26 January 2011

Aduhai.. blog-blog berat... Please donk...

Assalamualaikum.

Sebelum aku menghentam, aku nak tanya dulu. Adakah blog aku ini berat? Adakah blog aku loading lambat? Sila jawab di ruang komen di bawah. Aku guna pop up windows, sila tekan 'comment' baru kotak komen akan keluar. Ceh, macam la orang tak tau. Ye la, mana tau, ada yang baru berjinak-jinak di alam blog, tak tahu macam mana nak komen entri blogger yang guna pop up windows. Auchh.

Aku rasa blog aku ini tersangat lah ringan dan loading dengan begitu pantas.  Tiada widget merepek-repek yang tak perlu. Tiada pasang lagu. Tiada gambar, tiada header, tiada animasi bergerak dan sebagainya. Sangat simple dan sempoi. Ada shoutbox pun dah cukup bagus la tu, senang orang nak tegur. Dan paling penting, aku tak ada nuffnang! Noktah.

Sambung kembali. Aku dah start cuti semester so aku rajin gila blogwalking serta drop komen di entri-entri kawan-kawan blog yang aku follow. Kalau aku dah start sibuk, tak sempat la aku nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Tapi aku amatlah kurang senang dengan blog-blog berat, malas nak bukak dan tunggu dia loading beb. Sakit hati aku kalau lambat sangat, aku rasa nak maki je. Kau tahu tak sebab apa blog kau berat nak mampos? Meh sini aku bagitau;

1- Animasi bergerak.
Ini termasuk la animasi konon-konon ada salji/ hujan/ daun-daun/ bintang-bintang atau apa saja yang bergerak dan berguguran jatuh ke bumi. Blog akan jadi berat okay?
Selalu blog-blog orang perempuan ada animasi siap kotak dialog di sudut bawah kiri blog yang berkata, 'selamat datang', 'follow saya ye?' dan apa-apa lah dialog yang seangkatan atau seerti dengannya. Adess, ini pun beratkan proses loading la beb. Dah tu mengganggu  tumpuan nak membaca entri. Kalau tempalate tu kau pandai susun kedudukan dia supaya tak diganggu animasi konon comel tu, tak apa lah jugak. Tapi tetap menambah keberatan blog kau beratus-ratus kilobyte.

2- Lagu
Aku akui, masa awal aku berblog dulu, aku ada letak lagu jugak tapi bukan autoplay. Tak lama pun, dalam sebulan ke dua bulan aku dah remove. Rasa macam menyemak dan tak perlu. Dah tu, mengganggu fokus nak baca entri beb. Dan pasang lagu jugak memberatkan blog.

3- Banyak sangat widget html javascript.
Contoh widget tak penting tapi tak la berat sangat kot. (ye ke)
Ye, aku tahu, kau letak jam, supaya orang tahu sekarang jam berapa. Jam tak penting. Di laptop atau komputer masing-masing dah ada jam sendiri. Aku dulu pernah jugak letak jam waktu Mesir. So, orang Malaysia boleh tahu la, Mesir sekarang pukul berapa. Ohh..kat Mesir petang, Malaysia malam. Tapi aku dah buang setengah tahun yang lalu. uhuk.
Suhu/ temperture (macam salah eja lak). Ini jarang kot orang letak melainkan pelajar oversea. gagaga.
Traffic yang boleh track pengunjung dari mana. Huhuh. Dulu aku pernah letak jugak tapi tak lama. Saja suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar, tak penting langsung kewujudan dia. Ceh.
Blog list/ Link list yang terlalu banyak. Eh, beratkan blog ke? Hmm mungkin kot. Kalau nak letak blog list, tak payah lah show all kan?

4- Banyak sangat gambar.
Gambar yang terlalu banyak kilobyte serta megabyte nya. Berat ooo nak loading. Nyampah tau tak?

Dah aku rasa setakat ini dulu kot. Ceh, banyak rupanya nak cakap lagi. Hahah. Bersambung selepas ini.


Babai.


p/s: Esok petang, (Rabu, 26 Januari) aku akan berangkat ke Kaherah untuk beberapa hari. Mungkin sampai 30 Januari. So, selama beberapa hari ini aku akan 'menghilang'. kekeke. jangan rindu aku tau. ceh. :p




24 January 2011

Story Behind The Winter

Assalamualaikum..

Sebenarnya tajuk asal entri ini adalah, 'Ragam Pelajar Malaysia (terutama girls) Ketika Musim Sejuk di Mesir'. Tapi macam panjang sangat pulak nak letak tajuk tu. hohoho.

Benda ni aku perasan terjadi sejak aku tahun satu dulu di sini. Budak-budak perempuan kelihatan berlumba-lumba menayang baju sejuk atau sweater masing-masing, siapa punya paling cantik, vouge dan kelass gitu. Kau akan lihat pelbagai fesyen dan warna akan diperagakan oleh mereka. (aku tak tergolong dalam kelompok ini. heheh.).

Sebenarnya tiap-tiap tahun pun begitu, sejak zaman sebelum kedatangan aku lagi. Biasanya yang sangat teruja mengumpul dan membuat koleksi baju sejuk/ sweater/ jaket/coat adalah mereka yang baru datang, tahun satu, freshie kata orang. Jakun sikit kot, agagaga. Aku punya jaket/ sweater biasa-biasa sahaja, semua warna gelap. Tak teruja langsung nak beli banyak-banyak atau cantik-cantik.

Fesyen atau design? Macam-macam la wei. Yang berbulu? Yang ada belt? Yang butang besar-besar? Yang jenis kait? Semua ada. Tak faham kenapa kah mereka begitu beria-ia dan berlumba-lumba nak beli. Harga bukan murah. Dan, kau hanya pakai time musim sejuk sahaja di Mesir ini. Nanti kau dah balik Malaysia confirm dah tak pakai segala baju-baju tebal tu. Cuaca Malaysia dah la panas. Lain lah di Mesir yang boleh cecah 3 darjah celcius sahaja kalau betul-betul sangat sejuk.

