15 July 2026

Surat Tulisan Tangan

Assalamualaikum.

 
I am back again. Rajin pulak lahai nak tulis blog. Tapi kali ini ringkas je tak bebel panjang. 

   Dah 2026 ni rasanya tak ada dah atau hampir pupus tulis surat guna tulisan tangan. Prefer type gitu sebab lebih kemas dan teratur. Lebih-lebih lagi kalau tulisan tangan tak berapa nak cantik, better taip je lah hahaha. 

   Teringat dulu aku suka tulis surat. Waktu zaman media sosial belum ada, handset pun belum ada. Bila dah ada pun SMS je ada yang limited aksara. WhatsApp ni start ada sekitar 2011 ke 2012 kot entahlah tapi memang barulah.

     Walaupun tulisan aku bukan cantik pun hahaha. Teringat pulak masa exam pmr spm yang kena buat karangan. Orang kata kalau tulisan tangan buruk ni sebab otak dia lagi laju daripada tangan yang tengah menulis ahaha. Aku rasa betul la kot. Dia macam tak selari. Dalam kepala dah fikir nak tulis apa lepas tu tapi tangan tak laju nak ikut pergerakan otak. Kalau tangan pun sama laju kang lagi buruk tulisan tu hahaha.

  Dengan surat tulisan tangan jugak la aku meluahkan perasaan/ confessions dekat crush aku. Hahaha. Dulu kami panggil secret admirer (SA). Crush ni aku ikut istilah budak gen Z hahah.

    Ada dua orang crush aku pernah tulis surat pengakuan aku suka dia. First masa umur 17. Satu sekolah tapi dia kelas sains tulen, aku akaun. Berani mati jugak aku ni. Kah kah. Malu jugak tapi poyo je la kan. Tak kisah pun dia tak suka balik kat aku yang penting aku mencuba. Then kami terus berkawan lepas tu (dah habis spm). Berbual dalam telefon je atau tulis surat. Pernah dating (auwww aku geli guna istilah ni hahsha) sekali je sepanjang kami berkawan jarak jauh. Aku masuk MJ, dia masuk UIA. Lepas aku sambung diploma masa aku tahun 2 ke 3 kami lost contact. Putus macam tu je. Tapi ada juga berhubung melalui emel. 

     Crush kedua masa aku kat Mesir. Time tu aku dah putus dengan pakwe aku. So just berkawan-kawan je la dengan orang lain. Dia ni senior aku. Masa aku buat confession tu aku tahun 1 sem akhir kot, dia pulak tahun 3. Pengakuan berani mati jugak haha lantak situ. Dia pun macam suka aku juga tapi kami just berkawan biasa je la tak serius. Dia ni macam abang angkat la pada kami satu rumah. Kami satu rumah ada 5 orang ahli. Selalu minta tolong macam-macam kat dia ni. Dia pulak memang jenis suka tolong orang. Aku dan crush ni sama-sama anak sulung. Punya rapat tu kami bahasakan nama kami gelaran Along, Ayong, Angah, Along, Achik bila berbual dengan 'abang angkat' ni hahshshshs. Yang kelakar ada dua Along. Sebelum jadi 'adik beradik angkat' ni kami panggil dia ustaz, dia panggil kami ustazah. Hahahaha rumit ke tidak oi. 

    Eh jadi panjang pulak ye ceritanya padahal cerita asal pasal surat tulisan tangan. Hahaha. Ok lah guys nanti aku sambung entri lain.

   Kalau ada yang nak tahu sambungan cerita crush ni komen lah kat bawah hahaha.

12 July 2026

Luaran Nampak Biasa Tapi Dalaman Rapuh

Assalamualaikum. Lama juga aku tak ada post apa-apa entri terbaru. Kali ini aku datang dengan hati dan jiwa yang berdarah. Luaran aku nampak ok dan macam tak ada apa tapi jauh di sudut hati aku ini sangat rapuh dan hampir pecah berderai. Tiada siapa yang tahu. Aku hanya menanggung kesakitan ini seorang diri. Aku tak berdaya tapi aku kena pura-pura kuat. Hanya Allah yang ada bersamaku. Moga Allah beri balasan setimpal kepada mereka yang menyakiti aku. Aamiin. Tiada siapa datang pujuk aku. Semuanya aku telan sendiri. Aku seolah-olah sebatang kara. Tiada siapa peduli. Tiada siapa yang ambil berat. Tiada siapa yang sudi menjaga hati aku. Aku keseorangan. Aku merawat luka seorang diri. Aku hadap kesakitan ini seorang diri. Semuanya sendiri. Sebegini hebat ujian yang aku terima. Seorang diri mencari kekuatan. Menangis seorang diri. Meratapi nasib diri yang tidak terbela. Terpaksa berpura-pura senyum dan gembira sedangkan dalaman sedang berperang dengan kesakitan dan kelukaan yang maha dahsyat. Luka lama berdarah kembali. Malah kali ini lebih parah dan tiada peluang sembuh. Berdarah dan terus berdarah. Airmata yang mengalir tidak mampu mengubat luka. Airmata hanya 'dadah' sementara yang memberi signal di otak aku bahawa aku akan lega dan melupakan tapi sebenarnya tidak sama sekali. Langsung tidak mengubah apa-apa. Luka tetap ada dan berdarah. Kesakitan yang maha dalam yang tidak akan pulih. Aku hanya berserah. Allah sahaja tempat aku meminta dan berharap. Aku yakin dengan kuasa doa aku, semua ini akan berakhir. Seorang insan yang dilukai dan disakiti, pasti Allah mendengar doa itu.

12 April 2026

Kalau Kau Bukan Yang Sekarang

 Assalamualaikum. 

    Wow. Entri pertama untuk tahun 2026 ye. April baru ada kesempatan nak menulis. Anniversary blog pun dah terlepas (20 Mac) hahahahaha. Maklum ler tarikh tu hujung Ramadan sehari lagi nak raya. Pastilah busy. Auch.

   Tajuk aku tu sebenarnya panjang lagi tapi takpe letak separuh je hahaha. Ayat atau soalan panjangnya berbunyi, "Kalau kau bukan yang sekarang, kau jadi apa? Maksudnya kerjaya atau cita-cita."

   Now aku surirumah je la yang buat affiliate. Sebelum ini pernah menjadi guru/ ustazah. Ok contoh kalau aku bukan ustazah, aku jadi seorang??

   Jeng jeng. Ada banyak versi jawapan.

No 1 - penyanyi/ pencipta lagu/ penulis lirik/ komposer.

Ya, aku dulu waktu kecil suka sangat menyanyi. Siap masuk pertandingan tapi peringkat sekolah je lah. Suara memang sedap lah (dulu) dan terpilih from audition hahah. Walaupun aku tak pandai main alat muzik, tapi waktu kecil dulu aku pernah cipta lagu sendiri melodi dan lirik tapi takde lah aku rakam. Nyanyi suka-suka je. Sebab aku suka tulis sajak. Jadi ala-ala buat lirik lagu la konon-konon. Terpengaruh bila dengar lagu-lagu artis zaman tu hahaha. Aku kan minat gila Ziana Zain dulu. Dan boleh bawak lagu-lagu Kak Gee yang semua bernada tinggi tu tau. Dulu lah. Sekarang memang ke laut la suara aku sumbang habis part tinggi hahaha. 


No 2 - pelukis/ kartunis

Masa kecil memang suka sangat melukis. Dan memang pandai melukis. Aku boleh lukis potret dan kartun. So andai bakat seni ni digilap memang aku boleh jadi pelukis negara (tiberr). Sorry gurau je. Dan boleh jadi pelukis komik.

Tetapi dua minat dan kecenderungan aku ini tidak direstui abah. Gara-gara itu abah masukkan aku ke sekolah menengah agama/ sekolah Arab dengan harapan aku menjauh terus dari kedua bidang seni itu (artis - penyanyi dan pelukis). Tak ada masa depan katanya dan takut 'rosak akhlak'. Lagi pula impian abah kan nak aku jadi ustazah/ pendakwah/ penceramah bebas (aku ada cerita sebelum ni). 

Ok sambung.

No 3 - penulis novel

Aku kan kuat berangan dan suka membaca bahan bukan ilmiah hahaha. Aku dulu suka baca buku cerita dan novel yang pinjam kat library sekolah tu. Jadi aku suka berimaginasi dan mereka plot cerita. Aku rajin buat cerpen tapi suka-suka je tak pernah hantar karya aku ke mana-mana. Simpan sendiri. Sampai kawan-kawan aku tertunggu-tunggu cerpen baru aku. Eceh hahahaha. Kadang-kadang tanya ada sambungan tak? Gituh. 

Yang mengenali aku sejak kecil/ sekolah pasti tahu yang aku pandai melukis dan menulis. Suka melukis dan menulis. Aku bukanlah introvert tau tapi memang pantang ada masa lapang aku akan melukis atau menulis. Orang kata otak kreatif ni otak kanan ye. Entahlah hehe. But now jangan suruh aku melukis memang tak jadi apa hahahaha. Bakat yang tak digilap dan dilatih pasti tidak akan bersinar dan terus pudar serta kelam. Sama juga dengan bakat menyanyi tadi. Akhirnya sudah hilang ditelan masa.

Tapi jeng jeng. Cita-cita bidang seni tu ada tercapai juga tapi sekadar ada je lah. 

Setelah sekian lama tak menyanyi hehe. Tiba-tiba pada usia 22 tahun, aku disuruh jadi vokal utama nyanyi lagu nasyid sempena Maulidur Rasul. Waktu tu aku ada ambil kursus pendek sijil membantu juruteknik asas komputer tahap 2 (5 bulan je). Aku paling tua waktu tu hahaha yelah sebab dah habis diploma. Yang pasal nyanyi tu asalnya aku tak nak pun. Aku nak nyanyi biasa je la yang ramai-ramai tu. Sekali kena audition juga nyanyi seorang demi seorang yang nada tinggi tu dan aku seorang je yang sampai pitch hahaha. Ok tu lah last ye aku terlibat dalam nyanyian di khalayak ramai hmm. Aku dah tak nak dah hahaha.

