13 February 2010

TOBA

sambungan......

31 Januari 2010

10.00 AM – tiba di Toba


Dengar2 bantuan sulit untuk Palestin disalurkan melalui Toba ni. Eh ke aku salah dgr? Adeshh..



Toba sempadan dgn Jordan, Israel dan Arab Saudi.

Kubu tentera zaman perang dulu2.










Kami berada di Toba. Sila tengok peta. (Tinggi sgt. Budak saiz comel cam aku mane nmpk sgt. Aduyai.)


Ok atas bukit tu ade pagar sempadan Negara Israel. Sape berani boleh panjat pagar tu masuk Negara dia. Ngeh3. (kalau xtakut kena tembak boleh cuba hoho)

Ade bendera Israel berkibar kt atas bukit tu.

Dulu memang boleh pergi sampai atas bukit tu utk lihat kawasan Negara Israel tp skrg dah tak dibenarkan atas faktor2 keselamatan.
Nota: sbnrnya Israel (kaum Yahudi) tidak memiliki Negara sendiri tp merampas tanah Palestin jd Negara mereka. Satu masa dulu Negara Israel tidak wujud pun dalam peta, orang Yahudi hanya menumpang Negara Palestin yg besar dan luas.


Kawasan ni pernah dibom oleh tentera Israel satu masa dulu. Hancur xda apa yg tinggal.







Bersambung….. lalalalala…. Harap dapat bersabar ye. Hik hik hik..

11 February 2010

Mansurah -> Kaherah -> Toba

Cerita ni sbnrnya dah basi tapi aku tetap mahu kongsi dgn korang. Ni semua gara2 line internet rumah aku yg bangkai.

30 JANUARI 2010 – SABTU
5.00 PM – Bertolak dari Mansurah ke Kaherah

8.00 PM – Tiba di Ramses, Kaherah.

8.45 PM – Tiba di ARMA

- stay sementara tunggu kereta n pemandu pelancong hihihi. Rehat, solat, makan.
p/s :- Aku hanya guna nama samaran bukan nama sebenar bagi mengelakkan dikecam oleh sesiapa. Hoho. Semua nama watak dipinjam drpd manganime Bleach kecuali namaku masih kekal ‘seimura’.

31 JANUARI 2010 – SABTU
12.00 AM – kenderaan tiba

- Avanza; pemandu encik Renji, sblh encik Renji encik Yumichika
Ruang tgh, Orihime, Seimura dan Tatsuki
Belakang, Matsumoto dan Ururu
- Matrix; pemandu encik Ishida, sblh encik Ishida encik Ikkaku
Belakang, Yuzu , Rukia dan Karin

1.00 AM – singgah Metro
– beli makanan dan minuman
- ada lg satu keta pemandu encik Mayuri bawak students medic (boys) dari Russia (Malaysian) seramai 5 org.

2.00 AM – bertolak meninggalkan Kaherah

3.00 AM - lalu terowong Terusan Suez


Oleh kerana aku duduk bhgn tgh maka aku sng amik gmbr. Tp gmbr ni kabur plak haha.






Ok ni jelas cket. Inilah terowong laluan Terusan Suez. Laluan ni sbnrnya di bawah paras laut.




Ok focus, focus haha.



Pemandangan terowong dari tingkap keta sblh kiri.


Masih dalam terowong. Weeee~



5.00 AM – Tiba di An- Nekhl
- solat subuh dan sarapan


Masjid yg kami singgah solat Subuh.


Singgah di satu kedai makan. Masing2 sdg enak menjamu selera. Hak2.


An-Nekhl ni mcm daerah la kot kt Mesir ni.

Apsal mcm suasana Malaysia je? Hihihi.


Kereta2 yg disewa untuk bawa gadis2 cantik hak hak hak.


Avanza di mana tuan puteri ditempatkan agaga..


Singgah isi minyak jap.

7.00 AM – bertolak

Wo gersang sungguh tanpa pokok.


