Assalamualaikum....
Hai... apa dah jadi dengan blog aku yang suram dan tak update ni? Tuan blog dah penat berblogging kah? Nak tutup blog kah?
Serius aku sangat-sangat busy bulan Mac ini. Next month final exam. Jadi aku akan hentikan sementara aktiviti blogging ini. Aku tak tahu berapa lama tapi mungkin berbulan juga. Hohoho biarkan blog cik seimura ini bersawang. Lalalalala....
Tapi tengok jugak la, kalau sempat aku post la apa-apa entri haha. Maaf aku tak blogwalking. Sejak ke Kaherah minggu lepas aku tak bukak langsung blog aku. Dah laptop ku ini ku usung ke bengkel seni multimedia. Letih betul otak belajar adobe flash cs3 dan adobe photoshop cs4. Dush! Bakal designer di masa hadapan. Toink!
Ohhh sebenarnya aku ada satu pengumuman penting.... Yang di atas hanya intro. Heheh. Diam tak diam blog ini sudah genap setahun hari ini. Yo! Selamat ulang tahun buat blog 'putericahayapermata.blogspot.com'.
Blog yang awalnya dahulu suram sungguh. Suram maksud aku ialah betapa penulisan aku yang sangat-sangat teruk. Terlalu banyak shortform, tiada justify, semua bantai huruf kecil dan apa entah lagi kesalahan tatabahasa yang lain. Bila baca balik jadi sakit mata pula campur tension. Aku kah yang tulis semua ini? Hahaha.
Oh lagi satu. Setinggi-tinggi penghargaan buat Ryuzaki @ L (bukan nama sebenar, pinjam daripada Death Note) yang sudi menukar template blog aku ni. Apa? Kau ingat aku tukar sendiri template baru ni? Aku mana tahu nak tukar template!
Ryuzaki @ L yang amat-amat mysterius merupakan seorang designer berpengalaman dan juga detektif hebat yang mencabar Yagami Raito seperti dalam manga Death Note. Ryuzaki memang amat weird sebab suka duduk mencangkung. Ngeeeee~
Ryuzaki kau jangan tangkap aku, aku ada death note, aku tulis nama kau dalam buku tu nanti. Hoho gurau sahaja. Terima kasih banyak ye Ryuzaki bersengkang mata tukar template blog aku ni heheh. Nanti aku belanja cokelat dan gula-gula banyak-banyak. Tunggu aku balik Malaysia. Oh detektif L atau Ryuzaki memang suka makan benda-benda yang manis. Weeeeee~
Hey apa tah aku merepek. Enough! Untuk pengetahuan, aku akan kunci blog aku ni nak masuk dalam peti besi macam Siv buat (istilah peti besi aku pinjam daripada uncle ber_uwang. sorry uncle, seimura pinjam jap). Okay aku malas letak link huhu.
Akhir kalam, doakan aku dimudahkan masa jawab exam nanti. Aku tak tahu lagi tarikh sebenar tapi anggaran lebih kurang begini ;
25 April 2010 :- Syafawi + Qiraat Amali + Matan Jazari
Between 8 Mei 2010 - 20 Mei 2010 :- Tahriri ( 5 subjek / madah )
Terima kasih banyak semua. Aku sayang kamu semua!
13 comments:
selamat maju jaya anak ku..uncle doakan dapat jawap dengan mudah nanti
gud luck exam weh!
hahaa
mane ada aku tukar template.
aku just putih kan backgroud kaler.
;p
wakakaa.
kenapa perlu aku dijadikan contoh utk kunci belog?
muahahaha
kunci2
jgn xkunci
gud luck :)
buatlah apa yg lbh penting dan mustahak dulu...berblog....mengisi masa yg terluang...
Dah setahun rupanya blog ni. Selamat hari lahir. Setahun berlalu, dah makin elok tajwid tulisan di blog ni. Haha.
Kunci lah blog ini andai itu lah kunci kepada kejayaan peperiksaan kau tu nanti. Eh bermadah pula!
semoga selalu berhappy dan dipermudahkan segala urasa mu puteri :P
andai sampai disini pegenalan kita aku cuma nak kata aku xberapa kesah hahaha :
ko patut kata
sy kunci blog nie paknil.. :P
happy always
self proclaimed kasanova macam gampang..kahkah
salam...i doakn u lulus ok..moge u dpt wat exam tu dgn lancar...tk cre...
haha
ko bagi nama ryuzaki mesti hensem kan? auwww
Meowwwww
[ uncle ber_u_wang ]
terima kasih banyak uncle. amiiinnn.. terima kasih.
[ siv ]
tq2 siv.
eh yeke? haha aku ingat ko tukar template. kui3.
ahahaha. sebab kau rajin kunci blog kau bila kau tak update lama.
hak hak hak..
[ abe long ]
hohoho. pinjam mangga sat..
[ amirah ]
thanx.. :)
[ kak kamsiah ]
ye betul tu. terima kasih.
[ tawel sensei ]
hoho terima kasih. tak de hadiah ke sempena hari lahir ni? kui3.
nak kunci guna mangga ke atau rantai besi? ngeh ngeh..
[ boneka tak sakit ]
amin. terima kasih atas doamu itu boneka. aku pun nak cakap aku tak berapa kesah. hak hak hak.
alamak ungkapan tu macam dah basi la wei. tak best..
tq. hope you always be happy too.
[ fdausAmad ]
gampang tu apa ya? hihi. :p
[ bro sham ]
amiinnnn. terima kasih banyak bro.
[ kapten ]
hoh? aku tak tahu beliau hensem ke tak. aku bagi nama ryuzaki sebab beliau amat misterious. huhu.
[ Meowwwww ]
meowwwwww juga. :p
Post a Comment