Terasa nak update. Heheh. Aku masih belum sembuh sepenuhnya daripada demam ni.. (aku jatuh sakit sejak Rabu lalu). Masih batuk-batuk sikit campur selesema.
Aku seorang yang cekal, kuat dan tabah. Ye aku tahu. Boleh tak aku nak memaki? Ohhh itu dilarang. Aku sudah berazam tidak mahu memaki hamun lagi dalam tulisan aku di blog aku ini. Habis tu, apa boleh aku buat untuk redakan perasaan marah lagi sakit hati ini? Istighfar lah. Astaghfirullah... Atau ucaplah 'AlhamduLillah 'ala kulli hal' <------ senior aku yang ajar ni.
ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL... ( segala puji bagi Allah atas setiap hal @ perkara )
p/s: terima kasih senior. :D
Ada sajak sikit tapi tak sempurna dan caca marba. Hohohoh
Hari-hari malap melanda
Mendung hitam menerpa
Petir tiada guruh pun tiada
Hujan hanya sedikit cuma
Kalam membisu pena terkaku
Terus menunggu hingga buntu
Merenung kosong akhirnya lesu
Rasa ini sangat membunuhku
Hari ku masih malap
Hanya diselubungi awan gelap
Namun ku tak putus harap
Moga dugaan ini kan lenyap
Senyumlah wahai diri
Walau hati dicucuk duri
Walau bisa tidak terperi
Walau penawar tidak tercari
7 comments:
semoga cpt sembuh :)
pasal sajak ko tu
aku x terasa pedasnya
haha
wah! dah lame x updated,,
sape ko marah nie? hmmm...
coolll k...
get well soon weh,. kalo selsema,makan banyak vitamin c.. heheheh
syafakillah. Moga Allah menyembuhkan ustazah.
[ amirah ]
amiinnn. terima kasih banyak..
[ kapten ]
ehh??
ko ada baca blog aku kat yahoo ke kapten?
musykil kejap..
[ fid ]
haha sibuk sikit la. cehh poyo.
hihihi ada la seseorang tu. masa tu je.
jangan risau aku dah ok lama dah. coooollll... :D
[ ada ]
amiinnn, terima kasih atas nasihatmu. hik hik..
[ Ustaz Amirul a.k.a YDP ]
amiiinnn... syukran awi..
[ Meowwwww ]
meowwwwww
Post a Comment