Aku bukanlah tak puas hati ke nak marah ke apa. Itu kan hak masing-masing. Tapi beli sekadar keperluan sudahlah. Kalau yang betul-betul bergaya, setiap 3 hari akan berganti sweater lain, selama sebulan adalah dalam 10 jenis sweater/ coat/ jaket dia berganti-ganti. Ngeee~

Lagi satu perkara yang bagi aku agak kelakar, bila ada jaulah ke Sinai. Wah, persiapan bukan main rapi. Sanggup ni, beli jaket tebal lagi berat bagi menahan kesejukan nak mendaki Jabal Musa yang setinggi lebih 2000 meter. Puncak Jabal Musa itu memang sangat sejuk, kalau nasib baik, dapat la main salji. Heheh. Tapi tak perlu jaket yang terlalu tebal atau berat. Nanti kau akan rasa sangat mengah dan penat mendaki gunung. Tak tahan sejuk? Beb, yang penting baju fit dan ketat kena pakai lapis-lapis banyak sikit, barulah kau sarung t-shirt dan sweater. Baru boleh menahan kesejukan. Setakat tebal di luar tapi dalam tak ketat dan fit, tetap akan rasa sejuk melampau.

Aduyai, bilakah tradisi ini akan berakhir? (ceh). Maksud aku, tradisi keterujaan membeli sweater/ jaket/ coat yang cantik-cantik untuk dipakai time musim sejuk. Hahahah. 

Sekian.




23 January 2011

19.02.1432 – Special Day

Assalamualaikum

19.02.1432 (23.01.2011)
19 Safar 1432 (23 Januari 2011)
Ahad
4.00 AM

19.02.1406 (03.11.1985)
Ahad
4.00 AM

Aku dilahirkan pada hari Ahad, jam 4.00 pagi pada tarikh 19 Safar 1406. Tahun ini 19 Safar jatuh pada hari Ahad, hari aku dilahirkan. Itu pasal aku kata hari ini istimewa. Weeee~

p/s: must call my mom.


19 January 2011

Pengalaman Pertama Mengundi

p/s; Ini bukan entri politik.

Assalamualaikum.

Sambungan entri lepas.

Kau pernah mengundi ke? Yang berumur bawah 21 ketika tahun 2008 tak payah nak menipu cakap dah pernah. Yang umur 28 pun ada yang masih tak berdaftar sebagai pengundi, apatah lagi ‘anak-anak kecil belum cukup umur’. Hohoho.

Mengundi untuk pilihan raya umum yang aku maksudkan di sini. Bukan mengundi siapa jadi presiden kat kampus atau universiti kau orang. Aku debik kang kalau kau buat-buat tak faham atau jawab soalan aku kat atas dengan jawapan poyo.

Mac 2008, aku masih bekerja di MAINJ. PRU 12 dah hampir tiba. Sebagai rakyat yang chenta kan Negara (hoho), aku perlu pulang ke kampong bagi melaksanakan tanggungjawab. Heheh. Aku mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2007. Abah yang suruh daftar, aku mana tahu atau arif sangat benda-benda gini. Haha. “Jom JPN (Labis), daftar kau jadi pengundi.” Begitulah arahan abah. Masa itu baru aku tahu, oh, kena daftar rupanya nak jadi pengundi ni ye? Ingatkan boleh terus pergi mengundi. Ahaks.

Abah juga yang beria suruh balik kampong suruh mengundi. Siap cakap, nama aku dah ada kat senarai pengundi, jangan risau nama tak ada. Ngeee~

Hari mengundi pun tiba. Aku tak ingat. 14 Mac kot. Haha. Aku keluar mengundi kat Maokil je la, kampong aku. Orang ramai ooo. Agak meriah. Poster-poster memang melambak gila sejak dua bulan yang lalu. Heheh. Siap ada nombor giliran gitu sebelum masuk. Oh ye, tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Maokil. Sebelum masuk pagar sekolah lagi dah ada beberapa ‘check point’ yang kena tempuh. Ceh. Tak ada la. Ada la makcik-makcik yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan dan arah. Konon macam sistematik gito ha. Ada seorang makcik siap bisik dan pesan kat aku sebelum aku masuk pagar sekolah, “Undi BN ye?” Wakakaka…

Ada beberapa kelas digunakan untuk pengundi masuk bagi memangkah calon. Peh, setiap kelas panjang gila rakyat (orang kampong aku le) beratur menunggu giliran untuk masuk memangkah kertas. Termasuk la kelas yang aku perlu tunggu. Pada hal waktu itu masih pagi, pun dah ramai. Aku rasa ramai yang balik kampong macam aku ni, pada hal bukan duduk Maokil pun. Hak hak.

Giliran aku pun tiba. Nama dipanggil menggunakan microfon beb. Agaga. Lepas cek nama dan IC aku pun diberi borang untuk memangkah calon. Hik hik. Then pergi ke tempat khas untuk memangkah. Memang tak ada siapa nampak la kita pangkah tu kan? Siapa yang aku pangkah? Undi adalah rahsia. Sekian, terima kasih. Lalalala~

Then lepas lipat kertas, barulah dimasukkan ke dalam bekas khas dia. Lutsinar gitu ‘tong’ nya. Sekali pandang macam akuarium yang plastic tu ha. Hahah. Lepas tu, aku pun balik rumah la, tido. Haha. Tamatlah cerita pengalaman pertama mengundi. Ekekeke.

Kawasan aku (Maokil) adalah kawasan Pagoh. Bukan Labis, bukan Tenang, bukan Chaah. Kalau tak silap aku, Parlimen Pagoh adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM kesayangan (semangat kenegerian dah datang. Hak hak). DUN, ADUN dan Parlimen berbeza tapi aku pun tak tahu sangat la pasal ni. Maaf ye. Hihi.

Satu lagi cerita menarik ketika aku kecil (tak la kecil sangat). Tahun 1995, PRU juga. Macam biasa tempat buang undi adalah di sekolah rendah. Hahah. sekolah aku la dulu tu. Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Tenang.

Abah ditugaskan untuk jaga nama pengundi. Aku pun tak faham sangat. Kiranya, sesiapa yang nak cek nama, kena pergi ke meja yang abah jaga. Aku jadi assistant (ceh) abah la masa itu. Abah minta tolong. Huahuahua. Ramai woo beratur depan meja abah. Pagi sampai petang. Solat dan rehat di sekolah saja, tak balik rumah pun (dah tu, kalau balik, siapa pula nak jaga). Walaupun rumah aku dekat je pun dengan sekolah. Hoho. Penat la juga. Abah duduk je di kerusi, aku berdiri. Tak adil sungguh. Haha.

