04 July 2017

Hypoglycemia Ketika Berpuasa

Assalamualaikum.

    Tahun 2012 masa mengandungkan Jannah dulu kena minum air gula untuk tengok ada kencing manis atau tidak. Kena puasa 12 jam dari 10.00 malam sampai 10.00 pagi sebelum ambil darah. Lepas ambil darah baru kena minum air gula. Dua jam selepas itu ambil darah sekali lagi. Tapi resultnya dua minggu lepas tu baru dapat, haha. Alhamdulillah bacaan normal dan tak ada diabetes ketika hamil.

    Jumaat lepas aku saja la nak tengok tahap gula dalam darah aku macam mana. Zauji ada alat dia. Aku takut juga kalau aku ada kencing manis ke tapi tak sedar. Aku ni kuat minum air manis. Air masak memang minum sikit je. Aku berharap gula aku normal je la. Ujian nak tengok gula/ glukos dalam darah ni seeloknya dibuat masa tengah puasa baru lebih accurate. Kalau tak puasa pun mesti tidak makan atau minum selama 12 jam.

    Maka setelah dibuat ujian, result aku cuma 1.1 mmol/L. Aku dan zauji sama-sama terkejut macam tak percaya. Result normal biasa nya 4.0 - 8.0 atau minima 3.9 ke macam tu lah. Lebih 8.0 dah dikira terlebih gula dan ada diabetes. Kurang dari 3.9 dah dikira kurang gula atau istilahnya hypoglycemia. Aku punya cuma 1.1? Sangat kurang gula?

     Aku buat konklusi maybe sebab puasa dan menyusukan anak kot itu sebab gula aku jadi kurang sangat. Tapi symptoms hypo aku takde la teruk atau nampak sangat. Paling teruk pun sakit kepala yang kuat. Tapi pada hari aku buat ujian tu aku takde sakit kepala. Kalau orang yang menghidap hypo ni antara simptom yang aku baca, jantung berdebar, badan menggigil, pening, sakit kepala, kurang tumpuan, berpeluh, pandangan kabur, badan letih.

    Aku pun memang tak ada lah buat kerja berat. Duduk PRDH apa je aku boleh buat? Baring tengok TV je. Haha. Kalau kat rumah ada lah basuh kain sidai kain, menyapu. Mengemop satu rumah pernah juga hari tu masa tengah berpuasa. Haha.

      Maybe betul la kot memang sangat kurang gula dalam darah aku. Maybe semua nya dah disedut si Naim. Haha. Pada hal aku kuat minum air manis. Cuma bila puasa siang tak minum jadi kurang lah nak minum air manis tu dalam sehari. Dapat sebelah malam je dan pagi waktu sahur. Lagi pula aku memang spesis kurang minum air. Bila haus je aku minum. Takde la saje-saje nak minum air gitu je.

    Kalau nak dikirakan aku dah raya sakan tiga hari baru aku start puasa ganti. Kiranya 4 Syawal la baru start puasa. Sepatutnya dah stabil jugak la gula tu kan takde kurang sangat. Masa aku cek tu hari ketiga puasa ganti (6 Syawal). Hai entah lah misteri sungguh. Kekeke. Atau sepatutnya aku kena puasa selang sehari ke, tak boleh straight, barulah gula aku normal? Mungkin.

    Patut lah ibu menyusukan anak atau hamil atau kedua nya sekali diberikan rukhsah untuk berbuka awal atau tidak berpuasa kerana boleh bawa mudharat pada diri sendiri. Tapi aku ni jenis tak mahu serabut kepala fikir nak kena ganti puasa bila bertangguh. Itu yang aku sedaya upaya puasa juga selagi mampu di bulan Ramadhan. Paksa diri. Haha.

   Ini kalau cek di Klinik atau hospital ni, confirm nurse dan doktor tak bagi puasa. Rendah sangat cuma 1.1? Silap-silap kena tahan wad pula, kena minum air glukos/ air gula bergelas-gelas. Euwww. Boleh termuntah aku. Terus teringat yang tahun 2012 tu. Lepas ambil darah kali kedua je, sampai rumah terus aku muntahkan balik semua air gula tu. Rasa pening dan mual gila tapi aku bertahan je sepanjang di kkia sampai la balik rumah. Dah la sebelum tu puasa 12 jam.

    InsyaAllah diberi kekuatan untuk terus berpuasa. Oh ye hari Jumaat tu lepas cek gula tu kami ke jusco jalan-jalan dan berbuka puasa di KFC. Amboi kelass. Haha. Aku minum Milo ais dan Teh o ais limau. Aku memang tak minum air gas. Euww. Kang ada pula orang suruh aku minum air gas untuk tingkatkan gula aku, wakakaka. Yelah air gas/ berkarbonat kan paling tinggi kandungan gulanya. Tapi kalau lepas berbuka dah makan dan minum macam-macam yang ada gula pun, kalau aku buat ujian cek darah semula, bacaan nya tak kan naik banyak. Contoh asal nya 1.1, mungkin paling banyak 3.5. Masih tak capai paras normal 3.9mmol/L. Bertabahlah.

    Jadi aku minta tolong pembaca blog ini yang di kalangan doktor ke nurse ke, pegawai kesihatan, pegawai nutrisi tolong bagi pandangan dan nasihat sikit apa yang perlu aku buat. Boleh komen kat bawah ni atau emel racunsakti@gmail.com terima kasih. Kbai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...