18 November 2011

Bangun Pagi Sebelum Subuh


Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat buat semua. Kekeke. Semoga hari Jumaat yang mulia ini baik-baik saja untuk kalian. Terus teringat lagu ‘Baik-baik Sayang’ tapi itu tiada kaitan.

Topic hangat atau hot chick kita pada kali ini adalah ‘bangun sebelum subuh’. Ouch ini bukan blog gossip ok? Teeet. Samada kita sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yang beragama Islam ini terlalu liat untuk bangun sebelum subuh atau sebelum fajar. Is that true? Malah lebih malang ramai yang terlepas solat Subuh lagi, terlajak sampai habis waktu. Is it that worst?

Adakah patut seorang muslim atau muslimah tiap-tiap hari bangun lambat sampai terlepas solat subuh? Wajarkah? Paling teruk adalah apabila golongan agamawan sendiri anggap perkara ini sambil lewa. Alah… waktu subuh panjang lagi ni, tidur dulu lah. Sangat memalukan juga bila student di Mesir juga tidur lewat dan terlepas Subuh. Kalau dah tahu suka sangat bangun lewat atau memang tak boleh nak bangun awal, makanya jangan tidur lambat! Apa kau ingat senang-senang sahaja kah solat itu boleh diqadha’? Ini adalah sesuatu yang sangat aib ok? Adalah sangat aib bila kau belajar tentang hukum hakam tapi bila time bangun pagi dan solat subuh kau hancur dan ke laut. Maaf cakap lah.

Alangkah bagusnya jika seorang ustaz bangun sebelum subuh, kemudian bersihkan diri dan terus menuju ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebaik-baik solat orang lelaki adalah di masjid dan sebaik-baik solat wanita adalah di rumah. Alangkah bagusnya juga jika kita tidak biasakan diri dengan tidur selepas subuh. Semua tabiat buruk ini boleh diubah. Kita kena paksa diri. Tiada alasan. No reason. Kita, aku dan kalian. Hanya kita yang mampu mengawal diri kita. Hanya kita mampu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

Bagaimana nak elak dari terrrrbangun lambat ni ye? Tidur awal la dol. Jangan biasakan diri tidur lambat kalau tak boleh nak bangun awal. Setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah kita walaupun tidur lambat tetapi masih boleh bangun awal. Alhamdulillah jika begitu. Ada yang kena tidur awal baru boleh bangun awal. Bukankah Allah menjadikan malam itu untuk kita beristirehat setelah penat bekerja pada waktu siangnya? Dan malam adalah untuk kita tidur. Tidur awal barulah boleh bangun tengah malam (qiyamullail) untuk tahajud. Tak gitu?

Kata orang, tradisi dari masa lalu telah membiasakan hidup kita lantas terbiasa dan sukar untuk melakukan perubahan. Contohnya, kau dah biasa dari kecil tidur lepas subuh ataupun bangun lambat. Bila bangun lambat, solat subuh pun lambat di hujung waktu. Kadang-kadang sampai terlepas. Adakah kita mahu teruskan tradisi bangun lambat ini kepada anak cucu kita di masa akan datang? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Aku menyeru pada diri sendiri dan juga semua, latihlah diri untuk bangun sebelum subuh. Bukan berjaga sepanjang malam sampai ke pagi, masuk waktu subuh terus solat, kemudian baru tidur. Budak-budak Mesir memang ramai yang buat begini. Tak tidur langsung sampai ke Subuh. Lepas solat Subuh baru tidur sampailah tengahari baru bangun. Tak pasal-pasal student kita di Mesir terikut-ikut perangai orang Arab Mesir yang jenis berjaga malam sampai pagi, lepas subuh baru tidur. Sikap tak bagus ni buat apa kita nak ikut derr?

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari hamba Allah yang kerdil ini. Siapa tengok bola semalam? Aku tengok full match satu famili. Hehehe. Terbaiklah Malaysia. Weeee.

p/s: macam nak bela harimau.



7 comments:

Faaein Talip Roy said...

yeah!.. bagun awal sebelum subuh itu lah yang terbaik.. yang bagusnya cuti2 ni pun aku bangun awal, lepas subuh tak tidur2 pun. bagus tak aku? hahaha.. ;p

Malaysia main dengan baik semalam.. satu famili wa pun tengok juga.. ^^,

Seimura said...

Faaein: wah pantas betul la dia mengkomen. kekeke thanks dear.
Yeah bagus tu tak kiralah cuti ke tidak kita tetap bangun sebelum subuh dan tak tidur balik. itulah yang terbaik. ko memang bagus farihin. terbaeek.
yeah cayalah malaysia.

ber_u_wang said...

waktu subuh selalu nya memang sedap tidur, tambah pulak syaitan bagi mimpi yang indah.

tapi kalau orang tahu betapa baik nya mandi pagi pagi (sebelum subuh) pasti ramai yang bangun ..

Seimura said...

ber_u_wang:
Yep, betul tu uncle waktu subuh memang sedap betul tidur.
Marilah kita mengubah tradisi dengan mandi pagi-pagi sebelum subuh. :-)

aminmenulis said...

Kalau kat Mesir tidur awal, so bangun awal sebab sekarang malam panjang. Alhamdulillah, selalu bangun sebelum subuh. Hehe.. tapi jumpa tikus pagi-pagi. Besar plak tu. Haha.. Nak citer ape sebenarnye nih?

Nooreena said...

Yup masa Subuh memang masa liat untuk bangun. Bestnya kalau tarik selimut, sedangkan dengar dah bunyi azan. Tips saya: setiap kali rasa malas, cakap kat diri "woi selimut ko ni ibarat kulit khinzir" confem bangun. Haha :D

Seimura said...

Amin:
Yep musim sejuk memang malam panjang, tak ada masalah untuk bangun awal hehehe.
Err... tikus??


Nooreena:
Itulah cabaran untuk melawan bisikan syaitan dan nafsu.
Euww... bab ni sensitif. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...