Mesir, kecoh konon-kononnya kalau tak ada visa atau visa dah mati, tak boleh balik ke Mesir. Samada tak boleh balik Mesir ke, tak boleh masuk Mesir ke, lebih kurang macam itu lah. Konon-konon kena tahan kat airport la, penerbangan terbatal la. Adakah hanya sekadar rumor?

Sebelum itu abah ada tanya, kau ada visa tak ni? Aku bagitahu la visa aku dah mati. Dalam proses nak dapatkan cop visa la tempoh hari di Mesir. Tup-tup berlaku pula rusuhan dan kekacauan, maka visa aku masih tak dapat hidup. Dan tu-tup dihantar pulang ke Malaysia. Masih tak dapat cop visa tapi di passport aku si ammu visa dah letakkan tarikh. Jadi masih 'selamat' la. Tak akan ditahan polis Mesir. 

Seorang kawan call tanya pasal visa ni lah. So aku ringkaskan dalam bentuk perbualan;

Kankurou (bukan nama sebenar ngeheheh) atau K: Eh, visa kau dah mati ke?
Seimura (aku) atau S: Dah lama mati bulan 11 tahun lepas. Aku dah pergi jawazat (imigresen) tapi biasa lah arab, lambat gila proses. Tak siap-siap sampai la aku balik sini. (Malaysia).
K: Habis tu kau tak pergi buat visa ke?
S: Tak payah. Visa tu (yang buat di Malaysia) bukan laku pun kat Mesir. Sampai Mesir nanti kena buat visa Mesir jugak.
K: Eh kau ni selamba je. Kau tahu tak cerita ada budak tak dapat balik Mesir sebab visa dah mati atau tak ada visa?
S: Entah tak tau pun. Betul ke?
K: Aku pun tak tahu, dengar orang cerita dan ada jugak kecoh kat facebook.
S: Sahih ke tu? Kau baca facebook sapa? Siapa yang cerita kat kau? Aku nak tanya dia.
K: Aku pun tak tahu sangat tapi memang kecoh la jugak. Ramai tengah beratur panjang buat visa kat Putrajaya tu.
S: Huh. Aku tak akan buat. Aku nak tahu kesahihan cerita betul ke tak dapat balik Mesir kalau tak ada visa. Kalau setakat dengar-dengar cerita orang ni aku tak percaya. Aku nak tanya sendiri 'mangsa' yang tak ada visa dan tak dapat balik Mesir tu. Kau tahu tak siapa-siapa yang kena tahan tu? Bagitahu aku.
K: Aku tak tahu lah siapa-siapa dia. Tapi aku nasihatkan kau je. Jangan sampai tak dapat balik pulak. Aku dengar jugak tiket burn la apa la.
S: Betul ke ni? Aku nak tahu siapa yang kena tahan atau tak dapat masuk Mesir. Bila tahu siapa orangnya baru aku puas hati.
K: Mana lah aku tahu. Suka hati kau lah kalau tak nak buat. Kalau tak dapat balik baru padan muka kau. Aku dah nasihat dan pesan.

Ada lagi yang kami bualkan pasal visa ni tapi kang panjang sangat pulak entri aku ni. Yang pasti aku dan kawan aku tu siap bertekak dan hampir bergaduh jugak la pasal ni. Gahahah. Aku biasalah, tak mahu kalah. Tapi betul la 'perjuangan' aku tu. Aku nak bukti dan cerita yang sahih. Bukan setakat dengar-dengar dari mulut orang. Bila dah kecoh pasal visa ni, semua orang pun berpusu-pusu la pergi Putrajaya dan Embassy Egpyt di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur untuk buat visa. Bayaran visa RM67. Habis tu, tambang nak ke sana lagi. Kalau orang KL tak apa lagi. Yang jauh-jauh macam aku ni (Johor), Penang ke, Kelantan ke, kan ke banyak duit nak keluar semata-mata nak dapatkan visa?
Dari apa yang aku dengar lagi, ramai gila budak (student Mesir) yang beratur nak buat visa. Kata kawan aku, dapat nombor giliran hari ini, belum tentu akan dipanggil hari ini, esok atau lusa baru dipanggil sebab ramai sangat. Dan visa bukan terus dapat. Kena tunggu seminggu atau 10 hari atau dua minggu baru dapat. So kena pergi dua atau tiga kali Embassy tu. Kau boleh bayangkan berapa ratus duit aku bakal terbang demi untuk mendapatkan visa yang tak laku di Mesir ini.

Aku yang masih tak puas hati, mesej facebook dengan kawan aku yang dah selamat sampai Mesir lagi awal daripada aku, kawan-kawan Kedah. Tanya pasal visa ni lah, betul ke tak boleh masuk Mesir kalau visa dah mati? Dia kata tak adalah, boleh je masuk, tak ada masalah pun. Di airport pun tak ada kena tahan. Fuh, aku lega gila. Masa aku tanya, lagi 10 hari aku nak balik Mesir. Beberapa hari selepas itu aku dapat call cakap penerbangan diawalkan tarikhnya. Aku dapat call hari Isnin, terbang hari Sabtu. Contoh kalau aku pergi embassy jugak nak buat visa, memang aku tak akan dapat visa dalam tempoh sesingkat ini (lima hari).

Akhirnya aku selamat juga tiba Mesir dengan bahagianya. Langsung tak ditahan, langsung tak ditanya. Alhamdulillah aku lepas je. Siapa kata kena tahan? Jangan lah buat cerita bohong, aku tumbuk muka kau kang. Ceh, emo la pulak. Dua hari selepas sampai Mesir, aku terus buat visa di jawazat Mansurah. Kena isi borang baru dan bayar duit setem EGP13 sahaja. Kalau diconvert hanya RM6.80 bukan RM67! *Sambil perli budak-budak yang 'to'ot'/ bendul sangat pergi buat visa di Malaysia. wakakakaaka gelak jahat dan keluar tanduk. Dan yang bestnya sehari je siap visa aku tu. Mintak pagi, petang dah dapat cop. Dan visa aku mati pada 31 Disember 2011.

Sekarang, AlhamduLillah boleh kata 98% student semua dah pulang ke Mesir. Dan kau tahu apa terjadi? Semua sudah rasa menyesal buat visa di Malaysia, rupa-rupanya tak laku di sini (Mesir). Tetap kena pergi jawazat dan buat visa Mesir. Visa Malaysia yang mereka buat yang kononnya laku selama tiga bulan itu hanya laku 2 minggu sahaja di sini. Kalau kau tak ada visa bila duduk di negara orang, kau dikira duduk secara tak sah atau boleh dikata pendatang haram walaupun kau ada passport. Bila duduk secara tak sah atau tak diiktiraf, keselamatan kau tidak terjamin dan tidak mendapat perlindungan yang selayaknya.

Kadang-kadang kita ni terlalu terikut-ikut. Orang buat itu, kita ikut, orang buat ini, kita ikut. Taklid buta bahasa Usuluddin nya. Ceh. Kita terlalu terikut-ikut perbuatan orang tanpa tahu apa keburukannya atau kesan tak baiknya. Kalau benda yang baik tak apa lah jika kita ikut tapi janganlah taklid buta. Entah apa benda aku cakap ni, kau buat-buat faham je lah.

Ok sekian sahaja update untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...