Keesokkannya, sekolah macam biasa. Aku siap melukis di buku tulis (subjek apa tah, aku conteng bukunya, agaga), suasana pilihanraya. Siap lukis poster-poster yang bergantungan. Weeee~. Kawan-kawan aku yang tengok lukisan cincai lagi buruk milik aku tu, rasa kagum plak. Toink.

Dan yang paling kelakar..(sila gelak kuat-kuat sambil guling-guling selepas ini), aku siap ada tulis..

Undilah Barisan Nasional (beserta lambang dacing. Hahhah)
Undilah Barisan PAS ( beserta lambang bulat)

Memandai je aku tambah word ‘barisan’ dekat PAS tu. Mana ada. Hoho, aku mana tau dol. Aku ingat semua parti yang bertanding mesti ada ‘barisan’ kat depan. Wakaka. Kesian banget deh. Alahai, kecik lagi kan, mana la aku tahu. Kau masa kecil-kecil tahu ke menatang apa pilihanraya dan parti-parti ni semua?

13 tahun kemudian, tak sangka aku juga akhirnya menjadi pengundi dan layak mengundi. Ecehh..:p.

Cuma yang menjadi musykilah. Tak silap aku dulu, PRU lima tahun sekali. Tapi sekarang? Mengapakah tak sampai lima tahun dah diadakan PRU? Aku sungguh tidak faham. Ada sesiapa boleh jelaskan? Ngeee~

Tamat. Adios.



18 January 2011

Tenang: Balik Kampung untuk Mengundi

p/s: Ini bukan entri politik.


Assalamualaikum.

“Keluar lah mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat”

“Mengundi adalah hak anda sebagai rakyat. Sila tunaikan hak anda”

Lebih kurang macam itu lah tagline semasa demam pilihanraya. Ekeke.

Akhir bulan ini ada pilihan raya kecil di wilayah (kawasan) Tenang yang terletak di daerah Segamat. Kawasan aku tu wei. Dulu, waktu kecil aku dibesarkan di sana. Nama tempat aku dulu Felda Tenang. Tapi kawasan Tenang ini merangkumi dan meliputi Felda Tenang, Kampong Tenang, Pekan Air Panas, Juaseh, Labis, Felda Kemelah, Felcra Skijang, Felda Redong, Tenang Station dan beberapa kampong kecil yang lain. DUN Tenang sebelum ini telah meninggal dunia, itu yang dibuat pilihan raya kecil bagi memilih DUN baru. Ngeh ngeh. DUN sebelum ini adalah parti Barisan Nasional.

Minggu lepas masa aku call mak aku, mak aku cerita lah akan ‘kemeriahan’ Bandar Labis yang dikunjungi ramai orang, bukan rakyat Johor je, entah dari mana-mana. Tu belum termasuk lagi wartawan dan pemberita yang datang membuat liputan. Untung la, kedai-kedai makan di Labis tu, setiap hari penuh dengan pelanggan! Rezeki, rezeki. Poster dan bendera parti tak payah cakap lah. Penuh sepanjang jalan, tiang-tiang lampu, bangunan-bangunan. Parti apa lagi kalau bukan PAS dan BN. Gagaga.

Aku pun rasa tersangat hairan apa hal la orang lain sibuk-sibuk datang Labis. PRK (pilihanraya kecil) je pun. Yang lagi lawak, ada beberapa krew ASTRO tanya kat adik aku yang kerja di Labis, “Dik, apa ye tempat-tempat menarik di Labis ni?”
Konon nak buat review dan promote di tv la. Ceh. Tak ada yang menarik langsung di Labis tu. Aku orang Labis, orang Segamat, aku tahu la. Hak hak. Paling best pun kau boleh pergi Taman Rekreasi Ayer Panas. Itu je lah yang best pada aku kot. Hoho.

Umur 13 tahun, aku sekeluarga pindah ke Felda Maokil yang terletak dalam daerah kecil Labis juga. Kira masih tak jauh sangat pun dengan Felda Tenang. Dalam 25 kilometer je. Senang kata, kalau setakat Labis ke Tenang ke Chaah ke, memang kawasan aku la, tempat bermain dan sebagainya walaupun aku bersekolah di Kluang dan Johor Bahru. Hihihi.

Bersambung.. Entri selepas ini; pengalaman pertama mengundi ketika PRU 12 yang lalu. Nantikan. Ekeke.. chow..

16 January 2011

Pelukis atau Penulis?








Dah lama tak upload gambar. Maaf, gambar Seimura is not available here (grammar macam salah, lantak ah).
Sila ke blog aku yang satu lagi kalau nak tengok apa yang aku lukis. Lalalala~


p/s: sebenarnya aku nak test tengok template ni, haha.

11 January 2011

Proud to be Johorean

Assalamualaikum.

Ya. Saya bangga menjadi anak Johor! Ape hal kau ni? Tiba-tiba je? Semangat kenegerian adalah dilarang, nanti kau dituduh ‘asobiyah (berpuak-puak). Muehehe.

Tapi aku tetap nak bercakap ala-ala ‘asobiyah sekejap. Hahahah. Termasuk dalam ‘geng’ Johor adalah Kuala Lumpur (KL), Selangor, Melaka dan sebahagian Pahang.

Perhatian! Ini bukan entri politik ok? Bukan pro-UMNO, bukan Pakatan Rakyat. Semua bukan.

Tapi bercakap pasal ‘dialek’ atau ‘loghat’. Ngeh ngeh. Bangga sebab apa? Sebab kami menggunakan Bahasa Melayu atau Bahaya Malaysia (BM) yang sebenar apabila bercakap dan berkomunikasi. Tak ada keluar perkataan yang pelik-pelik atau janggal didengar. Boleh ke kau buat karangan UPSR guna dialek Kelantan atau utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)? Mesti guna BM standart kan?

Ops.. maaf, sensitive ni. Eh, jangan salah faham. Aku bukanlah nak kutuk atau mengata dialek/ loghat negeri lain. Tidak sama sekali. Aku cuma nak menyatakan rasa bangga kerana aku anak Johor. Heheh.

