30 June 2010

Tabiat Meludah Merata-rata Yang Jijik... Huh!

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir di bulan Jun dan aku mahu post entri baru. Ngeh ngeh. Malam tadi hantar Adik ke airport. Dia balik Malaysia sebab nak kawen. Sampai rumah jam 2 pagi. Tidur dalam pukul 2.30 kot dan bangun, sedar-sedar dah 5.30 pagi! Lagi 20 minit je nak habis waktu subuh. Dush!

Intro tak ada kaitan dengan tajuk tamat. Aku memang cukup geli dengan mereka yang suka meludah merata-rata. LELAKI suka melakukan tabiat ini. Kadang-kadang meludah tu siap dengan kahak warna kuning atau hijau. Yuckkss. Jijik okay?? Geli siot!! 

Sebenarnya aku tak la kisah sangat pasal ni sebab ayahandaku juga ada tabiat ini. Ngeee. Tapi aku sangat kisah bila si peludah main meludah je sewaktu berjalan tanpa peduli orang sekeliling yang berjalan berdekatan dengan dia. Kira tak tengok orang la, main ludah je. Kalau nasib tak baik, orang yang berjalan berhampiran (biasa di belakang) terkena calitan atau palitan ludahan. OMG! Wth? 

Dan aku juga sangat kisah dengan 'hasil ludahan' yang banyak lagi likat. Geli dan jijik okay? Kot ye pun meludah la kat longkang kalau dah banyak sangat 'kotoran kahak' yang dikeluarkan. Lagi bagus kalau cari bilik air atau tandas. Meludah la puas-puas, buang la kahak berliter-liter kalau dah banyak sangat tu. Adeiii. 

Hmm aku ada idea untuk orang sebegini yang tak sempat cari longkang atau bilik air untuk meludah. Bawa plastik muntah di mana sahaja anda berada! Sentiasa dalam poket seluar, baju atau di mana sahajalah yang anda boleh selitkan plastik itu. Tiba masa tekak rasa gatal dan perlu meludah, tadah dalam plastik. Dah habis meludah, buang je la plastik itu dalam tong sampah. huhuh.

Aku kadang-kadang terfikir, lelaki lebih banyak air liur ke berbanding perempuan sampai kerap sangat meludah merata-rata? Ada siapa-siapa doktor ke pakar kesihatan ke yang boleh jelaskan hal ini? Huk huk.

8 comments:

Aleen Aiden said...

sokong!!!yg men bola wc skang nih salu je nampak dorang ludah2 tgh pdg.haih,pegila tandas...boley ke?wiiii ;P

Anonymous said...

uiks!
menci jgk!

nora said...

sama geli dengan bulu ketiak panjang tak cukur...


euwww

Tawel Sensei said...

Aku kadang-kadang terfikir, lelaki lebih banyak air liur ke berbanding perempuan sampai kerap sangat meludah merata-rata?

Penjelasan paling rajih:

Lelaki kurang bercakap berbanding perempuan. Bila kurang bercakap, maka air liur pun lebih banyak tersimpan dalam mulut. Perempuan secara saintifiknya memang lagi banyak bercakap berbanding lelaki (secara purata 20,000 p.p. bagi perempuan dan hanya 7,000 p.p. bagi lelaki).

Maka perempuan tak sedar berapa banyak titisan air liur dalam bentuk 'ludahan mikro' yang terhasil ketika mereka ralit bercakap.

Jika dibandingkan 'ludahan mikro' si wanita, dan 'ludahan sekaligus' si lelaki, maka jumlahnya tidak lah jauh berbeza.

Sekian. Tak faham nasib la cik Seimura. Haha.

Seimura said...

[ aleen adela akoo ]

haah ye boleh ke time main bola minta izin gi toilet jap? hahahah.



[ Lelaki Ini ]

Menci menci menci!! Haha!



[ alie ]

Kalau tak pakai baju atau pakai singlet je memang la geli wei. Dush.




[ Tawel Sensei ]

Wo penerangan panjang lebar. Terima kasih doktor! Jasamu dikenang. Muahahahah!!

Tapi ada jugak perempuan yang tak banyak cakap. Tak ada pun meludah merata-rata? Lalalalala~

ada said...

weh, tapi kan, kalo kat negara arab, orang arab mmg paling suka ludah merata,. kat mesia ni jrang,. kalo ader pon, banyak bangsa india la,. yang bangsa lain, jarang jugak,.

ain fathihah fhm said...

memang pengotor la orang la suka meludah merata2 ni. geli betul.

Seimura said...

[ ada ]

Kat Malaysia pun sama je lebih kurang Ada. Geli siot!


[ ain fatihah ]

yep jijik okay? huhuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...