23 July 2010

Siwa --> Matrouh

Assalamualaikum...


Sambungan...

11 Julai 2010 - Ahad

Kami solat di sebuah masjid di Siwa. Aku sempat cas handset aku kejap kat masjid. Ekeke. Berdekatan dengan masjid ada sebuah kedai. Kami beli air sejuk bagi menghilangkan dahaga. Teringat sewaktu di Kolam Cleopatra, ada juga kedai. Satu air tin berharga LE7! Sedangkan harga biasa baru LE1.25. Ciss..

Setelah berehat lebih kurang, kami meneruskan perjalanan pulang ke Matrouh.




Contoh rumah atau kediaman di perkampungan Siwa. Sangat klasik.


Tiang lampu kot ni.


Nampak gambar je dah tahu betapa panasnya Siwa.


Pokok tak ada sangat.


Perkampungan Siwa dari kejauhan.


Selamat tinggal Siwa.


Kering kontang.


Meninggalkan Siwa menuju ke Matrouh.


7.30pm : Tiba di Matrouh



8.30 pm : Check in rumah.

- di Matruh memang ada disediakan penginapan berbentuk rumah bagi memudahkan pengunjung atau pelancong menetap di sini. Matruh terkenal dengan banyak pantai dan memang menjadi tumpuan apabila tiba musim panas. Harga sewa rumah sehari bergantung pada kebesaran dan keselesaan rumah serta jauh atau dekat jarak rumah dengan pantai. 

Rumah yang kami sewa ini agak selesa dan bersih, siap ada aircond lagi. Kelengkapan dapur juga lengkap; dapur gas, periuk-periuk, pinggan, gelas, sudu, peti ais. Bilik air juga agak besar dan selesa. Dua bilik tidur, satu ruang tamu lengkap dengan sofa, meja makan dan televisyen. Malam itu aku, Renji dan Izuru seronok layan final worldcup dan kami sokong Spain. Dan akhirnya Spain menang buat julung kalinya dalam sejarah worldcup! WEEEE~














bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...