Apabila kita merantau ke tempat orang (tak kisah la dalam negeri atau luar negeri), kita akan bertemu dan bergaul dengan rakan yang datang dari pelbagai negeri. Bila berkomunikasi, keluar lah dialek negeri masing-masing. Mula-mula kita akan rasa janggal, tapi lama kelamaan kita akan faham apa yang kawan kita itu cakapkan. Memang kadang-kadang susah tapi demi kerana persahabatan (ceh) kita cuba memahami dialek mereka sebaik mungkin. Weeee~

Kedahian: Kami nak pi beli ‘roti’ sat.
Johorean: Roti? Tu, dah beli tu, nak beli apa lagi.
Kedahian: Roti petak, bukan hak ini.
Johorean: Hoh? Petak? (tanda soal yang di kepala)

*Rupa-rupanya ‘roti’ yang dimaksudkan adalah biskut. LOL~

Kadang-kadang aku sengaja je ‘kutuk-kutuk manja’ kawan-kawan aku yang orang utara ni tapi dengan lawak dan gelak ketawa lah. Gula-gula dipanggil ‘coklat’. Habis coklat dipanggil apa? Coklat jugak. Loh. Kentang dipanggil ‘ubi’. Habis ubi dipanggil apa? Ubi ada banyak, ubi keledek, ubi kentang. Bukan. Ubi yang betul-betul ubi la. Adehh. Cuba tengok kamus apa makna ubi dan perbezaan antara ubi, kentang dan keledek (kena tengok kamus bergambar ni. Ekeke). Semalam dipanggil kelmarin. Kelmarin dipanggil 'kelmarin dulu'. Apa ni? Kelmarin bermakna dua hari lepas, bukan semalam. Sila tengok kamus sekarang! Hahah.
* Itu lah aku maksudkan BM sebenar atau BM standart. BM sebenar, kelmarin bermaksud dua hari lepas, bukan semalam! huhuh.

Selalu juga aku dengar orang kata orang Johor ni kalau bercakap kasar bunyinya. Ini aku nak marah ni. Cewah. Kedah lagi kasar kot. Selalu cakap ‘mampuih pi la’ (pergi mampus la). Kelantan pun kasar, nate mu (kamu binatang? Errr). Mungkin pada Kedahian atau Kelantanese itu biasa, tak kasar pun. Johorean pula selalu cakap apa ye, yang bunyi kasar? (fikir kejap.. hoho). Paling kasar pun ‘kepala hotak kau’. Tapi Kedahian dan Kelantanese pun selalu sebut juga; hotak hang, korok mu. Di manakah keadilan? Tak patut cakap orang Johor ni kasar tau. Kecik hati I. :p

Whatever. Sebenarnya, hari ini, Selasa, 11 Januari adalah Hari Hol bagi negeri Johor. Johor cuti la hari ini. Tapi tak ada maknanya bagi aku walau cuti kerana aku berada di Mesir. Ceh.
p/s: sekali lagi diingatkan, bukan entri politik. haha.


09 January 2011

Doa daripada Sheikh Hussein untuk Saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
أحبك الرحمن وأنار قلبك بالقرآن ووهبك الله جبالا من الغفران  وجعلك مصاحب للبركة أينما كان أخبرك اننى جعلت ياهووه من أجل الدعوة فأرجو من الله المراسلة بينى وبين جميع طلبة العلم من أجل سؤال أو نصيحة أو تشجيع وأرجو يكون كل هذا فى صحيفة الحسنات يوم القيامة وأدعو لكم بالصحة والعافية  والنجاح فى الدنيا والآخرة وأريد الاطمئنان عليكم برسالة على ياهوو ببلاش وإلى اللقاء والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

21 December 2010

Its ok. Telah berakhir. Tamat sudah.

Assalamualaikum.

Ye aku tau kau dah tak perlukan aku. Dah lupakan aku. Aku pula masih ada cebisan ingatan terhadapmu. Bukan merindu, cuma tanda ingatan kau masih seorang teman. Tak mengapa. Aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang. Tanpa ‘sesiapa’.

Aku tak punya pengganti. Aku juga tidak mencari. Menunggu datang dengan sendiri? Tidak juga terus terbuka hati. Tidak akan terus terima. Biar masa menentukan segala.

Apa benda entah aku mengarut. Rasa macam dah lama gila kut tak upload gambar di blog aku ini. Tunggu lah entri selepas ini. Perjalanan dan jaulah ke Nuweiba’, satu nama tempat di bumi Mesir ini yang terletak di selatan semenanjung Sinai. Nuweiba’ masih berada dalam kawasan Toba (Taba) tapi masih belum memasuki kawasan Sinai. Namun laluan untuk ke Nuweiba’, Toba, Dahab dan Sinai adalah sama! Jadi ia mengingatkan aku pada kenangan melancong ke Dahab dan Sinai.

Jaulah kali ini bukanlah sekadar pergi melancong suka-suka tetapi sebenarnya lebih kepada kursus atau program. Bermula pada hari Khamis lalu (16 Disember 2010) dan berakhir keesokan harinya, Jumaat (17 Disember 2010). Asalnya sampai Sabtu tapi ada masalah apa entah program dipendekkan. Sebenarnya juga mungkin masa banyak dihabiskan dalam perjalanan. Sinai kan jauh? Pergi dan balik (Nuweiba’) mengambil masa dalam 14 jam tidak termasuk singgah berhenti makan dan solat. Wow.

Ok permisi dulu. Daa…

14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

The Winter Has Come

Assalamualaikum...

Kelmarin hujan sepanjang hari + angin kuat. Memang betul-betul sejuk wo. Bila bercakap ni keluar wap dari mulut. Berasap. Biasa lah, bila hujan, itu menandakan suhu akan menjadi lebih sejuk.

Cerita hari kelmarin juga. Kelas aku jam 1.30 pm dan hampir pukul satu aku nak keluar rumah dah. Keluar je dari pintu bawah, tengok hujan agak lebat. Aku naik rumah semula cari payung di bilik Angah. Aku mana ada payung, pinjam payung Angah la. haha. Payungnya cantik sangat, warna purple ada bunga-bunga gitu. Gila cantik dan vouge kot? Ah lantak la pakai je.

Waktu yang sama adalah budak sekolah menengah perempuan tamat sekolah. So bertembung la. Aku tengok orang arab semua selamba je redah hujan tanpa pakai payung. Dush. Dah tu semua pandang-pandang aku. Apa yang pelik sangat tah. Adehh. Ye la, Mesir kan hujan cuma 3 atau 4 kali je dalam setahun, so mereka tak hairan la nak pakai payung. Teringat pula time musim panas setiap kali jalan di luar aku pakai spek hitam, semua pandang-pandang aku. Hek eleh.

