04 April 2010

Nekad Si Keras Kepala

Assalamualaikum....

Mungkin bulan ini adalah bulan mengimbau kisah-kisah silamku. Hahahah. Syok sendiri. Ah lantak lah. Blog aku, aku punya suka la nak tulis apa. Lets enjoy the kisah benar ini...

NASAFI

Nasafi nama kelas aku waktu tingkatan enam di Maahad Johor. Aku tak mahu masuk Maahad Johor (singkatan MJ) tapi abah paksa. Sebagai seorang anak yang patuh lagi taat, aku ikut sahaja lah arahan abah. Aku memang tak mahu ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) sebab aku dah penat belajar subjek-subjek bahasa arab ini. Letih. Aku tak mahu menghafal lagi subjek-subjek arab yang banyak semata-mata untuk lulus exam. Malah untuk STAM ini ada 15 subjek kesemuanya termasuk Quran. Kenapa la banyak sangat?!!

Tapi aku tetap bersekolah seperti biasa. Dalam hati membuak-buak rasa nak keluar dari sekolah ini. Setelah 3 bulan belajar, tibalah Ujian Bulanan Pertama sebelum Imtihan Setengah Tahun. Aku mula memasang niat jahat. Aku mahu gagalkan peperiksaan ini biar aku dibuang sekolah. Haha sebenarnya sekolah tak akan buang pun pelajar gagal tapi aku yang poyo memandai-mandai.

Guess what? Aku benar-benar melakukannya. Aku tak buka kitab, apatah lagi baca kitab. Menghafal jauh sekali. Cuma satu je subjek yang aku baca kitab dan hafal sikit iaitu Fiqh. Subjek lain semua aku tak baca langsung. Nak dijadikan cerita, kitab-kitabku yang ditinggal di dalam meja sekolah 'dirampas' kerana sekolah melarang tinggal kitab dalam laci meja. Jadi aku tiada kitab untuk dibaca. Di saat orang lain sibuk study dan menghafal, aku pula sibuk baca buku seni bila landskap yang tebal yang kupinjam dari perpustakaan.

Ujian bulanan pun bermula. Kertas jawapanku kosong, hanya salin balik soalan. Hahah. Aku yakin markah aku untuk semua subjek kecuali Fiqh adalah kosong atau bawah 10. Malah Quran Tahriri juga aku tak jawab. Haha. Betapa nekadnya si budak jahat ini.

Result pun keluar. Seperti kujangka, aku gagal semua subjek kecuali Fiqh. Tapi yang anehnya, aku dapat nombor 36 daripada 38 orang. Kenapa bukan nombor terakhir iaitu 38? Aku nak juga nombor satu dari belakang tapi hajat tak kesampaian pula. * hek eleh, tak payah lah poyo. dush!

Aku dipanggil ke bilik guru oleh guru kelas aku. Aku dikaunseling tak pasal-pasal. Aku pekakkan telinga sahaja. Ustazah tahu aku sengaja mahu gagalkan semua subjek. Sebab tak logik la kalau aku benar-benar 'bodoh', bagaimana aku boleh lulus subjek Fiqh? Jayid Jiddan (Baik atau B) pula tu. Ceh aku menyesal pula jawab soalan-soalan subjek Fiqh masa ujian hari itu. Hahah. Misi aku asalnya kan untuk gagalkan semua subjek? Aduss silap percaturan la pula. Dush!

Balik daripada kena kaunseling, di kelas aku, beberapa pelajar pandang sinis pada aku. Hek eleh. Apehal korang pandang-pandang aku macam tu? Kedengaran juga cakap-cakap belakang dan umpatan. Antaranya pertikaikan aku yang dari SMAKJ yang terkenal dengan 'budak-budak pandai' boleh gagal semua subjek. Sebab rakan-rakanku yang dari SMAKJ kebanyakannya dapat nombor satu atau bawah sepuluh. Malah nombor satu di kelas aku iaitu Nasafi adalah kawanku yang juga SMAKJ.

What the fun? Tak semestinya kalau sekolah itu 'sekolah pandai', murid-muridnya semua pandai-pandai belaka. Ada juga yang biasa-biasa sahaja. Tapi aku buat tak peduli sahajalah dengan mereka ini. Misi aku untuk gagal dalam ujian bulanan telah berjaya. Teruk kan aku? Akhirnya aku keluar juga dari sekolah itu setelah mendapat tawaran lain sebulan kemudian.

Itu kisah dulu. Aku tak sangka pula aku telah menjejakkan kaki juga di bumi Mesir ini walaupun tanpa ambil STAM. Tanpa disedari my dad wish sejak dulu telah tercapai. Beliau memang menginginkan salah seorang daripada anak-anaknya sambung belajar di Mesir ini.

Cuma perjalananku untuk tiba di sini yang agak aneh dan berliku. Padahal aku sudah tidak mahu sambung belajar di sini lepas habis diploma dulu. Tapi takdir dan ketentuan Allah itu tetap akan berlaku walau aku mengelak sekalipun. Takdir inilah yang ku maksudkan, mencari ilmu di bumi anbiyak ini.

Aku patut lebih bersyukur.... ~insafi diri~




nota : 

1) Maahad Johor atau MJ adalah Sekolah Menengah Tinggi Arab Johor yang terletak di bandaraya Johor Bahru, Johor. MJ hanya untuk mereka yang ambil STAM dan STPM. Bermakna MJ hanya ada pelajar tingkatan enam sahaja. Syarat kemasukan ke MJ ialah mesti ada SMA (Sijil Menengah Agama).

2) Sekolah-sekolah arab di Johor ada banyak. Setiap daerah di Johor ada sekolah arab. Sekolah-sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Kalau mahu sambung tingkatan enam, perlu sambung di MJ.

3) Sekolah arab yang di bawah kerajaan negeri Johor pada zaman aku dahulu hanya dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) yang terletak di Kluang dan Maahad Pontian yang terletak di Pontian. Selain daripada dua sekolah ini, sekolah-sekolah arab  yang lain adalah swasta atau separuh swasta separuh kerajaan.




4 comments:

fiD said...

tp sebab stam lah ko berade d mesir kan,

seimura said...

[ fiD ]

ekekeke. aku sambung belajar sini bukan guna stam tp diploma. huhu.

Muhamad Amirul bin Hasim said...


Cuma perjalananku untuk tiba di sini yang agak aneh dan berliku. Padahal aku sudah tidak mahu sambung belajar di sini lepas habis diploma dulu. Tapi takdir dan ketentuan Allah itu tetap akan berlaku walau aku mengelak sekalipun. Takdir inilah yang ku maksudkan, mencari ilmu di bumi anbiyak ini.

Aku patut lebih bersyukur.... ~insafi diri~


--> kekadang kita tak th apa sbnrnya Allah nak bg kat kita. Biasa dgrkn, " Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

--> semoga sukses dalam menempuh Imtihan yg mendatang ni

--> jangan sengaja bt gagal plk nti :D

seimura said...

[ Ustaz Amirul Bin Hasim ]

ohh ye. Saya pernah dengar dan pernah dapat kata-kata itu. Sungguh simbolik dan mendalam maknanya. Terima kasih ingatkan saya. :D

Aminn.. Terima kasih.

Errr alamak... teeeetttt.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...