03 June 2010

Cuti Yang Teramat Panjang

Assalamualaikum...

Aku baru baik daripada demam ni. Dah sihat tapi suara masih 'tak sihat' iaitu sengau dan serak. Ehem, ehem. Kesan daripada selesema.

Aku habis exam 16 Mei yang lalu. Bermula dari 17 Mei, bermulalah cuti semester yang teramat panjang iaitu lima bulan lebih. Fieww.. Cuti musim panas. Kalau tahun lepas, saat ini aku berada di tanahair tercinta iaitu Malaysia tetapi tahun ini aku berada di bumi Mesir. Tahun ini tak balik Malaysia, bakal menyambut raya puasa dan raya korban di sini. Who cares? Hohoho.

Bermula 25 Mei lalu aku dah start kelas tuisyen untuk subjek-subjek tahun tiga. AlhamduLillah kami semua naik tahun, tiada yang gagal hingga perlu mengulang setahun pengajian. Kelas tuisyen ini hanya dalam tempoh sebulan sahaja tapi hanya cuti pada hari Jumaat. Apa ada hal, bukan lama pun. Setakat ini hanya dua jam sehari.

Boring? Ye agak boring tanpa aktiviti atau jalan-jalan. Aku hanya akan pergi jalan atau melancong pada bulan Julai nanti. Nanti dah start bulan Ramadhan confirm la tak akan berjalan ke mana-mana. Letih wo. Dah la puasa time musim panas nih. Siang panjang betul. Sampai 15 jam! Aduhh..

Apa tah yang aku dah buat sepanjang cuti yang dah bermula ni ye? Hmm ngadap laptop, main internet, layan anime. Tak pun tidur je. Hak hak hak. Makan dan tidur. Tak ada hasil langsung!

Dah lama tak update blog dan blogwalking. So malam yang agak panas dan bahang ini, aku mahu ziarah blog kawan-kawan. Heheh. Sambil makan megi dan minum air coklat. Aku macam tak ada selera nak makan nasi so aku makan megi. Hahah.

Ok adios..

P/s : Kipas aku rosak pulak, tak mau pusing. Dah la panas ni. Damn!

3 comments:

ada said...

sedih tak kalo tak balik?? hahahaha,.

Tawel Sensei said...

Wah, lama gila cuti tu! 5 bulan, macam-macam boleh buat. Hehe.

Apa pun, selamat bercuti sepanjang musim panas di sana. Lepas ni mesti selalu dengar Cik Seimura mengadu di blog tentang kepanasan di sana.

Haha hari tu asyik mengadu sejuk je :P

Seimura said...

ada...

hmmm tak la sedih. Tapi ada masanya agak sedih jugak la. Waaaaaa...


Tawel Sensei...

Memang macam-macam boleh buat. Heheh.

Alamak macam tau-tau je aku nak mengadu kat blog pasal musim panas. Muahaha.

hohoh trimas, trimas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...