Jalan semua lecak dan agak banjir. Kotor habis kasut, kaki seluar dan kaki jubah. Tak apa lah, rintangan dalam menuju tempat menimba ilmu (poyo). Tapi memang amat-amat sejuk sebab hujan dan angin yang agak kuat. Huhuh.

Cerita pagi semalam pula. Dalam 5.30 pagi aku turun dari rumah bagi menjalankan misi 'mendaki pokok'. Alkisah dua hari sebelum itu angin bertiup kencang disertai hujan. Jubah yang ku sidai di ampaian lalu diterbangkan angin dan ia tersangkut di pokok di hadapan rumah aku, bukan terjatuh di tanah.  Aku try sauk (??) guna kayu dari balkoni rumah aku tapi tak sampai, kayu tak cukup panjang. Maka tersangkut la di pokok.

Aku memang tunggu masa tak ada orang baru lah aku boleh panjat pokok tu. Pagi-pagi buta lah. Aku bawak kerusi plastik satu letak di tepi pokok. Panjat kerusi, barulah panjat pokoknya. Agak bersusah payah hahah (takut jatuh wei, sakit tu). Dahan-dahan pokok itu agak kurus tau so aku bimbang jugak kalau ia tak mampu nak menampung berat badan aku lalu patah. Auchh.. Akhirnya jubah aku berjaya capai dan jatuhkan terus di tanah. Time nak turun yang aku ada sikit cuak ni. Panjat reti, turun tak reti. Adehh. Tapi berjaya juga la turun. haha. Dah la sejuk. Aku pun naik atas rumah.

Sampai rumah je aku tengok jaket dan seluar aku kotor habis. Bukan setakat pakaian tapi muka aku pun kotor jugak. (kotoran tanah). Ceh pada hal bukan lah meredah hutan tapi dia punya kotor bukan main. Ngahaha. Apa lagi. Aku pun terus rendam segala pakaian yang kotor. Kaki aku pula rasa macam sengal dan sakit cramp (macam salah eja) gitu.  Nampak sangat dah lama tak bersenam. Hahahah. Tapi sebab sejuk pun ia juga. Tapi sakit tu kejap je la, tak lama pun.

Cerita untuk hari ini pula. Hehe sekarang pagi tak ada cerita menarik pun. Cuma berborak dalam ym dengan kawan-kawan di Malaysia. Hik hik hik.  Semalam dah call mak. Lama berbual. Sejam lebih. Dah lama juga tak call.  Last masa raya haji kot. Uhuk.

Ok aku tau entri aku ni boring. Sapa suruh baca? hahahah.  Permisi dulu ya? Daa...

11 December 2010

Pengalaman Fly?

Lokasi : Belakang Dewan Lukmanul Hakim
Tahun : 2002
Waktu : 12 malam

Sherry : Wei aku pernah dengar budak laki pernah nampak hantu masa lalu sini.
Alex : Err ye ke? Ah jangan takut. Jom cepat panjat pagar ni.
Jessy : Aku tak la takut hantu tapi lebih takut kalau ada binatang berbisa kat dalam semak-semak ni. Lipan ke, kala jengking ke. Ngeee~
Sherry & Alex : Gulp..
Sherry : Kalau macam tu jom cepat kita terjun.


Lokasi seterusnya : Jalan ‘dalam’ sebelum menuju jalan tar.

Alex : Fuh dah lepas pagar dan semak-semak tadi dah agak lega lah.
Jessy : Yup betul. Tapi malam ni tak la gelap sangat kan?
Sherry : Haii… jauh juga nak sampai ke railway station ni rupanya.
Jessy : Ceh kau macam la tak biasa. Tiap kali outing pun mesti jalan kaki menapak baru la sampai Bandar.
Alex : So mana port kita ni? Nak makan kat mana?
Sherry : Ahaa.. aku ada port makan yang sedap. Memang tak tutup sampai pagi tau.
Jessy : Yelah, orang dah ada pengalaman buat kerja macam ni. Hahahah.
Alex : Ahahaha haah la kan? Untung juga duduk blok sains kan? Tak ada guard. Haha. Aspuri kitorang susah la.
Sherry : Ala aku pun baru berapa kali je.


Lokasi : Salah satu kedai mamak di Bandar Kluang, Johor.

Alex : Wah memang sedap la roti canai kat kedai tadi. Lain kali boleh pergi lagi. Haha.
Jessy : Haah betul tu. Lain kali kita pergi studio jamming pula.
Alex : Studio jamming yang kat BCB ke? Bukan ke budak-budak paranoid selalu main kat situ?
Sherry : Memang bukak sampai pagi ke? BCB bukan ke tutup pukul 10 malam?
Jessy : Tapi yang tingkat atas sekali tak tutup rasanya.
Alex : Apa-apa hal kita mesti cepat sampai asrama. Esok dah la aku bertugas, kena sampai kelas awal. Uhuk.


Lokasi : Kelas 5 Ibnu Arabi

Cikgu Ixora : Alia dan Jasmin! Study sampai jam 4 pagi ke sampai tertidur dalam kelas saya? Berdiri di luar kelas sekarang!

Nama karektor telah diubah. Namun nama kelas dan semua lokasi yang tersebut adalah yang sebenar. :p. cuba teka watak aku ialah nama apa? (eh alamak kantoi plak aku turut terlibat dalam babak ini hahah).

Info tambahan : Nama-nama kelas di Smakj ; Ibnu Arabi, Ibnu Rusydi, Ibnu Qayyim, Ibnu Sina, Ibnu Taimiyyah.

10 December 2010

Menyaksikan Kematian Diri Sendiri

Mesir dalam keadaan darurat. Benar-benar darurat. Mana-mana student Malaysia yang didapati berkeliaran di luar rumah akan ditangkap dan dikurung.

Pengisytiharan ‘darurat besar-besaran’ ini baru sahaja diumumkan. Sesiapa yang memang kebetulan berada di rumah memang terselamatlah. Yang berada di luar ketika diisytihar darurat bagaimana pula? Terpaksa melarikan diri, bersembunyi di mana-mana, bergerak dalam kumpulan yang kecil atau menyamar seperti orang arab.