Unta-unta liar berkeliaran.


First time tengok unta secara live, agak teruja. Hahah.

Dua gmbr ni aku zoom guna kamera hp aku yg canggih ni hahahah.

Hanya padang pasir n tiang elektrik je kelihatan.




Tiba2 teringat lagu Sekuntum Sakura di Gurun Sahara. Hoho ade kaitan ke? Ahaks.



Menurut cerita, tempat ni laluan org zaman dulu pergi ke Mekah. Wallahu a’lam.














10.00 AM – tiba di Toba



Bersambung.....

10 February 2010

MAAF MAAF MAAF

Assalamualaikum...

Maaf maaf maaf kawan2. Rumah aku xde line internet dah hampir seminggu lamanya! Ni aku kt cc.
Hai kesian kan aku? Aku dah macam nak bunuh diri tau tak?? (MENIPO!!).

PC yg aku guna ni pulak.. keyboard susah gile nk tekan!!!!! geramnya aku!!! aku malas nk tukar pc. cibai!! sabar, sabar, sabar lah wahai diri!!

Tp aku dah taip kt word entri2 pasal percutian aku hari tu. Hmm..dah BASI okay sebab dah lame tp ape blh buat..line tenet macam sial!!!!

Kasihani diriku....

Mulai bulan depan, aku dh decide dgn bdk umah aku utk isytirak internet ngn umah sebelah, dah xmau amik dgn arab yg skrg nih. Kami btl2 dh hilang kesabaran.

Aku dah le tgh cuti mid sem ni. Boring giler tau tak bile xde internet ni. Adeshhh!!! Aku cuti sampai 20hb Februari ni.

Lagi satu, hari ni patutnye aku berada di Kaherah bg perjumpaan krew Al-Fityan tapi aku xpergi sbb xde kawan n aku pun xde mood nk gi meeting tu. Ye aku kartunis Al-Fityan yg nampaknya kurang berikan komitmen bila xmau dtg meeting. Suka hati aku la! Aku malas! Buat la kat Mansurah baru aku datang. Haha suka hati aku je pd hal sebelum ni dah pernah buat kat Mansurah pun.

Sori aku xsempat blogwalking lg. Terima kasih pd sesapa yg masih sudi jenguk blog aku walaupun lama xupdate. Ngeeee. Aku terharu betul la dgn pembaca setia blog aku ni. terima kasih byk. Aku sayang kamu...

Aku masih bengang ngn line tenet umah aku yg bangsat tu!! Please sape2 tolong tenangkan aku sebelum aku bakar kedai arab yg aku amik tenet ngn dia tu! Nak aje aku letupkan kepala dia!!

Permintaan. Sape2 yg sudi kirimkan komik kreko ke alamat aku kt cni boleh tak? Aku rindu nak bace Kreko. Kalau sape2 baik hati sudi pos ke cni...boleh la bg ke alamat ini;

Siti Nurfairus Binti Tolip
No 4, Malaysian Student's House,
Abu Al-Futtuh Street,
Utubis Jadid, Mansoura,
Egpyt.    <----------- alamat Mesir memang xde poskod.

Ceh aku memang xmalu mintak! agaga..  Kesian la kat aku wei...aku duk jauh ni...dah tu asyik homesick je akhir2 ni.. Sungguh kasihan.

Oh ye. Malam td aku tdo awal, kul 7.15 mlm lepas solat Isyak. Then bgn kul 2pg n sampai skrg masih xtido lagi (skrg kul 12.45 tgh hari). Dan mlm ni rasanya bakal tido awal cm smlm. Muahahahah.

okay aku nak layan anime Bleach pulak. Babai!!

p/s :- nak duk cc sampai malam boleh tak? melampau hak hak hak.







03 February 2010

I AM TURNING 25

Assalamualaikum...

Maaf lama menghilang tanpa entri baru dan xziarah blog kwn2. Aku baru je sampai dari Kaherah. Aku bercuti selama ketiadaan aku beberapa hari. Start hari Sabtu sampai malam tadi.

