Assalamualaikum.
Dia datang dahhh. Nak akhir tahun tiba-tiba aku muncul update blog hahahaha.
Random story je untuk entri kali ini. Minggu ni agak lemau sikit aktiviti aku as a affiliate hehehe. Kurang live, kurang post video. Bermula dengan Isnin aku demam + batuk + selesema. Isnin masih demam sikit. Live pun sebab ada yang kirim atau minta add item ke beg oren. Pastu pulak jamuan akhir tahun berderet-deret. Apresiasi tabika Faris. Fuhh busy. Hari ni Jumaat last day sekolah jamuan akhir tahun sekolah agama petang nanti 2.30pm.
Hujung tahun biasalah musim tengkujuh. Hari-hari hujan. Alhamdulillah tempat aku tak banjir. Batuk aku masih belum baik sepenuhnya ni. Nak live pun tak semangat dan takde mood asyik terbatuk-batuk haha. Tapi aku rindu juga la nak buat konten video dan post ke sv & tt tapi hmm malas campur lemau hahaha.
Lagi satu update. Hmmm berat badan. Dah tak kan jumpa angka 4 kat depan dah woiiii hahahahahaha maleh aku. Still ideal je tak gemuk pun tapi risau lah jugak kalau terus bertambah cecah ke 60 pulak. Hmm nantilah fikir 😆😆😆😆 adoi lah.
Jannah bakal masuk asrama tahun depan, tingkatan 1. Kat Mersing je pun. Memang plan tak sekolahkan jauh sangat. Senang nak datang jenguk hahaha. Ikutlah jejak langkah abah dan ummi yang masuk asrama di usia 13 tahun hehehe.
Apa achievement 2025? Hahaha takde yang boleh dibanggakan. Biasa je nyah. Tapi yang paling best aku boleh cakap, banyak sangat sampel percuma aku dapat sepanjang jadi SA (shopee affiliate). Yang mahal ada, yang murah ada. Ni paling boleh dibanggakan la hahahaha. Pokoknya rajin request hehehe. Pastu rajin buat konten video dan live. Bila ada yang terjual kita akan rasa berpuas hati dan gembira.
Ok lah woi aku stop dulu. Nanti bila-bila rajin aku tulis blog lagi hahaha.
No comments:
Post a Comment