Ketika ini pula aku dan dua orang rakan baru pulang dari rumah kawan yang mengadakan majlis makan-makan. Kami juga dikejar oleh orang arab yang mahu menangkap kami. Berlari sekuat dan sepantas yang mungkin mengelakkan diri daripada ditangkap. Ala-ala macam adegan dalam filem The Bounce Supermacy (macam salah eja tu).

Kami menahan sebuah taxi. Pemandu taxi suruh cepat-cepat masuk dan menurutnya akan ‘menyelamatkan’ kami dari terus dikejar. Aku paling akhir masuk dalam taxi dan duduk tepi sekali paling kanan (tepi pintu). Kacak juga pemandu taxi ini. Kurus dan macho. Ceh sempat pula aku memuji dalam hati padahal nyawa kami dalam bahaya sekarang ini. Ibarat telur di hujung tanduk. Di sebelah beliau mungkin rakan beliau.

Kemudian dia dan rakannnya menggari tangan kami bertiga yang duduk di seat belakang ini. Gari itu rupanya bersambung dengan pintu kereta bahagian hadapan kanan dan kiri. Hek eleh. Ingatkan selamat lah bila naik taxi ini. Rupanya digari dan ‘ditangkap’ juga. Alahai.

Tiba-tiba ada sebuah kereta polis mengejar taxi yang kami naiki ini. Sebelum itu ada road block dan taxi yang kami naiki membelok ke arah jalan lain. Maka adegan kejar-mengejar antara kereta polis dan taxi pula berlaku. Pemandu taxi memandu dengan had kelajuan yang amat tinggi. Segala kon-kon di jalan raya dirempuh. Penghadang jalan juga dirempuh. Amat cemas. Pemandu taxi ini amat cekap memandu walaupun laju dan merbahaya. Sampai satu tahap siap lalu atas beberapa anak tangga bagi melarikan diri dari polis. Kereta jenis apa yang kami naiki ini kami pun tak perasan tadi tapi agak tahan lasak. Ouch..

Tiba di satu kawasan di mana ada banyak juga kereta yang kejar mengejar antara satu sama lain. Serabut dan merbahaya. Then tanpa disangka salah satu tayar kereta yang berada di hadapan taxi kami meletup (tayar belakang sebelah kiri) dan kereta mengundur ke belakang. Ketika itu aku sudah terbayangkan kereta itu ‘tergostan’ tanpa kawalan merempuh taxi kami dan dua kereta ini akan terundur ke belakang merempuh tembok yang jauhnya beberapa meter dari insiden tayar meletup. Dan pastilah yang paling parah nanti adalah kami bertiga yang duduk di seat belakang.

Ketika sedang membayangkan kematian mengerikan itu pandanganku tiba-tiba menjadi gelap. Sedar-sedar sahaja aku tengah berdiri dengan sihatnya dan bagai tiada apa berlaku. Namun ku lihat di sekelilingku mayat dan mangsa kemalangan ngeri bergelimpangan. Ada yang sedang nazak. Semua mengalami kecedaraan parah. Malah aku tidak berseorangan berdiri dan berjalan melihat suasana ngeri itu. Rakan-rakan ku dan dua orang lagi turut bersama aku. Kami berlima berjalan dan masing-masing dapat melihat ‘diri sendiri’ terbaring kaku cedera parah. Aku mencari di manakah ‘diri aku’ tercampak dan bagaimana kah keadaan ‘diriku’.

Nah aku telah menemuinya. Ku lihat tiada apa lah yang serius. Tiada anggota yang terputus atau tercerai, tiada darah. Cuma ku lihat calar balar di tangan dan muka. Dan wajahku amat pucat. Mungkin kecederaan dalaman? Beginikah kematianku? Beginikah cara aku mati? Inikah kesudahan hidupku? Ya. Rohku yang telah keluar dari jasad telah melihat sendiri jasadku yang kaku tak bernyawa. Ketika ini baru aku sedar dan nampak yang aku amat kurus. So skinny. Wo!

“When darkness turns to light, it ends tonight..”

Alarm handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. Astaghfirullah… mimpi ngeri apakah ini? Aku termenung panjang. Mimpi macam real beb. Best juga kalau dijadikan filem kot? Ngeee…

Itu la orang kata, sebelum tidur basuh kaki tapi tak buat. Ni terus tidur je. Doa tidur tak baca, tiga Qul tak baca, ayat kursi tak baca. Hah kan dah mimpi yang bukan-bukan. Habis selama ini terus tidur je tak ada lah mimpi ngeri selalu. Ceh menjawab pula tu. Jangan ingat kau tu ‘kebal’ sangat dan pendinding diri dah kuat walaupun banyak ayat Quran kau dah hafal. Insaf la wei. Huish. Mana ada rasa kebal. Cuma…

Satu perangai buruk aku, aku kadang-kadang tidur dulu tanpa solat Isyak terlebih dahulu. Bukan saja-saja tapi ada alasan tersendiri. Supaya senang bangun malam. Tidur pun tak la lena sangat sebab fikir ‘aku masih belum solat Isyak, mesti kena bangun’. Tapi walau macam mana pun, solat di awal waktu adalah lebih aula. Kita mana nak tahu kalau kita mati dalam tidur? Betul tak?

Mencuba perbaiki diri….

Hebatnya Kuasa Cinta

Assalamualaikum…

“Andai saya diberi peluang hidup semula sebanyak lima kali. Saya mahu menyintai orang yang sama pada setiap kali peluang hidup itu iaitu sebanyak lima kali juga. Orang itu adalah kamu”

Dialog dalam satu babak dalam manga dan anime Bleach. Ketika Inoe Orihime menyembuhkan Ichigo Kurosaki pada malam Inoe mahu berangkat meninggalkan Karakura Town mengikut Ulquirra. Ah cerita banyak pun kalau orang yang tak minat anime tak tau juga. Stop. Hoho.

Bukan nak cerita pasal anime Bleach. Cuma aku teringat dialog itu. Aku tengok di youtube je waktu itu. Di bawah video kan ada komen-komen. Salah satu komen ulang semula dialog itu dan mengatakan ia amat touching. Ye memang menyentuh perasaan. Nak menunjukkan betapa dalamnya cinta dia itu sehinggakan kalau diberi lima nyawa (lima kali hidup kembali) akan menyintai orang yang sama sebanyak lima kali juga. Antara lain dialog dia..

“Dan hanya ingin berada di sisi kamu selamanya sepanjang lima kali peluang hidup semula itu.”

Mari berbicara tentang ‘cinta’ (cewah..:p macam poyo je).

