04 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Anbiya'

Assalamualaikum.

3 February 2011 - Thursday - 9.30 PM

Malam tadi jumpa mama (tuan rumah) dan bincang dengan mama pasal rumah dan sewa. AlhamduLillah, syukur sangat, mama rumah kami seorang yang sangat baik hati dan bertimbang-rasa. Dia suruh tinggal sahaja barang kami di rumah kami, dia sekeluarga tak akan usik. Dan dia tak akan sewakan rumah kami kepada orang lain. Misal kata dalam tempoh setahun kami tak balik sini, setahun akan dijaga rumah kami. Tapi mudah-mudahan tidak sampai setahun. Soal sewa juga mama kata suruh bayar separuh harga sahaja setiap bulan sepanjang ketiadaan kami di sini. Dan mama tidak suruh kami bayar sebelum kami pulang ke Malaysia, tapi akan datang bila dah balik ke sini semula baru bayar. Syukran mama, jazakillah khair.

Pagi hingga tengah hari aku tak berkemas pun, hahah. Sentiasa membaca dan mencari update tentang Mesir dan perpindahan pelajar dan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Membaca akhbar-akhbar online. Sambil-sambil melipat pakaian dan susun di almari sahaja. Angah dah oder kotak kargo tapi tak sampai lagi. Itu yang aku tak start lagi nak mengemas dan susun dalam kotak. Hihi.

Menjelang tengah hari aku diserang bersin tanpa henti. Simptom influenza tahap kronik lagi kritikal. Tapi masih terkawal gitu. Ceh.

Lepas zuhur, kotak-kotak pun sampai. Aku, Angah dan Achik keluar rumah membuang sampah. Maklumlah, nak tinggal rumah lama, kemas rumah dan buang segala benda yang dirasakan sampah. :p. Lepas buang sampah, kami singgah kedai di mana kami bayar internet dengan dia. Si Arab. Kami nyatakan nak potong line internet Sabtu ini dan bayar sekali bil-bil tertunggak. Keke. Hari ini perintah berkurung bermula jam 5 petang. AlhamduLillah, kawasan rumah kami aman sahaja, tiada rusuhan dan demonstrasi.

Aku memang dah mula rasa tak sihat, bersin berulang kali. Baring-baringkan diri sampai la azan Asar. Then aku terus mengemas apa yang patut. hihi. Susun segala macam fail, buku dan kitab ke dalam kotak. Pakaian juga tak ketinggalan. Aku oder tiga kotak. Setakat ini dua kotak dah siap di 'seal'. Penuh dan agak berat wo. Ada lagi barang tak kemas. Maksud aku barang yang nak ditinggal di sini. Barang nak di bawa ke Jeddah dah siap kemas dan tinggal angkut je. Hehe. Berat barang dibawa tak boleh lebih 7 kilogram termasuk yang carry. Betul ke? Yang aku faham 7 kg itu just luggage (betul ke eja ni? haha).

Flu and fever. Mata aku rasa panas ni. Hidung merah, mata merah dan berair. Tadi Angah tegur, "Eh, Along? Tak sihat ke?". Aku jawab. "Haah." Alang pula berkata, "Hai, Along? Dah nak balik Malaysia ni, patut sehat dan gembira." "Tu lah, Along pun tak tau la, mata panas je ni". Kata aku sambil sentuh kelopak mata.

Khabarnya esok (Jumaat), rusuhan dan demonstrasi besar-besaran bakal berlaku lagi. Dan dari apa yang aku baca, mungkin lebih teruk daripada Jumaat lepas. Waktu bermula dah tentu selepas Solat Jumaat. Doakan keselamatan kami rakyat Malaysia di Mesir. Setakat ini sudah ada lebih seribu pelajar Malaysia yang telah dibawa keluar dari Kaherah dan ada yang telah selamat tiba di Jeddah (mungkin dalam 600 orang).

Ada kemungkinan line internet dan segala talian komunikasi akan disekat esok (bermula 12 malam atau pagi esok). Risau juga keadaan semakin meruncing. Selagi Presiden Mesir sekarang tak mahu letak jawatan, selagi itu Mesir akan terus bergolak. Kami juga ada mendapat arahan lakukan solat hajat mudah-mudahan Hosni Mubarak lekas-lekas letak jawatan.

Maaf lah aku tak sempat nak blogwalking sangat. Aku just baca di google reader, so tak boleh drop komen. Akhir kalam, terus doakan keselamatan dan kesejahteraan kami di Mesir. Moga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah dan di bawah perlindungan Allah. Ameen.

Sekian update untuk malam ini. Terima kasih. Heehee.


8 comments:

Nooreena said...

Orang risau-risau, dia boleh pula buat lawak. :) Semoga kamu selamat Cik Seimura. Kami menanti kepulangan kamu dan yang lain-lain.

Faaein Himura said...

kami di sini sentiasa mendoakan sahabat2 di mesir dalam keadaan selamat.. semoga keadaan di sana cepat pulih dan aman kembali..

Heidi Shafiq said...

semoga ko selamat.. aku doakan ko.. :)

De'din said...

semoga selamat dipindahkan,,
jgn dok p join protes pula,,

btw, jom join Giveaway Dedin,
mudah sangat
x payah karang panjang2 pown !
x payah serabut kan kepala !
x payah follow2 !
x payah tangkap gambar2 !
x dak banner2 !

Cik Faez said...

assalamualaikum..
tumpang tanya. yang cik seimura dekat blog ni adakah sama dengan shinda seimura uchiha sasuke kat fs tu? kalau sama, slmt berjumpa lagi. kita pernah sama2 bekerja untuk sistem pustaka dulu. kalau tak sama, slmt berkenalan. huhu.. semoga selamat semuanya ye. InsyaAllah..

Cik Faez said...

assalamualaikum..
tumpang tanya. yang cik seimura dekat blog ni adakah sama dengan shinda seimura uchiha sasuke kat fs tu? kalau sama, slmt berjumpa lagi. kita pernah sama2 bekerja untuk sistem pustaka dulu. kalau tak sama, slmt berkenalan. huhu.. semoga selamat semuanya ye. InsyaAllah..

Yutaka Mushimura said...

ehh..ko belajo kat mesir ka...aigooo..tak ketahuan lak aku...weh...

:)

emm....dah gi sana balik e belum???

tips terbaru


Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Tip Melembutkan Dan Menenangkan Hati Sanubari.

Kalau Suka.....Jangan Tunggu

Ketahuilah Perkataan Sengal Itu

Ketahuilah Cinta Itu Romantik

Tutorial Melipat Baju

Seimura said...

Nooreena: Hehe. terima kasih Cik Nooreena.

Faarihin: Ameen. Terima kasih Cik Faarihin.

Heidi Shafiq: Ameen. Terima kasih.

De'din: Terima kasih. Hish, tak ada protes. Hehe.

Faez: Waalaikumussalam. Ye, kak Faez, saya lah pemilik fs shinda seimura uchiha sasuke. Terima kasih masih ingat saya.

Yutaka: Ye, aku belajar di MEsir. AlhamduLillah, dah kembali ke Mesir menyambung pengajian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...