Best wo percutian aku kali ni..melancong tempat2 menarik. Nanti aku akan upload gmbr2 percutian aku. Weee..
Hari ni aku baru sampai dan masih letih + sakit kaki akibat byk sgt berjalan. Hari ni jugak merupakan hari lahir aku yg ke 25 mengikut bulan Islam iaitu 19 Safar. Aku dilahirkan tanggal 19 Safar 1406 bersamaan dgn 3 November 1985.

Hari ni aku mahu settlekan basuh semua baju kotor sepanjang aku bercuti dan melancong, kemas semula beg dan pakaian dan juga... err...memasak sempena hari lahirku ni..huhuhu.

Sorry sgt2 kerana aku xsempat blogwalking. Aku sgt2 letih, kurang rehat n xcukup tidur. Jadual percutian aku sgt2 penuh. Mungkin this weekend aku akan pergi berjalan lagi heheh.

Banyak gambar2 menarik aku bakal upload. Kalau sempat n aku xtido awal, aku akan upload. Kalau xsempat..esok pg la kot. Hik hik hik.

Ok nak sambung basuh kain n kemas2. Kalau agak2 aku senyap je.. maknanya aku pengsan @ syahid dan masih dlm zon merehatkan diri. Ahaks.

29 January 2010

AKU MAHU BAWA DIRI.....

Assalamualaikum....

Hmm ntah nape aku rase sgt2 kecil hati skrg. Bukan seorang yg kecilkan hati aku tapi beberapa orang. Tak perlu la aku sebut namanya dan terangkan apa perkara yg buat aku kecil hati.

Aku serius nak bawa diri. Ini mugkin entri terakhir aku setakat ini. Tak pasti bila lg aku akan update. Aku mcm dah malas nak berblog. Esok petang aku akan berangkat bawa diri ke satu tempat. Aku mahu cari ketenangan di sana.

Kenapa tah tiba2 aku jd sgt2 sensitif petang td. Tiba2 jadi mudah tersinggung. Padahal sebenarnya hal itu kecil je tp aku yg sensitif lebih2.

Ah bencinya!!! Aku mcm nak tutup blog ni dan cuma aktifkan blog lg satu. Hati aku sgt2 sakit dan marah. Macam nak lari dari rumah pun ada. Aku dah hilang mood skrg ni. Aku xmahu cakap ngn sesapa skrg ni. Dikhuatiri aku emosi dan marah2 org yg xbersalah.

Maafkan aku kerana wt entri mcm ni. Sorry again. Babai..




28 January 2010

Siapa lebih suka main tarik tali? Lelaki atau perempuan?

Siapa lebih suka main tarik tali? Lelaki atau perempuan?

Malam td aku dgn poyo nye wt status kt tiga2 ym aku mcm ni...

"NAK BERADU. SILA UCAP SELAMAT MALAM BUAT AKU. HAHA"

Ok aku ade 3 id (gila byk) iaitu id 'puteri' (ade ratusan friends dlm id ni, id plg glamor), id 'racun' (xramai tau id ni hanya org2 tertentu n spesel hahah), id 'uchiha' (pun xramai tahu n hanya org2 lg spesel tau id ni muahahaha).

Ade sorang kwn aku bg msg kt id 'puteri' ckp cmni.."selamat malam tuan puteri".  Hahahah aku mmg poyo dan perasan. Ade lg org lain yg tegur kt ym tp xperlu cerita kt cni nnt aku dituduh riak.

Ok stop. Back to the tajuk entri. Ngeh ngeh. Aku mahu tahu pendapat korang sape yg lbh suka main tarik tali; lelaki atau perempuan? Bukan main tarik tali ramai2 yg mcm kt sukaneka atau family day ke hapa tu tp tarik tali lain. Macam nak, macam xnak. Macam suka, macam xsuka. Macam syok dan jatuh cinta, tapi macam xmahu layan sgt. Nak ke tak nak sbnrnya? Malu tapi mahu? Mahu tapi ego? Mahu tapi takut cinta tak berbalas? Mahu tapi takut syok sendiri? Mahu tapi xmahu memulakan? Mahu meluahkan tapi takut direject?

