21 July 2017

My Chester Bennington

Assalamualaikum.

    Pagi tadi kat group whatsapp ada seorang kawan aku bagi screen shot portal berita. Bila download... Ceritanya pasal vokalis Linkin Park mati tergantung. Huh terus bulat mata aku. Aku ingatkan khabar angin je. Terus aku Google dan memang sah dah mati. Omg. Tak sangka nya.

    Tarikh mati 20 Julai 2017 9.00 pagi waktu Amerika (California) bersamaan 21 Julai 2.00 pagi waktu Malaysia. Ditemui mati di rumahnya sendiri ketika semua orang lain dalam rumah tu keluar ke bandar. Dipercayai bunuh diri dengan menggantung diri. Rupa-rupanya Chester dah bertahun-tahun menderita bergelut dengan masalah dadah dan alkohol. Senang kata bunuh diri sebab tertekan la ni. Aduhh. Betul-betul tak sangka.

    Mengimbau kembali 16 tahun lalu sekitar 2001 dan 2002 masa aku masih sekolah menengah. Masa ini LP memang famous dan menjadi kegilaan remaja termasuk aku. Masa LP baru keluar lah. Pendek kata aku memang diehardfan LP terutama Chester. Siap potong rambut dan buat rambut macam Chester dan Mike Shinoda. Lagu-lagu dalam album Hybrid Theory dan Meteora semua aku hafal. Zaman tu aku mampu beli kaset je lah (original beb). Maklum lah masih student. Koh koh koh. Apa-apa majalah yang ada keluar cerita LP aku akan beli termasuk magazine omputeh Galaxy.

    Tapi bila aku pergi Mesir aku dah slow kan sikit lah kegilaan aku dengan band-band rock zaman awal 2000-an termasuk LP. Bila dah kahwin dan ada anak lagi lah aku slow dan tak ambil tahu sangat lagu-lagu omputeh rock yang baru hehe. Last aku dengar famous lagu LP ialah New Divide. Tapi lagu-lagu lama still aku dengar dan tengok video klipnya sebab malar segar gitu kan terutama dari album Hybrid Theory dan Meteora. Yang terbaru lagu tajuk Heavy yang baru keluar tahun 2017 ni ramai komen negative sebab unsur rock dah hilang tapi lebih kepada bunyi pop. Aku setuju juga bab tu. Mana hilang nya taring LP?

    Hari ini satu dunia dikejutkan dengan berita kematian Chester. Dan paling memilukan dia mati bunuh diri. Kesiannya. Umur baru 41 tahun dan memilih untuk mengakhiri hayatnya dengan bunuh diri. Aku? Terkejut dan sedih. Yelah sedih sebab tak sempat dia kembali ke agama fitrah. Sebagai salah seorang peminat mesti lah aku rasa terkesan. Cewah. Hanya yang meminati LP je tau macam mana perasaan tu. Susah nak ungkap.

     Aku pun hari ni melayan vc LP kat YouTube sebagai mengenang penyanyi kegemaran aku. Rata-rata kat komen meluahkan rasa sedih. Aku jamin lagu-lagu LP di YouTube akan meningkat jumlah viewers nya sebanyak sekali ganda atau dua kali ganda sepanjang minggu ini.

    RIP Chester.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...