Aku berpegang pada pepatah aku ‘suka tak semestinya dapat memiliki’. Kita boleh menyukai seseorang atau beberapa orang tapi kita tidak boleh memiliki semuanya. Tamak kah nak semua sekali? Aku pernah mengatakan pepatah ini kepada beberapa teman. Kita kena sedar jodoh itu di tangan Allah. Walau kita suka, sayang atau cinta sekalipun tapi kalau dah memang bukan jodoh, tetap tidak akan dapat disatukan. Tapi kita masih punya senjata iaitu doa. Berdoalah dan bermohonlah kepada Allah.

Kata orang, kadang kala bila kita terlalu sayangkan seseorang dan ingin lihat dia bahagia, kita perlu lepaskan dia.

“Sebab aku sayang dia la aku tinggalkan dia. Aku tak nak dia terus menderita bila dengan aku. Aku harap dia dapat bertemu dengan orang yang sesuai dan boleh bahagiakan dia.”

Macam pernah dengar tapi dari mana entah? Drama ke, novel ke, filem ke tapi yang pasti lebih kurang macam itu lah ayatnya. Sayang tak semestinya akan atau terus memiliki tapi melepaskan juga boleh dikira sebagai sayang. Kompleks juga nak faham.

Adehh ngantuk la pulak. Haha. Sambung lain kali je lah ye. Nak tidur melayan mimpi. Oh ye. Tadi dah hujan. Best juga main hujan ketika balik dari Maahad tadi. Ini bermakna suhu akan menjadi lebih sejuk. Lagi best la tidur dalam lihaf. Weeee~ tata…

06 December 2010

Bulan Depan Birthday Aku.. Saje nak buat pengumuman. lalalalala~

Assalamualaikum..

Peh gila bersawang aku punya blog ni. Haha. Ceh padahal belum la lama sangat aku tak update. Hhohoho. Selamat tahun baru semua. Salam Ma'al Hijrah. Esok cuti, yeay!!!

Aku nak bercerita la sikit la peristiwa tengahari tadi time dah nak tiba Maahad. Kira-kira lagi dalam 20 langkah la gitu nak masuk pintu Maahad (aku tak kira pun. :p). Aku berjalan di tepi bangunan, sebelah kanan. Aku nampak ada 'seekor' (aku tengah marah ni) tuk-tuk (sejenis kenderaan beroda tiga) dari arah bertentangan. Mula-mula 'dia' jalan kat tengah. Maksud aku driver nya drive betul-betul di tengah jalan la. Then driver memandu ke tepi sikit. Aku macam tak sedap hati tengok tuk-tuk ni. Haish..

Seperti yang ku jangka, si bangang pemandu tuk-tuk tersebut pura-pura nak langgar aku tapi tak kena la. Dah la dia drive laju nak mampus. Apa perasaan kalian kalau ada kenderaan tiba-tiba cuba atau sengaja langgar kalian? Walaupun hanya 'buat-buat' atau pura-pura hampir melanggar, bukankah itu satu tindakan yang amat kurang ajar? Mesti berderau darah kan? Boleh kena lemah jantung. Biadap betul la. 

Maka aku dengan lancar nya memaki "sial la kau ni" dengan nada perlahan dan tuk-tuk tu pun dah berlalu. Tangan kiri aku mengepal penumbuk (hampir nak keluar jari... teeettt.. faham-faham je la). Then cepat-cepat aku istingfar banyak-banyak di mulut dan dalam hati. Marah tau tak?? Aku ada buat salah apa kat kau hah sampai kau 'gurau kasar' tahap biadap lagi tak boleh dimaafkan? Orang Arab ni kalau yang jahat atau kurang ajar.. memang rasa nak,,
Haiii... sabarlah wahai diri...

Cerita maki tamat. Hahah. Oh tak ada kaitan dengan tajuk entri nampaknya. Saja je nak buat pengumuman, bulan depan iaitu bulan Safar (sekarang dah masuk Muharam di Malaysia heheh) adalah bulan aku dilahirkan. Tahun 1406. Tahun baru ini 1432 kan? Haha poyo plak aku mahu promote. Laalalala..

Hmm aku kat cc je ni. Nak balik dah. Minta maaf atas salah silap. Daaa...

 p/s : aku ketagih main game pc sekarang. siapa ada ubat?


25 November 2010

Akhirnya Telah Ku Temui

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku mencari, akhirnya dapat juga ku temu 'si dia'. Auchh gedikkss!! Please jangan salah faham. 'Si Dia' bukan lah seorang insan atau seekor haiwan. Hoho.

Aku ni ada masalah 'terlupa password'. Hahahah. Banyak sangat akaun kat internet ni ntah apa-apa tah aku rajin sign up. Dan password setiap satu berbeza pula tu, tak ada yang sama. Itu pasal lah boleh lupa. Pandainyaa.. Uhuks. Tapi sekarang ada juga beberapa akaun yang menggunakan password yang sama. Kali ini juga aku telah mencatat di tempat rahsia (ceh) semua password aku. Ngahahah.

Hari ini birthday Sarah, 25 November. Happy birthday to you Si Sagittarius. Ada buat makan-makan ke kat rumah baru? Weeee haha.

Aku sebenanrnya dah lupa nak tulis apa. Tadi macam banyak idea. Tak pe lah, lain kali je aku update lain. And blogwalking sekali. ok tata~

18 November 2010

Daging Lembu dan Darah Lembu


11.15 pm – Wednesday

Assalamualaikum..
Oleh kerana kita masih dalam mood raya korban maka entri kali ini pun ada kaitan dengan daging korban.

Aku baru balik dari markaz ni. Teman Angah. Dia ada meeting. Tapi meeting di dewan, aku pun tunggu di rumah atas sambil baca Kreko. Di markaz ada lagi daging fresh baru sampai. Semalam kambing, hari ini lembu pula. Setelah diagih-agihkan, rumah kami diminta ambil satu bungkus (sekilo). Tapi kami perlu ambilkan untuk jiran kami sekali maka kena bawa dua kilo.

Mulanya aku berkeras tak mahu bawa salah satu plastic tapi sebab Angah dah merayu hingga melutut dan cium kasut baru aku (okay itu tipo) aku pun mengalah la, bawa juga lagi satu bungkusan daging lembu korban yang masih fresh hingga darahnya menitik-nitik keluar dari plastic sepanjang perjalanan balik ke rumah (masih ada tipu sikit).