Wow banyaknya persoalan?? Sape nak jawab nih? Ok guys aku hanya mahu pendapat korang sila respon kat komen, terima kasih. Hahah.

Knp tiba2 aku bukak topik ni? Ade sesuatu ke? Hahaha. Bukan mcm tu. Aku tibe2 teringat mase program aku Ahad lepas (rujuk entri ini). Ustaz tukang penceramah tu ade ckp pasal ikhtilat, chatting tidak syar'ie.
Sbnrnya kalau ikutkan mmg xboleh atau haram chatting antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram melainkan kerana hal yg penting dan tertentu. Kerana chatting tidak syar'ie ini adalah 'bunga2' zina sbnrnya kalau terlalu lalai, asyik sampai rindu2 dan angau2. Mustahil kalau dah berbual2 panjang tu tiada perasaan suka dan asyik dalam hati baik lelaki mahupun perempuan yg berchatting dgn org yg berlainan jantina. (melainkan dia gay atau lesbian).

Sebab itu kami disini dilarang penyalahgunaan teknologi iaitu internet dan handphone. Selalu msg2 ngn pakwe makwe samada dlm sms mahupun ym dsb itu semua adalah dilarang dan diharamkan. Malah bercouple sebenarnya adalah haram. Kalau betul2 suka, terus kahwin dan xperlu bercintan-cintun konon2 nak kenal hati budi. Xperlu. Ok mst ramai hentam aku tp aku cuma ckp benda yg betul dan xsemestinya aku xbuat. Aku pun pernah bercouple walaupun aku tau hukumnya haram. Tp skrg aku single n xmahu lg couple2 ke hapa tuh buang masa dan hati blh jd sakit.

Hikmah di sebalik larangan sms dan chatting tidak syar'ie? Ok ko blh ckp..'ala kawan2 je bkn ape pun.' Mencegah lbh baik drpd mengubati. Mula2 mmg la kawan tp lama2? Atau ko ckp, 'ala bual pasal pelajaran xpe kan?'. Mula2 mmg pasal pelajaran tp last2 mst melencong perkara lain. Fitrah antara lelaki dan perempuan tu Allah jadikan memang saling menyukai dgn yg berlainan jantina. Ko nak bantah cakap aku? Sila bagi dalil hahahah.

Ok aku xmahu ckp lg pasal tu sbb aku pun buat. Aku ym je ngn semua org xkira laki ke pompuan sbb aku ni sempoi. Aku pun bukan baik sgt. Kalau aku ni betul2 'syadid' dan jenis 'jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan' dah tentu aku xkan buat blog poyo mcm nih.

Jatuh cinta tidak salah tp yg salah adalah perlaksanaan cinta yg tidak diredhai oleh Allah. Cinta yg bagaimana yg tidak diredhai Allah? Seperti yg aku katakan td asyik call, sms, chatting, dating padahal belum ada ikatan yg sah. Percayalah itu semua memang bunga2 zina. Malah bertunang bukan tiket untuk kau menghalalkan yg haram. Aku cakap ni adalah utk peringatan diri aku jugak bukan utk hentam sesiapa. Aku juga manusia biasa yg selalu kalah dgn hawa nafsu. Aku juga pernah dating dsb seperti yg kusebut di atas. Aku bukan insan yg baik dan warak lg zuhud. Aku bukan sperti itu. Tapi ini adalah untuk ingatan bersama. Kita sama2 insafi diri dan perbetulkan diri kita menjadi insan yang lebih baik.

Eh mcm dah lari dari tajuk je? Ngeee.... sori2 entri lbh pnjg drpd biasa. Dush2 sama diri aku!