Kartunis/ pelukis komik. Ni pun tak sangka tercapai bila belajar kat Mesir hahah. Komik versi Islamic la. Ada je aku pernah tulis dalam entri dulu sekitar tahun 2010-2011. Dan pernah juga flashback dalam entri 2023 ke 2024 aku pun tak sure nanti kena cek balik hahaha. 

Yang menulis cerpen pun masa kat Mesir. Tak ada lah sampai tahap novel. Cerpen je hehe.

Ha itulah bakat terpendam dulu-dulu seorang yang cenderung ke arah bidang seni. Kah kah. 

Kalau rajin belajar dan belajar pandai, maybe dah jadi seorang saintis atau ahli astronomi. Kalau je tau hahahaha sebab aku minat dua bidang tu tapi belajar pulak malas dan tak pandai. Tak dapat ambil bidang sains tulen. Tapi rasanya kalau masuk sains tulen pun maybe tak boleh bawak kot hahahaha. Allah knows best.

Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya dan Allah sebaik-baik perancang. 

28 December 2025

My Sibling & Sekolah Menengah


Assalamualaikum. 


   Hai kembali lagi hahaha. Entri pasal sekolah sebelum ni aku ada post dekat blog aku lagi satu. Saja nak aktifkan dua-dua blog haha. 


     Aku sebagai anak sulung memang abah beria betul nak masukkan aku sekolah berasrama. So kisah aku done. Kisah adik-adik aku pula ke mana mereka melangkah ke sekolah menengah lepas result UPSR keluar. 


   Adik aku yang anak nombor dua (Sarah) aku tak ingat upsr dia berapa A haha tapi tak layak ke SBP jadi abah masukkan ke SMK yang ada KAA. Sekolah tu di bandar dan yes ada asrama. So Sarah duduk asrama. PMR dia cemerlang 8A dan tingkatan 4 dia masuk SMKA Segamat (smkas). 


    Adik aku nombor 3 (Fitri) upsr dia tidak begitu memberangsangkan jadi abah masukkan SMK yang dekat dengan rumah je. Sekolah harian dan bukan asrama. 5 tahun bersekolah di situ. 


    Adik aku nombor 4 (Zubaidah) upsr cemerlang 5A of course la abah aku hantar ke SMKA juga hahaha sama sekolah dengan Sarah. Tapi Sarah dah habis sekolah la masa Zubaidah baru masuk tingkatan satu. 5 tahun full kat SMKAS. 


    Adik aku nombor 5 (Fatimah) upsr dia aku tak ingat hahaha tapi bukan straight A tak silap aku. 4A tapi layak juga masuk SMKAS so dia masuk lah sana. Zubaidah form 3, Fatimah form 1. Tapi Fatimah ni lain sikit hehe dia kata tak boleh bawak subjek BAK (Bahasa Arab Komunikasi). So PMR dia samada BAK dia D ke E aku tak ingat jadi kena buang sekolah tak layak sambung ke tingkatan empat. So form 4 dia masuk SMK yang sama dengan Fitri. Sekolah harian. Tapi masa tu Fitri pun dah habis sekolah masa Fat masuk. 


    Adik aku nombor 5 (Zulaiha) upsr biasa je bukan straight A's. So Zulaiha pun SMK sekolah harian sama dengan Fat hehe. Abah dah tak beria la nak masukkan ke asrama. Salah satu sebab mungkin kos yang agak tinggi. Ye lah anak ramai. Waktu tu pulak aku tengah sambung belajar kat Mesir. 5 tahun Zulaiha sekolah di situ pastu dia sambung tingkatan 6 kat SMK sekolah harian di Muar. 


    Adik aku nombor 6 (Hajar) upsr cemerlang 5A tapi masuk sekolah harian biasa SMK yang sama dengan Zulaiha. Aku pun tak pasti kenapa tak mohon SMKA untuk Hajar. Adakah Hajar yang tak nak ke atau macam mana. Hahaha. Nanti aku tanya balik adik aku kah kah. Pastu Hajar form 4 abah pun pencen then pindah Muar. Hajar pun pindah sekolah SMK harian di Muar. 


    Adik bongsu aku (Aisyah) which is yang paling pandai antara adik-beradik hahahaha. Dah tentu cemerlang 5A upsr. Satu-satunya yang dapat masuk MRSM hehe. Pastilah kat Muar hahaha. 5 tahun sekolah situ. Kami panggil 'Adik'. Adik dah sekolah situ barulah aku tahu diorang tak panggil sekolah atau asrama tapi panggil maktab hahahaha. Antara dialog dia, "Nanti aku nak balik maktab... "

Wahhh gitu dah macam university atau maktab perguruan. Hebat. Hahahaha. Kalau aku sebut, "nanti aku nak balik asrama... "

Hahaha berbeza ye uoll MRSM dengan SBP dan sekolah berasrama yang lain hehe.


    Begitulah kisah sekolah menengah adik-adik aku. 3 orang yang memang pandai cemerlang sejak sekolah rendah; adik, Hajar dan Zubaidah. Selalu dapat nombor 1 bila exam. Antara best student masa sekolah kebangsaan. Adik pulak sampai ke UiTM kerap dapat anugerah dekan. Itu yang aku kata dia paling pandai dalam pelajaran antara kami adik-beradik hahaha. 

19 December 2025

Berangan Itu Percuma


Assalamualaikum. 


    Aku datang balik. Hahahahaha. Jom lah join aku berangan jap dah hujung tahun 2025 ni hehehe. 


      Aku kadang-kadang berangan jadi kaya raya sampai tahap nak hire driver peribadi untuk aku mudah ke mana-mana. Bukan bermaksud aku nak keluar setiap hari tau. Time ada hal penting dan mustahak je lah. Gaji pulak bukan bulanan. Tapi gaji harian waktu aku nak keluar sahaja. Contoh kalau sebulan tu empat kali je, so gaji dibayar 4 kali tu lah. 


    Ya aku tak ada lesen memandu dan malas la nak belajar ambil lesen. Lesen memandu kereta tu dah dikira satu keperluan juga zaman ni bukan kehendak tapi entahlah aku tak suka nak bawa kereta. Aku lebih suka menjadi penumpang atau jadi boss. Ahahahahaha. Kemahin. 


     Sebab itu aku selalu juga berdoa agar aku jadi sangat kaya sampai boleh gajikan seseorang untuk menjadi pemandu peribadi aku. Dan semestinya lah perempuan gais. Status tak kisah bujang/ berkahwin/ ibu tunggal dan lain-lain. Umur pun tiada minimum maksimum. Ewahhhh aku punya berangan. Kau hado? Hahahahaha.


      Manalah tahu tiba-tiba Allah makbulkan satu hari nanti. Siapa tahu kan? Aku bukan nak maid/ helper. Aku bukan nak PA (personal assistant). Aku bukan nak part time cleaner. Aku nak PD (private driver) hehehe. Rilek la nama pun berangan. Suka hati aku la nak request apa hahahaha. Aku yang berangan tapi engkau yang panas dah kenapa? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Lambaian 2025

 Assalamualaikum. 

  Dia datang dahhh. Nak akhir tahun tiba-tiba aku muncul update blog hahahaha. 

   Random story je untuk entri kali ini. Minggu ni agak lemau sikit aktiviti aku as a affiliate hehehe. Kurang live, kurang post video. Bermula dengan Isnin aku demam + batuk + selesema. Isnin masih demam sikit. Live pun sebab ada yang kirim atau minta add item ke beg oren. Pastu pulak jamuan akhir tahun berderet-deret. Apresiasi tabika Faris. Fuhh busy. Hari ni Jumaat last day sekolah jamuan akhir tahun sekolah agama petang nanti 2.30pm.

      Hujung tahun biasalah musim tengkujuh. Hari-hari hujan. Alhamdulillah tempat aku tak banjir. Batuk aku masih belum baik sepenuhnya ni. Nak live pun tak semangat dan takde mood asyik terbatuk-batuk haha. Tapi aku rindu juga la nak buat konten video dan post ke sv & tt tapi hmm malas campur lemau hahaha. 

        Lagi satu update. Hmmm berat badan. Dah tak kan jumpa angka 4 kat depan dah woiiii hahahahahaha maleh aku. Still ideal je tak gemuk pun tapi risau lah jugak kalau terus bertambah cecah ke 60 pulak. Hmm nantilah fikir πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† adoi lah. 

       Jannah bakal masuk asrama tahun depan, tingkatan 1. Kat Mersing je pun. Memang plan tak sekolahkan jauh sangat. Senang nak datang jenguk hahaha. Ikutlah jejak langkah abah dan ummi yang masuk asrama di usia 13 tahun hehehe. 

      Apa achievement 2025? Hahaha takde yang boleh dibanggakan. Biasa je nyah. Tapi yang paling best aku boleh cakap, banyak sangat sampel percuma aku dapat sepanjang jadi SA (shopee affiliate). Yang mahal ada, yang murah ada. Ni paling boleh dibanggakan la hahahaha. Pokoknya rajin request hehehe. Pastu rajin buat konten video dan live. Bila ada yang terjual kita akan rasa berpuas hati dan gembira. 

     Ok lah woi aku stop dulu. Nanti bila-bila rajin aku tulis blog lagi hahaha. 

04 November 2025

Welcome to 4 series

 Assalamualaikum. 


Lama betul tak mengupdate belog ye. Jam segini (0015) aku belum tidur lagi. Mengenang nasib. Eh tiber sangat kah kah. 

Semalam 3 November birthday aku. Dah malam baru aku buka X (Twitter) dan nampak belon-belon berterbangan. Twitter sejak aku sign up dulu (2010) tak pernah gagal bagi belon berterbangan setiap kali birthday πŸŽ‚ aku hahaha. 

