01 May 2010

Angan-angan Yang Mustahil


Assalamualaikum..

Wah lamanya aku menyepi. Adakah kalian merinduiku? Weeeeee~
Entri lepas yang ala-ala merajuk itu malu pula bila baca semula, macam rasa nak delete je post tu. Muahaha. Terima kasih pada yang ambil berat dan beri kata-kata semangat.

Aku masih dalam zon exam. Paper seterusnya pada 8 Mei ini. Aku saje nak update blog yang dah mula berkulat dengan rumpai hijau. Hoho macam kat parit pulak. Tapi entri kali ini adalah entri poyo dan boleh bikin pembaca gelak sambil geleng kepala. Mari mulakan.


Aku bocorkan rahsiaku di sini. Jeng jeng jeng… Aku selalu berangan benda yang mustahil akan berlaku di bumi Mansurah atau Mesir ini. Telah aku beri nombor supaya orang mudah faham dan enjoy membacanya. Jom lihat apa dia!




1 – Ada Orang Rakam Video Aku

Keterangan: Ala, bukan la video kehidupan. Tapi video aku sedang berjalan nak pergi Maahad, balik rumah, balik dari kedai ke. Lagi best kalau kawasan yang tiada orang sangat, di waktu petang atau malam, ditemani angin bertiup. Ala-ala klip video lagu-lagu. Weeeeee. 
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.



2 – Battle Of The Band

Keterangan : Pertandingan biasa universiti anjurkan. Tapi memang mustahil la Azhar atau DPM nak anjurkan. Aku dan band aku masuk pertandingan ini. Aku jadi pemain gitar merangkap vokalis. Style pakaian, ala-ala budak sekolah. Genre muzik mesti lah rock alternative. Ceh. Dah namanya pun berangan, suka hati aku lah. Huahaha.
Kategori : Amat-amat mustahil.



3 – Pertandingan Menyanyi / Karaoke

Keterangan : Bukan kategori nasyid ok? Tapi lagu bebas ikut kehendak peserta. Mesti solo. Walaupun suara aku bukan sedap mana (masih sedap sikit-sikit haha) tapi aku nak sertai jugak andai ada dianjurkan.  Pilihan lagu, dah tentu rock. Pop rock pun boleh la kot.
Kategori : Mustahil juga

4 – Cosplay

Keterangan : Cosplay atau nama penuhnya costume player. Alahai tak kan tak tahu. Pertandingan memperaga pakaian mengikut wata-watak dalam anime. Bukan setakat pakaian malah aksesori, sikap dan kebolehan watak. Jeng jeng. Teka aku akan ambil watak apa? Kui3.
Kategori : Amat-amat mustahil.


5 -  Bola Sepak Wanita

Keterangan :  Alangkah bestnya kalau ada. Ngeh ngeh. Walaupun bukan pandai sangat main pun tapi hentam aje. Lagipun kan boleh train? Eheks. Aku nak jadi striker sebab aku kecil tak sesuai jadi pertahanan. Hohoho.
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.




Ok tamatlah angan-angan mustahil bahagian satu. Hah? Ada sambungan ke? Ngeeee~



3 comments:

jane said...

ko dah baca entry aku??

aku rasa impian no 1 ko tu aku dah dapt kot

huakakkakaka

lalallalalala~

ada said...

gagagagga, senget la ko weh berangan yg takkan jadi kenyataan,. sakit jantung ustaz2 ko kalo ko nyanyi lagu kat Mesir tu

seimura said...

[ jane ]

ahahaha. setakat ambil gambar bersama pelancong tu aku pun pernah masa kat JB dulu. ni aku aku cakap rakam video lah. weeeeee~



[ ada ]

agagagaga.. dah namanya pun berangan, mesti la nak over sikit. ngahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...