Pasal ustz penceramah tu. Ade dia cakap gini..(ayat aku dh ubah cket2 kot tp isi sama)..
"Tak payah chatting2 ni xperlu. Kalau betul2 utk tujuan perkahwinan xpe la. Ini kadang2 mcm main tarik tali. Macam nak, macam xnak. Selalunya akhawat (perempuan). Dia layan je kawan lelaki tu seolah2 mcm suka. Pastu dah lama2 tu, dia boring kot, dia tinggal. Dah merana si lelaki tu. Kesian.. Tak baik la buat camtu."

Erk?? Dush!!! Kena sebijik kat muka aku! Aku mcm terasa siot sbb aku pernah buat mcm tu. Ngeeeee...... tp bukan bermakna tinggal weii. Kan kawan2 je? Kenapa lak nak merana? Adeii xsesuai.

Ustaz bg contoh mcm tu sbb mungkin ramai lg perempuan yg suka buat mcm tu selain aku (aku mengaku la aku suka layan hua3) kot? Tetapi adakah perempuan je suka main tarik tali? Lelaki??

Bg aku itu bukan main tarik tali tp lebih kpd sifat malu dan segan bg seorang perempuan. Xkan la pompuan nak mula dulu.."wei aku suka kat ko. jom kawen". Tak tercengang ke si lelaki kalau gamble sgt girl tu?

So si lelaki la yg salah. Lelaki la lg suka main tarik tali. Kalau ko betul2 suka kt awek tu, ckp la terus terang.." Sy betul2 suka kt awak n nak jadikan awak isteri saya. Sy akan jumpa mak ayah awak. Bg no telefon ayah dan alamat rumah". Itu contoh je la.

Maka aku menafikan sekeras-kerasnya kaum hawa lebih suka main tarik tali. Pendapat aku ialah lelaki yg lebih suka main tarik tali. Siapa sokong aku sila cium pipi aku muahahaha (girls only hahaha). Siapa bantah sila berambus. Ok melampau aku gurau je. Sape bantah sila bg alasan dan pandangan. Semua komen akan akan dibalas heheh.



26 January 2010

Malas update bg gambar je hahahah.

Bangunan kuliah banin. Sebelah je ngn bangunan rumah aku. Kadang2 sekodeng mase tgh sidai kain atau angkat kain hahahaha.





Ko ingat Mesir xde graffiti kat dinding2 n tembok2 ke? Ade wei, tulisan khat lg.




Masih lg amik gambar jalanraya sebelah kawasan kuliah banin. Sunyi cket jalan ni kenderaan jarang lalu.




Lorong nak ke rumah aku kalau ikut jalan belakang (jalanraya sebelah kuliah banin td).


p/s:- hari ni mcm xsejuk sgt plak hihih.



25 January 2010

Sila Gelakkan Aku

Tgh hari td ntah nape cm xbersemangat nk gi sekolah (aku rendah diri aku bkn mahasiswi tp bdk sekolah). Lemau betul. Tapi aku gagahkan diri jugak. Cehh. Td aku keluar rumah dah lmbt gak. Kul satu lebih padahal kelas start kul satu. Sebab td aku sakit perut tiba2 so melabur dulu.

Maka dgn cuaca kt luar yg agak sejuk n mencucuk2 ke tulang aku gagahkan diri melangkah. Tiba2 handphone aku bunyi lagu Perfect World (Simple Plan). Aku angkat...

Along : Helo Assalamualaikum..

Achik : Waalaikumussalam... Along! (dgn nada cemas).

Along : Hah Achik. Ada apa? (aku pun turut cemas)

Achik : Along kat mana ni?? (nada lebih cemas drpd td. apehal pulak ni?)

Along : Along kat jalan lah. Dlm perjalanan. Knp chik? (aku terfikir dia tertinggal barang ke ape nk mintak tlg aku bawakkan tp aku dh keluar rumah).

Achik : Maahad cuti la hari ni!

