07 June 2010

Macam-macam Hal...

Assalamualaikum...

Update cerita pasal handphone yang hilang. Mungkin agak lucu tapi jangan gelakkan aku okay?? Apa? Nak gelakkan jugak? Suka hati korang lah.

 
Malam tadi, sampai rumah masa buka pintu grill bawah, aku dengar suara bising-bising kat atas. Dengar-dengarnya macam dari arah rumah aku je? Aku naik tangga, nampak Adik dengan Angah di hadapan pintu rumah. Adik siap pakai lengkap lagi. Eh?? Nak ke mana ni. Jangan-jangan mereka sangka aku ‘hilang’ atau kena culik, so mereka nak cari aku.

 
Aku : Eh, Adik nak ke mana ni?

Adik : Nak cari Along la.

Aku : Hahh?? (dengan muka terpinga-pinga dan tak bersalah. Cehh).


 
Aku terus ke pintu rumah sebelah yang memang dah terbuka sedikit. Oh, mereka tengah makan rupanya. Aku tanya Karin (bukan nama sebenar, muahaha) ada tak. Ye la sebab aku tinggalkan dia sekejap (lama sebenarnya) kat klinik dan bila pergi klinik semula dia dah balik. Dia keluar dari rumah, pun pakai lengkap juga. Uiks? Suasana agak kalut.

 
Karin : Kak Seimura (bukan nama sebenar juga. Ahaha) pergi mana ni tadi? Orang semua risau tau ingat kak Seimura hilang ke.

Aku : Eh sorry, sorry. Tadi..

Karin : Handset kak Seimura dah jumpa.

Aku : Hah ye ke? Macam mana...

Karin : Panjang ceritanya, jom masuk rumah. Kita cerita.

Kami masuk ke dalam rumah aku. Maka beliau pun cerita dari awal hingga akhir. Sebaik sahaja aku keluar dari klinik, doktor pun sampai dan terus cek Karin. Dah habis cek, Karin tunggu aku dalam 15 minit gitu kot2 aku balik semula ke klinik dalam tempoh itu. Then handset dia bunyi, nombor aku yang naik. Mama Arab yang bercakap. Kiranya mama mahu pulangkan la handset tu dan minta Karin jumpa dia di Suq. Dia pun terus la keluar dari klinik, balik rumah dan kemudian ke suq (pasar).

Handset dah jumpa tapi tuan punya handset pula tak balik-balik lagi entah hilang ke mana. Padahal aku kat cc je. Mereka sangka aku hilang dan masih di Tir’ah di waktu malam. Oleh itu mereka bercadang nak cari aku dengan minta pertolongan ustaz. Adehhh...

Mujur aku sampai rumah sebelum mereka berangkat keluar cari aku. Aduii. Dan tak pasal-pasal aku, Angah, Adik dan Karin kena ‘ceramah free’ dengan ustaz. Ngeee. Aku la yang bersalah dalam hal ini. Dan namaku turut diambil oleh exco. Kiranya kalau aku ‘buat hal’ lagi (berada di luar rumah di waktu malam) akan dikenakan tindakan disiplin. Haii...aku ini, kat mana-mana pun mesti akan jadi ‘the wanted student’ atau ‘the wanted person’ (istilah aku reka sendiri). Dush! Tapi masa aku masuk cc memang langit masih cerah, bukan aku sengaja keluar malam. (alasan mahu melepaskan diri).

Tapi aku memang rasa sangat bersalah buat ahli rumah aku risau dan Karin risau. Berulang kali aku minta maaf. Aku bukan berniat. Aku memang nak singgah cc sekejap sahaja, sekadar tulis blog. Tak sangka pula jadi kalut sampai begini. Huhuh. Mereka ingat aku tak bawa duit ke so susah la nak balik naik kenderaan awam.

Moral of the story : Walaupun kau pandai jaga diri, seorang yang berani dan kental, tak kisah berjalan seorang diri di waktu malam ke apa, janganlah buat orang lain risau tentang keselamatan kau. Lebih-lebih lagi kau berada di negara orang, jauh dari keluarga, ibu bapa.


p/s 1 : Rumah aku tak ada line internet dah tiga hari termasuk hari ini. Mentibang betul la!

p/s 2 : Syukur AlhamduLillah handset aku yang canggih (agaga tak la canggih sangat) sudah ditemui. Aku terus delete semua gambar aku dalam tu. Dan aku terus delete semua lagu-lagu lagha dalam folder music. Yang tinggal hanya bacaan al-Quran 30 juzuk imam-imam famous. (memang aku dah niat nak buang sebelum jumpa handset aku.

p/s 3 : Macam malas nak pergi kelas. Tapi aku mesti pergi sebab sayang la kalau terlepas. Subjek Dhobtul Quran ni best dan seronok belajar. Rugi wo kalau tak datang kelas.

p/s 4 : Maaf aku tak sempat blogwalking sebab aku hanya update blog dari cc. Nanti bila line internet rumahku dah elok aku akan ziarah blog kalian. Sayang you all!

4 comments:

Ibu Ammar said...

nasib baik jumpa. ko ni.... dengan hp jaga leklokkkk, jgn cuai.


jgn lupa tunai nazar puasa tuh.

ada said...

kikikiki,. kelakarla ko weh,. tp kira pengajaran la,. sib bek org tu pulangkan,.

Muhamad Amirul bin Hasim said...

-->> oh..cik seimura rupanya. Membuatkan org lain risau. Nasib baik polis tak redah satu Mansurah utk carik.

Seimura said...

[ sarah ]

Tu la aku boleh tak perasan handset tu tergelincir dari tangan. dush.

yup aku memang tunaikan punya. ko dah habis ganti puasa ke belom? hahaha.



[ ada ]

tu la memang lawak siot. aduyaii.. AlhamduLillah yang jumpa orang tua, kalu orang muda belum tentu akan dipulangkan. ngeee...



[ us amirul ]

kui kui kui. buat malu je. pada hal bukan hilang jauh pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...