22 July 2017

Chester In Memory

Assalamualaikum.

     Maaflah, masih belum move on dengan berita kematian Chester cinta pertamaku. Amboi. Yelah sebab Chester la aku mula jatuh cinta dengan band Linkin Park.

     Aku ni kan kategori minah jiwang Sejak kecil. Peminat Setia Ziana Zain beb sejak sekolah rendah. Aku juga membesar dengan lagu-lagu tangkap leleh Melayu. Aku mana layan lagu omputeh. Di saat semua budak dan teenagers gilakan Backstreetboys, aku haram tak kenal siapa tu, Hahahah. Dah masuk sekolah menengah baru lah aku kenal BSB dan Britney Spears (1998).

      Sebab Linkin Park lah aku mula layan lagu omputeh. Walaupun aku lebih suka dengar muzik rock, aku masih boleh layan lah muzik pop.

    Aku ingat lagi lepas beli kaset Hybrid Theory, hari-hari aku dengar kat walkman atau radio. Kertas lirik tu sampai lunyai. Zaman tu mana ada YouTube. Kalau nak tengok MV diorang kena main kat jukebox yang kena pilih vcd tu dan masuk syiling 50 sen barulah dimainkan di screen TV. Biasanya restoran makanan segera ada la kotak jukebox tu. Kalau zaman 2000-belasan ni macam susah nak jumpa dah benda tu, macam dah tak wujud je.
So sambil kitorang minum dan makan sambil tengok MV rock band - rock band yang diminati termasuk LP. Ini cerita setiap kali outing lah. Budak asrama la katakan. Haha.

    Aku pernah juga buat gila menyanyi lagu LP (part Chester) kat dewan kuliah sekolah aku dulu. Sebenarnya ada tusyen. Boring tunggu Ustazah sampai aku dengan member aku buat konsert jap kat depan. Tapi masa tu semua student perempuan je yang ada. Member aku lagi seorang nyanyi part Mike. Lagu In The End la apa lagi. Audiens ada yang tengok ada yang tengok show kitorang, ada yang buat tak tau je khusyuk baca buku, ada yang bersembang. Tapi semua pun sporting la layankan sje kepala gila kitorang, Hahah.

    Kegilaan terhadap Chester tak habis masa sekolah menengah je tapi bersambung di zaman IPT pula. Tahun 2003 album Meteora keluar aku dah kat IPT. Masa ni member kamcing dah sambung belajar IPT lain, kami terpisah tapi tetap keep in touch. Masa di IPT ada lagi seorang member yang layan lagu omputeh termasuk lagu rock. Masih ada kawan sekepala la layan rock. Ahahah. Masih lagi imej rambut Chester dan Mike aku kekalkan. Cuma aku tak dye rambut je. Tapi pendek dan pacaknya tetap sama. Wakaka.

    Hey ada lagi satu aku tertinggal. Subang Chester. Aku pakai semula subang masa sekolah menengah tu setelah hampir 10 tahun aku tak pakai. Last aku pakai Subang emas masa Darjah 1 then tertanggal masa PJK lepas tu terus tak pakai dah. Biasa lah jiwa muda. Masa tu barang silver celop tengah trend aku pun beli juga. Tapi hmmm sampai lah jadi satu peristiwa cuping telinga aku Bengkak dan bernanah. Ke hospital la jawabnya nak tanggalkan subang tu siap dapat MC. Kau hado? Kisahnya memang cuping telinga aku sensitif dengan barang tiruan. Degil kan. Tapi aku tak serik, masih pakai lagi tapi kejap-kejap la. Agak-agak nak mula bengkak aku tanggalkan lah, dah sembuh aku pakai balik. Haha.

    Hai bila teringat pasal Chester bunuh diri mula lah aku murung kejap. Terlalu muda la untuk dia pergi. Kesian sangat. Ye aku taulah dia tu kafir dan tak perlu nak meratap sedih bagai tapi dia pun manusia kan? Nilai nyawa tu. Aduh sebak plak. Ceh.

    Siang tadi aku tengok YouTube banyak gila video tribute untuk Chester. Semua fans dia buat. Termasuk lagu-lagu popular LP digabungkan dalam satu video. Kadang rasa macam tak boleh terima plak dia mati macam tu je bunuh diri. Yelah susah nak kata. Walaupun terkenal dan disanjung peminat, kaya raya, mempunyai keluarga yang sempurna (isteri dan anak-anak) tetapi masih tidak menjamin kebahagiaan kerana jiwanya kosong. Depression. So sad.

      Apa nasib LP lepas ni. LP dijadualkan akan memulakan Siri konsert jelajah bermula 27 Julai ini. Siapa sangka vokalis/ frontman Linkin Park akan bunuh diri seminggu sebelum mulakan tour? Sangat memilukan. #ripchester


     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...