Along : Hah?? Betul ke ni Chik?

Achik : Yela cuti, xde org. Pak guard kate cuti hari ni.

Along : Lah. Nsb bek xnaek taxi lg. Dah tu xde org lgsg?

Achik : Yelah xde. Achik pun nk balik dah ni.

Along : Ok2 yelah selamat pulang.

Achik : Ok ye Long. Assalamualaikum.

Along : Waalaikumussalam.

Lerr kenapa aku xtau cuti hari ni? Mujur aku xsampai Maahad lg. Kalau x mesti aku rase nk mengamuk. Adeshh!!

Ok aku agak malu sebab begitu bersemangat dgn beg galas semua melangkah dgn segaknya nk gi sekolah. So nak cover bengang aku pergi kedai topup dan beli topup. Mmg kredit aku dh hbs pun. Jadi aku keluar rumah td tidaklah sia2 ade tujuan n hasil jugak walaupun xsampai ke Maahad. Cehh..

p/s:- td baru lepas call Malaysia, ckp ngn mak. bestnye....weeeeee~



Macam2 Ada Dalam Entri Merapu nih!

TOLONG! TOLONG! TOLONG AKU KENGKAWAN!!!





















Boleh x bg idea mcm mana nak kurangkan kesejukan yg melanda ni??? (skrg suhu 10 darjah celcius). Memang ada satu alat untuk kurangkan sejuk dlm bahasa arab dipanggil 'defaya'. Lbh kuarang mcm air cond bentuknya tp defaya lbh fleksibel boleh diletak di mana2, bkn lekat kt dinding. Hahaha. Mungkin korang pernah tgk kot benda alah tu, dia pakai tenaga elektrik.







Contoh defaya. Tp ni mcm klasik cket sbb kayu. (gmbr dari google).

Tp sebenarnya xdigalakkan utk menggunakan alat ini kerana ia boleh menyerap air daripada badan kita maka kesannya badan kita akan kekurangan air. Bila kurang air, faham2 je lah, mudah letih, cepat jatuh sakit n mcm2 lg lah kesan buruk pd kesihatan. Tp bg mereka yg betul2 xtahan sejuk alat ni mmg keperluan kot? Syukurlah Mesir xde la sejuk sgt sampai cecah negatif. Kira masih boleh tahan lg lah.

Xkira musim panas ke musim sejuk je kita mmg kena banyak minum air masak. Kiranya mmg setiap hari kena banyak minum air masak betul x? Sehari 8 gelas sekurang2nya. Aku ni mmg jenis kurang minum air masak sejak dari kecil lg. Xreti utk minum saje2. Melainkan kalau haus sgt atau disertakan dgn makanan huahahah.

Masalah utama bile time musim sejuk ni ialah... errr.... asyik rasa nak kencing je. Lg banyak minum air lg tinggi kekerapan ke tandas utk membuang air kecil. Serius wei sejuk2 ni mmg malas nak g tandas byk kali main air. Walaupun ade air panas tp aku xlarat la asyik g tandas je sbb nak kencing! Adehh!!

Ok aku tetiba nak mengarut..ngeeee... Kata org kalau duk negara 4 musim ni kulit leh jadi putih. Betul ke?? Ngahahah. Tp aku rase ade btulnye kot sbb dh tgk byk bukti. Cikgu2 sekolah aku dulu yg fresh graduate dr Mesir dan Jordan semua kulit putih melepak xkira lelaki n perempuan. Pakcik aku yg baru balik dr Mesir (15tahun yg lalu) pun putih gile kulit dia mase baru2 sampai Malaysia.

Walaupun mak dan abah spesis kulit cerah namun kulitku xlah secerah mana (ceh..tetiba je). Cakap pasal kulit putih aku tetiba teringat perbualan aku ngn adik aku mase aku kt Malaysia hari tu. Perbualan ni ade unsur2 pujian hahaha.

Hajar : aku rase lebih baik ko duduk Korea la. mst best dpt jumpe artis.

