28 July 2010

Inspirasi Blogger Boy??

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat cerita bersiri Blogger Boy  yang pernah disiarkan melalui channel 8tv tahun lepas. Tapi aku tak sempat nak tengok kesudahan cerita itu sebab dah pulang ke Mesir. Lagipun aku malas nak tengok kat youtube. Hak hak hak.

Mulanya adik aku si Sarah yang promote drama tu pada aku. Tengok kat iklan, memang macam best. So aku pun layan la. Tak pernah missed sepertimana kami melayan drama Nur Kasih. Wow! Hahahahah. Cerita yang sangat cool dan santai pada aku. Mengisahkan si hero (aku dah lupa namanya, tolong ingatkan aku balik Sarah. Haha) yang berblogging menceritakan kehidupan hariannya dalam bentuk lukisan dan komik, bukan dalam penulisan. Sangat-sangat cool bukan?

Tapi yang lawaknya blog dia dituduh blog gay kerana karektor dalam komik dia itu lebih kurang je watak lelaki dan perempuan. Watak si gadis berambut pendek dan kelihatan seperti lelaki. Ouchhh!! Dah tu setiap watak hanya guna huruf pertama nama watak. Contoh Nina (heroin) hanya tulis N. So mana la orang nak tahu itu adalah watak girl? Hoho.

Tiba-tiba aku macam dapat inspirasi untuk berblog ala-ala macam tu. Hanya melalui lukisan komik beserta dialog. Wahahah. Tapi aku juga suka menulis. So tak pe lah, aku tulis je lagi best. Ngahahah. Walaupun aku ada juga melukis yang menceritakan kehidupan aku tapi bukan sama betul seperti realiti. Semua watak aku 'lelaki' kan. Eh macam tak betul ayat aku ni ahahaha. Abaikan sahaja tak payah faham. Lalalalala~

Okay aku nak sambung buat kerja. Saje je nak update blog walaupun cerita tak best. Hahah.

p/s : 
- Petang ini aku akan ke Kaherah lagi dan stay sampai Sabtu ( 31 Julai ).
- 31 Julai pulang ke Mansurah.
- 1 Ogos hantar Achik ke Mator.
- 1 hingga 6 Ogos terus stay di Kaherah. So mungkin tak akan update blog. huhuhu.


6 comments:

Solehah said...

salam..siaht ka..jaga diri baik-baik ya kat sana nnt..tajuk hottt.. ;D

Seimura said...

Hihihi. Lama tak nampak ko Solehah sejak-sejak ko jadi isteri orang. Thanks.. Oh hot ke tajuk? Hoho.

Faarihin said...

wah... ok gak tu.. cubalah teri test.. tak sabau nak tgk cerita cik seimura versi komik pula.. teringin gak nak uat cam tu.. tapi ceq hanya reti lukih alien yg tak de kaki tu je... hehehe.. (^__^)

Seimura said...

Haahha. Susah nak konsisten dengan blog macam tu. Kalau sekali sekala boleh la kot. Huhu.

Alien pun boleh dikomersilkan apa? Tak gitu Faarihin? Hihihi.

Tawel Sensei said...

Aku rasa, 1/5 daripada kehidupan kau di sana tu dihabiskan di Kaherah. Ke sana memanjang je :P

Seimura said...

Apesal aku rasa komen ko ni macam tak ada kaitan dengan entri aku mahupun tajuk entri? Huhuhuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...