25 July 2010

Matrouh : Pantai 'Agiba

Sambungan..

12 Julai 2010 - Isnin

Selepas Hamam Cleopatra, kami menuju ke Pantai 'Agiba atau bahasa arabnya Bahru Al-'Ajiba yang bermaksud 'pantai ajaib' atau 'laut ajaib'. Di gelar 'pantai ajaib' kerana laut ini boleh kelihatan seperti tujuh warna pada waktu tertentu. Tetapi tujuh warna itu bukanlah warna pelangi ye tuan-puan. Tujuh warna itu adalah warna biru dan hijau berperingkat-peringkat. Biru cair, biru pekat dan apa-apa lagi lah. Kena datang tengok sendiri baru tahu. Nak gambarkan pun payah juga. Hahhah.

Shot foto dari atas.

Ramai gak orang.

Sapa nak mandi boleh mandi.

Masa ni tak cukup tujuh warna pun lagi. huhu.

Mula-mula hijau, kemudian beransur tukar biru. Weeee~

Cantik.

Gambar ni senget atau laut ni senget? 

Sejernih dan secantik 'laut ajaib'.

Shot dari tangga pulak.

Ini kamera orang lain. 

Ini pun sama kamera oarang lain.


Boleh tengok betapa ramainya orang arab berkunjung ke sini.


Dah, dah. Balik cepat, dah nak masuk azan maghrib ni. 


Langit mula gelap dan kami pun beredar. Kata orang arab, pada tarikh 21 Julai tiap-tiap tahun baru boleh nampak tujuh warna tu. Ada pendapat lain juga kata, kelihatan tujuh warna itu pada waktu maghrib dan lepas subuh (terbenam matahari dan terbit matahari). Tak kisah lah tak dapat tengok laut jadi tujuh warna, janji gua dah pernah sampai tempat ini. Bukan semua orang bertuah dapat berkunjung ke sini walaupun belajar di Mesir.

bersambung..

p/s : aku agak sibuk sekarang ini. belum sempat nak blogwalking. sorry. huhu.


5 comments:

::[putihpurple]:: said...

subhanallah!!
wow!! jeles tgk tempat2 kt sane..
satu hari nnt nk pegi jgk klu ade rzeki..insyaallah..huhu~

Anonymous said...

argh ko sj nk bg aku jeles tau
uhukssss

;(

Seimura said...

Insya-Allah Putih. Jemput la datang ye? Hihi.


Ala Jane... jangan la jeles. Sekadar nak berkongsi je ni. Kui3. :p

Faarihin said...

suka tengok laut tu.. bestnya.. nak pi sana gak..

Seimura said...

Jom jom. Ada rezeki boleh la datang sana. Hihih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...