Lepas tu aku ss. Then tweet luahan perasaan sikit dengan ss belon tu. Pastu update status wasap pulak dengan ss belon2 tadi. 

Then aku post ss tu kat chatgpt. Ya aku perlukan 'seseorang' untuk berbual dan meluah perasaan. Aku menangis. Chatgpt pujuk. Betul2 faham apa yang aku rasa dan tau apa dalam hati aku. FYI aku jarang gila guna chatgpt ni. Sesekali je. 

Panjang juga boraknya hehe dan aku ss semua buat kenangan. 

Kadang rasa macam remeh je. Alah. Pasal tak ingat birthday je pun kenapa nak sedih sangat? Sebab aku sentiasa ingat birthday orang. Dan tak pernah gagal wish. Walaupun lambat ke tapi tetap wish hari yang sama melalui text wasap. Hmm kan aku dah mula sedih balik. 

Lebih2 lagi wish dari orang yang kita sayang. Soulmate kata orang. Tapi hampa. Tak ada ye. Sampai dah masuk 4hb pun ni. Entahlah bagi aku ni bukan benda kecil atau remeh. Aku tak minta diraikan. Aku tak harap diraikan. Aku tak harap surprise. Aku tak harap hadiah. Aku tak harap something special. 

Aku hanya mengharapkan sebaris ucapan

Selamat hari lahir 

Sanah helwah

Happy birthday

Tak perlu kata-kata puitis pun. Kalau tak lafazkan pun, cukup sekadar text wasap. Sticker wasap pun boleh. 

Tapi tak ada. Kecewa. Sedih. Rasa tak dipedulikan. Rasa terpinggir. Rasa tak dihargai. Rasa tak penting. 

Terlupa? Entahlah tak boleh terima alasan ni. I cannot. 

Kalau orang yang betul2 hargai, dah plan sebulan awal, seminggu awal. 

Anak-anak pun tak ada yang ingat. Tak apa lah mereka kecil lagi. 

Aku... Betul-betul rasa sedih yang mendalam. 

15 March 2025

Cita-cita Yang Dahulu

 Assalamualaikum. 

 

Hai you all selamat berpuasa. Dah pertengahan Mac 2025 baru nak hapdet blog ni hahah. Diam tak diam nak masuk 16 tahun dah ye usia blog aku ni (20 Mac). Kali ni aku cuma nak throwback je cerita dulu-dulu. Ajommm. 

       Tahun 2007. Aku teringat masa datang temuduga di MAINJ jawatan Pembantu Tadbir N17. Kelakar je bila ingat balik. Walaupun waktu tu aku ada diploma tapi aku mohon jawatan kelulusan SPM. Sebenarnya nak cari pengalaman pun ye. 


     Panel penemuduga terdiri daripada pegawai-pegawai MAINJ juga gred S41 (Pegawai Hal Ehwal Islam). Aku pun tak ingat ada ke tak KPP (Ketua Penolong Pengarah) masa temuduga tu. Abaikan yang itu. Aku cuma nak cerita antara dialog kami hahahaha. Belum cerita aku dah rasa nak gelak sebab macam poyo. 


      Antara soalan yang diajukan;

PP (Penolong Pengarah) : Kenapa awak mohon jawatan ni sedangkan awak ada Diploma. Jawatan ni taraf SPM je. 

Aku : Sebab yang dalam iklan cuma ada jawatan gred 17 je ustaz. InsyaAllah kalau ada buka jawatan yang setaraf kelulusan saya, saya nak mohon juga. 

Hahahaha punya lah poyos kan. Ok next. 

PP : Ok sebenarnya apa cita-cita awak? Maksudnya awak nak jadi apa? 

Aku : (dengan malu-malu tapi konfiden aku pun jawab) Sebenarnya cita-cita saya nak jadi Pegawai Hal Ehwal Islam. 

PP dan sesama PP yang lain : wahhh habislah kita. Tak boleh cari makan kita ni hahaha (sambil gelak nada gurau). 

Aku : hehehe. Tapi saya kena sambung belajar dulu lah dapatkan ijazah. Buat masa ini saya nak kerja dulu. Mungkin saya buat PJJ ke. 

PP : Bagus tu ada niat nak sambung belajar. 



Ok habis dialog. Hahahah. Aku dapat jawatan tu. Dan setahun kemudian aku memang betul-betul melanjutkan pelajaran. Tapi perancangan Allah itu lebih baik. Aku tak teruskan cita-cita aku tu. Bagi peluang kat orang lain lah hahahaha. 


Kalau korang dah baca blog aku ni dari dulu, pasti korang tau sebabnya apa hehehe. 

Habis belajar, balik Malaysia. Bertunang, berkahwin, mengandung, ada anak dan so on. Akhirnya menjadi surirumah sepenuh masa hehe. Selamat tinggal dunia pekerjaan office hour. Ahaaa gitu. 

18 December 2024

Hujung 2024

 Assalamualaikum. 

Aku tak pasti lah kalau ini entri terakhir untuk tahun 2024 ni hahaha. Niat dah post banyak lagi tapi tak berkesempatan. Sis cuba di kesempatan kali ini. Wah gitu. Hahah.

Aku kan dah beberapa bulan buat shopee affiliate. Jadi aku cuma nak story bagaimana aku boleh terjebak menjadi seorang SA (shopee affiliate).

Orang pertama yang bertanggungjawab membawa aku mengenal mengenai SA adalah zauji. Dia share video youtube seorang youtuber cerita pasal affiliate. Tajuknya lebih kurang begini, 'daftar affiliate shopee dan jana pendapatan hingga RM3000 sebulan'. Gempak dan menarik untuk ditonton sebab orang nak tahu bagaimanakah caranya. 

Long story short. Aku daftar SA dan mula membaca serta memahami semua kempen yang ada. Yang buat aku tertarik cuma yang kena buat SAT (stream a thon) tu je lah yang macam youtuber tu cerita kat youtube dia. Sebab aku punya shopee aku daftar sebagai akaun penjual, jadi aku memang dah ada butang livestream. Dulu masa tahun 2021 aku memang aktif buat live jual baju-baju preloved je. Aku belum daftar SAT lagi awal-awal tu. Aku buat livestream biasa je masukkan item yang aku ada sample je kat rumah termasuk la produk bidara zauji. Ada orang beli juga. Ada fungsi dashboard untuk tengok data jualan (gmv), klik, tontonan dan lain-lain. Dulu masa 2021 tak ada benda tu hahahaha. Zauji pulak banyak bagi link kat aku untuk dia klik dan beli barang niaga dia. Esoknya tengok kat conversion dan performance ada komisen masuk. Wahh. Best. Tapi sekejap je ada. Petang atau malamnya mesti jadi 0 dibatalkan. Esok dan lusanya pun sama, pagi ada komisen, petang 0. Barulah kami sedar memang tak boleh serumah/ alamat sama/ ip address sama. Komisen akan dibatalkan. Dulu aku tak tau istilah fraud dan macam-macam terma lagi. Dah beberapa bulan jadi SA baru aku tau.

So aku stop jual produk zauji, aku buang daripada beg oren dan aku unlike semua. Khuatir boleh kena ban akaun pulak kang hahahaha. 

20.5 baru aku daftar SAT. Waktu dah tersebar cerita tak best yang bonus reward SAT shopee tak bayar kepada SA! SAT Mac. Tapi aku teruskan je cuma tak dapat 30 hari la. So tamat 20.6 tu aku pun stop buat live dan rehat kejap. 

Julai aku start join kempen Fesyen Butik sebab ganjaran lagi besar dan tak kira jumlah order. Julai juga pertama kali bil aku masuk dan paling tak sangka aku dapat reward SAT RM900. Happy gila campur terharu. 

Pendekkan cerita lagi Fesyen Julai aku dapat ganjaran penuh RM2000. Ogos aku teruskan Fesyen dan dapat reward 980 sebab aku tak buat full. September Fesyen dapat 1380 reward. Oktober Fesyen dapat full RM2500. Then November aku dah tak layak join kempen live sebab dah ada manager. So mengharap komisen je. Aku ada join juga kempen shopeehaul post & win dan misi video. Bolehlah tambah sikit-sikit income walaupun tak dapat banyak macam masa kempen Fesyen. 


Bersambung part 2 haha

22 November 2024

Rebel Tapi Masih Hormat Cikgu

 Assalamualaikum. 


     Hahahahahaha entah apa-apa lah tajuknya pun. Saja nak mengimbau kenangan silam lagi ketika zaman sekolah menengah. 

   Seperti yang aku pernah cerita dulu-dulu kat blog ni yang aku mula duduk asrama sejak umur 13 tahun. Sekolah berasrama penuh la kiranya. Bukanlah SBP sekolah full kerajaan pusat tu tapi under kerajaan Johor je. Abah ler tu yang beria nak masukkan aku ke SMA dan aku pun akur. Haha.

     Aku dulu zaman sekolah antara murid/ pelajar yang dikenali guru-guru yang mengajar aku. Bukan sebab aku budak pandai dan rajin tapi sebab nakal + degil + rebel sikit. Bukan spesis budak baik dan taat la. Kadang-kadang ada buat hal langgar peraturan sekolah dan asrama. Biasalah remaja baru nak naik. Aku yang memilih untuk jadi seperti itu hehe. 

     Kalau dalam kelas, selalu juga nama aku kena panggil/ sebut oleh cikgu, ustazah dan ustaz. Tidaklah popular sangat tapi lebih dikenali berbanding yang tak pernah buat hal hahahaha. Yang tahu je tahu. Ahaks.

      Tapi, rebel macam mana pun kami zaman dulu tu, tetap hormat cikgu tau dan tak pernah melawan guru. Kalau kena marah ke apa ke tetap diam dan angguk-angguk je. Dah memang kita buat salah, wajarlah dimarah atau didenda kan? Kita terima je hukuman. Walaupun pernah je rasa macam dimalukan di khalayak ramai (di hadapan pelajar lain) tapi aku tetap cool dan tidak menyimpan dendam. Kita fahamlah guru itu nak mendidik kita supaya lebih berakhlak mulia dan menjadi insan berguna di masa akan datang.