Aku : hah? APe kaitan plak?

Hajar : sebab kulit ko putih cm kulit org Korea...

Aku : ahahahahahahahahah!!! ape la ko ckp ni Hajar?

Serius aku ade rase bangga jap. Muahahaha bangangnya ayat aku!! Aku bukan nak promote kulit aku putih tp sbnrnye kata2 adik tu sgt2 lawak dan aku rase cm kena perli pun ade. agagaga...

So aku rase ade potensi jd hero drama Korea mahupun Jepun sbb aku bukan sahaja kacak dan comel tetapi juga cool, macho dan berbakat!

Watak hero pilihan aku yg diadaptasi drpd manga Jepun ialah.... jeng jeng jeng....

Shinda Seimura (Kyo Samurai Deeper)
Alviss (Marchen Awaken Romance)
Edward Elric (Fullmetal Alchemist)<------- paling sesuai sbb fizikalnya comel je xtinggi
Hitsaguya Toshirou (Bleach).<--------paling2 sesuai sbb fizikal yg comel juga dan karektor lbh kurang aku.
Uchiha Sasuke (Naruto)<------aku rase ramai xpuas hati aku amik watak ni.

Ok itu adalah berangan kalau aku berlakon membawa watak2 tersebut hahahah. Semua cerita di atas adalah genre aksi dan pertarungan. Kalau manga cerita budak2 sekolah atau genre agak ringan n santai pulak.. Watak yg sesuai utk aku lakonkan ialah....

Kyo (Fruit Baskets)
Kurimi Yuna (Pretty Face)

Eh?? Kenapa lak semua watak lelaki ye? Huhuhu. Sbb aku gay! So suka hati aku lah! Achik pernah cakap cmni kat aku; "Along ni smartnye. Time makan, dalam rumah pun nak smart2." Sebabnye aku pakai sweater siap zip sampai atas (sejuk woo). Aku pun jawab;
" Hahahaha. Along mmg smart. Jom Along ajar cmne nak kelihatan smart walau di mana jua anda berada."


p/s :- sejuk gilerr....



KALI NI AKU INTERFRAME (mcm salah eja)



Hari ni drpd pagi sampai petang aku kat Markaz je ade diskusi kitab seperti slide di atas.  Letih la jugak kan pg sampai ptg. Tp ade la gak berenti rehat utk makan dan solat. Aku sgt2 suka dgn diskusi kitab kali ini yg amat menarik dan aku xmengantuk pulak hahaha.




Cuba cari perbezaan antara dua kitab ini? Haha.


Kitab di atas lah yg didiskusikan. Sgt2 menarik isinya. Dalam Surah An-Nur ( dlm Quran juzuk 18 mukasurat 350) mmg terdapat banyak sgt hukum hakam agama Islam. Ade hukum hudud bg penzina, org yg tuduh berzina, hukum bersumpah, aurat, beri salam dan mcm2 lg lah.

Maaf kali ni xbanyak gambar aku upload sbb aku agak sibuk n xsempat nk snap pic bangunan2, suasana kat luar. Lg satu aku malu la kan asyik amik gmbr je cam org jakun je gayanya huhuh.

Tapi ade gak satu gmbr spesel utk tatapan korang nih nak tunjuk aku ni seorang perempuan ahahahaha.
























 
Konon2 xpandang kamera la ala2 merenung jauh. Tp yg tukang snap ni amik mase lame sgt pd hal aku dh kesejukan dek kerana angin sejuk waktu petang. Aku nampak sgt comel bukan? Mcm umur 15 tahun ahahahaha. 

Ok cukup la aku inteprem diri kali ni. Ahaks. Sbnrnye sblm gmbr ni ditangkap aku baru je lepas angkat kain kat ampaian tu hahah. So aku dgn gaya smartnye bergambar kat balkoni. Kacak kan aku?



p/s : aku semakin berani menonjolkan diriku yg sebenar. weeeeeee....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...