- Assalamualaikum.
p/s: Ini adalah kisah benar.
Tiba-tiba dia menyebut “Alaf rubu’u miah nein wa talatin” dengan laju. Aku yang tengah pandang borang dengan pen di tangan terping-pinga sebentar. Apa benda ustazah aku sebut nih? Laju sangat aku tak dapat tangkap.
Aku terus pandang papan hitam (papan hijau sebenarnya). Ustazah tulis sesuatu. Lah, nombor rupanya. Tahun Hijriah – 1432 tapi dia tulis dalam nombor arab la. Aku ingat dia sebut apa lah tadi. Gila laju.
Itu peristiwa beberapa minggu lalu sewaktu aku dan rakan-rakan sekelasku mengisi borang Shahadah. Borang untuk final exam nanti. Borang semestinya dalam Bahasa Arab. Siap nak gambar terbaru dua keping dan salinan surat beranak (sijil lahir) dalam Bahasa Arab. Kau ada? Haha, senang je nak terjemah ke Bahasa Arab, pergi JPN dan mintak. Ekeke.
Tahun 1432 yang ustazah aku sebut adalah dalam bahasa Arab Ammiah (bahasa Arab pasar). Itu pasal aku lambat tangkap. Wakaka.
Alaf (sebutan sebenar ‘alfun’) = seribu
Rubu’u miah (arba’a mi’ah) = empat ratus
Nein wa talatin (ithnain wa thalathin) = tiga puluh dua. *Orang Arab Mesir sebut huruf ‘tha’ jadi ‘ta’ kalau bahasa ammiah. Tak pasti pula orang arab negara lain sama ke tak. Hehe.
Dan nombor ‘puluh’ dalam bahasa arab dia jadi terbalik. Macam di atas tadi. Atau contoh lain;
56 = lima puluh enam = sittah wa khomsin. Dia sebut enam dulu, baru sebut lima puluh.
Sekarang aku ada satu kuiz. Tapi soalannya cuma satu. Hihi. Siapa dapat jawab dengan tepat aku akan bagi hadiah misteri. Jeng jeng jeng. Syarat penyertaan, readers yang sama belajar di Mesir macam aku, tak boleh join. Sebab hadiahnya made in Egypt. Weeeee.
Soalan. Sila terjemah nombor ini ke bahasa Melayu;
Alaf tumunu miah sab’ah wa tis’in.
Jawapan hendaklah dalam bentuk nombor (nombor Arab dan rumi) dan perkataan (rumi sahaja). Boleh jawab dalam ruangan komen di bawah. Sekian terima kasih. Selamat mencuba. Lalalala~
p/s: Nampaknya ada yang kena install huruf jawi/ arab dalam laptop dan computer masing-masing. Kikiki. I likeeeee…
4 comments:
Jawapan saya:
Arab: ١٨٩٧
Rumi: 1897
Seribu lapan ratus sembilan puluh tujuh
PS: Saya tak install huruf jawi di komputer. Saya search kat bahagian Symbols di MS Office. Hehee
uncle tak reti sangat bahasa arab ni..
baru semalam ingat siemura macam dah lama hilang.. tiba tiba ada entry baru.
salam.dah lama saya tak berblogging..ada kuiz..pening bila tengok no tumunu tu..tak tau..hehe..rupanya 8..1897..
Betul dan tepat sekali cik nooreena. Tunggu hadiah misteri daripada saya. weeee. p/s: sila emel nama dan alamat penuh di emel saya racunsakti@gmail.com
Hai uncle. Maaflah memang dah lama tak berapa aktif blogging uhuhuh.
Sama la saya pun dah lama menyepi ni kak solehah. jawapan itu pun betul. hehehe.
Post a Comment