    Aku ada beberapa geng yang sama rebel dan nakal dan kami sekelas masa form 4 dan form 5. Pernah sekali tu kami pergi outing. Aku beli komik dan majalah. Dulu-dulu kan ada macam kiosk tertutup yang ada mesin boleh ambil gambar dan terus siap tu. Aku lupa lah apa namanya. ---------

Ok aku dah google namanya Purikura. Hahahahaha tahun 2024 ni aku baru tau nama mesin tu. Kiranya lepas mesin tu ambil gambar, terus automatik print keluar gambar-gambar kita. Saiz kecil je macam saiz gambar passport tu tapi banyak. Berapa ringgit kena cas pun aku tak ingat tapi murah je. So balik outing lewat sikit tapi masih belum lebih pukul 6 petang. 

Lepak-lepak, baring-baring sambil baca komik sampai ponteng pergi musolla. Tertidur kat dorm. Tak sangka plak ada MPP buat spotcheck. Habis kena rampas semua barang haram aku baru beli (komik dan majalah). Aduh spoil. Kisahnya dalam komik tu terselit la gambar purikura aku dan member aku. Maka dengan tebal mukanya, malam tu lepas habis prep malam kami pun ketuk pintu rumah warden. Cuma nak minta balik gambar kami je. Benda haram yang dirampas tu lantak situ hahahaha. 

Guess what? Cikgu kami (warden) minta izin nak simpan 2 keping gambar kami. Aku dan member aku saling berpandangan lepas tu angguk cakap, boleh cikgu. Kah kah kah. Tak sangka lah cikgu nak simpan gambar kami anak nakal ni buat kenangan. Auchh.

Now dah berpuluh tahun berlalu hehehe. Lawak je bila teringat. 

23 March 2024

Pernah Disindir Kerana Sentiasa Bertudung Bila Balik Kampung

Assalamualaikum.


    Selamat berpuasa. Amboi tajuknya kemain panjang macam headline berita online kah kah kah. Kali ini aku saja nak mengimbau kenangan dahulu kala lah sempena bulan puasa dan raya yang bakal tiba nanti.

    Sinonim lah bila raya Aidilfitri je mesti balik kampung kan. Ini cerita masa aku remaja lah dulu. Sejujurnya aku mula bertudung sentiasa siang dan malam bila pulang ke rumah atuk, sejak aku umur aku 13 tahun atau dah sekolah menengah. Aku baligh umur 14 tahun. Awalnya aku terinspirasi dengan kakak sepupu sebelah abah yang sentiasa bertudung bila balik rumah atuk. Aku tahu dan faham tentang batas aurat tu sejak sekolah rendah lagi sebab ada belajar kat sekolah agama dan abah pun tegas. Tapi aku macam ragu-ragu nak mula pakai tudung. Lagipun aku belum baligh lagi waktu tu so aku ingat konon nak tunggu baligh (datang haid) la hihi.

    So umur 13 aku pun dah masuk sekolah menengah agama, dah semakin yakin dengan keputusan aku untuk sentiasa bertudung bila kat kampung. Dulu-dulu pun balik kampung setahun sekali je kan masa raya tapi agak lama lah hampir seminggu untuk dua-dua kampung belah mak dan abah. Bila balik rumah atuk belah mak, aku seorang sahaja yang pakai tudung setiap masa. Mak aku masa tu pakai serkup je hehe. Kiranya aku dah memecah tradisi gitu. Agak janggal pada mulanya tapi aku buat biasa je. Tapi takde lah sesiapa tanya kenapa asyik pakai tudung je hahaha. Diorang fikir sebab aku sekolah Arab (agama) kot dah terbiasa asyik bertudung je so terbawak-bawak bila kat kampung. Aku agak je lah hahahaha.

     Sebenarnya kesedaran nak pakai tudung sentiasa tu sebab aku dah tahu batas aurat dengan lelaki ajnabi. Itu je. Tinggal lagi aku tak pakai stoking je la. Aku tahu aku dah tak boleh free hair depan sepupu lelaki dan bapa saudara 'mendatang' iaitu ipar kepada mak dan abah (menantu-menantu lelaki kepada datuk-datuk aku). Aku tahu ni sejak umur 11-12 tahun. 

   Beberapa tahun berlalu dan adik-adik aku pun mula ikut pakai tudung macam aku. Kalau balik kampung sebelah abah kami ada geng sepupu perempuan yang dah besar agak ramai jadi tak ada rasa janggal walaupun mak-mak kami tak pakai tudung litup macam kami hahaha. Tapi bila balik kampung belah mak, cuma kami je cucu perempuan yang dah besar, yang lain kecil lagi. 

   Sampailah ada satu tahun kami balik beraya masa tu, umur aku pun dah awal 20-an dan dah masuk IPT. Masa tu rumah atuk belah mak dah renovate besar-besaran. Bahagian depan je tinggalkan papan dan struktur asal. Bahagian belakang dah tukar batu semua. Aku pun tak berapa ingat isu apa waktu tu kecoh-kecoh sampaikan ada salah seorang ibu saudara (mendatang) aku cakap macam ni...

"Fairus doakan ye bibik (ibu saudara dalam bahasa Jawa) pakai tudung je sentiasa macam awak. Sekarang belum lagi."

   Aku agak terpinga-pinga waktu tu tapi aku angguk je sambil senyum.

    Sebelum itu lagi mereka ada berbalah pasal buat kerja rumah dan tolong memasak. Dan salah satu ayat yang aku ingat...

"Walaupun aku tak pakai tudung tapi aku tolong masak, menyapu, buat kerja rumah."

  Entah nak perli aku pemalas ke apa tak tau lah tapi aku buat tak tau je masa tu hahahaha. Tak pakai tudung tu maksudnya tak pakai sentiasa lah, kalau keluar atau beraya dia pakai je tudung hahah. Cuma bezanya aku dan adik-adik aku ni dalam rumah atuk pun pakai tudung. Mentaliti orang kita biasalah pakai tudung bila bersiap nak keluar rumah je. Dalam rumah atau kat laman rumah pun tak pakai tudung.
Aku anggap mereka cuma kurang kefahaman agama dalam bab menutup aurat bagi wanita, dengan siapa perlu tutup aurat, dengan siapa yang boleh tak pakai tudung.

     Bab bersalaman pula aku mula tak bersalam dengan bapa saudara mendatang bila aku dah masuk IPT. Masa sekolah menengah, orang hulur tangan aku sambut juga dalam keadaan terpaksa sebab tak nak orang tu malu kalau aku tak salam tangan dia. Tapi bila dah besar sikit aku dah mula tegas dan tetap pendirian. Aku sendiri akan mengelak dari bersalaman. Kalau dah hulur tangan, aku cuma tunduk hormat. Bukan tak beradab bila tak berjabat tangan tu, tapi agama adalah lebih utama ye daripada adat. Lantakkan orang nak mencemuh dan mengutuk, orang itu jahil. Jahil bermaksud tidak tahu. Mereka tidak tahu tidak boleh bersalaman dengan orang tertentu iaitu yang bukan haram nikah.

    Baru-baru ini pakcik aku ada post gambar iftar beramai-ramai di rumah atuk belah emak. Sejuk hati aku tengok sepupu aku yang perempuan semua pakai tudung waktu duduk tunggu buka puasa. Mereka ni dulu kecil lagi waktu aku remaja dan awal 20-an. Kira baya adik-adik aku yang umur 20-an sekarang. Aku pulak dah hujung 30-an hahahaha πŸ˜†. 

    
      Ingat, pakai tudung bukan sebab nak tunjuk kita ni baik tapi sebab kita patuh suruhan Allah.
    


04 February 2024

Ayat 'Halalkan Susu' Tak Patut Digunakan

Assalamualaikum.

     Masih Entri mak-mak dan keibubapaan gitu. Beberapa tahun kebelakangan ini kerap lah terbaca istilah 'halalkan susu'. Contoh ayat, "ibu halalkan susu ibu", "mama halalkan susu mama untukmu anak". Boleh ke kita manusia lemah ini cakap macam tu? Mari kita kupas.

 Kebiasaannya ayat 'halalkan susu' ini digunapakai oleh ibu-ibu yang kematian anaknya tak kira lah ketika masih bayi atau pun dah besar. Aku rasa jengkel gila bila baca dan langsung tidak bersetuju. Kenapa mesti nak buat ayat halalkan susu? Bukan kah setiap ibu tak ada hak pun untuk 'mengharamkan' susu badan masing-masing kerana itu adalah kurniaan Allah dan memang tanggungjawab seorang ibu menyusukan anak nya?
Ewah, suka hati kau je ye nak halal haramkan susu ibu yang asalnya adalah kepunyaan Allah dan bukanlah kita ibu-ibu ni yang menghasilkan sendiri susu badan tu. Macam ni lah ye. Bila anak itu dah kembali kepada pencipta-Nya (meninggal dunia), hanya perlu redha dan mendoakan. Tak perlu nak bermadah pujangga halalkan susu bagai tu. Susu ibu itu tak pernah jadi haram pun, sentiasa halal. Kita ni manusia tidak layak untuk memandai-mandai nak haramkan susu (kononnya). Entah siapalah manusia bodoh yang mula-mula sekali mencipta frasa 'halalkan susu' ni? Maaflah kasar bahasa tapi tolonglah jangan digunakan lagi frasa tersebut. Seolah-olah kau 'mencabar' kekuasaan Allah yang Maha Besar yang merupakan 'Pemilik asal' susu ibu. Semat dalam otak, Allah yang membuat dan menghasilkan susu ibu, bukan terhasil sendiri. Semua Allah yang izinkan susu itu terhasil. Kita ini cuma hamba Allah yang lemah dan langsung tiada kuasa. Susu ibu juga hak anak. Yang kau kalut nak halalkan haramkan susu tu dah kenapa? Tolong sedar diri.

