14 June 2010

Aku Nak Buat Satu Hobi Baru


Assalamualaikum….

So hot! So hot! Damn hot! <----- abaikan ini.

Aku nak buat satu hobi baru. Eh betul ke ayat aku ni? Macam ada yang tak kena pada prosa kata yang digunakan. Huk huk.

Hobi baru itu adalah…jeng jeng jeng. Aku nak beli banyak anak patung teddy bear dan yang seangkatan dengannya. Yang penting bukan anak patung Barbie yang keras tu. Teeettt..

Hai sejak bila aku jadi girlie dengan membeli anak patung? (kalau orang hadiahkan tu lain cerita). Aku bukan mahu mengumpul teddy bear atau anak patung yang cute dan comel kerana aku bukan penggemar benda itu. So wth aku nak beli?

Di sinilah hobi pelik lagi aneh akan bermula. Dup dap dup dap apa dia tu? Hmm.. perkara itu adalah, aku mahu tikam teddy bear tersebut bila aku terlalu marah dengan seseorang, tetapi tak dapat melepaskan kemarahanku kepada orang itu. Aku bayangkan aku sedang ‘membunuh’ orang yang buat aku marah tu la. Muahahaha! Bunyi-bunyi macam aku ada sakit mental atau masalah jiwa.

Yep kalau ada sesiapa nampak aku menikam teddy bear dengan gunting atau pisau pasti aku akan dituduh gila atau sakit jiwa. Ngahahahah. Huhu tak ada kerja aku nak membazir beli teddy bear semata-mata untuk memusnahkannya. Cuma idea ini kerap datang menjengah minda bila aku tengah marah sangat dan sakit hati sangat dengan orang tapi tak dapat nak lepaskan kemarahan itu.

Hai tak pe lah.. bersabar dan cuba menjadi lebih cool. Paling-paling dahsyat pun aku just hempas-hempas barang je, tumbuk katil, lantai atau pecahkan pinggan mangkuk dan gelas. Okay aku tipo yang bab pecah-pecahkan barang. Hak hak hak.

Okay entri merepek tamat. Sekian, terima kasih.

p/s : AlhamduLillah aku dah lima hari puasa nazar. Hari kelima jatuh pada 1 Rejab pula. Ada lagi baki dua hari nak habiskan nazar. Ganbatte!! Musim panas ini aku berpuasa selama 16 jam beb. Azan subuh jam 4.05 pagi, azan maghrib jam 7.57 malam hari ini (Ahad).

7 comments:

Tawel Sensei said...

Tetiba aku musykil. Pernahkah kau 'membunuh' aku ye?

Takut..

PS: Fuh kental la kau puasa punya panjang di musim panas ni.

abe long said...

pernah kau cuba "membunuh" aku?

aleen adela akoo ^_* said...

eh..ok gakla idea nih..aku pon tgh geram kat org gak neh..hu3

Tawel Sensei said...

Ini teddy bear 'horror' yang aku rasa tak ada masalah kalau kau nak tikam.

Hoho :P

Fara said...

Alahai.
cian teddy tu tak bersalah!

seimura said...

[ Tawel Sensei ]

Oh setakat ini belum pernah lagi. Tahniah. Hak hak. :p



[ Abe Long ]

Oh tak pernah. Tahniah. Haha.



[ aleen adela akoo ]

Hahah ok kan idea ni??



[ Tawel Sensei ]

Ok tq. Memang agak horror. Haha.



[ Fara ]

Tu la kesian la teddy tak bersalah. Kui2.

ain fathihah said...

saya ada anak patung arnab yg comel. ada sejak form3. masih elok sampai sekarang. bila marah ke bengang ke apa2 ke, arnab tu memang jadi mangsa belasahan. saya akan belasah di betul2. hehe. puas rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...