Kami naik taxi untuk pulang ke rumah. Aku yang bijak sangat ini meriba atau memangku plastic bungkusan daging. Then Angah tanya kenapa riba kan? Letak je kat tepi seat. Oh ye jugak. Poyo plak aku dengan rela meriba padahal bau daging itu pastinya akan melekat di jubah aku.

Sampai destinasi, kami turun dari taxi. Aku rasa dan pegang jubah aku. Basah! Pehh ini mesti dari plastic daging. Ciss. Maka aku pun terus raba dan pegang bahagian bawah plastic bungkusan daging. Tangan aku basah. Dan bila aku melihat ke jari aku. What??? Darah??

“Angah! Tengok ni!” kataku kepada Angah sambil tunjuk jari aku yang ada darah.

“Aaaaa…. Tak suka! Tak suka!” aku merungut sambil hentak kaki.

Peh marahnya aku!! Dah tentu la jubah aku turut terkena darah daging lembu ni sebab aku pangku dan riba bungkusan ini tadi! Tapi jubah aku warna agak gelap so tak nampak la apa-apa kesan basah. Memang menyirap. Sampai rumah nanti mesti terus kena rendam dan basuh. Pada hal jubah ni boleh pakai dua hari (aku kan pakai tshirt dan seluar di dalam jubah).

Tiba di rumah. Guess what? Rupanya tudung aku turut terkena darah lembu! Wahh lagi la aku geram. Tadi masa berjalan di luar kan gelap, tak nampak. Dah masuk rumah baru lah terserlah tompok-tompok darah daripada daging lembu di tudung aku yang berwarna cerah. Aaaaaaaaa!!! Benci benci benci.

Aku telah pun  merendam jubah dan tudung tersebut. So dalam peti ais rumah aku ini ada daging unta, daging kambing dan daging lembu. Entah bila la mereka (merujuk kepada ahli rumah aku) akan masak daging-daging yang banyak ini. Haii~~

p/s: Kejadian malam ini membuatkan aku bertambah tak suka kepada lembu atau daging lembu. Warghhh. (ayat emosi).

14 November 2010

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..

Kuliah cuti seminggu sempena raya haji bermula Jumaat lepas (12 November) hingga Jumaat ini (19 November). Dah lama tak merasa cuti lama (cehh). Maklum la, kuliah 6 hari seminggu (Sabtu - Khamis). Dah tu setiap Jumaat ada usrah pula. Boleh dikatakan tiada cuti langsung. Huhu.

Untuk pengetahuan sahabat di Malaysia atau di luar Mesir, Mesir sambut raya Haji pada hari Selasa, 16 November. Awal sehari daripada Malaysia. Mengapa begitu? Oh aku tidak tahu. Yang pasti kalendar Mesir punya bulan Zulkaedah hanya 29 hari, mungkin Malaysia punya kalendar bulan Zulkaedah 30 hari. Kenapa berbeza ni? Oh sila tanya ahli falak. Lalalalaa~

Tahun ini Mansurah (di kalangan pelajar Malaysia) buat korban seekor unta dan sembilan ekor khoruf (spesis kambing). Itu info setakat ini lah, tak tahu lah kalau bertambah lagi selepas ini. Ini adalah tahun ketiga aku sambut Aidil Adha di bumi Mesir. Wow. Aku siap dah beli baju raya dan kasut raya beb untuk raya haji kali ini. (errr???). Aduhai, kasut aku tu tapaknya sudah kopak-kopak maka aku terpaksa juga beli kasut baru. *sadis*. Seperti biasa, kasut sport la bukan sandle atau kasut cun. Biar lasak dan tahan lama. Mana tahu nak naik Sinai lagi. (hah??). Weeeee~

So tak ada plan nak berjalan ke mana-mana ke raya ni? Beraya di Mansurah je ke? Hai nampaknya begitulah. Malas nak raya di Kaherah atau tempat lain. Pergi jemputan rumah terbuka sekitar Mansurah je. ekekeke. Tapi bab makan daging yang gua ada sikit benci ni. (hoho..pembenci daging?)

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Walaupun macam awal je aku wish ni tapi tak pe lah ye. Nasihat aku kepada penggemar daging (muahaha) jangan makan banyak sangat, takut banyak penyakit datang. Ngeeee~

p/s: 'baju raya' yang aku maksudkan bukan lah baju kurung mahupun kebaya. noktah.



04 November 2010

Suram lagi Kusam

Wei! Ko nak biarkan blog kau ni berlapuk je ke tanpa update? Dah la tak blogwalking. Pemalas!

Helo! Sorry sikit. Bukan sengaja tak nak update atau blogwalking tapi rumah aku tak ada line internet dah 11 hari! Ni pun update dari cc je. (ayat loser)

Apa? 11 hari? Apehal ko bengap sangat boleh bertahan selama itu? Kan kau bayar?

Aku malas lah. Biarlah. Tak ada kepentingan sangat.

Kau ni sungguh kasihan dan menyedihkan.

Tak apa lah. Aku redha je dengan ketentuan ini. (ceh)


*************


Nak mengimbau kenangan silam. Judulnya 'The 3rd November Story'.

Sewaktu dajah satu dulu, aku pernah tak datang sekolah sebab demam. Esoknya datang sekolah, aku tanya kawan aku ada homework ke? Dia kata ada subjek English. Aku pun tengok soalan di buku tulis dia, salin semula. Konon nak buat dan hantar jugak homework walaupun aku tak datang semalamnya. (pelajar cemerlang?).

Semalam belajar nombor. Aku dah terlepas sebab tak datang. Aku tengok soalan di buku kawan aku, isi tempat kosong, tarikh kamu dilahirkan. Kawan aku punya tarikh lahir, 7th April 1985. Maka aku dengan penuh yakin tulis tarikh lahir aku 3th November 1985 tanpa bertanya pada kawan ku. Ouchh...

Bila teacher dah tanda dan pulangkan buku, aku punya tarikh dibetulkan, 3rd bukan 3th. Aku terpinga-pinga. Salah ke? Tak lama lepas tu baru aku tahu fungsi 'st', 'nd', 'rd' dan 'th'. Itu la pepatah mengatakan, 'malu bertanya sesat jalan'. Adeshh.

Kau rasa story kali ini semasa aku kecil dulu comel tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...