31 December 2023

Bukan Ulat Buku

Bukan Ulat Buku 

 Assalamualaikum. 

   Hai semua. Sempena hari terakhir tahun 2023 ni, aku wajib post satu lagi entri. At least ada la dua post kat blog aku ni untuk tahun 2023 hahahaha. Cerita hari ni lebih kepada mengimbau kenangan silam gitu.

   Masa aku sekolah rendah dan menengah. Dulu-dulu jarang balik kampung rumah atuk. Balik pun setahun dua kali je, Aidilfitri dan Aidiladha, atau ada bapa saudara dan ibu saudara yang nak kahwin. Adik-adik mak atau adik-adik abahlah maksudnya tu. Abah anak sulung, mak anak kedua. Aku ada satu tabiat bila setiap kali balik rumah atuk belah mak. Aku akan cari bahan bacaan suratkhabar dan majalah untuk aku baca. Tapi yang aku baca tu pasal artis dan hiburan je hahahaha. Sampaikan makcik-makcik aku gelar aku ulat buku. Aku rasa tak sesuai dan tak layak digelar ulat buku tu sebab aku bukan baca buku pelajaran hahahaha. Waktu itu, definisi ulat buku bagi aku adalah bahan bacaan ilmiah dan yang berkaitan matapelajaran di sekolah sahaja. Yang aku baca kat kampung tu pasal artis, takde faedah langsung hahahaha. 

    Biasalah anak-anak muda zaman tu kan suka beli majalah hiburan atau majalah komik. Zaman pakcik dan makcik aku masih bujang la kiranya. Majalah Ujang, Media Hiburan, URTV, Variapop, Wanita, Mingguan Wanita dan macam-macam lagi majalah. Semua aku baca. Dulu waktu kecil bukan aku tolong kat dapur ke buat kerja rumah ke so cucu-cucu ni samada main kat luar atau dalam rumah cuma bersembang dan tengok tv. Aku dengan aktiviti aku yang suka membaca tu hahahahaha konon.  

   Kalau dah habis baca majalah, aku siap korek suratkhabar lama yang dah bersusun untuk aku baca mana yang aku suka je hehe tapi lepas tu aku kemas balik la. Bila nampak aku sampai mencangkung lain, duduk lain mencari bahan bacaan, makcik aku pun bersuara, "haa ulat buku dah sampai.." Pastu aku pun senyum-senyum je la diam tak cakap apa-apa haha.  

   Bila balik rumah atuk belah abah pun sama, sanggup aku cari dan korek suratkhabar lama nak cari berita artis dan hiburan. Cuma bezanya rumah atuk belah abah tak ada majalah-majalah. Ya, aku satu-satunya cucu atau anak saudara yang berperangai macam ni hahah. Sanggup selongkar dan cari suratkhabar lama yang bersusun untuk aku baca. Kah kah. Tapi kalau orang tengok aku membaca tu memang tekun habis hahahahaha padahal baca pasal artis dan hiburan je. 

      Kalau aku betul-betul ulat buku mestilah aku bawak buku-buku pelajaran balik kampung untuk dibaca tapi mana ada. Balik kampung untuk bercuti bukan nak ulangkaji pelajaran. Hahah. Nak kata sekolah pandai sangat pun tidak. Biasa-biasa je. Masa sekolah rendah la ala-ala budak pandai, masuk sekolah menengah dah jadi tahap sederhana je. Keh keh.

21 December 2023

Suara Wanita dan Aurat

 Assalamualaikum. 

Kembali lagi kita berdiskusi. Amboi. Ini diskusi seorang diri tanpa orang kedua atau orang ketiga. Hahahaha.

Dalam posting yang lepas, aku ada tulis yang aku kurang gemar atau kurang berkenan dengan daie muslimah. Bukan bermaksud aku tidak suka atau benci ye hahah. Aku tetap beri sokongan tapi aku lebih suka yang tidak terlalu nenonjol keluar di media massa dan media cetak.

Ada lagi yang aku tak suka. Ini direct memang aku tak suka. Bukan kurang berkenan atau kurang suka lagi. Apakah itu?

Penyanyi nasyid wanita atau penyanyi wanita yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan dan keagamaan. Tak kisahlah berkumpulan atau solo. Termasuk yang mengalunkan selawat, zikir, puji-pujian bagi Allah dalam Bahasa Arab. Ya, aku tidak suka dan agak anti ye dan mungkin sampai ke tahap benci. Bunyi aku terlalu prejudis tapi aku cuma kongsi pendapat aku sahaja. Bukan semestinya aku betul.

Kenapa aku benci? Sebab suara wanita itu AURAT. Boleh jatuh haram. Yelah kalau dah menyanyi tu mestilah suaranya merdu dan orang yang mendengar terasa dibuai-buai (lelaki pula tu yang mendengar). Niat tidak menghalalkan cara ye walaupun nak ajak orang berselawat, berzikir dan so on tapi PEREMPUAN TIDAK PERLU buat benda itu. Full stop!

Cukuplah hanya penyanyi atau penasyid lelaki sahaja mengalunkan suara mereka untuk lagu-lagu ketuhanan, lagu keagamaan, lagu selawat, lagu zikir dan sebagainya. Perempuan tak payah.

Aku bukan nak cerita pasal penyanyi wanita bertudung yang menyanyikan lagu-lagu pop dan bukan nasyid. Itu lagilah tak boleh tapi lantak situ sebab mereka bukan nyanyi lagu nasyid, zikir dan selawat. Yang aku paling menyampah bila perempuan nasyid selawat, zikir, nyanyi lagu ketuhanan dalam Bahasa Arab dengan suara merdu dan lunak. OMG aku benci. Lebih aku benci bila orang lelaki suka dengar nasyid yang dinyanyikan perempuan. Terus teranglah aku cakap, penyanyi wanita Indonesia yang ramai mengalunkan lagu-lagu nasyid dalam Bahasa Arab. Ada banyak di youtube dan spotify. Maaflah aku tak kenal dan tak tau nama pun tapi yang pasti berasal dari negara seberang.

  Yang orang lelaki pun kalau nak dengar nasyid ke zikir ke selawat ke, dengarlah yang memang penyanyi lelaki punya. Apasal kau gedik nak dengar suara penyanyi wanita? Kau gatal ke? Hahahaha. Entahlah aku rasa jijik pulak dengan jejantans yang bajet bagus konon dengar lagu nasyid je atau alunan zikir dan selawat, tak dengar lagu-lagu lagha kononnya tapi suka dengar suara penyanyi wanita??? Baiklah kau dengar mengaji Al-Quran la lagi bagus daripada kau dengar suara merdu orang perempuan menyanyi. Duhhh.

     SUARA PEREMPUAN ITU AURAT

Sebab itu aku tak nak jadi daie sebab suara itu aurat. Suara aku bukanlah jenis lembut dan manja pun, biasa je, kalau bercakap biasa ni bunyi kasar je. Takpe lah, cukuplah kelas Quran dengan golongan mak-mak (nenek-nenek) yang aku buat kat rumah je. Dah tentu2 semua perempuan. Tapi buat masa sekarang aku dah stop kan kelas sementara sampai baby umur setahun baru on semula.

   Come on, aku bukanlah muslimah solehah, tapi kita berusaha menuju ke arah itu. Aku bukanlah baik sangat kalau istilah senang faham hehe tapi aku ada prinsip dalam hidup. Prinsip untuk memelihara kaum wanita dengan sungguh-sungguh termasuk bab suara. Bukan sekadar pakaian menutup aurat dengan sempurna sahaja. Aku memang tidak menyokong (malah benci) dengan perbuatan wanita muslimah yang menyanyi lagu berunsur ketuhanan atau nasyid, dan suara mereka pula didengari di seluruh pelusuk alam. Oh No. Pernah dengar ke isteri Nabi atau isteri sahabat berdakwah dengan menyanyi? Berdakwah melalui nyanyian harus je hukumnya tapi bukan penyanyi wanita! Tak boleh. Boleh jatuh hukum haram pula kalau terlalu mendayu-dayu sampai rasa 'lazat' di telinga orang lelaki. Kalau aku dapat CD free orang perempuan nyanyi nasyid, selawat dan zikir merdu mendayu melentok, nescaya aku tong sampahkan aje. 

Salah satu cara eksploitasi wanita inilah dia, jadikan dia penyanyi lagu nasyid, dalam Bahasa Arab pulak tu kan. Simpanlah suara merdu anda itu tak perlu diperdengarkan di khalayak. 

Habis tu macam mana pula dengan musabaqah tilawah al-Quran tu? Ada peserta wanita, ada pertandingan dan ada hadiah lagi. Hmm, secara jujurnya aku kurang suka dan kurang setuju dengan penyertaan muslimah. Tapi yelah siapalah aku untuk membantah. Wah gitu. Pendirian aku tetap sama, suara wanita itu aurat. Tak perlu diadakan pertandingan untuk wanita juga. Ini bagi pendapat aku je tau. Aku tak paksa orang lain setuju dengan aku. Dan aku hormat je pendapat orang lain.

Jadi kepada kaum lelaki, dah boleh tinggalkan lah hobi suka dengar nyanyian nasyid penyanyi wanita yang bersuara merdu itu. Carilah lagu nasyid atau zikir atau selawat yang dinyanyikan penyanyi lelaki. Bertaubat lah woiii haha.


10 October 2022

Aku Ini Biasa-biasa Sahaja

 Assalamualaikum. 

Amboi rajin pula menulis kat blog ye semenjak dua menjak ni. Bukan satu blog malah dua blog. Dia memang kalau tiba-tiba terlebih rajin, beginilah jadinya. Hahaha.

Hampir 9 tahun aku telah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bermaksud tidak bekerja professional atau tidak professional. 

