18 July 2010

Hah?? Unta di Kota Mansurah?? Biar betul ni?

Assalamualaikum...
 
p/s : Cerita percutian ditangguh sebentar. Akan bersambung selepas ini. Buat masa ini layan dahulu entri sempoi ini. Ngeh ngeh..

Tengah hari tadi aku menaiki taxi menuju ke pasaraya Awadalla yang terletak di Magzar. Suhu agak panas dan tinggi lah jugak. Mungkin dalam 37 darjah celcius. Ceh agak-agak je, tah betul tah tidak. Ngahahaha.

Dah hampir nak tiba Awadalla, tiba-tiba nampak seorang pak arab  memegang tali yang terikat pada leher dua ekor unta. Wow! Aku terkagum sebentar. (sambil gosok-gosok mata bagi memastikan aku bukan bermimpi.) Dalam masa yang sama penuh kehairanan di kepala. Macam mana boleh ada unta di kota Mansurah ini? Biasanya unta hanya terdapat di padang pasir dan tanah gersang dan juga perkampungan yang jauh dari bandar dan kemajuan.
Rilex je pak arab tu bawa unta dua ekor tu jalan-jalan kat bandar. Ngahahah. Aku tak sempat lak nak snap gambar sebab dalam taxi kan. Huhuh. Serius aku tak pernah nampak unta sepanjang aku duduk di Mansurah ini. Ini first time dan aku berasa agak teruja. Muahahah.

Okay tu je nak cerita. Hak hak hak. Adios.

4 comments:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

huh..ini dah macam citer org dok malaysia tak pernah tengok kera ni..punyalah berlambak pun tak pernah tengok jugak..kejap..bukan pasukan polis mesir ronda pakai unta ke? haha

Seimura said...

Serius saya kata, unta hanya ada di padang pasir dan tanah gersang. Bukan semua tempat di bumi Mesir ini boleh jumpa unta. Hanya kawasan tertentu sahaja. Orang selalu salah faham. Kena datang sini baru tahu bagaimana keadaan Mesir ini.

Tawel Sensei said...

Rasanya perasaan tengok Pak Arab naik unta di tengah-tengah bandar Mansurah tu, ibarat macam orang kita yang tiba-tiba nampak pakcik bawa kereta lembu di Jalan Ampang depan KLCC tu.

Seimura said...

Ha lebih kurang macam tu lah. Tapi yang aku nampak ni pak arab bukan naik atau tunggang unta. Just pegang tali yang terikat di leher unta, bawak jalan-jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...