11 January 2011

Proud to be Johorean

Assalamualaikum.

Ya. Saya bangga menjadi anak Johor! Ape hal kau ni? Tiba-tiba je? Semangat kenegerian adalah dilarang, nanti kau dituduh ‘asobiyah (berpuak-puak). Muehehe.

Tapi aku tetap nak bercakap ala-ala ‘asobiyah sekejap. Hahahah. Termasuk dalam ‘geng’ Johor adalah Kuala Lumpur (KL), Selangor, Melaka dan sebahagian Pahang.

Perhatian! Ini bukan entri politik ok? Bukan pro-UMNO, bukan Pakatan Rakyat. Semua bukan.

Tapi bercakap pasal ‘dialek’ atau ‘loghat’. Ngeh ngeh. Bangga sebab apa? Sebab kami menggunakan Bahasa Melayu atau Bahaya Malaysia (BM) yang sebenar apabila bercakap dan berkomunikasi. Tak ada keluar perkataan yang pelik-pelik atau janggal didengar. Boleh ke kau buat karangan UPSR guna dialek Kelantan atau utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)? Mesti guna BM standart kan?

Ops.. maaf, sensitive ni. Eh, jangan salah faham. Aku bukanlah nak kutuk atau mengata dialek/ loghat negeri lain. Tidak sama sekali. Aku cuma nak menyatakan rasa bangga kerana aku anak Johor. Heheh.

Apabila kita merantau ke tempat orang (tak kisah la dalam negeri atau luar negeri), kita akan bertemu dan bergaul dengan rakan yang datang dari pelbagai negeri. Bila berkomunikasi, keluar lah dialek negeri masing-masing. Mula-mula kita akan rasa janggal, tapi lama kelamaan kita akan faham apa yang kawan kita itu cakapkan. Memang kadang-kadang susah tapi demi kerana persahabatan (ceh) kita cuba memahami dialek mereka sebaik mungkin. Weeee~

Kedahian: Kami nak pi beli ‘roti’ sat.
Johorean: Roti? Tu, dah beli tu, nak beli apa lagi.
Kedahian: Roti petak, bukan hak ini.
Johorean: Hoh? Petak? (tanda soal yang di kepala)

*Rupa-rupanya ‘roti’ yang dimaksudkan adalah biskut. LOL~

Kadang-kadang aku sengaja je ‘kutuk-kutuk manja’ kawan-kawan aku yang orang utara ni tapi dengan lawak dan gelak ketawa lah. Gula-gula dipanggil ‘coklat’. Habis coklat dipanggil apa? Coklat jugak. Loh. Kentang dipanggil ‘ubi’. Habis ubi dipanggil apa? Ubi ada banyak, ubi keledek, ubi kentang. Bukan. Ubi yang betul-betul ubi la. Adehh. Cuba tengok kamus apa makna ubi dan perbezaan antara ubi, kentang dan keledek (kena tengok kamus bergambar ni. Ekeke). Semalam dipanggil kelmarin. Kelmarin dipanggil 'kelmarin dulu'. Apa ni? Kelmarin bermakna dua hari lepas, bukan semalam. Sila tengok kamus sekarang! Hahah.
* Itu lah aku maksudkan BM sebenar atau BM standart. BM sebenar, kelmarin bermaksud dua hari lepas, bukan semalam! huhuh.

Selalu juga aku dengar orang kata orang Johor ni kalau bercakap kasar bunyinya. Ini aku nak marah ni. Cewah. Kedah lagi kasar kot. Selalu cakap ‘mampuih pi la’ (pergi mampus la). Kelantan pun kasar, nate mu (kamu binatang? Errr). Mungkin pada Kedahian atau Kelantanese itu biasa, tak kasar pun. Johorean pula selalu cakap apa ye, yang bunyi kasar? (fikir kejap.. hoho). Paling kasar pun ‘kepala hotak kau’. Tapi Kedahian dan Kelantanese pun selalu sebut juga; hotak hang, korok mu. Di manakah keadilan? Tak patut cakap orang Johor ni kasar tau. Kecik hati I. :p

Whatever. Sebenarnya, hari ini, Selasa, 11 Januari adalah Hari Hol bagi negeri Johor. Johor cuti la hari ini. Tapi tak ada maknanya bagi aku walau cuti kerana aku berada di Mesir. Ceh.
p/s: sekali lagi diingatkan, bukan entri politik. haha.


13 comments:

aminmenulis said...

Ana pun orang johor gak tp sebab belajar n duduk kat terengganu lama, best plak rasa cakap terengganu.. hehe.. Tapi yg tak best bila dengar orang terengganu nak cakap luar cam kita.. kadang2 nak ketawa guling2 pun ada.. haha..

Ada ke nak sebut imam tp bunyi iman..
Nak sebut ape lagi ek.. mcm2 la..

Pasal ubi, coklat tu sama je dengan orang terengganu. Dulu masa mula2 duk terengganu mmg heran betul.. haha.. tp skang dah biasa. Untung gak tau banyak loghat nih..

nazaTIMsuria said...

ke-dahi-an.
hahahahaha

nice one! saya bukan org johor tp sgt setuju dgn entri ni! benda yg tak penah pikir dan bila baca, oh betul jugak ek!,kihkih

Solehah said...

tak dapat merasa cuti la...takpa, tunggu balik sini.

ada said...

nape baru boleh bukak blog ko?? semalam nk bukak tak boleh. nyampah! agak kecil hati disitu,.

Seimura said...

To Amin

Hahah. Memang pun, kalau orang Ganu yang tak pernah sekolah atau belajar luar Ganu, agak susah nak cakap luar. Lawak sikit bunyinya.

Haha, biasa lah, selalu ada tambah 'ng' kat belakang.

Untung la berpeluang belajar di merata negeri di Malaysia. hihi.


To nazaTIMsuria

Hahaha. Saje je tulis nih. MEnghargai rakan negeri lain. hehe.


To Solehah

Huhu. Lama lagi nak balik. T_T


To ada

Eh betul ke semalam tak boleh bukak? Pelik ni. Ngeee.
Ala, jangan le kecil hati cik ada. Senyum sikit. :)

aleen aiden said...

hu3 isu sensitip nih.. :P
tp seronok ape belajar byk bahasa nih.bile kite tau dialek2 org laen,patu ckp mcm dorang skali rase cam bangga plak.muahaha

Seimura said...

Ahaha. yeke sensitip?
memang seronok. tapi bila kita try cakap macam diorg, lain mcm lak bunyinya, kena gelak lak kang. haha.

Tawel Sensei said...

Felda kau ada masuk pilihanraya kecil DUN Tenang tak? Haha.

Seimura said...

Aku ada buat entri pasal tu cuma belum publish je (scheduled). Tunnguuuu..... heheheh.

kintana_baje said...

hahaha...yg ni lawak sehh!..=))

Seimura said...

hahahha. layankan je. :p

fATia said...

yup! im proud to be johorian.. hehe.
masih menuntut di terengganu. yg pasal kelmarin, coklat tu mmg la xphm masa baru2 smpai..
yang xboley blah. sy tersebut kopek.. ngee.. gyle malu bile ditegur!
makanya, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu ???
hehe. kena pandai sesuaikan diri.
dush. pjg gyle komen sy ini.. hee^^
*kongsi rasa je*

Seimura said...

fATia: Yes, ada geng Johor. kikiki.
Takpe komen panjang pun, hehe. Oh ye pasal kopek tu ye. ngeeee. :p. Tapi kalau buka kamus, maksud kopek memang kupas. Adakah saya salah? uhuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...