Kadang-kadang bila berbual dengan sesiapa yang tidak mengenali aku sejak kecil atau sejak zaman belajar, bila ditanya dulu belajar sampai mana, bila aku cakap sampai Mesir, orang terkejut campur kagum. Sebab aku cuma suri rumah. Bukan nak merendahkan suri rumah tau, cuma orang tertanya kenapa tidak bekerja professional dengan kelulusan yang ada. Sayangnya lah orang macam aku tidak berbakti untuk bangsa, agama dan negara kononnya haha. Sekurang-kurangnya jadilah cikgu ke ustazah ke yang mengajar di sekolah.

Let's flash back. Tak ada yang tahu pasal ini melainkan ahli keluarga aku haha. Dulu masa aku masih sekolah menengah dan kemudian masa buat diploma, abah pernah beberapa kali kata nak aku jadi macam Ustazah Datuk Mashitah Ibrahim (dulu belum ada gelaran datuk lagi masa aku sekolah dan diploma). Abah nak aku jadi penceramah bebas la. Keluar TV bagai. Sana sini orang panggil bagi ceramah agama. Sebab itu abah bersungguh masukkan aku ke sekolah menengah agama, lepas tu masuk Marsah. Betapa tinggi sungguh impian abah. Dan yang paling diulang-ulang yang terngiang-ngiang di telinga dan dalam ingatan aku, ayat abah berbunyi begini,

"Nanti orang sana panggil kau ceramah, orang sini panggil kau. Bukan lama pun, paling lama sejam setengah. Nanti kau nak balik, dia (penganjur) bagi envelop, dalamnya berisi RM200, RM300 atau mungkin lebih. Bercakap sejam je kau dah dapat 2, 3 ratus. Kerja senang."

Bunyi macam abah mata duitan pun ada hahahahahaha.

Aku hanya angguk-angguk tapi dalam hati berkata aku tak mahu hahahaha. Aku bukan jenis suka terampil di hadapan audiens. Aku suka belakang tabir je. Lagipun aku ada gemuruh, gementar dan gagap bila bercakap lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Aku tidak layak untuk menjadi penceramah bebas.

Lagipun sejujurnya aku kurang berkenan bila wanita terlalu terampil dan beri ceramah sana sini. Bagi aku itu kerja orang lelaki. Perempuan kalau nak berdakwah, biar sesama perempuan sahaja. Tidak perlu sampai keluar TV yang semua orang termasuk orang lelaki boleh tengok wajah anda. Ini kerana sesungguhnya perempuan itu adalah 'fitnah'. Selangkah sahaja seorang perempuan itu keluar dari rumah, maka terjadilah 'fitnah' itu. Sebab itu perempuan digalakkan pakai purdah atau niqab. Susah nak explain pasal ini tapi cukuplah aku dengan pendirian aku agar tidak menjadi terampil di hadapan orang ramai yang bercampur lelaki dan perempuan. Jadi itulah alasan aku yang paling kuat, aku tidak dapat menjadi seperti yang abah nak. Tapi aku tak cakap la alasan aku ini kat abah. Hehe. Cumanya perjalanan hidup aku yang Allah dah atur, selepas berkahwin dan selepas Jannah berumur setahun, aku berhenti kerja dan hanya menjadi suri rumah sahaja. Bekerja santai dengan syarikat suami. Itu sahaja. 

Alhamdulillah.  Walaupun sedikit ilmu yang aku ada masa zaman belajar dulu tidak dapat disampaikan kepada orang lain (maksudnya aku tidak menjadi seorang cikgu/ ustazah/ pensyarah yang mengajar), cukuplah menjadi amalan untuk diri sendiri dan ajar anak-anak je, haha.

Lagipun aku dah semakin 'tersasar jauh' sekarang ini. Banyak dengar lagu lagha, baca cerita gossip, dah lama tak mengaji, dah lama tak mengulang hafalan. Loser betul rasanya. Nak dapatkan kembali 'roh' dekat dengan Al-Quran itu payahnya lah. Terlalu disibukkan dengan urusan dunia. Aku masih mencari arah dan roh itu. Aku kena usaha lebih dan kena mulakan dari sekarang.

Tapi menulis tetap menulis hahaha. Menulis ni kan sejenis terapi untuk diri aku sendiri. Menulis blog means menaip la jangan lurus sangat boleh tak hahaha πŸ˜†. 


09 October 2022

Anak Tantrum Duduk Atas Baby Chair

 Assalamualaikum. 

Jap tajuk tu aku tak tau nak susun ayat macam mana, harap-harap maksudnya sampai lah hahahahaha.

Minggu lepas aku terbaca kat berita online pasal seorang bayi berumur 2 tahun maut terjatuh dari kerusi bayi dan kepalanya terhentak. Aduhh ngeri sungguh. 

Ringkas kejadiannya begini. Satu keluarga ni sedang menikmati makanan kat kedai makan. Anak yang paling kecil duduk kat baby chair. Itu biasalah. Tiba-tiba anak itu tantrum dan hilang kawalan lalu menendang-nendang meja lalu kerusinya tertolak dengan kakinya dan terjatuh ke belakang. Bila jatuh tu kepalanya terhentak le lantai. Anak kecil itu menangis dengan kuat sekejap lepas tu terus senyap. Ibu bapanya terus hantar ke hospital terdekat. Hasil pemeriksaan mendapati anak itu telah meninggal dunia. Tragis kan.

Tak boleh nak salahkan sesiapa. Benda pun dah jadi. Jadikan pengajaran dan peringatan untuk ibu papa dan penjaga seperti kita agar lebih berhati-hati.

Jadi aku rasa terpanggil untuk beri beberapa tips bila kita yang masih ada anak kecil ini makan di kedai makan, dan baby duduk di kerusi bayi.


Tips 1

Pastikan ibu atau bapa duduk betul-betul sebelah baby chair. Jangan jauh-jauh. Sekurang-kurangnya bila anak mula tantrum dan tidak terkawal, kita ada di sebelah untuk menenangkannya. Samada ambil dia bawa keluar daripada kerusi bayi, ataupun pegang kuat-kuat kerusi bayi sambil pujuk anak, ataupun beri sesuatu mainan ke makanan ke untuk dia bertenang. Macam aku sendiri aku memang pegang kerusi bayi itu samada belakang (tempat sandar) atau mejanya. Contoh tangan kiri aku pegang kerusi bayi, tangan kanan aku suap makanan ke mulut aku. Ha gitu multitasking. Sebab ada juga setengah ibu bapa yang duduk agak jauh dengan kerusi bayi. Contoh meja segiempat tepat, kerusi bayi di sisi lain, kerusi ibu bapa di sisi lain. Tak duduk sebelah menyebelah.


Tips 2.

Pilih meja makan yang dekat dengan dinding. Tengok kedudukan meja makan di restoran yang kita singgah. Kalau nak guna kerusi bayi, letak kerusi bayi dekat dengan dinding. Jadi kalau bayi menendang-nendang meja, kerusi bayi hanya tertolak ke dinding sahaja. Tak ada risiko jatuh. Pun begitu, ibu bapa mesti duduk bersebelahan dengan kerusi bayi (sama seperti tips 1).


Tips 3

Pemilihan kedai makan. Cuba elakkan makan di kedai makan yang terlalu lama nak siapkan makanan yang kita order. Tak kisahlah sedap macam mana pun kedai tu, kalau bawa anak kecil, lebih baik tak payah makan di situ kalau terlalu lama menunggu makanan siap. Ada kedai yang dekat satu jam baru siap. Setengah jam pun dah dikira lama. Anak-anak kecil ni cepat bosan dan mulalah nak mengamuk bila lama sangat duduk dalam kerusi bayi. Hujung-hujung nanti kita pun stress sendiri, nak makan pun boleh hilang mood dengan anak tantrum lagi, dah la makanan lambat siap. 


Tips 4 

Kena pastikan anak kecil cukup tidur dan segar, tidak dalam kepenatan. Kita lebih kenal anak sendiri bila masa dia rasa tak selesa, bila dia rasa tak tentu arah, bila dia rasa nak mengamuk. Emosi bayi dan anak kecil juga penting untuk dijaga bila kita bawa dia keluar.


Setakat ini sahaja tips mudah yang aku boleh bagi. Kalau ada tambahan, aku akan update kemudian. Sekian daripada aku, ibu kepada 4 orang anak hehehe.

28 September 2022

Batuk Yang Berpanjangan

 Assalamualaikum. 

   Baru ni tadi aku scroll FB terbaca satu post kat group KSR (Kami Suri Rumah) tanya ada tak sesiapa pernah batuk yang sampai termuntah. Katanya dah makan bermacam ubat dah pergi klinik pun masih tak baik-baik lagi batuknya.

Bila aku baca komen, ramai rupanya yang ada pengalaman yang sama. Batuk berpanjangan berbulan-bulan. Ada yang sampai 6 bulan. Ada yang siap buat xray paru-paru lagi, jumpa pakar. Ada juga yang bagi tips elak duduk dalam aircond, jaga makan, jangan makan makanan yang boleh trigger batuk.

Sebenarnya aku pun baru je melalui fasa batuk berpanjangan hari tu. Aku tak ingat bila waktu yang tepat aku mula batuk. Rasanya lepas raya Aidilfitri. Ada la dalam 3 bulan atau lebih barulah aku betul-betul sembuh dan batuknya hilang terus.

Ada waktu paling teruk batuk aku hari tu hampir sebulan ye aku tak boleh tidur malam. Masa tu ada demam juga sekejap. Tengah malam je aku terjaga dan terbatuk-batuk. Gatal sangat tekak. Aku stand-by kat sinki. Keluarkan kahak dan kadang-kadang sampai termuntah. Biasanya dah keluar kahak, hingus pun ikut keluar. Hidung berair, mata berair. Tisu berpaket-paket, berkotak-kotak aku guna untuk lap hingus. Aku hanya mampu duduk dan merenung nasib hahahaha.  Nak baring pun tak boleh sebab hidung tersumbat. Lamalah duduk je berjam-jam. Kadang sambil main handset. Kadang-kadang sampai subuh aku tak tidur. Siangnya aku akan tidur antara pukul 9-12 tengahari. Dapat dua jam pun dah memadai. Waktu siang pun bila batuk teruk tu datang memang terus ke sinki atau bilik air la. Buang kahak dan kadang-kadang termuntah sekali. Habis keluar semua makanan yang baru makan sebelum itu. 

Aku tak ada makan ubat langsung. Madu pun aku tak makan. Sebab?

Dulu masa akhir 2017 masuk 2018 pun aku pernah kena batuk yang berpanjangan. 4 bulan aku 'menderita' batuk tak baik-baik. Bermacam ubat batuk aku telan, madu campur lemon, madu sahaja. Masih tak hilang ye batuk aku. Last2 aku tak makan apa-apa dah. Then batuk aku hilang sendiri tanpa aku sedar bila. Hahaha. Sakeng lama sangat batuk sampai tak sedar ehh dah sembuh lah, dah tak ada batuk lagi. Sama lah yang masa tahun 2022 ni. Tak perasan bila entah dah hilang batuk. πŸ˜†. 

Itulah ceritanya perihal batuk yang berpanjangan. Itu normal. Aku buat kesimpulan memang kuman tu degil dia nak duduk kat tekak berbulan-bulan sampai dia jemu baru dia pergi. Haha. Itu yang segala jenis ubat batuk ke, antibiotik ke semua tak jalan. 

Aku boleh cakap yang sebenarnya badan kita akan heal sendiri dengan izin Allah. Dah memang Allah dah tetapkan kau akan batuk selama sekian-sekian bulan dan akan sembuh sendiri. Kiranya salah satu ujian Allah untuk hambanya. Alhamdulillah kita boleh lepasi ujian itu. Aku percaya badan kita sendiri mampu melawan virus ke kuman ke walaupun tanpa bantuan ubat. Tak apa nak ikhtiar makan itu ini tapi tetap yang beri kesembuhan hanya Allah sahaja. Ia berbalik kepada keyakinan kita sendiri bahawa Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Menyembuhkan segala penyakit.

Bila ada orang tanya tips nak hilangkan batuk? Sekarang aku akan jawab, biar je nanti baik sendiri. Tapi lama lah nak tunggu baik tu. Kena banyak bersabar. Kekeke. 

21 August 2022

Almarhum Ujang Samudera

Assalamulaikum.

Sebenarnya entri ni dalam draft tahun 2017. Masa tu aku tak sambung tulis sebab dah beberapa bulan berlalu dan cerita macam dah basi hahaha. Tapi sekarang dah lebih 5 tahun berlalu, aku rasa nak sambung dan teruskan menulis pasal Ujang Samudera ini.

Lagu Salam Sejahtera adalah salah satu lagu popular kumpulan rock kapak Samudera yang boleh kata semua orang tahu dan boleh menyanyi bersama bila lagu berhantu itu dimainkan. Tapi bukan semua orang kenal dengan vokalisnya termasuklah aku lima tahun lepas. Hanya selepas kematiannya barulah aku tau, ohh namanya Ujang. Tapi perihal kematian pun aku tak tau jugak pada awalnya. Aku tau pun daripada youtube masa tu tular Usop Mentor Millenia nyanyi lagu Titian Hasrat. Kebetulan masa episod tu aku terlepas tak dapat tengok.
Usop jadi asbab aku dan ramai lagi warganet mencari dan mendengar semula lagu-lagu Samudera yang dulu-dulu. Dan masa baca komen barulah aku tahu vokalis asal Samudera dah meninggal dunia.

Yang teramat tragisnya kematian Ujang ni yang membuat semua orang bersimpati ialah sebab dia mati seorang diri di rumah dan lepas 6 hari baru orang dapat tau. Itupun sebab ada seorang rakan sekerjanya rasa tak sedap hati dah 6 hari Ujang tak datang kerja, so kawan ni pergilah rumah Ujang. Bila sampai je dah terhidu bau busuk. Kawannya tu terus call polis dan ahli keluarga angkat Ujang. Mayat Ujang ditemui berulat dan mula mereput. Sungguh menyayat hati.

Kenapa aku beria nak tulis cerita pasal Ujang ni? Sebab paling utama ialah kejadian berlaku di negeri aku iaitu Johor. Arwah menetap di Felda Palong Timur, Batu Anam, Johor bersempadan dengan Negeri Sembilan. Ujang orang Johor rupanya. Pastu satu daerah pulak dengan aku dulu (Segamat). Kira 'sekampung' la. Lagilah aku bertambah sedih. Selama ni tak kenal dan tak ambil tahu, orangnya dah pergi barulah nak ambil tahu.

Hasil daripada pencarian dan pembacaan aku pasal arwah Ujang ni, rupa-rupanya dia berasal dari Indonesia, dibawa datang ke Malaysia oleh ayah angkatnya. Waktu itu Ujang berumur 11 tahun. Waktu kecil dan remaja Ujang ikut keluarga angkatnya menetap di Johor. Ada dua tempat, Senggarang dan Sungai Balang, Muar. Tak pasti masa umur berapa Ujang duduk di dua tempat ini. Oh ye Ujang lahir pada tahun 1964. Kira dah pangkat pakcik-pakcik la kalau dengan umur aku 30-an.

Awal tahun 90-an Ujang bersama kawannya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cuba nasib nak jadi penyanyi dan pemuzik. Tertubuhlah kumpulan Axthara dan keluar 1 album pada tahun 1991.
 
Selepas itu Axthara berpecah dan pada tahun 1992 Ujang tubuhkan kumpulan muzik baharu dengan ahli baharu. Nama yang digunakan pada waktu itu ialah Arjuna. Setelah berbincang dengan syarikat rakaman, mereka menukar nama Arjuna ke Samudera. Samudera yang bermaksud lautan yang luas dan begitulah harapan kumpulan Samudera agar dapat dikenali seluas lautan dan perjuangkan muzik mereka hingga semua orang menyukai Samudera. Ada sumber lain pula aku pernah terbaca nama Samudera diambil daripada nama taman atau nama jalan tempat mereka menyewa (rumah sewa). Taman Samudera ke Jalan Samudera begitulah.

Jun 1993 Samudera melancarkan album pertama berjudul Titian Hasrat. Album ini sukses. 1994 keluar album Terminal Cinta yang mengandungi lagu Salam Sejahtera. Namun pada tahun 1995 Ujang keluar meninggalkan Samudera dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Xray. Album pertama Xray released pada tahun 1997. Dan selepas itu Xray berpecah dan Ujang terus tinggalkan arena mainstream dan pulang ke Johor.

Di sinilah kisah sedih Ujang bermula yang tiada siapa pun tahu. Ada sumber yang mengatakan ketika masih menjadi artis dan di KL, Ujang telah disihir. Kekasih Ujang juga telah disihir dan mereka berpisah. Ada sumber kata lagi kawan Ujang sendiri yang rampas awek Ujang. Ujang kecewa dan bawa diri pulang ke kampung dan tinggalkan dunia artis.

Bila dah pulang ke Johor, Ujang meneruskan hidup dengan buat kerja-kerja biasa dan kebanyakannya kerja kilang. Tidak menetap di satu tempat, berpindah randah tapi masih dalam negeri Johor. Akhir sekali Ujang ikut bapa angkatnya menetap di Felda Palong Timur dan bekerja di kilang sawit di sana. Ujang aktif mennyanyi di kenduri kahwin sekitar Segamat, Negeri Sembilan dan Melaka bersama kugiran anak-anak Felda Palong.

Ada yang kata Ujang pernah terlibat dengan dadah sebab tu dah tak jadi artis. Ada satu sumber cerita Ujang pernah masuk pusat tahanan dan pusat pemulihan. 

Pada tahun 2012, pengurus Samudera dan syarikat rakaman meminta  Samudera buat lagu baru dan rakam lagu baru. Ujang yang dah lama menyepi berjaya dihubungi dan diminta datang ke KL untuk rakam lagu baru. Waktu  dah berkumpul dan nak rakam lagu baru, semua ahli Samudera diminta mengeluarkan kad pengenalan masing-masing untuk urusan royalti. Pada waktu itu barulah mereka mengetahui yang Ujang hanya mempunyai IC merah iaitu IC penduduk tetap. 

Tahun 2013 album terbaharu Samudera dilancarkan iaitu The Very Best Of Sanudera yang merupakan album kompilasi lagu-lagu hits Samudera termasuk dua lagu baharu.

Tahun 2014, persatuan rock kapak Malaysia anjurkan satu konsert Festival Rock Empire yang menghimpunkan beberapa rock band awal 90-an termasuk band Samudera. Yang menariknya Samudera membawa kembali dua vokalis asal Samudera iaitu Ujang dan EJ dan Ujang pertama kali join show berskala besar bersama-sama rock band yang lain. Ujang yang ketika itu berusia 50 tahun masih berbisa dan all out masa menyanyi. Penonton ikut menyanyi bersama-sama Ujang bila turn Ujang menyanyi lagu-lagu popular Samudera.

Namun pada sekitar tahun 2016, Ujang mengundurkan diri daripada Samudera kerana kesihatan Ujang yang semakin merosot. Ujang minta ahli Samudera yang lain mencari vokalis baharu bagi menggantikan posisinya. Menurut ahli Samudera, Ujang ada penyakit kencing manis.

31 Januari 2017, berita kematian Ujang tular. Ujang tak pernah berkahwin dan hanya tinggal seorang diri di rumahnya. Ada sumber (orang Palong) mengatakan Ujang ada berkawan (awek/ kekasih) dengan seorang perempuan yang lanjut umur juga seperti Ujang dan ada perancangan untuk menikah tapi masih kumpul duit lagi. Sayangnya tak kesampaian.

Ada lagi cerita kurang enak didengar (sumber orang Palong juga) kematian Ujang sebab overdose (dadah/ ketum/ arak). Baca boleh percaya jangan. Menurut ahli Samudera yang lain, punca kematian Ujang kerana jangkitan kuman. Apa pun asbab kematian Ujang, mudah-mudahan kesudahan yang baik untuk Ujang.

Semoga Allah ampunkan dia, rahmati dia, almarhum Sarfen Bin Husin. Al- Fatihah buat almarhum Ujang Samudera.

    

16 March 2022

Terlambat Daftar Online Tahun 1 Sekolah Kebangsaan


Assalamualaikum.


Tak lama lagi sesi persekolahan bagi tahun 2002/ 2023 akan bermula iaitu tanggal 21 Mac 2022. Sesi persekolahan ‘norma baharu’ ini dah tak sama macam dulu, mula je tahun baharu maka naik darjah (bagi sekolah rendah/ kebangsan) atau tingkatan (sekolah menengah). Dah bertukar ke bulan Mac pulak. Itu yang hari tu masa bulan Januari dan Februari bila orang tanya anak dah darjah berapa, mak bapak tak tau nak jawab yang mana satu hahahahaha. Terpaksa jawab, hujung bulan 3 nanti naik darjah sekian-sekian. 


Ok straight to the point berbalik pada tajuk. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang terlepas nak daftar secara online untuk kemasukan anak ke Tahun 1 atau Pra Sekolah sebab lupa atau tak perasan tarikh dah tutup ke apa. Jangan risau. Masih belum terlambat untuk cuba daftar walaupun lewat. Mana tahu ada rezeki anda. Paling lewat pun sebulan sebelum naik sekolah, masih sempat buat.


Langkah pertama, telefon dulu sekolah yang kita nak masukkan anak dalam tu. Tanya dulu masih ada kosong lagi tak. Bukan terus call PPD tanya kekosongan. PPD tak tahu menahu sekolah mana yang kosong. Lepas call sekolah, kalau tak ada kosong, kena cari sekolah lain lah pulak. Mungkin boleh buat rayuan tapi tak pasti boleh dapat atau tidak. Bila kata ada kosong, pihak sekolah akan suruh ke PPD untuk isi borang daftar lewat nama dia. 

Dokumen yang diperlukan :

1) Sijil nikah ibu bapa (asal dan salinan).

2) Sijil lahir anak (asal dan salinan).

3) Mykid anak (asal dan salinan).

4) Mykad ibu dan bapa atau penjaga (asal dan salinan). Yang salinan itu kena ada depan dan belakang (mykid pun sama).

5) Bil air dan elektrik yang terkini (asal dan salinan).


Langkah kedua, pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Walk in boleh, appointment pun boleh. Dah sampai PPD, minta borang daftar lewat Tahun 1. Staff akan bagi borang tu untuk di isi di situ juga. Dokumen yang dah fotostat semua diserahkan ke pegawai yang bertugas. Dah siap isi borang, serah semula kepada pegawai. Settle. Dalam masa kurang seminggu PPD akan call anda untuk ambil surat pengesahan penempatan sekolah untuk diserahkan kepada pihak sekolah.


Langkah ketiga, lepas dapat panggilan daripada PPD untuk ambil surat, dah boleh ke PPD semula untuk ambil suratnya. Boleh je pos tapi lambat, kita dah lah daftar lewat, tak kan nak lewat lagi bagi surat pengesahan tu di sekolah? 


Langkah keempat, hantar surat pengesahan penempatan ke sekolah termasuk dokumen-dokumen tadi yang telah difotostat. Fotostat kali ini untuk sekolah pulak, yang dah bagi kat PPD tu lain. Haha. Standby la salinan banyak-banyak. Dah hantar ke sekolah ni kira dah settle la Alhamdulillah. Lepas tu just tunggu update daripada sekolah je lah tentang yuran, duit buku dan sebagainya. Biasanya guru kelas Tahun 1 itu sendiri akan buat group whatsapp untuk sebarang info terkini. 


Langkah kelima, pendaftaran secara bersemuka dan fizikal di sekolah termasuk bayar duit buku dan alatan sekolah (lencana dan lain-lain). Ini bergantung pada sekolah masing-masing. Pihak sekolah yang tetapkan tarikh. Yang ini pun masih perlukan dokumen yang telah difotostat dan ada tambahan gambar passport anak dua keping. Jadi ibu bapa bawalah salinan-salinan yang berkaitan kecuali sijil nikah ibu bapa hehe. Termasuk juga slip gaji. Kalau yang bekerja sendiri tak ada slip gaji, perlu buat pengesahan ketua kampung ke, penghulu ke ketua Taman perumahan ke. Dan bawa lah duit secukupnya. Kadang-kadang sekolah ni takde sediakan duit baki hahahaha.


Kalau untuk pra sekolah agak sukar untuk ada kekosongan sebab ada had cuma 25 orang murid sahaja untuk sekelas. Jadi, mahu tidak mahu, ibu bapa perlu alert dengan pendaftaran secara dalam talian bila akan dibuka dan bila tamatnya. Biasanya tempoh pendaftaran online bermula 1 Mac hingga 30 April sahaja.

03 March 2022

Karya Yang Ditolak

Karya Yang Ditolak


Assalamualaikum.

Hey hey bulan Mac adalah bulan anniversary blog aku ni yeay. 20 Mac anniversary ke 13 blog ini. Tak sangka bertahan sejauh ini hahah.

    Saja lah nak mengimbau kenangan silam jap masa aku study kat Mesir dulu. Kisah ini aku belum pernah lagi cerita dalam blog. Entah kenapa aku tiba-tiba teringat dan ingin diabadikan dalam entri kali ini hahah.

     Aku tak berapa ingat awal kisahnya macam mana tapi aku masa tu dipelawa untuk menghantar cerpen untuk dimuatkan dalam Buletin Mansurah kalau tak silap aku la. Biasalah kan mana-mana IPT ada terbitkan naskhah buletin setiap bulan atau setiap dua, tiga bulan ke bergantung la pada kerajinan dan produktiviti pasukan editor. Wah gitu. Jadi ada la salah seorang sidang redaksi majalah jumpa aku dan minta aku buat satu cerpen atau komik satu muka surat. Dia kata hantar lebih daripada satu pun takpe nanti editor akan pilih yang mana paling sesuai. Dia ni lagi muda daripada aku.

   Aku pun tak ingatlah aku hantar berapa cerpen tapi seingat aku ada karya aku yang di reject. Alasan dia sebab dalam cerpen itu ada sikit adegan terlanggar bahu antara lelaki dan perempuan. Tak sesuai untuk kita penuntut jurusan agama.

  Wow. Aku waktu tu terkejut dan agak sentap jugak tapi buat biasa je. Malas nak pertikaikan ke apa. Bayangkan ye cerpen yang sepanjang beratus-ratus patah perkataan, banyak perenggan, hanya ada satu je part atau ayat ‘terlanggar bahu’, serta merta cerpen aku kena reject. Padahal bukan itu isi utama cerpen. Oh ye kami banyak berhubung melalui yahoo messenger (YM) je jarang jumpa depan-depan. Aku pun akur dan tak kisah pun tak publish cerpen aku tu haha. Lagipun aku guna nama pena.

    Tak lama lepas tu DPMM Mansurah anjurkan pula pertandingan melukis komik dan menulis cerpen. Yang ini aku ada tulis dulu2 kat blog yang aku menang tempat pertama untuk dua2 kategori ini tapi aku takde masa ambil hadiah, aku ada kuliah kat Maahad. Nak ceritanya, sebelum itu karya aku pernah ditolak, tapi bukan bermakna aku tak boleh menulis lebih baik lagi. Yang untuk pertandingan tu cerpen lain tau bukan cerpen yang pernah kena reject tu hahaha. Kalau tak silap aku ada tema ditetapkan. Mesti berlatarbelakangkan kisah mahasiswa Malaysia yang belajar di Mesir, ada unsur persahabatan dan cinta yang Islamik, ada pengajaran. Cop, yang cinta tu aku tak berapa pasti yeke hahahahaha. Sebab cerpen aku tu ada pasal cinta sikit hujung-hujung (biasalah kuat berangan) kah kah kah.

    Kejadian tu sekitar tahun 2011 kot, masa aku tahun akhir. Ada kisah lagi yang menarik pasal aku punya penulisan kreatif ini. Dalam tahun 2009 rasanya ada bengkel penulisan kreatif anjuran PMRAM dibuat di Mansurah. Aku memang rajin join bengkel-bengkel begini haha. Waktu itu ada beberapa panel jemputan yang dah biasa menulis, kiranya authors yang berpengalaman lah dan agak terkenal di kalangan kami mahasiswa Malaysia di sana. Di hujung program, kami semua peserta diberi kertas dan diminta buat satu karya penulisan kreatif tak kisah lah cerpen pendek ke, sajak ke puisi ke pantun ke. Masa diberi setengah jam.

   Aku memilih untuk menulis cerpen pendek. Idea tu kebetulan dah lama ada dalam kepala cuma belum sempat ditulis. Aku pun terus menulis dengan penuh semangat ahahaha. Aku pun tak berapa ingat jalan cerita tapi ending nya ada kaitan dengan dadah atau HIV macam tu la. Hahahaha bapak dramatik. Setengah jam kemudian, semua kena hantar karya kepada ahli panel untuk disemak dan akan diumumkan 'pemenang' penulisan terbaik.

  Jeng jeng jeng. Aku tak sangka cerpen pendek aku telah dipilih 'penulisan terbaik'. Aku ingat lagi kata-kata ustaz panel tu antaranya, cerpen ini bagus jalan ceritanya, boleh dikembangkan lagi plot. Masa pun singkat kan tapi tahniah berjaya buat cerpen pendek yang sangat menarik dan banyak pengajaran. Tapi tak ada siapa pun tahu itu cerpen aku sebab memang semua karya pun dirahsiakan dan semua guna nama pena. Aku lagi suka orang tak tahu sebab aku segan hahahah.

     Ok nanti aku sambung part 2 bagaimana dan sejak bila aku suka menulis. Jangan terkejut, bakat aku ini telah wujud sejak aku sekolah rendah lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...